iDAN

19 Jun 2012

Wanita Musafir Kerana Tugas

Hukum Melancong Tanpa Mahram

assalamu 'alaykum.

1. Seorang wanita belajar di luar negara tanpa mahram. apa hukum dia melancong ke negara-negara lain sepanjang musim cuti tanpa mahramnya, tetapi bersama sekumpulan wanita muslimah lain?

2. Adakah sama hukum melancong ke negara-negara Islam dan negara-negara kuffar?

jazamukumullahu khair.
Postby Abu_Umair »
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه

1. Wanita dilarang bermusafir kecuali bersama-sama dengan suami atau mahram. Kerana dalam hadis yang disepakati kesahihannya menyebut:

لا تسافر المرأة ثلاثة أيام إلا مع ذي محرم
"Janganlah seorang wanita bermusafir perjalanan tiga hari kecuali kecuali bersama mahram". Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 1036) dan Muslim (no: 1338).

Larangan ini adalah meliputi semua bentuk perjalanan yang dinamakan musafir. (Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi 9/103).

Berdasarkan hadis ini, HARAM seseorang wanita keluar musafir tanpa ditemani suami atau mahram, walaupun dia keluar bersama dengan wanita-wanita muslimah lain.

Kata Imam Nawawi tentang hukum wanita bermusafir untuk selain haji wajib, seperti haji sunat, urusan perniagaan, lawatan dan lain-lain. Katanya: "Setengah ulama mengatakan harus dengan ditemani wanita-wanita yang dipercayai, seperti masalah haji Islam. Dan Jumhur mengatakan hukumnya adalah HARAM kecuali ditemani suami atau mahram. Inilah pendapat yang sahih berdasarkan hadis-hadis yang sahih". (Syarah Muslim 9/104).

2. Samada musafir tersebut ke negara Islam atau bukan, hukumnya adalah sama iaitu mesti ditemani dengan suami atau mahram. Malah, hukumnya lebih berat jika ke negara bukan Islam, kerana ancaman terhadap muslimah di sana lebih kuat dan fitnah lebih besar.

Para ulama tidak mengesyorkan orang Islam melancong ke negara kufur kecuali atas alasan keperluan mendesak. Ia bagi mengelakkan ancaman terhadap akidah, agama, dan akhlak.

Wallahu A'lam.

Postby al-baihaqi »
salam,

Dalam persoalan ini, pernah sy terdengar yang pengharaman ini dibuat kerana keadaan ketika itu yg mengancam umat Islam.dan selepas kewafatan Rasul SAW, Aisyah ra sendiri pernah menunaikan haji sendirian (tidak pasti kesahihan sumber). Adakah kekeliruan ini benar atau sebaliknya?
Mohon pencerahan.

wassalam.

Postby Abu_Umair » Jan 15th, '10, 14:00
Waalaikumussalam

Dalam masalah wanita bermusafir untuk mengerjakan haji, tetapi tidak ada mahram, ada pendapat yang mengharuskan jika dia bersama wanita lain yang dipercayai, dan perjalanannya dijamin selamat.

Pendapat ini dipilih dalam mazhab Syafie dan beliau menukilkan pendapat ini daripada Aisyah, Ibn Umar dan Ibn Zubair r.a. (rujuk Al-Umm 2/127)

Diriwayatkan juga Aisyah r.a. berkata, "Bukan semua wanita ada mahram". (Musannaf Ibn Abi Syaibah no: 15176).  (Bila ada mahram bermakna perlulah ditemani mahram)

Wallahu A'lam.

Hakikat wanita berkerjaya masa kini memang rata-ratanya banyak yang akan bermusafir kerana atas kehendak tugas-tugas mereka. walaupun pekerjaan guru sekalipun seorang wanita tetap dalam tempoh bekerja mereka akan memerlukan diri mereka bermusafir seperti bekursus, jungle trekking, perkhemahan, dll

Tiada kelonggarankah untuk wanita2 yang bekerjaya ini melakukan musafir tanpa suami atau mahram? contoh seorang wanita terpaksa ke UK untuk bentangkan kertas kerja, suami atau mahram tak ikut sekali tapi ada wanita lain yang bersama2 bermusafir ke sana, bolehkah diberi kelonggaran untuk permasalahan seperti ini?

sekian, tq.
Allah Yang Menguatkan Yang Haq Dan Dialah Penunjuk Jalan Yang Benar!


Postby kamin »

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InsyaAllah.

Jawapan berikut adalah ringkasan kepada fatwa / artikel yang diambil dari Laman UZAR, yang mewakili pandangan ulama’ yang membenarkan wanita bermusafir tanpa ditemani Mahram.

Kesimpulan fatwa Syiekh Saami al-Majid : Terdapat ramai ulama’ yang melarang wanita bermusafir tanpa ditemani Mahram. Bagi mereka, walaupun keadaan sekarang sudah berubah, aman di dalam perjalanan, larang tersebut tidak diangkat. Ada yang menyamakan ruhsah (keringanan) solat Qasar kepada orang yang sedang bermusafir, di mana keringanan ini tidak pun dilupuskan walaupun keadaan musafir sekarang tidak seteruk dahulu (zaman bermusafir menggunakan unta dan berjalan kaki).

Namun demikian, ada di kalangan ulama’ yang membenarkannya. Ulama Malik, al-Auza’ie, dan beberapa orang di kalangan ulama’ Syafie mengatakan bahawa perlunya Mahram menemani wanita tersebut bukanlah menjadi syarat wajibnya Haji (wanita bermusafir menunaikan Haji tanpa Mahram). Hanya menjadi syarat adalah selamat di dalam perjalanan. Selamat perjalanan boleh dicapai dengan ditemani Mahram, atau kumpulan Wanita yang dipercayai. Ada di kalangan ulama’ menyebut, jika wujudnya faktor “selamat di dalam perjalanan”, maka tidak perlu lagi orang menemaninya.

Dibolehkan lagi terutamanya apabila Wanita tersebut sukar mendapatkan Mahram dan beliau selamat di dalam perjalanan. WA.

iDAN: 

Islam itu indah tak menyusahkan; jika telah nyata sedari awal perlu mahram kenapa pula perlu mencari dalil atau hadis yang membolehkan. Bagi saya jika mahu beribadah atau menuntut ilmu niat itu yang awal harus diikhlaskan. Jika memang ikhlas dan jujur mahu beribadah tanpa tujuan yang lain apa salahnya jika perjalanan pun selamat. Ini bagi mereka yang tiada mahram; jika mmg masih ada mahram kenapa tidak ditangguhkan dulu sampai cukup wang dan PASTIKAN ada mahram bersama. Itu bukankah lebih selamat dan tidak MERAGUKAN HUKUM.

Paling kita kita takut; berlakunya kejadian yang tidak diingini; sampai kita kehilangan nyawa di Dunia Sana nanti tanpa mahram menjadi sebab kita dilaknati bukankah yang rugi kita sendiri.

Melancong sendirian atau membentang kertas kerja sampai terpaksa bermusafir bagi saya memang tidak dapat diterima akal; kenapa tak berpakat dengan suami atau mahram pergi bersama. Nak bentang kertas kerja di negara sendiri pun diiktirafkan jika demi kenaikan pangkat.

Saya tinggal lama bersama golongan elite ini; Alasan seminar atau bentang kertas di luar negara adalah sekadar alasan. Sebenarnya golongan ini ramai yang menjadi alasan ini untuk melancong, bergumbira di negara orang sampaikan jika agenda seminar sampai ke petang payah dicari orang kita di sessi petang. Hilang merayau di negara orang. Jika lelaki mungkin kurang cabaran fitnah jika perempuan rasanya amat meragukan dan pelbagai fitnah boleh berlaku. Tinggalkan sesuatu yang meragukan agar Islam terpelihara.

(Sekadar pandangan peribadi tak berkait dengan hukum-hakam)

2 ulasan:

anyss berkata...

Assalamualaikum,
Tak payahlah bagi wanita kerja, lagipun tugas wanita bukan cari rezeki.

iDAN berkata...

Memang sebahagian negara maju Islam mereka hanya perlukan seorang keluarga berkerja sudah cukup meneruskan kehidupan dengan sederhana mewah.

Islam tidak pernah melarang wanita berkerja. Tetapi sesuai dengan kerjaya.

Kita jangan emosi dalam bab bermusafir ini; bermusafir mengikut pandangan Islam ada had atau jarak pun masanya. Keluar rumah untuk berkerja sekitar 8 jam jarak yang dekat itu bukan musafir tapi jika seharian memandu sendirian ke tempat kerja sampaikan lebih 100km; memang itu musafir. Amat bahaya.

Jika perjalanan selamat seperti naik komuter jarak tempat kerja lebih 100km di kelilingi orang baik-baik ada rakan hebat... ada ulamak membenarkan. Asalkan perjalanan selamat. Tiada penyamun atau kumpulan jahat mengganggu.

Islam menggalakkan wanita berteman sebab mahu melindungi bukan menyusahkan: kebebasan yang tidak terkawal nanti memakan diri.

Jika kita berandaian kita telah pandai jaga diri pun iman kita kuat; tenaga kita hebat nak TANGKIS lelaki gerladangan ini silakan sendirian. Sebab ada ulamak kini yang membenarkan. Tapi bagi saya ini bak kita terjun ke semarak API. Wallahulam

Ada kerja yang memerlukan wanita menjawatnya; seperti jururawat merawat wanita, guru, bidan bersesuaian dengan fitrah wanita. Tetapi saya tak setuju wanita menjadi jaga di ofis kerja malam lagi (warda penjara wanita okey). PM atau Ketua Jabatan yang menjaga segala kebajikan pekerja bagi saya eloklah lelaki.

Kerja yang memerlukan PERTIMBANGAN yang adil eloklah disandang oleh lelaki.