iDAN

18 Mac 2008

BARISAN KABINET BARU 2008 (Politik)

18/03/2008 3:37pm

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri
Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz
Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Amirsham A. Aziz

Timbalan Menteri
Datuk Mohd. Johari Baharom
Datuk Dr. Masitah Ibrahim
Datuk Hassan Malik
S.K. Devamany

KEMENTERIAN KEWANGAN

Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Timbalan Menteri
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanazlah
Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menteri
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

Timbalan Menteri
Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Menteri
Datuk Seri Syed Hamid Albar

Timbalan Menteri
Datuk Chor Chee Heung
Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Menteri
Datuk Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Datuk Hamzah Zainuddin

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Menteri
Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad

Timbalan Menteri
Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Menteri
Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin

Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Menteri
Datuk Seri Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri
Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar

KEMENTERIAN PENERANGAN

Menteri
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri
Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Menteri
Datuk Dr. S. Subramaniam

Timbalan Menteri
Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menteri
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri
Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Menteri
Datuk Shahrir Abdul Samad

Timbalan Menteri
Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI

Menteri
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri
Datuk Joseph Salang Anak Gandum

KEMENTERIAN PELAJARAN

Menteri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri
Dr. Wee Ka Siong
Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Menteri
Datuk Seri Khaled Nordin

Timbalan Menteri
Datuk Dr. Hou Kok Chung
Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Menteri
Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri
Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri
Datuk Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri
Datuk Abdul Ghapur Salleh

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Menteri
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri
Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PENGANGKUTANMenteri
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri
Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Menteri
Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili

Timbalan Menteri
Fadilah YusOf

KEMENTERIAN PELANCONGAN

Menteri
Datuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

Menteri
Datuk Mohd. Shafie Apdal

Timbalan Menteri
Teng Boon Soon

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menteri
Datuk Dr. Ng Yen Yen

Timbalan Menteri
Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri
Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib

Timbalan Menteri
Tan Sri Joseph Kurup
Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Menteri
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri
Senator A. Kohilan Pillay

KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri
Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Menteri
Datuk Seri Zulhasnan Rafique

Timbalan Menteri
Datuk M. Saravanan

Posted on 18.3.2008 at 6:28 PM

17 Mac 2008

Homoseks sama seperti zina (Agama)

Bersama:KAMIL MAJID
SOALAN: Apakah hukum lesbian dan gay, kerana ia semakin menjadi di kalangan anak-anak muda Melayu Muslim di Malaysia. Bolehkah diberikan penjelasan? Di samping itu minuman arak juga banyak berlaku di kalangan anak muda Melayu. Apa pendapat tuan?

– Suhaimi, Kuantan, Pahang.

JAWAPAN: Saya cukup terkejut dengan soalan ini. Kenapa kejadian seperti ini menjadi-jadi? Sedangkan Malaysia salah sebuah negara yang menjadikan mata pelajaran Agama sebagai wajib di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah? Beribu guru agama dilantik setiap tahun. Setahu saya sukatan pelajaran agama juga cukup tinggi.

Apa pun, persoalan ini pertamanya harus dipertanyakan kepada setiap ibu bapa, sejauh manakah mereka bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak remaja mereka? Atau mereka hanya melepas tangan atas alasan tanggungjawab telah diberikan kepada guru-guru khususnya guru agama di sekolah-sekolah.

Adalah menjadi kesalahan kepada para ibu bapa yang tidak memberikan pendidikan yang mencukupi kepada anak-anak, oleh sebab tugas ini adalah tugas asasi mereka. Mereka bukan sahaja wajib memberikan makan minum dan tempat tinggal, malah memberikan didikan sempurna.

Adapun guru adalah memberikan bantuan bagi membimbing pendidikan yang lebih cemerlang. Allah s.w.t. pernah mengingatkan ibu bapa agar menjaga anak- anak mereka daripada tercebur ke dalam api neraka.

Tugas guru menjadi pembimbing tambahan tidak juga penting. Meskipun tugas mengajar itu hukumnya fardu kifayah, tetapi apabila mereka memilih kerjaya itu sudah menjadi fardu ain ke atas diri mereka.

Akan dipersoalkan nanti, apakah mereka benar-benar ikhlas mendidik anak bangsa atau hanya sekadar makan gaji sahaja? Justeru itu dalam bidang pendidikan memerlukan semua peringkat ikhlas, bukan hanya sekadar mengejar kelulusan tinggi peratus murid dan setakat menghabiskan kurikulum sahaja. Lebih penting menjamin anak-anak didik melaksanakan apa yang dipelajari.

Pengetua, pengurus dan PIBG semua bertanggungjawab hinggakan kepada menteri yang dipertanggungjawab.

Akhlak buruk seperti lesbian (hubungan sejenis sesama perempuan) dan gay (hubungan sesama sejenis lelaki) hukumnya sama dengan hukum zina juga.

Menerima

Saya banyak menerima pertanyaan seperti soalan di atas, terutama selepas artikel dalam ruangan ini berjudul: Kahwin Selepas Zina. Pada kesimpulannya, saya membuat andaian, masyarakat kita hari ini begitu ramai terjebak dengan maksiat zina, rogol, penderaan di rumah, suami makan luar, isteri simpan lelaki dan pelbagai lagi.

Ini semua menggambarkan iman yang sudah hampir malah memang hancur. Akhlak yang runtuh. Apalagi perbuatan minum minuman keras yang sudah menjadi trend baru selepas agak lama tidak kedengaran.

Pada saya selain ibu bapa yang harus mengambil berat hal anak-anak, pihak pembuat polisi dan menteri-menteri yang dilantik dalam beberapa kementerian termasuk pelajaran, belia, wanita dan lain-lain seharus melihatnya secara yang lebih bertanggung- jawab.

Berbalik kepada homoseks dan lesbian ini ia bertentangan dengan fitrah manusia dan merosakkan kemaslahan manusia sedunia. Al-Quran menggambarkan perbuatan kaum Nabi Lut itu sebagai fasiq, jahat dan melampaui batas. Sehingga bumi diterbalikkan oleh kemurkaan Allah.

Oleh itu, negara di mana di dalamnya diamalkan jenayah zina, homoseks dan lesbian ini perlu berhati-hati sebelum ditimpa bencana musibah. Dari segi hukuman pula maka hukuman ke atas mereka serupa juga dengan hukuman terhadap penzina.

Meminum arak juga salah satu dosa besar. Maka ruangan ini mengajak semua pihak yang terlibat dengan semua dosa besar ini agar segera bertaubat. Pintu taubat selalu terbuka untuk mereka.

Di samping itu masyarakat harus memainkan peranan masing-masing. Ibu bapa harus membawa anak mereka yang terjebak ke dalam kancah ini berjumpa dengan mereka yang lebih tahu termasuk pakar psikologi atau pakar-pakar lain termasuk ahli agama untuk membincangkannya.

Para pengurus sekolah juga lebih bertanggungjawab. Demikian juga para pengurus asrama.

Kita semua tidak harus memandang kecil dan remeh perkara di atas. Para pemimpin juga harus memberi teguran yang baik, tidak hanya bercakap soal pembangunan fizikal dan kemajuan. Apa yang akan dicapai kemajuan dan wawasan 2020, jika akhlak masyarakatnya rosak seperti apa yang dialami di Barat. Bukankah umat Islam mempunyai acuan kemajuan sendiri, bukannya menjadi pak turut Barat.

Kepada para pemimpin yang baru dipilih, bertakwalah kepada Allah. Jangan menyombong diri dengan kuasa yang ada. Jangan lupa daratan dengan sedikit kemewahan dunia. Azab Allah lebih pedih dari segalanya dan neraka itu amat mengerikan. Hisablah diri kita semua sebelum kita dihisab di akhirat nanti. Wallahualam.

- Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid ialah Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. E-mel: kamilmajid50@yahoo.com.

Utusan

Posted on 17.3.2008 at 6:43 PM

Rakyat Selangor dapat 20 meter padu air percuma mulai April (Ceritera)

Oleh: ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 16 Mac – Rakyat Selangor akan menikmati bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula April ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan menilai semula perjanjian antara kerajaan negeri sebelum ini, dengan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

‘‘Perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian ini akan digunakan untuk membekalkan 20 meter padu air secara percuma.

‘‘Kita menjangkakan pembekalan air percuma itu akan dilaksanakan dua minggu selepas Exco kerajaan negeri dilantik dan kita perlu bincang dalam mesyuarat Exco,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangannya di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Syabas ketika dihubungi berkata, 20 meter padu penggunaan air pada peringkat kegunaan rumah tangga atau domestik menyamai nilai RM11.40.

Di Selangor terdapat hampir 1 juta pengguna domestik. Ia menjadikan nilai bulanan bagi 20 meter padu yang dikecualikan itu mencecah nilai keseluruhan berjumlah hampir RM11.4 juta.

Menurut Khalid, pembentukan majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor akan dibuat pada Sabtu depan.

Beliau berkata, mengikut perancangan, perkara berhubung pembekalan air percuma itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco sebelum ia diluluskan.

Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.

Kerajaan negeri Selangor kini merupakan kerajaan campuran yang diterajui oleh PKR setelah parti itu memenangi kerusi terbanyak di negeri berkenaan bersama DAP dan Pas.

Utusan
Posted on 17.3.2008 at 6:32 PM

15 Mac 2008

Dynas, Hafizy selamat diijab kabul (Hiburan)




DYNAS dan suami, Hafizy Hafiz di rumah Ibu bapa Dynas di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 15 Mac – Pelakon, pengacara dan model, Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 25, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Hafizy Hafiz, 36, di kediaman keluarga artis itu di Seksyen 9, Shah Alam di sini hari ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Dynas, Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamad, 54, di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Sultan Salahuddin, Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Khairuddin Hayun dengan mas kahwin RM1,001.

Dengan sekali lafaz, Hafizy sah menjadi suami kepada pelakon yang sinonim dengan drama bersiri seram, Susuk itu.

Dihadiri hampir 100 ahli keluarga terdekat kedua belah mempelai, pasangan pengantin baru kelihatan begitu berseri mengenakan busana berwarna putih rekaan Calvin Thoo.

Sempurna

Dynas yang ditemui selepas majlis akad nikah tersebut memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana majlis pernikahannya berjalan lancar dan sempurna.

“Mula-mula memang rasa berdebar sangat, tapi bila Hafizy selamat lafaz akad dengan sekali lafaz saja Dynas dah mula rasa lega,” katanya yang bakal ke Pulau Boracay, Filipina untuk berbulan madu.

Sementara itu, Hafizy ketika ditemui mengharapkan perkahwinannya bersama pelakon itu berkekalan selamanya.

Mengulas lanjut mengenai kerjaya seni isterinya itu, kata Hafizy dia akan terus menyokong aktiviti lakonan Dynas dan tidak akan menghalangnya daripada terus berlakon dan mengacara.

“Saya amat memahami kerjaya Dynas sebagai pelakon dan saya tidak akan menghalang minatnya itu cuma selepas ini, kalau berlakon pun janganlah terlalu banyak,” kata Hafizy yang kini sibuk menjalankan perniagaan permotoran.

Pada majlis yang sama, pasangan tersebut bertukar-tukar dulang hantaran iaitu sembilan dulang daripada Hafizy termasuk wang hantaran RM15,000 beserta set barang kemas dan dibalas 11 dulang oleh Dynas.

Pasangan tersebut bersanding bertemakan raja zaman silam dengan mengenakan sepersalinan songket berwarna emas tajaan Glam Collection.

Utusan

Posted on 15.3.2008 at 6:46 PM

13 Mac 2008

GANJARAN SYURGA (Agama)

DARI Ibni Umar katanya: Rasulullah (s.a.w.) bersabda katanya: Aku lihat seorang itu berada bebas dalam syurga kerana memotong (membersih) sebatang pokok yang tumbuh di tengah jalan raya dan menghalangi perjalanan orang ramai (riwayat Muslim).

Huraiannya;

Dalam hadis ini, Rasulullah menceritakan mengenai balasan mereka yang melakukan kerja kebaikan untuk kemudahan orang ramai, yang mana balasannya dia akan mendapat syurga dan bergerak bebas di dalamnya.

Kesimpulannya;

Alangkah besarnya pahala balasan yang akan didapati oleh mereka yang bekerja untuk menyediakan kemudahan kepada orang ramai, iaitu syurga.

Utusan

Posted on 15.3.2008 at 6:45 PM

28 Februari 2008

Wajah-Wajah (Singgahsana)

Pejamkan mata. Cuba kita bayangkan wajah pasangan kita. Apakah yang terbit dari dalam kamar hati kita. Apakah ada rasa ketenangan atau rasa sejuk dalam hati kita... Bayangkan pula wajah ibu kita, bagiku dapat bayangan wajah ibu aku telah rasa cukup damai & membahagiakan. Biarpun ibuku memang telah lama tiada. Dapat aku rasakan segarnya suasana pagi di kampung halaman. Rumah lamaku yang ada pokok jambu di halamannya. Nampak arwah emak menyedai baju di halaman. Terbayang masakan ibu yang tersedap di dunia. Bayangkan pula wajah ayah. Mungkin pengalaman & perasaan kita berbeda dengan kehadiran seorang ayah. Bagiku apakku seorang yang sentiasa sibuk. Bertanggung jawab. Punya bebanan keluarga yang besar. Mana tidaknya mahu membahagiakan tiga keluarga sekali gus bukannya mudah. Aku tidak dapat ketenangan sepenuhnya bilamana mengingati wajah apakku. Tapi ada satu perasaan yang segar, aku paling hormat akan apakku. Pun aku dapat rasakan dia memang amat menyayangiku. Biarpun aku tidak serapat mana dengan apakku. Bayangkan wajah teman baik kita. Siapakah yang paling rapat dengan kita. Apakah kehadiran teman rapat kita amat bermakna. Apakah kita bergantung harap dengan dia. Apakah dia benar-benar dapat membantu kita ketika kita susah atau sekadar teman yang sering mempergunakan kita. Mengambil kesempatan dengan apa yang kita ada. Kembali ke wajah pasangan kita; cuba kita bayangkan andai kata kita kehilangan dia. Bagaimana?. Sedih tentunya; atau adakah kita telah bersedia & tak kisah sangat tanpa pasangan kita. Jika kita punyai cahayamata cuba fikirkan tetiba kita kehilangan dia bagai kejadian Nurin, bagai kejadian Sharlinie. Mana agaknya lebih kita berduka akan kehilangan seseorang: Isteri, anak, ayah, ibu, rakan, pemimpin kita, Rasul, agama atau siapa?. Kenapa hari ini aku persoalkan ini. Kenapa aku menganggap kita ini ada auranya. Dengan melihat wajah pun kita telah dapat merasakan aura seseorang. Ianya memang berbeda-beda; bagaimana aura itu terbit pun bergantung dengan diri masing-masing. Bila kita sebut Mawi semua mengakui auranya terlalu kuat. Tenguk wajahnya pun ramai tergila-gila akan dia; malahan ada yang sanggup tidur dengan dendangan lagunya. Tak dengar lagu Mawi sehari gelisah & meresah bukan main. Aura Mawi mungkin banyak lekat kepada peminat perempuannya, peminat lelaki mungkin tidak melampau. Jika aku aura yang kuat melakat mungkin jika artis P. Ramlee atau Ziana Zain. Tenguk P. Ramlee menyanyi tak berbaju pun sedap gila. Tenguk kelentikan Ziana Zain menari lagilah tak keruan. Kalau pelakon kini mungkin lekat di hati ini wajah si Dynas. Matanya nampak terserlah tajam. Kembali kepada wajah tadi; kita kerap menyebut cinta pandang pertama. Maka itu juga dalam soal berkawan atau memilih pasangan. Cukup dengan wajah sudah terbit rasa cinta & asyik masyuknya kita kepada seseorang. Kekuatan wajah yang terukir senyum memang boleh menggoda & mengaburkan mata hati kita. Jangan terpedaya dengan kecantikan & wajah semata. Kenalah jauh lebih intim & merapati hati budi seseorang. Posted on 28.2.2008 at 8:21 AM

21 Februari 2008

Kekasih 3 (Singgahsana)

Apa kata Yusry bilamana melihat Erra amat bahagia dengan kekasih baru, orang berada lagi machoo berkedudukan pun tentunya tak lama lagi menjadi seorang ibu.

Aku pernah ternampak Bibah Yusuf yang dulu di TV3 amat popular sekarang amat bahagia dengan kekasih barunya. Tebang seantero dunia lantaran suami kini memang orang berada & berkemampuan.

Aku teringat semasa hari pengkebumian Arwah Opah Bi, kakak iparku Kiah nampak intim bersama suaminya orang bujang.

Ada perpisahan yang membuahkan kebahagiaan pun juga sebaliknya. Yang pasti cinta terhadap kekasih terkadang memang tidak ada jaminan. Setianya terkadang tidak sampai ke akhir hayat. Kelopaknya amat cepat layu & cinta berpaling tadah.

Bila terkenang arwah apak; Aku dapat menyakinkan diri arwah apak amat menyintai arwah emakku. Cinta dia terhadap arwah emak memang hingga ke akhir hayat. Begitu juga arwah Wan Bi, dia amat menyintai arwah apak; payah mahu dibuktikan dengan nyata. Arwah Cik Peah memang ganjil & payah untuk aku mentafsirnya cinta dalam kehidupan dia. Cik Peah masih ada & tinggal di Bagan Datuk.

Cinta dalam hidupku; memang terkadang aku rasakan berat sebelah. Aku tidak pernah rasa pudar menyintai kekasihku tapi sebaliknya seorang isteri hingga kini aku masih keliru. Seharusnya anak-anak menjadi pengerat kasih tetapi ada ketikanya seorang suami atau isteri menjadi anak-anak sebagai penghalang untuk menyemarakkan cinta. Malahan ada kalangan isteri sanggup berpakat dengan anak-anak agar menjauhkan kasih sayang terhadap suaminya yang sungguh ayah kepada anaknya.

Aku teringat semasa di Mahkamah Syariah. Seorang ayah yang telah berumur sekitar 60an berbisik dengan aku.

"Nak... kalau saya sebaya anak... tidak rasa segan sangat datang ke sini; ini saya sudah tua..."

"Dalam itu isteri Pak Cik ke?..."

"Iyer itu bersama anaknya!"

Aku mengandaikan anak dara Pak Cik ini memang sekitar 20an atau mungkin awal 30an.

Pergolakan itu terjadi bila-bila masa tanpa diduga.

Kekasih 2

Posted on 21.2.2008 at 10:54 AM

28 Disember 2007

CATATAN AKHIR TAHUN 2007 (Delima Merkah)


Situasi Buruh Migran Indonesia di Luar Negeri
28 Desember 2007
Jurnalnet.com: Kekerasan adalah Keseharian dari Hidup Buruh Migran Indonesia yang Bekerja di Luar Negeri, Hentikan Menjadikan Buruh Migran Indonesia Sebagai Obyek Kekerasan!!

Tahun 2007 merupakan tahun yang berlimpah masalah bagi buruh migrant Indonesia di luar negeri. Hal ini sangat ironis karena sebenarnya tahun 2007 bisa dipandang sebagai titik tolak baru perkembangan pemenuhan HAM buruh migrant Indonesia dengan dibentuknya Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia di Luar Negeri (BNP2TKI). Melalui Perpres No 8 Tahun 2006, Moh Jumhur Hidayat ditetapkan sebagai Kepala BNP2TKI sejak 12 Januari 2007 dan BNP2TKI mulai bekerja efektif sejak Maret 2007.

Tidak berselang lama, tepatnya 13 Januari 2007, Negara-negara anggota ASEAN menyatakan sikap politiknya untuk perlindungan buruh migrant di kawasan regional Asia Tenggara dengan menandatangani Cebu Declaration on The Protection and Promotion of the Rights of Migrant Workers.

Hadirnya BNP2TKI dan ditandatanganinya Cebu Declaration on the Protection and Promotion of the Rights of Migrant Workers tidak mampu menghantarkan buruh migran Indonesia untuk meraih keadilan. Keadilan dan pemenuhan hak asasi manusia bagi buruh migran Indonesia masih sangat jauh untuk di capai. Kekerasan senantiasa menjadi bagian integral dari kehidupan dan keseharian buruh migran Indonesia selama bekerja di luar negeri, bahkan tidak jarang yang berujung pada kematian.

Berikut adalah gambaran peliknya persoalan buruh migran Indonesia sepanjang tahun 2007:

1. Kematian buruh migran Indonesia mencapai 206 orang, 114 diantaranya adalah perempuan (55%) dan 90 orang laki-laki (44%) serta 2 orang tidak diketahui (1%). Kematian tertinggi terjadi di Malaysia, yaitu 71 orang (35%), Taiwan 36 orang (19%), Saudi Arabia 31 orang (15%), Korea Selatan 18 orang (9%), Singapura 15 orang (7%), Yordania 12 orang ( 6%) dan beberapa Negara lainnya seperti Hongkong, Kuwait, Jepang, Brunei Darussalam, Mesir, dll. Penyebab-penyebab kematian buruh migrant tersebut adalah kecelakaan kerja 25%, sakit 24%, kematian misterius 24%, jatuh dari ketinggian 13%, kekerasan 11%, dan bunuh diri 4%.

2. Sebanyak 303 warga Negara Indonesia terancam hukuman mati di luar negeri, 297 di Malaysia, 4 orang di Saudi Arabia, 1 orang di Singapura, dan 1 orang di Mesir. Dari sejumlah orang yang terancam hukuman mati tersebut, 8 orang diantaranya sudah dijatuhi vonis hukuman mati di Malaysia. Dan hal yang sama juga menimpa Siti Zaenab, Nur Makin Sobri, dan Hafidl Bin Kholil Sulam yang juga telah dijatuhi vonis hukuman mati di Saudi Arabia. Sementara Adi Bin Asnawi (Malaysia) dan Barokah (Singapura) telah dibebaskan dari ancaman hukuman mati.

3. Kekerasan yang menimpa buruh migran Indonesia sepanjang tahun 2007 banyak menimpa perempuan. Dari 144 orang yang mengalami kekerasan, 129 diantaranya adalah perempuan (89,6%) dan 15 orang laki-laki (10,4%). Bahkan tidak jarang kasus kekerasan yang berujung pada kematian.

Dari kasus-kasus yang telah terjadi, proses hukumnya seringkali tidak ada titik terang keadilan untuk buruh migran. Seperti kasus Ceriyati (17 Juni 2007), hingga kini kasus Ceriyati belum diproses di pengadilan dan masih mengalami kemandegan di tingkat penyidikan, sementara majikan Ceriyati bisa menghirup udara dengan bebas atas jaminan sejumlah uang.

Kasus kekerasan lainnya yang tak kunjung tuntas adalah kasus penyiksaan yang menimpa 4 PRT migrant Indonesia di Saudi Arabia, yakni Siti Tarwiyah, Susmiyati, Tari dan Rumini (3-4 Agustus 2007), hingga kini Kerajaan Saudi Arabia masih belum menunjukkan keseriusannya untuk segera melanjutkan proses hukumnya ke mahkamah.

4. Trafficking atau perdagangan manusia senantiasa berhimpitan dengan praktek penempatan buruh migran Indonesia ke luar negeri. Terbongkarnya sindikat trafficking di beberapa Negara tujuan buruh migran Indonesia menjadi bukti yang nyata betapa trafficking adalah ancaman nyata bagi setiap buruh migran Indonesia.

Sindikat trafficking buruh migran ke Timur Tengah seringkali menghantarkan buruh migrant Indonesia terjebak di beberapa Negara konflik seperti Irak, Lebanon dan Israel. Saat ini masih ada sekitar 70an orang yang terjebak di Irak, setelah 4 orang dipulangkan ke Indonesia, yaitu Elly Anita, Darniyati, Castini dan Siti Julaihah. Selain itu, sekitar 600an orang ditangkap di Saudi Arabia karena persoalan dokumen keimigrasian, namun sebenarnya mereka adalah korban trafficking dengan modus operandi umroh dan haji.

Tidak hanya itu, trafficking dengan modus operandi magang kerja juga banyak menimbulkan korban, seidaknya 45 mahasiswa The Bandung Hotel School yang sebenarnya statusnya magang namun dipekerjakan sebagai karyawan hotel dengan gaji rendah dan akhirnya dipulangkan paksa oleh Malaysia karena di duga menyalahi aturan keimigrasian.

5. Terminal 3 sepanjang tahun 2007 masih belum lepas dari berbagai persoalan. Ada step kemajuan dengan ditetapkannya penghapusan retribusi Rp 25.000 bagi setiap buruh migrant yang melewati Terminal 3, namun hal ini tidak berdampak signifikan pada berkurangnya persoalan di Terminal 3.

Menurut monitoring Migrant CARE, sepanjang bulan Juli - Desember 2007, ada 111 persoalan yang meliputi 53% masalah di luar negeri, 30% masalah dengan birokrasi di Terminal 3 dan 17% pungutan liar. Sebagai contoh:

(1) Rokeni Wati Bt Rohidi (asal Indramayu) dia harus membayar cargo di Terminal sebesar Rp 850.000 untuk bawaan seberat 56 Kg, padahal dia sudah membayar 125 Dinnar di Yordania.

(2) Rahma Bt Sakka (Sulsel) juga mengalami hal yang sama dimana dia harus membayar cargo sebesar Rp 1.712.000 di Terminal 3 dan sesampainya di Sulsel dia harus membayar lagi cargo sebesar Rp 200.000. Tidak hanya itu Rahma juga dikenai Rp 400.000 untuk biaya keterlambatan tiket.

(3) Tuti Hani asal Purwakarta, harus membayar cargo sebesar Rp. 1.650.000 untuk dua kardus barang. (4) Yani asal Bandung harus membayar Rp 500.000 (di luar biaya tiket travel) untuk biaya keamanan selama perjalanan Jakarta – Bandung dimana travel berhenti 10 kali di 10 pos polisi dan setiap pos harus membayar Rp 50.000.

6. Deportasi merupakan persoalan yang rutin terjadi dan menimpa buruh migrant Indonesia tidak berdokumen. Di Malaysia deportasi terjadi secara regular dimana setiap minggu ratusan (400-500) buruh migran Indonesia di deportasi melalui 11 pelabuhan di seluruh Indonesia. Di Saudi Arabia, 40.000 buruh migran Indonesia juga ternacam di deporatsi pada akhir Mei 2007 dan 22.116 orang telah dipulangkan ke Indonesia sampai akhir Desember 2007. Selain itu ratusan buruh migrant Indonesia tidak berdokumen juga senantiasa terancam di deportasi dari Amerika Sertikat.


Pada hampir penghujung tahun 2007, tepatnya 20 November 2007, sepuluh petinggi negara-negara di kawasan Asia Tenggara menandatangani dokumen ASEAN Charter (Piagam ASEAN). Namun ASEAN Charter mengabaikan persoalan penegakan hak asasi buruh migran di kawasan Asia Tenggara.

Tak ada secuil kalimatpun dalam ASEAN Charter yang mengakui peran signifikan buruh migran dan komitmen untuk perlindungan buruh migran di kawasan Asia Tenggara. Padahal, gerak kemakmuran negara-negara anggota ASEAN banyak disumbang dari proses migrasi buruh migran. ASEAN Charter bukanlah jalan untuk mencapai keadilan bagi buruh migran.

Peliknya berbagai persoalan diatas karena ditopang dengan buruknya kebijakan mengenai buruh migran baik di tingakt nasional dan regional. Seperti MoU Indonesia – Malaysia tentang penempatan pekerja rumah yang dinilai berpotensi terhadap terjadinya pelanggaran HAM buruh migrant, dan hingga kini MoU tersebut tidak kunjung diamandemen.

Dari beberapa catatan buram tentang situasi buruh migran Indonesia sepanjang tahun 2007 tersebut, Migrant CARE merekomendasikan beberapa hal pokok sebagai sebuah agenda untuk perbaikan kinerja Pemerintah RI untuk perlindungan buruh migran Indonesia pada atahun 2008:

- Pemerintah RI harus segera melakukan evaluasi terhadap kinerja BNP2TKI

- Pemerintah RI harus segera melakukan amandemen terhadap berbagai peraturan yang terbukti tidak efektif untuk menjamin pemenuhan HAM buruh migran Indonesia, antara lain UU No 39 tahun 2004 tentang PPTKILN, MoU Indonesia-Malaysia tentang penempatan PRT migran.

- Pemerintah RI harus segera meratifikasi konvensi internasional tentang perlindungan terhadap buruh migrant dan anggota keluarganya



12 Januari 2004
Pemerintah Indonesia mengumumkan nama kepala BNP2TKI ,sesuai dengan mandat Perpres No 8 Tahun 2006, yaitu Moh. Jumhur Hidayat (representasi dari Gaspermindo/Gabungan Serikat Pekerja Merdeka Indonesia). Di lihat dari rekam jejak aktivitasnya, M. Jumhur Hidayat selama ini dikenal sebagai tokoh dari serikat buruh (meski sama sekali tidak pernah bersentuhan langsung dengan persolan buruh migrant) sekaligus tokoh dari partai politik. Latar belakang dan pengalaman yang dimiliki M. Jumhur Hidayat memicu kekhawatiran bahwa BNP2TKI tidak akan menjadi wadah reformasi untuk perlindungan buruh migran.


13 Januari 2007
"Cebu Declaration on The Protection and Promotion of the Rights of Migrant Workers" ditandatangani oleh anggota ASEAN di Cebu Philippnines. Dokumen ini dikhawatirkan akan hanya menjadi dokumen semata dan tidak ada komitmen politik dari segenap petinggi ASEAN dan juga proses monitoring dan evaluasi dari masyarakat sipil. Dalam konteks Indonesia, dokumen ini harus menjadi momen benah diri untuk evaluasi kebijakan penempatan buruh migrant Indonesia. Dengan dokumen ini, Indonesia juga bisa mendesak adanya peninjauan kembali MoU dengan RI-Malaysia yang menurut penilaian UN Special Rapporteur on the Human Rights of Migrants Prof George Bustamante merupakan instrument bilateral yang melanggar HAM buruh migran Indonesia.


22 Januari 2007
Buruh Migran Indonesia yang bernama Eem (30 Th) asal Kampung Leuwengdatar Desa Pakuon Cianjur Jawa Barat disiksa majikan di Damam Arab Saudi hingga Depresi.


24 Januari 2007
19 Buruh migrant Indonesia terancam hukuman mati di luar negeri. Masalah ancaman hukuman mati terhadap buruh migran Indonesia yang bekerja di luar negeri merupakan masalah krusial yang tak pernah diselesaiakan secara sistematik dalam mekanisme perlindungan buruh migran Indonesia.


7 Pebruari 2007
Sebanyak 4 Buruh Migran Indonesia menghadapi ancaman hukuman mati di Malaysia, mereka adalah Aida Sukardi, Erik Bin Kartim, Wahyudi bin Boinen dan Halimah Bin Sihombing. Aida Sukardi di tuduh melakukan pembunuhan terhadap majikannya Mok Lan apada tanggal 30 Desember 2002. Kasus ini dilimpahkan ke pengadilan pada tanggal 4 Januari 2007. Sdangkan tiga orang lainnya di tuduh membunuh rekan kerjanya. Migrant CARE menyerukan kepada pemerintah Malaysia dan Indonesia untuk menghentikan praktek pemidanaan dengan metode hukuman mati.


1 Maret 2007
Eka Yuanita (PRT migrant asal Blitar) meninggal di Taiwan. 14 April 2007 jenazah baru dipulangkan ke Indonesia


8 April 2007
Eni Ismawati Binti Darno (17 Th) diperkosa majikannya Lucky alias Cu, pemerkosaan terjadi dikediaman Lucky di Pesiaran 45 Johor Baru.


1 Mei 2007
-> Peringatan Hari Buruh Sedunia

-> Tahun 2007 adalah tahun berkabung bagi buruh migrant Indonesia. Baru memasuki bulan kelima pada tahun 2007 ini, tercatat sedikitnya 43 buruh migrant Indonesia meninggal dunia sia-sia di luar negeri. Banyak kejanggalan yang ditemukan dalam kematian buruh migrant. Animah Bt Jari, dalam berita kematian yang berasal dari Kuwait Animah diberitakan meninggal akibat TBC tetapi karena keraguan dari pihak keluarga dan ada bekas-bekas luka ditubuhnya maka jenazah Animah Bt. Jari di Otopsi ulang dan hasil yang dikeluarkan Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo Jakarta bahwa penyebab kematian Animah Bt. Jari adalah murni kekerasan.


25 Mei 2007
Sebanyak 40.000 buruh migrant Indonesia tidak berdokumen terancam di deportasi dari Saudi Arabia


8 Juni 2007
Wati, PRT migrant Indonesia asal Purwakarta di siksa majikan di Saudi Arabia, pukulan dan tendangan selalu mendarat ditubuhnya hingga badannya susut 20 Kg.


17 Juni 2007
Ceriyati (PRT migrant asal Brebes) yang bekerja pada Ivone Siew menggemparkan Malaysia. Ceriyati nekat kabur dari lt 15 rumah majikan melalui jendela dengan menggunakan potongan-potongan kain. Upaya melarikan diri yang dipilih Ceriyati adalah untuk menyelamatkan nyawa akibat perilaku majikan yang setiap hari menyiksa Ceriyati hingga penuh bekas luka di seluruh tubuh. Namun proses hukum di Malaysia senantiasa tidak memenuhi rasa keadilan bagi Ceriyati, pada tanggal 26 Juni 2007, Majikan Ceriyati dibebaskan dari tahanan karena membayar uang jaminan. Hingga hari ini belum ada progress dalam proses hukumnya. Migrant CARE mendesak Pemerintah RI untuk melancarakan nota protes diplomatic ke pemerintah Malaysia atas perkembangan pengusutan kasus Ceriyati yang tidak fair dan cenderung merugikan Ceriyati.


17 Juni 2007
BNP2TKI menghapuskan pungutan Rp 25.000 di Terminal III. Ironisnya, kebijakan menghapuskan pungutan tersebut tidak dibarengi dengan tersedianya APBN yang akan digunakan untuk mengcover biaya operasional di Terminal III yang selama ini menggunakan kumpulan dari pungutan Rp 25.000. Hal ini berpotensi untuk menimbulkan pungli yang baru.


20 Juni 2007
Siti Kurniatin (26) dan Lilis (27), dua PRT migran asal Semarang Jawa Tengah kabur dari rumah majikan karena kerap kali mendapat siksaan dari majikan, lilis ditemukan dalam keadaan muka bengkak dibawah mata kiri, dada,kaki dan seluruh anggota badan. Siti Kurniatin jatuh dari lantai III karena mencoba melarikan diri dari majikannya karena dirampas kebebasannya.

28 Juni 2007
Malaysia menolak Mencabut Pasal Penyanderaan Paspor dalam MoU, hal ini terjadi dalam pertemuan bilateral Working Group RI-Malaysia di Surabaya


16 Juli 2007
Indah Wijayanti, PRT migrant asal Lampung Utara terancam hukuman mati di Malaysia berdasar pasal 302 Kanun Keseksaan Malaysia. Indah Wijayanti (18 tahun) di dakwa bersekongkol bersama suami majikannya dan seorang PRT migrant lainnya melakukan pembunuhan terhadap Kek Huey Lian pada tanggal 3 Juli 2007. Menurut keterangan Shaun Tan, pengacara Indah Wijayanti, untuk sementara Indah ditahan di penjara Wanita Kajang, sementara dua terdakwa lainnya dibebaskan dengan uang jaminan.


18 Juli 2007
Nuraini PRT migran Indonesia asal Brebes Jawa Tengah bekerja di Malaysia diperkosa dan gaji tidak dibayar selama bekerja.

27 Juli 2007
Sebanyak 45 Mahasiswa TBHS menjadi korban trafficking di Malaysia


3-4 Agustus 2007
Ada 4 PRT migrant Indonesia menjadi korban penyiksaan majikan (7 0rang) secara keji selama 2 hari 2 malam secara berturut-turut, 2 orang meninggal seketika (Susmiyati dan Siti Tarwiyah), jenazahnya baru dipulangkan ke Indonesia pada tanggal 29 September 2007. Sedangkan 2 orang lainnya (Rumini dan Tari) mengalami luka parah dan hingga saat ini masih berada di KBRI Riyadh Saudi Arabia.


14 Agustus 2007
Kunarsih (PRT migrant asal Demak Jateng) meninggal dunia akibat penyiksaan majikan di Malaysia. Kunarsih baru bekerja selama 4 bulan pada Goo Eng Keng

15 Agustus 2007
Trimo, TKI asal Ponorogo Jawa Timur bekerja di Malaysia dianiaya teman majikan hingga meninggal di Malaysia.

16 Agustus 2007
Parsiti, PRT migran Indonesia asal Wonosobo Jawa Tengah menggelantung di lantai 17 apartemen majikan karena sering dianiaya majikan di Malaysia.


25 Agustus 2007
Sulati, PRT migran Indonesia dianiaya majikan di Amerika Serikat, majikannya yang bernama Rozinah seorang berkebangsaan Malaysia.

29 Agustus 2007
Nurlela (23 Th) PRT migrant Indonesia asal Kampung Cigadog, Sagaranten, Sukabumi Jawa Barat disiksa majikan di Saudi Arabia hingga mengalami patah tulang dan betis bengkak dan terdapat luka di pergelangan kaki akibat rantai yang membelenggu.


3 September 2007
Maryati (38 Th) PRT migrant Indonesia asal Palembang disiksa majikan dengan dipukuli seluruh tubuhnya dengan rotan.


6 September 2007
Elly Anita (PRT migran asal Jember Jatim terjebak di Irak)

8 September 2007
72 TKI tertahan di Camp Militer Amerika Serikat di Irak

8 September 2007
Seorang Buruh Migran Indonesia usia 22 tahun diperkosa 12 orang di Malaysia

11 September 2007
Heni Indriyani, PRT migran Indonesia asal Lampung dianiaya majikan di Malaysia

17 September 2007
Seorang PRT migran Indonesia dalam kondisi kritis akibat penyiksaan kedua majikannya,PRT tersebut dijemur setiap hari dibawah terik matahari setelah itu dipukuli dengan batang besi hingga giginya lepas dan bibirnya sobek.

22 September 2007
Kristi Gama Santara, PRT migran asal Cianjur Jawa Barat nekat meloncat dari gedung lantai 4 karena tidak tahan disiksa oleh agen, tubuhnya lumpuh dan depresi berat

29 September 2007
Siti Tarwiyah dan Susmiyati 2 PRT migran Indonesia yang meninggal akibat penganiayaan majikan di Saudi Arabia jenazahnya di pulangkan ke Indonesia


1 Oktober 2007
Dalam hari-hari terakhir ini, RELA telah bertindak melampaui batas. Istri seorang diplomat Indonesia ditangkap dan RELA juga mengobrak-abrik asrama mahasiswa Indonesia. Dalam minggu kemarin, terungkap 2 kasus perkosaan yang dilakukan oleh anggota polisi Malaysia dan anggota RELA terhadap buruh migran perempuan asal Indonesia yang sedang hamil. Buruh migran tersebut diidentifikasi berasal dari Lampung. Kasus perkosaan oleh RELA ini bukan hanya dilakukan kali ini saja. Dalam tahun ini Migrant CARE juga mengadvokasi kasus serupa yang dialami buruh migran perempuan asal Nusa Tenggara Barat. Namun demikian hingga saat ini kasus-kasus kekerasan dan perkosaan yang dilakukan RELA tidak pernah difollow-up oleh Pemerintah Malaysia bahkan cenderung untuk mengabaikannya. Pemerintah Indonesia juga sangat lamban untuk menuntut Pemerintah Malaysia memproses tindakan criminal yang dilakukan oleh RELA dan juga aparat Malaysia lainnya.

Untuk itu, Migrant CARE mendesak kepada Pemerintah Indonesia untuk pro-aktif dalam menuntut Pemerintah Malaysia membubarkan RELA

8 Oktober 2007
Sapnah Bt Said (22 Th) PRT migran Indonesia asal Karawang Jawa Barat disiksa majikan di Yordania, diberangkatkan oleh PT. Elkarim Makmur Sentosa.


20 Oktober 2007
Redi Martin, Buruh Migran Indonesia asal Cilacap Jawa Tengah bekerja di Malaysia, meninggal akibat di keroyok warga sipil diberangkatkan oleh PT. Tenaga Sejahtera Wirasta

24 Oktober 2007
Victoria Usnaat (18) PRT migran Indonesia asal NTT dianiaya majikan selama sebulan, tangan dan punggungnya disetrika, dipaksa minum air sabun dan air rendaman kaus kaki yang sudah berbau busuk dan disiram larutan kimia.

13 November 2007
Zusniyati Kholifah, PRT migrant Indonesia asal Temanggung Jawa Tengah meninggal akibat jatuh dari Apartemen di Malaysia.

19 November 2007
Dedah, PRT Migran Indonesia asal Sukabumi Jawa Barat disiksa majikan di Yordania, diberangkatkan oleh PT. Bagus Bersaudara.

20 November 2007
Piagam ASEAN (ASEAN Charter) ditandatangani, namun piagam ini mengabaikan persolan penegakan hak asasi buruh migran di kawasan Asia Tenggara. Tidak ada klausul dalam piagam ASEAN yang mengakui peran signifikan buruh migrant dan komitmen untuk perlindungan buruh migran. Padalah gerak kemakmuran Negara-negara anggota ASEAN banyak disumbang dari proses migrasi buruh migran. ASEAN charter bukanlah jalan untuk mencapai keadilan bagi buruh migran.

27 November 2007
Khoirullisan, seorang ABK asal Brebes dikabarkan hilang sejak 2 April 2007

28 November 2007
Sebanyak 28 ABK Indonesia hilang akibat tenggelamnya kapal Mezannine di perairan utara Taiwan pada tanggal 27 November 2007

28 November 2007
Barokah, Buruh Migran Indonesia asal Kendal Jawa Tengah di Vonis penjara seumur hidup


29 November 2007
Laelatul Mukarromah (PRT migran asal Desa Sidak Kaya Kec. Gandrung Mangu, Cilacap) terungkap kehilangan sebagian jari tengahnya akibat di potong oleh majikannya di Kampung Lumut, Sungai Mau Brunai Darussalam pada bulan Maret 2007. Majikan Laelatul, Kartini kalap karena menilai Laelatul memotong rumput terlalu lama dan kemudian menggunakan gunting pemotong rumput yang dipakai Laelatul untuk menggunting jari Laelatul hingga putus. Selain itu, majikannya juga menarik rambut Laelatul serta memotongnya.

5 Desember 2007
Castini , Siti Julaiha dan Aan Fatonah PRT migran Indonesia yang disekap di Irak dipulangkan ke Indonesia


7 Desember 2007
Sebanyak 600 WNI dengan Visa umroh dan overstay ditangkap di Mekah Saudi Arabia oleh Aparat Keamanan dan terancam deportasi. Sepanjang Januari-Desember 2007, Saudi Arabia telah mendeportasi 22.116 buruh migrant Indonesia tidak berdokumen

23 Desember 2007
Nanang Rahmawati, PRT migrant Indonesia asal Jakarta di sekap selama 4 hari tanpa makanan di pusat perniagaan sutera utama Johor Bahru.


Jakarta , 27 Desember 2007
Anis Hidayah (Executive Director
Wahyu Susilo (Policy Analyst)

[Wahyu Susilo, Jakarta]

11 Oktober 2007

Kelodak si Todak Episod 6 (Singgahsana)

Depan Kiri Faizal & Wan, Belakang kerusi 2 Penyair iDANRADZi, Man & Ijan, Kerusi 3 Nik,Hatmi & Ketereh, Belakang Abuya Rusdi. Telahan aku amat benar, sekitar jam 3:00 petang barulah tujuh rakanku yang lain sampai. Air amat surut ketika itu. Tentunya mereka terkejut lantaran tak ada ikan besar yang kami dapat. Banyak umpan yang mereka bawa. Dua jenis udang & umpun². Air yang berkelodak memang payah menjanjikan ikan yang bergred tinggi. Jika ada pun mungkin ikan semilang & ikan ikan duri. Aku lihat Abuya banyak membantu mengikat mata pancing untuk Wan,Nik & Ketereh.Yang lain nampak memang mahir bab ikat mengikat ini. Banyak juga mereka dapat ikan semilang. " Sedap nanti kita buat masak asam pedas! " Fairuz bersuara. Aku sekadar mendapat peluh, kail masih tak melekat umpan. Lalu aku membiarkan saja mata kail linyai dibawa arus & memerhati gelagat rakan². Mentari makin rebah diselimut senja. Air beransur pasang. Aku masih menyelitkan harapan agar ada ikan² besar sudi bertandang ke persekitaran kelong. Hari makin suram, rintik hujan mula menitis. Fairuz mula memasak masakan malam, janjinya tadi mahu memasak gulai asam pedas; pastinya sesedap lalu. Ketereh memang rajin menolong Fairuz. Angin yang kuat lantaran bermesra dengan hujan renyai membuatkan payah nasi mahu empuk. Aku lihat Ketereh & Fairuz memindahkan dapur sebelah kamarku yang terlindung dari desah angin. Aku menghulur Nusantara kepada Ijan; teringin mahu menimba keilmuan sifunya. " Ijan ... kau ingat kenapa ikan tak banyak? " " Berbedalah abg iDAN kelong dengan bot, jika bot kita pergi mencari lubuk ikan dari ujam ke ujam...di Kelong kita hanya menanti kot kalau ada ikan yang datang, kita yang mencari ikan dengan ikan mencari umpan kita memang berbeda. " Aku mendengar penjelasan Ijan, memang ada benar katanya. Hari makin gelap. Aku turun ke tangga kelong untuk mengambil wuduk. Air makin jernih. Aku nampak Hatmi begitu tekun memancing di sisi tangga. Mengadap laut luas. Neon dari hotel Port Dickson nampak cantik dalam mendung senja merangkak gelap. Senjakala & loceng ... mana ikan ni! Angin basah menyimbah muka dingin & amat cepat mengeringkan air wudukku. Aku membentang sejadah di kamarku. Kedengaran di sebelah kamarku suara Ketereh sembahyang begitu lantang. Teringin untuk berjemaah dengan dia tapi terhalang lantaran sebahagian dari rakan² nampak berleka sahaja. Atau aku tak nampak lantaran makin kegelapan kian membataskan pandangan. Wan makin bersungut, risau sangat Abg Nan tak datang-datang berkali-kali mereka cuba hidupkan enjin yang di letakkan di dalam tandas tidak berjaya. Tiada minyak tentunya. Lepas syolat aku memastikan umpan di mata kail yang aku hanyutkan, udang yang dibeli oleh Abuya nampaknya habis dicuri anak² ikan; aku menukar umpan dengan umpun² & melontar sejauh mungkin umpan ke arah pandai. Umpun liat sikit. Aku melekatkan loceng agar sempat dirembat jika umpan dipagut ikan... " Isk gelapnya... dah 8:00 malam lebih ni.. mana Abg Nan ini sudah lupakan kita ke!..." Tak habis lagi sungut si Wan. - bersambung! Kelodak si Todak Episod 5 Posted on 11.10.2007 at 11:56 AM

30 Mei 2007

Ngail@di.Desa (Sastera)

bakong lubuk lama sepat & puyu
bagaikan berenang jauh di sepi desa
tak sabar rasanya merentas pokok paku
mencantas rempiang menaut haruan
menahan bubu & membakar buah getah
atau isi kelapa buat pemanggil limbat
di jaringan bubu
atau mengutip buah ceri bagi umpan
si ikan lampam
atau membakar sarang kerengga
mencuri anaknya sebagai umpan di paya

di desa sana terlalu banyak tasik
untuk diteroka percuma
di kota ini semuanya berbayar
di kolam ikannya dapat diduga
di tasik kita ghairah meneka spesis apa
di laut terkadang gelombang menghalang kita
memang tak puas turun ke laut
tapi tidak boleh saban kali ke sana
bajetnya bukan sedikit
wang besar hasilnya besar

namun aku amat rindu untuk
ngail di kampungku
redup nyaman
bukanlah ikan sasaran utamanya
sayogia impirasi meresap ke diri.

iDAN
BKK & Jenaris
30 Mei 07

Posted on 5.30.2007 at 1:22 AM

10 Mei 2007

Kelodak si Todak Episod 5 (Singgahsana)

Makin dibaling umpan makin ikan bagaikan lari. Peluh kian membasahi baju T aku. Aku bingkas meluru ke kamar aku, mencari baju T yang lebih nipis. Panas. Aku mencapai Nusantara, termenung memerhati ombak laut. Putih berlari-lari mengejar hujan bakau. Nampak nelayan memasang jaring di persisiran pantai.

" Apakah jaring yang memagari kelong ini membuatkan semua ikan lari! .." Desus hatiku.

Aku lihat Fairuz juga makin rimas, impian aku mahu menaikkan anak-anak kembung, anak selar atau sebarangan ikan boleh dibuat umpan bagi malam nanti nampaknya gagal.

Aku teringat akan ikan kembung yang kami beli di Bangi pagi tadi. Mungkin ikan di Kelong Lukut ini suka makan daging kembung. Aku menggunakan pancing antikku si ABU Cardinal 757. Memasang umpan daging kembung; berbaling jauh-jauh mengikut arus laut; batu yang aku gunakan saiz agak besar agar tidak hanyut dek arus. Harapanku ada penghuni di laut Lukut ini akan meragut umpanku.

Air makin surut, air makin keruh. Fairuz & aku memang kecewa. Sesekali Abuya Rusdi & rakan aku yang masih di Serdang telefon. Fairuz bising berkata;

" Jangan ganggu tengah naikkan ikan gelama besar ni!... " Bergurauan Fairuz sebenarnya.

" Siapa telefon tu?.." Aku bertanya.

" Ijan! "

Hari kian petang. Aku kian melupakan joranku; Penatlah amat. Aku mencari makanan lantaran terasa lapar, Fairuz ada membawa mee goreng dari rumah. Ada sedikit untuk aku makan. Habis aku makan; memang lapar sangat. Aku mencongak waktu. Jika mereka bertolak dari Serdang sekitar 1:00 tengah hari. Pasti sampai sekitar 2:00 petang. Sepatutnya mestilah dalam jam 3:00 petang mereka akan sampai.

Dengan Abuya Rusdi memang aku biasa memancing di Tasik Tejut. Dengan Ijan memang aku tak biasa. Apatah lagi dengan Faizal, Wan, Nik & Hatmi. Ketereh asalnya orang Kelantan, adalah rakan jurnal & aku kerap berbual kosong dengan dia di makmal. Cumanya sejak kebelakangan ini dia makin ramai rakan senegerinya berhijrah ke fakultiku. Faham-faham sahajalah jika orang Kelantan berjumpa dengan rakan seKelantan. Kita yang tak pandai bercakap dengan lograt mereka memang tak ada can mahu mencelah berborak.

Ketereh kira baru nak belajar memancing. Raman kira biasa. Abuya, Ijan, Faizal memang sudah dikira sifu. Seharusnya memancing dengan sifu-sifu inilah aku harapkan akan dapat menimba ilmu mereka agar menjadi hanyirnya joran.


Pelangi atau Langit Minum, jangan tunjuk dengan jari nanti jari jadi kudung!!!

Bila sahaja air semakin keruh, memang tiada langsung tangkapan ikan. Amat berbeda dengan kelong yang besar. Fairuz pernah memancing di kelong yang lebih besar agak ke tengah laut. Tentunya tak ada masalah air pasang surut. Mungkin apa yang aku baca tentang pengalaman mereka yang memancing di Kelong Lukut ini adalah di kelung besar. Banyak ikan kembung & selar katanya. Bermain dengan apollo pun katanya sudah cukup seronok. Tidak ada masalah umpan ikan segar jika memancing di Kelong Lukut.

Aku memandang ke arah jeti Lukut, kot-kot ada bot laju akan membawa tujuh orang lagi teman memancingku. Harapanku dengan kehadiran mereka pasti akan ada serunya ikan datang menghampiri kelong. Manalah tahu kalau-kalau ada kalangan teman memancingku ini menuntut ilmu dengan arwah Pak Abu. Sebut tentang ilmu memancing Pak Abu aku memang amat trauma. Sebut saja mahu makan ikan apa, seru saja akan datanglah ikan yang kepingin dipancing. Yang aku tak pernah dengar diserunya ialah Ikan Duyung. Semangat Ikan Duyung tentunya payah diseru oleh arwah Pak Abu. Jika tidak pasti ramai kalangan teruna di kampungku berkahwin dengan ikan duyung.

" Bilalah aku dapat menuntut ilmu mengail yang diturunkan oleh arwah Pak Abu kepada Nu-C, pengerasnya setahu aku taklah mahal sangat!, Nu-C masih dapat ditemui di UPM, dengar khabarnya dia masih aktif mengail... " Desus hatiku.

- bersambung!

Kelodak si Todak 4

Posted on 5.10.2007 at 5:08 PM

29 Januari 2007

Pautan Hati 5 Kuali Gergasi (Delima Merkah)

Jamil bangun membawa pinggan & cawannya ke singki.

" Letakkan saja di sebelah tu bang " Juriah bersuara tanpa memandang Jamil.

Serentak itu Syafik, Raman & Mira terkedek-kedek mengikut Jamil yang telah pun duduk di balai memasak belakang rumah bersama dengan 555nya. Ada beberapa pokok Sukun di belakang rumah mak mertuanya. Agak tinggi, tentunya payah ingin mengait buahnya. Dahan Sukun memang rapuh. Nampak ada galah PVC yang agak panjang bersambung. Emmm kalau galah buluh mahu tak terangkat jika sepanjang galah PVC. Pohon Malinjo dekat bilik air nampak lebat buahnya. Kerepek Malinjo biarpun pahit tapi banyak khasiatnya. Setakad sebalang Kerepek malinjo memang tak sedar habisnya jika sudah mula leka memakannya sambil menonton TV.

" Paman Amil.. bila nak mulakan kerja membasuh kita? " Mira bersuara mengejutkan lamunan Jamil. Nampak tak sabarnya Mira. Syafik & Raman sudah mula menolak-nolak periuk ke sisi di dinding supaya dekat dengan paip air.

" Mira, Syafik .. Raman sabarlah dulu, paman tengah merokok ni, kejap nantilah, makanan kat perut pun belum turun betul!! " Tiga orang cucu Wak Suratman ini macam tak dengar sahaja. Seluar sukan Mira sudah nampak basah, berebut paip dengan Raman.

" Syafik! suruh Raman & Mira siram periuk & kuali, biar keraknya kembang " Jamil lihat ada sebahagian periuk masih tidak direndam. Huh! boleh tahan banyaknya periuk belanga, kuali & pinggang mangkuk kena dibasuh. Entah jam berapalah akan siapnya. Tak apa, kena buat pelahan-pelahan. Nasiblah semalam jadi Raja Sehari, hari ini kena dera.

" Syafik mari sini kejap? "

" Ada apa hal Paman... "

" Paman Rosman tu, Paman tak nampak pun sejak sarapan tadi! "

" Syafik tahu mana dia lepak, ngapa nak Syafik panggil dia ke? "

" Ishh.. janganlah, Paman orang baru di rumah ni, tak baik ganggu dia "



Kedengaran ayam jantan Wak Jamiah berkokok, mabuk minum brandi ke apa ayam jantan Wak Jamiah ini, mentari sudah menyala pun tak pandai berhenti berkokok. Berkokok pagi kata orang tua, tak jadi masalah, ayam bukankah katanya dapat melihat Malaikat. Mesti tegur Malaikat lalu. Jika berkokok senja kata orang tua mesti ada perkara yang tak baik akan berlaku. Zina atau anak luar nikah akan lahir. Ish.. simpang dek Malikat 44;


Terlebih makan tempe kot si Romlie itu!, tempe buat lode taruh cili pedas-pedas...

Masalah Rosman, huh takut nak dengar! Dia teringat sungutan Wak Jamiah pasal anak bungsunya si Rosman. Tak habis-habis buat kerenah. Paling dia risau takut kemalangan dengan RXZnya. Gila dengan motorsikalnya. Ghaib memanjang, memang payah lekat di rumah. Dia berdoa agar jangan sampai anaknya bungsunya jadi Mat Rempit.

" Paman Amil... tenguk Abg Raman ni, belum lagi Mira mula buat kerja sudah basah seluar Mira ni.. nanti Mira sejuk .. demam cam mana?.. "

" Baguslah.. tak boleh makan ABC! " Raman bergurau.

Nampak Kak Julia tersenyum saja dari pintu dapur melihat anak daranya sudah mula basah. Mira ini macam anak mami sikit. Ayahnya entah darah darah Khan mana. Tersenyum Kak Maimun isteri abg Paiman yang pendiam nampak bertudung cantik di belakang Kak Julia. Dari wajah Kak Maimun memang terbayang perbagai rahsia. Payah bagi Jamil menyingkapnya. Anak Kak Maimun yang sulung Munirah mirip wajah ibunya putih cantik, baru darjah empat, Kak Maimun ada darah Minang itu yang nampak lembut & tak banyak cakap, tak fasih berbahasa jawa; dua lagi anaknya memang wajah jawa jati ikut ayahnya Abg Paiman. Raman biarpun wajah macam ayahnya tapi nampak sopan budaknya. Adik Raman si Romlie isk!... baru lima tahun, punyalah lasak mengalahkan komando. Jika bertembung dengan Mira kira sepupunyalah... asyik bercakaran. Nasib dia tak datang menolong, kalau ada pasti bakal ribut@repot. Terlebih makan tempe kot si Romlie itu!, jika ngacau siap Jamil sudah teragak nak serkup dia dengan periuk besar itu!.

Jamil nampak Mira menghalau ayam Wak Jamiah; ayam Nyainya asyik mencuri kerak nasi dalam periuk. Lagi dihalau lagilah riuhnya ayam kampung!. Mengalahkan nak bertelur.

" Okeylah!... jom kita bertiga mulakan operasi! ... Syafik, Raman tolong Paman angkat kuali ini. Mira bersedia jadi ahli bomba .. siram air! jika Paman laung 994 .. siram sampai padam!" Sambil membuang puntung 555. Mira tersenyum; Jamil tegang urat belakang mengangkat beban, memang berat kualinya. Ziana Zain pun muat berendam di dalamnya. Emmm tambah hitamlah dikau Ziana Zain, jika berendam dalam kuali ini.

" Hai.. orang-orang kampung!... Tak ada lagikah yang lebih besar sang kuali di Kampung Tasik Naga ini. Agaknya khazanah purba gergasi dari Tasik Chini dijumpai oleh penduduk kampung ini untuk buat kenduri.. nanya aku nak membasuhnya! " Sungut Jamil si Pengantin Baru dalam hati. Inai di jari pudarlah nanti.

- bersambung

Capaian Berkait

Pautan Hati 4

Posted on 29.1.2007 at 9:46 AM

24 Januari 2007

Pautan Hati 4 Gangguan SMS (Delima Merkah)

( Ada yang bertanya apa maksud Delima Merkah? , Saya mengategorikan kisah benar yang diolah serta ditokok-tambah agar menjadi ceritera yang menarik dengan istilah Delima Merkah )

Sedang dia asyik mengelamun, terdengar nada dering SMS. Bukan bunyi nada dering telefom bimbitnya. Dia nampak tas tangan Juriah terbuka di rak katil pengantin.

" Perlukah aku membukanya? " Desah hatinya.

" Tak baik!, jika ditahu Juriah aku membaca SMS dia, takut pula aku dituduh terlampau ambil tahu ... cuba menyekat kebebasan dia.." Suara hati dalam diri.

" Tapi bukankah dia telah mutlak jadi isteriku, salahkah aku mencemburui isteriku aku sendiri " Desah hati cemas Jamil.

" Ishh baru nikah dah ada sikap cemburu buta?.. kawallah sikit Jamil " Suara hati dalam diri memujuk.



Jamil hampir habis bercengkerama dengan usapan lembut beracun 555. Teringat akan kuali besar, periuk besar & banyak lagi pinggang mangkuk tidak bercuci. Dia terbayang wajah Syafik anak sulung Kak Julia, baru tingkatan satu tapi memang boleh diharap. Anak abg Paiman yang nombor dua si Raman biarpun baru darjah dua tapi cukup rajin dalam bab main air. Harapan Jamil jika ada berdua orang menolong ringan sikit kerja dia untuk membasuh nanti. Jam di dinding masih awal. Anak saudaranya masih ada yang tidur cuma sebahagian terdengar suara mereka di anjung menonton TV. Jamil kian melupakan SMS Juriah. Menghidupkan nyawa sebatang lagi 555.

Dia terbayang akan wajah ibunya di kampung. Wak Suminah. Orang kampung memanggil ibunya begitu. Seorang ibu yang amat baik, tak pandai nak marahkan anak. Tidak pernah bersuara meninggi. Ibunya yang mencarikan jodoh. Ibu Juriah yang kini adalah Mak Mertua, adalah kenalan lama ibunya. Jamil sememangnya tidak pernah bercinta. Juriahlah bagaikan cinta pertama dia. Dia berharap dapat memilik cinta Juriah setelah berkahwin.

" Abang sarapan sudah siap, tak mahu sarapankah? " Emmm ada ayat negatif ujungnya.

" Kejap! lepas abang tukar pakaian ini abg turun "

Ayat negatif; kerap terjadi ayat yang begitu. Seharusnya ayatnya berbunyi begini.

" Abang sarapan sudah siap, jom kita bersarapan bersama! " Bukankah sedap bunyi ayat begitu. Jika suami yang pasif memang tak jadi soal, bagaimana pula jika suami yang keegonya yang nyata tinggi pasti akan timbul pula ayat balikan yang mengeruhkan keadaan.

Bila Jamil melangkah ke ruang dapur, telah berkumpul semua keluarga mertuanya. Wak Suratman telah meneguk kopi, cucu-cucunya telah bersila menjamah juadah. Jamil duduk di sebelah Syafik. Juriah menghulurkan pinggan kepada Jamil. Jamil menyeduk lontong & mengisi kuah lode ke pinggangnya. Masih ada rendang daging kenduri semalam. Syafik di sebelahnya makan bihun goreng digaul dengan kuah kacang.

" Syafik & Raman nanti lepas sarapan tolong Paman Jamil basuh periuk kat belakang tu..! " Wak Suratman memecah kesunyian. Jamil tersengeh, jangkaannya memang tepat, anak saudara Juriah pasti akan menolong dia nanti.

" Baiklah Yaie.., tapi lepas siap semua Paman Jamil kenalah belanja kami minum ABC " Bergurau.

" Alaa... tak jadi masalah, nanti Paman mesti belanja punya " Jamil tersengeh lagi.

" Mira nak tolong boleh tak Yaie..! " Anak bungsu Julia mencelah, bualan Atoknya.

" Mira tu memang hantu ABC, bukan larat buat kerja ... nanti main air saja " Raman bersuara. Mira monyok.

" Yaie tak kisah, lagi ramai tolong lagi Paman Jamil tak penat nanti, setahu Yaie Raman yang suka main air! " Mira rasa terbela, tersenyum!.

" Mira tolong tenguk-tenguk kami pun tak apa, nak tolong basuh pun bagus juga, Paman tak kan nak tinggalkan Mira jika kami nak minum ABC nanti. " Jamil senyum kepada Mira. Juriah memerhati sahaja dari jauh.

Jamil telah habis sepinggan lontong taruh rendang & mencapai goreng sukun. Meneguk kopi O emmm sedapnya. Dia baru perasan akan Abang Paiman. Mana dia iyer!.

" Apak mana Abang Paiman? "

" Biasalah Jamil, abg ipar kau tu kalau sarapan mana boleh lekang dengan kawan dia kat kedai kopi tu! "

Kak Julia buat tak dengar sahaja. Dia masih menjamu selera sebelah emaknya. Juriah telah bangun membasuh pinggan mangkuk di singki.

Capaian Berkait

Pautan Hati 3

Posted on 24.1.2007 at 9:58 AM