Penyair Idanradzi cadangan yg boleh difikirkan... Hotel Selesa JB tu mahal ke jangan sampai 3 star eh... nak cari hotel ekonomi dapat letak kepala tidur jer...
Penyair Idanradzi http://www.booking.com/hotel/my/ selesa-johor-bahru.en.html? aid=318615%3Blabel%3DCatch _All_Whole_Site_Reset__inu rl%3Abooking.com
www.booking.com
Hotel Selesa offers elegant accommodations, free Wi-Fi in the entire hotel and the convenience of a restaurant with 24-hour room service.
9 jam yang lalu · ·
Penyair Idanradzi 4 star tu pak wahid... dua katil kelamin agaknya berapa eh mungkin mahal mmg tak mampu
Penyair Idanradzi 11@Century Hotel RM 241.38 untuk dua bilik boleh tahan eh... mesti ada hotel bajet (ekonomi) di Kajang dah makin banyak.
Penyair Idanradzi http://www.goodhopehotel.com.my/ skudai-johor_bahru/ index.html
Welcome to GoodHope Hotel, Skudai-Johor Bahru|The Nearest 3-Stars Hotel to Johor Premium Outlet, Kulwww.goodhopehotel.com.my
Our Partnership with WorldPay, a company with the Royal Bank of Scotl...Lihat seterusnya..
9 jam yang lalu · ·
Safar Jariah sy mmng xde msalh lau ke jb.. sedara ada kwn2 pun rmai... anak2 tiri pun ada... masa nilah untungnya ada anak rmai.... hehe.. jd. sy krang pngthuan tntang hotel bajet......
9 jam yang lalu · · 1
Penyair Idanradzi di kajang pun dah banyak hotel bajet ni; sbb selalunya jika ada U atau kolej sekitar sesuat bandar emak ayah bukan nak bercuti; sekadar berehat penat memandu nak jumpa anak; keperluan duit sekarang semakin mendesak apatah lagi org macam sy telah bersara; jika nak tidur hotel 3 bintang pelbagai mungkin sesuai untuk org yang masih berkerja... macam Seri Malaysia katanya ada potongan untuk pesara; betul ke pun.. UTM katanya ada juga apartment untuk ibu ayah bermalam.. nantilah kalau Aziq dah kat sana mungkin dia tahu.
Penyair Idanradzi bukan sempat nak mandi kolam pun; kalau si Azim saja ikut dia pun segan nak mandi sorang2; alahai ayahnya tak reti eh kalau nak pakai cawat dengan perut boroi.. hi3
iDAN
25 Julai 2012
Aziq sambung belajar di UTM
24 Julai 2012
Dilema Anif masih tak Reda 11
Ayah tetap rindukan Anif tika berjauhan tapi ayah nak Anif jadi anak yang mampu berdikari kuat semangat dan lebih matang mengenal erti kehidupan. Memang tinggal di asrama itu banyak cabarannya.
2. Agar Anif tak membenci ayah dengan keputusan mahukan Anif terus kekal di STTJ; hari ini dah Rabu lusa ayah akan awal tunggu Anif di pintu utama STTJ.
3. Ayah sentiasa terus berdoa agar Anif dapat sesuaikan diri belajar di STTJ bagai pelajar yang lain.
4. Bagi ayah SPM itu amat penting bagi masa depan Anif. Percapaian untuk cemerlang akan lebih mudah dicapai jika tinggal di asrama. Apatah lagi STTJ sekolah yang cemerlang dalam pembelajaran. Guru di sana hebat-hebat dan sentiasa mahukan pelajar mereka berjaya.
5. Jika orang lain boleh berjaya di sana kenapa Anif tidak. Lagi pun semua pihak sedang membantu Anif; KPM bukan sedikit memberi sokongan di segi kos belajar di sana. Jangan siakan amanah orang. Memang ada guru yang ambil jalan mudah tak mahu membebani tugas mereka dalam menangani bebanan perasaan Anf. Anif jangan fikirkan sangat.
6. Apa kata Anif jadikan sikap sambil lewa guru di sana yang mengabaikan keamanan persekitaran asrama sabagai satu CABARAN yang Anif akan menjadi pelajar cemerlang mengatasi pelajar lain semasa SPM nanti.

MASALAH WITIR
Soalan :
Saya mempunyai kemuskilan tentang solat sunat Witir selepas mengerjakan sunat Tarawih, kemuskilan saya seperti berikut:
(1) Apakah solat sunat Witir penutup segala solat sunat? Maksud saya jika sudah di kerjakan sunat Witir dengan sendiri nya solat sunat yang lain tidak boleh lagi di tunaikan lagi.
(2) Pada bulan Ramadan ini di tempat saya kebiasaannya solat sunat witir di dirikan selepas selesai sunat Tarawih. Jadinya bagaimanakah kedudukan hal ini.
Jawapan :
1. HR Muslim dari Ibn 'Umar,"Jadikanlah witir penutup solat malammu." HR Abu Daud, Termidzi dan Nasa'iy dari Ali KW, " Nabi bersabda tiada dua witir pada satu malam." hadis hasan menurut Termudzi.
Mengikut pentarjeeh, antaranya Sayyid Sabiq, mereka yg biasa solat malam, lebih afdal di akhiri witrnya. Bagi yang tidak konsisten solat malamnya, baiklah dilakukan pada awal malam.
2. Bagi yang solat tarawikh pula, jika anda sering bangun malam selepas pulang dari masjid, maka lebih sunnah anda tidak berwitr di masjid. Bagi yg balik dari masjid dan tidur dan hanya akan bangun untuk sahur sahaja, maka lebih baiklah dia berwitr bersama imam.
Jika sudah berwitr di masjid, tiba-tiba teringin pula nak solat lagi di malamnya di rumah, boleh saja, asalkan tidak mengulangi witr spt mana hadis Ali KW di atas.
Fiqh Sunnah dan Fiqh alManhaji Allahu a'alam
DUA WITIR DALAM SATU MALAM
Soalan :
Bolehkah dilakukan solat sunat witir dua kali dalam satu malam?
Jawapan :
Terdapat beberapa hadis lain mengenai masalah ini, antaranya ialah:
Dari Jabir r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Barangsiapa yang merasa tidak sanggup untuk bangun pada akhir malam, hendaklah dia berwitir pada permulaan malam, tetapi barangsiapa yang merasa sanggup untuk bangun pada akhir malam, hendaklah dia berwitir pada akhir malam. Kerana
sembahyang akhir malam itu dihadiri (oleh malaikat) dan itulah yang lebih afdhal. (HR Ahmad, Muslim, tarmizi & Ibnu Majah).
Dari Ummu Salmah r.a., katanya bahawa Nabi s.a.w. pernah mengerjakan dua rakaat (sembahyang sunat) selepas berwitir.
(HR al-Tarmizi)
Dari Thalq bin Ali r.a., katanya: Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Tiada witir dalam satu malam. (HR Ahmad, Abu Daud,
al-Tarmizi dan al-Nasa'i)
Dari Ibnu Umar r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: Jadikanlah sembahyang witir sebagai akhir sembahyang kamu.
(HR al-Jamaah kecuali Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis-hadis di atas, para ulamak berselisih pendapat dalam masalah mengerjakan witir dua kali dalam satu malam. Iaitu pada masalah orang yang tidur setelah berwitir pada awal malam, kemudian pada pertengahan atau akhir malam dia bangun untuk bertahajud.
1) Pendapat pertama: Apabila seseorang itu telah melakukan witir pada awal malam kemudian tidur, kemudian bangun semula
pada akhir malam, bolehlah dia mengerjakan sembahyang2 sunat (tahajud dsbnya). Setelah itu dia tidak perlu berwitir lagi. Cukuplah witir yang dia telah kerjakan sebelum tidur itu.
Inila]]h pendapat yang dipegang oleh sebahagian sahabat, tabi'in, Syufyan al-Thauri, Malik, Ibnu Mubarak, Ahmad, Syafi'i dll.
2) Pendapat kedua: Masalah yang sama… Ketika bangun dari tidurnya, hendaklah dia merosakkan witir yang telah dikerjakan sebelum tidur. Caranya: Selepas bangun, hendaklah dia mengerjakan satu rakaat sembahyang dengan tujuan untuk menghilangkan kewitiran yang lalu atau untuk menggenapkan witir yang lalu.
Selepas itu, barulah dia mengerjakan sembahyang malam (tahajud dsbnya.), dan akhir sekali di tutup dengan mengerjakan sembahyang witir.
[
Pendapat ini dipegang oleh sebahagian sahabat dan tabi'in. Masalah ini telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh para ulamak feqh. Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.
Sekian. Wallahu a'lam.
Rujukan:
Feqhus Sunnah
Nailul Authar
LIHAT ANAK BULAN
Soalan :
Saya difahamkan kalendar Islam merupakan kalendar yang terbaik & paling tepat berbanding dengan kalendar² yang lain. Walau bagaimanapun seseorang telah mengemukakan soalan kepada saya berkenaan kalendar Islam. Mengapa kita (umat Islam) masih melihat anak bulan untuk menentukan tarikh sebenar mula berpuasa & Hari Raya Aidil Fitri padahal kita boleh menentukannya dengan membuat perhitungan secara biasa?
Jawapan :
Majoriti fuqaha' dan aliran Salafiyyah menentang di atas dasar melihat anak bulan itu adalah sunnah Nabi saw yg thabit secara qat'iy dan mutawatir. Manakala ilmu falak tidak wujud di zaman itu dan kalau adapun ia dianggap ajaran sihir dan ramalan bintang. Segala cara lain adalah bid'ah dan bid'ah adalah tertolak.
Pentarjeeh melihat kepada illat (sebab) kenapa Nabi suruh lihat anak bulan itu. Tidak lain tidak bukan untuk menentukan umat Islam hanya berpuasa pada satu Ramadan dan raya pada satu Syawal. Cara yg paling praktikal di zaman itu sudah tentulah dgn melihat dgn mata kasar. Jika ada cara yg lebih mudah dan lebih pasti, sudah tentu Nabi akan menyuruhnya termasuklah ilmu falak syar'iy.
TARAWIH SEBELUM ISYA’
Soalan :
Jika saya bermusafir pada bulan Ramadan dan mengerjakan solat Isya' jama' taqdim dengam Maghrib, bolehkah saya terus mengerjakan solat tarawih selepas solat Isya' ataupun mesti tunggu sehingga masuk waktu Isya'?
Jawapan :
Solat tarawikh itu dikerjakan selepas Isya'. Tidak boleh diubah lagi
waktunya kerana kita telah menerimanya dari Nabi saw dan begitulah ia dilakukan turun-temurun. Maka anda kenalah tunggu masuknya waktu Isya'. Fiqh Sunnah
PERBEZAAN PENDAPAT DALAM TARAWIH
Soalan :
Bolehkah saya tahu, apakah perbezaan2 pndpt dlm mengerjakan solat terawih. contohnya, dari segi rakaat, selawat antara solat, doa dsb. terima kasih.
Jawapan :
Perbezaan pendapat ini dinamakan khilafiah. Ia terjadi kerana fuqaha' berselisih mengenai nas-nas yg thabit dalam sesuatu perkara, misalnya solat sunat tarawikh.
Ijma' fuqaha' menetapkan solat pada malam-malam bulan Ramadan selepas Isya' itu dinamakan solat tarawikh atau qiyyam lailatu Ramadan. Mereka berselisih dari segi bilangan raka'atnya. Jumhur menetapkan 20 raka'at, manakalah ahli hadis menetapkan 11, Maliki pula: 36. Pendapat yg rajih ialah Nabi saw tidak menetapkan bilangan raka'at, boleh sahaja dilakukan berapa yg disukai asalkan ia dilakukan dgn kadar qiyam yg menasabah (tidak terlalu cepat atau terlalu lama).(Prof Hasbi Siddiqui, Kitab asSolat)
Zikir-zikir, selawat dan do'a yg dibaca selepas setiap beberapa raka'at itu tidak ada sandaran baik dari asSunnah atau khulafa' arrasyisidin atau salaf dan tabi'ien. Mengikut Tuan Guru MB Kelantan ia dicipta atas alasan mengalih konsentrasi kanak-kanak supaya tidak berbuat bising. Allahu a'alam.
ARAH KIBLAT
Soalan :
Apakah arah kiblat yang benar benar tepat ke arah kaabah dari Malaysia ini?
Jawapan :
Menurut anNawawi (alMajmu' 3/190); Imam Syun'any, Subulus Salam 1/182 disepakati fuqaha' maksud menghadap ke Ka'bah itu bukanlah dikehendaki tepat menghadap pada zatnya bagi yg berjauhan dari Mekkah, tapi yg disuruh ialah menghadap kepada arah ka'abah sahaja, maksudnya tidaklah diwajibkan 100% accuracy (tepat). Berkata lagi anNawawi, bagi menentukan kiblat hendaklah ditentukan dgn alat dan mereka yg ahli dalam bidang itu.
23 Julai 2012
Hukum Mencampuradukkan Mazhab
Soalan:
Boleh tak kita mencampuradukkan keempat empat mazhab, dalam lain perkataan kita mengikuti kesemua mazhab demi untuk keselesaan dan kemudahan. Rasullah ada bersabda yang menyuruh sahabat mengambil hukum yang termudah.
Contohnya: Adalah batal wudhuk jika bersentuhan tangan laki dan perempuan dalam mazhab Shafi'e tetapi Mazhab Hanafi (tak salah saya) hanya batal sekiranya bersentuhan dengan nafsu?
Azizan, Melaka
Jawapan:
Dalam memahami suruhan Allah SWT, masyarakat terbahagi kepada 4 golongan iaitu mujtahid mutlak, mujtahid mazhab, mujtahid fatwa dan muqallid. 3 kelompok pertama tadi ialah mereka yang mempunyai pengetahuan yang luas dan dapat menyelesaikan masalah agama dengan pemahaman tentang nas-nas Al-Quran dan hadis.
Mereka dibenarkan mengeluarkan fatwa dan mengikut pendapat yang lebih kukuh dalam kehidupan seharian. Adapun golongan keempat, mereka hanyalah orang awam yang mengetahui asas-asas penting tentang ajaran islam. Mereka diwajibkan meminta fatwa dari kelompok mujtahid jika berlaku masalah ketika mengerjakan suruhan Allah, jika tidak mereka boleh berpegang kepada salah satu dari mazhab yang masyhur (orang yang berjaya membentuk satu-satu mazhab hanyalah mujtahid mutlak seperti imam Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali).
Mengikut pendapat ulamak-ulamak yang masyhur, golongan muqallid tidak boleh mencampuradukkan mazhab-mazhab (atau dipanggil talfiq) mengikut kehendak mereka demi untuk keselesaan dan kemudahan selagi mereka tidak boleh membezakan bagaimana kaedah pengambilan hukum dibuat oleh setiap mujtahid mutlak serta memahami dalil-dalil yang digunakan.
Kecuali dalam keadaan tertentu seperti darurat dan sebagainya. Contohnya seperti bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan bukan muhrim, akan membatalkan wuduk mereka mengikut imam Shafie. Bagi pengikut-pengikut yang berpegang kepada Shafie hendaklah beramal dengan fatwanya kecuali jika dalam keadaan terdesak seperti ketika bertawaf di Kaabah, pada masa ini mereka boleh talfiq kepada mazhab lain seperti mazhab Hanafi yang mengatakan wuduk tidak batal.
Bagaimana menilai keikhlasan kita
Soalan1
Saya selalu membaca buku agama yang menyatakan bahawa kita perlu ikhlas dalam buat sesuatu kerja atau amalan. Tetapi saya tidak tahu bagaimana yang dikatakan ikhlas dan cara untuk menjadikan hati kita ikhlas hanya kerana Allah.
Jawapan:
Sebenarnya ikhlas bermaksud solid atau bersih. Maknanya kalau anda beribadah memang niatnya kerana Allah tetapi dalam melakukan solat sebagai contoh, kita tambahkan niat lain seperti, nanti orang akan kata aku orang beriman, supaya aku mudah dapat kerja, supaya Allah perkenankan doa ku dll lagi. Niat-niat seumpama itulah yang menunjukkan kita tidak ikhlas.
Dalam contoh yang lain, kalau kita berkawan dengan seseorang lelaki, niat kita nak jadikan dia pasangan suami isteri. Niat kita ini dapat dinilai dengan kejujuran kita berkawan dengannya, iaitu tidak mengambil kesempatan terhadap persahabatan itu. Barulah dia dikatakan ikhlas.
Sebaliknya seseorang yang niatnya tidak ikhlas dalam berkawan, dia tentu mempunyai niat yang lain selain niat asal. Walaupun asalnya kita berniat untuk menjadikan dia pasangan suami isteri, tetapi ada lagi niat yang mendampinginya antaranya, nak mudah minta duit, nak lepaskan nafsu, dan pada masa yang sama dia berkasih juga dengan orang lain.
Jadi, ikhlas hanya jika kepada yang satu. Dalam hal ini kita sendiri boleh menilai keikhlasan hati kita sama ada ikhlas atau tidak. Oleh sebab itu, kita perlu membiasakan diri dengan fokus pada niat yang satu. Meskipun niat itu gagal, kita masih ada masa untuk membetulkan semula niat itu.
Soalan2
Harta pusaka dibahagikan lebih kepada anak lelaki, sedangkan lazimnya anak perempuanlah yang banyak menjaga ibu atau bapa yang sakit hingga meninggal dunia. Boleh tak untuk kes sebagini mereka mendapat lebih?
Jawapan:
Harta pusaka telah ditetapkan oleh Allah kadar yang perlu dibahagikan kepada waris. Apabila Allah menetapkan begitu tentulah ada sebab yang munasabah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Mungkin sesuatu yang kita anggap tidak munasabah tetapi pada Allah ada kebaikannya.
Mengapa Allah tetapkan pada anak lelaki lebih banyak berbanding anak perempuan? Allah telah menjawab dalam ayat-ayat tentang waris iaitu antaranya lelaki telah dipertanggungjawabkan memberi nafkah kepada tanggungannya. Sedangkan perempuan harta yang diperoleh itu hanya untuknya sahaja. Dalam keadaan itu wajarlah anak lelaki diberi lebih.
Merujuk kepada soalan di atas, anak perempuan yang lazimnya menjaga ibu atau bapa yang sakit hingga mati, tidaklah boleh dikaitkan dengan harta pusaka. Waktu ibu bapanya sakit, menjadi tanggungjawab anak yang berpendapatan membantu ibu bapanya. Kalau dia tidak mampu, berikan wang mereka kepada mana-mana adik perempuan yang mahu menjaganya. Itulah pengorbanan anak kepada ibu bapanya.
Apabila kedua-duanya meninggal dunia, harta pusaka akan diagihkan mengikut kadar yang ditetapkan Allah. Lainlah kalau sebagai mengenang jasa anak itu, ibu atau bapa sebelum meninggal dunia menghibahkan sesuatu harta untuknya. Walaupun dia sudah mendapat hibah, bahagian pusaka untuknya masih menjadi haknya.
Katalah ibu meninggal dahulu, dan bapa masih terlantar sakit, anak-anak tesebut sudah mendapat harta pusaka ibunya. Di sini kalau bapa yang terlantar sakit itu dijaga oleh anak perempuan, anak lelakilah yang perlu membiayai rawatan bapanya itu. Namun tidak salah anak-anak lain turut membantu.
Soalan3
Perlukah diletakkan gelaran haji apabila seseorang itu telah menunaikan ibadah haji? Bagaimana kalau dia tidak mahu meletakkan gelaran itu kerana takut riyak.
Jawapan:
Sesiapa sahaja yang pergi ke Makkah untuk mengerjakan haji atau umrah, orang Arab termasuk polis akan memanggil mereka “ya haj” maknanya wahai haji. Maknanya kalau buat umrahpun akan dipanggil haji juga. Bukan sahaja orang Melayu, semua bangsa yang berada di sana akan dipanggil haji.
Haji maknanya orang yang telah menunaikan hajat mengerjakan haji atau umrah. Kalau begitu, orang yang balik daripada buat umrah boleh juga dipanggil haji iaitu orang yang telah menunaikan hajat mengerjakan umrah. Cuma budaya kita di sini tidak memanggil haji kepada mereka yang pergi buat umrah.
Berbalik kepada soalan di atas, perlukan diletakkan gelaran haji, maka jawapannya, terpulang kepada individu yang terbabit. Kalau kita nak letakkan haji di hadapan nama kita, lakukanlah. Kalau kita tidak mahu letakkan pun silakan. Semua itu harus di sisi Islam.
Sebenarnya walaupun seseorang itu tidak meletakkan haji di hadapan namanya, tidaklah menghilangkan haji yang dilakukan itu. Tetapi biasanya orang yang sudah mengerjakan haji, akan dipanggil haji walaupun pada namanya tidak ditulis haji. Di sini kalau orang panggil kita haji, bersyukurkan kerana dia terus mendoakan kita.
Di sini tidak timbul isu riak kalau meletakkan perkataan haji pada namanya. Tidak ada apa-apa yang harus dibanggakan dengan kemampuan kita mengerjakan haji. Jadi, title haji itu tidak akan menjadikan seseorang itu riyak, sebaliknya satu tanda kesyukuran. Tetapi kalau tidak mahu meletakkan haji kerana takut riyak adalah dibimbangkan rasa itu sudah menjadi riyak. Inilah sifat mazmumah yang seharusnya ditinggalkan.
Soalan 4
Saya mempunyai anak luar nikah atau tak sah taraf. Kami merancang hendak mengahwinkan dia pada masa yang terdekat ini. Yang menjadi persoalan kami, kami takut untuk memberitahu status itu kepadanya takut dia lari dari rumah kerana malu dan marah kepada ibu bapanya. Apakah jalan terbaik untuk mendapat wali anak kami ini?
Jawapan:
Inilah yang dikatakan nasi sudah menjadi bubur. Sesuatu yang sudah terjadi ini sudah tidak boleh ditarik balik kepada asal. Namun dalam keadaan ini, tidak gunalah disalahkan sesiapa melainkan diri sendiri. Sebaiknya semua pihak yang terlibat segera memohon ampun kepada Allah dan bertaubat dengan taubat nasuha.
Memanglah dalam kes ini, nasi yang menjadi bubur itu tidak boleh dikembalikan kepada nasi, tetapi bubur itu masih boleh dimakan malah kalau kena cara prosesnya lebih sedap dimakan. Jadi, jangan sesali nasi yang sudah menjadi bubur itu. Bubur itu boleh menjadi lebih baik dengan sedikit garam, ikan bilis, daun bawang dan sebagainya. Tetapi kalau kita marah dengan sebab itu, lalu dicurahkan ke tanah tentulah membazir namanya.
Sebenarnya anak tak sah taraf yang diibaratkan sebagai bubur itu tidak ada apa salahnya. Status anak itu sama seperti anak orang lain di sisi Allah, cuma di sisi undang-undang dia hanya ada ibu dan tidak ada bapa. Maka kalau dia anak perempuan, akan dinikahkan dengan menggunakan wali hakim.
Tetapi percayalah jika anak ini dididik dengan sempurna diberikan ilmu agama yang betul dan dipelihara maruahnya, pasti dia akan menjadi seorang wanita yang solehah. Kemudian setelah anak itu mula memasuki alam baligh, hendaklah dijelaskan statusnya agar dia tidak terkejut. Gunalah pendekatan berhemah dalam menjelaskannya demi menjaga maruahnya pada khalayak.
Tetapi kalau ibu bapa terlalu merahsiakan statusnya, kononnya takut dia lari dari rumah dan membenci ibu bapanya, ditakuti akan menjadi realti suatu hari nanti. Yalah, kalau dua minggu sebelum berkahwin baru hendak diberitahu kedudukan sebenar, tentulah dia akan jadi hysteria.
Jadi, jangan kerana takut dengan bayang-bayang hasil perbuatan ibu bapa itu sendiri, anak menjadi mangsa keadaan. Ingatlah menyimpan rahsia status itu boleh mencetuskan banyak lagi masalah pada masa hadapan.
Merujuk kepada kes di atas, adalah dinasihatkan ibu bapa terbabit meminta bantuan pegawai agama yang arif mengenainya atau iman yang dihormati masyarakat. Semoga dengan itu maruahnya akan terjamin pada masa hadapan.
Soalan 5
Saya telah lama bercinta dengan seorang lelaki, setelah segala kepercayaan diberikan kepadanya, kini dia menyatakan akan berkahwin dengan gadis lain. Saya yang kecewa dengan keputusan itu mendoakan keburukannya. Wajarkah tindakan saya itu?
Jawapan:
Saya bersimpati atas apa yang anda hadapi. Sememang begitulah keadaan orang yang bercinta. Waktu suka segalanya diserahkan dan apabila benci segalanya ditarik balik tanpa ada rasa kemanusiaan. Sesetengahnya maruah diri sanggup digadaikan hanya kerana cinta, lalu selepas itu menyesal tak sudah-sudah.
Saya percaya anda tidak sampai kepada menggadai maruah, tetapi harapan penuh telah dicurahkan demi cinta. Oleh sebab itu cinta dalam Islam tidak seharusnya dilepas bebas seperti orang yang sudah berkahwin. Malah, penggunaan telefon termasuk SMS juga tidak dibenarkan menjadi alat perhubungan percintaan.
Sebenarnya, bahasa cinta melalui telefon mahupun pertemuan langsung amat mengundang kepada maksiat yang lebih besar. Hati yang berputik rasa rindu akan membawa kepada pertemuan yang sulit. Semuanya berpunca daripada telefon. Oleh sebab itu Islam menyekat percintaan sebegini.
Dalam keadaan inilah kalau salah seorang kecewa kerana dikecewakan akan menderita batinnya. Apabila ini terjadi, dendam akan membara lalu sanggup mendoakan keburukan pasangannya. Inilah sebabnya mengapa percintaan sebegini dilarang oleh Islam.
Dalam kes ini adalah disarankan anda bertaubat daripada dosa yang lalu. Lupakan kekasih yang palsu itu dan kembali kepada cintakan Allah dan Rasul-Nya. Dalam Islam sifat berdendam adalah dilarang tetapi sebaliknya berbuat baik kepada orang yang buat jahat kepada kita. Jadi, doakan kebaikan untuknya semoga dengan itu Allah gantikan dengan jodoh yang lebih baik daripadanya.
Isnin, 12 September 2011
Mengandung boleh tak berpuasa
Soalan1: Saya difahamkan wanita yang mengandung boleh tidak berpuasa, cuma saya musykil tentang pandangan yang menyatakan perlu bayar kifarat, dan ada yang kata tidak perlu. Minta penjelasan.
Jawapan: Memang betul, wanita atau ibu yang mengandung boleh tidak berpuasa. Tetapi penjelasan mengenainya perlu lebih terperinci kerana hasil salah faham, ramai pula yang tersalah amal. Sebenarnya hukum seumpama ini bukan sahaja kepada ibu mengandung, tetapi juga kepada ibu yang sedang menyusu anaknya.
Terdapat dua kes yang perlu difahami oleh wanita yang terlibat. Kedua-duanya berbeza hukumnya. Supaya kefahamannya lebih jelas, perhatikan kes berikut:
1. Seorang wanita sedang mengandung anak sulung, oleh sebab tidak ada pengalaman sebelumnya dia risau kerana sering pening dan muntah. Kalau dia terus puasa tentu meletehkan. Dalam keadaan itu dia boleh berbuka puasa.
Suka saya sebut di sini, dalam kitab menyebut boleh berbuka puasa, ini menunjukkan sebelum itu dia telah berpuasa, maka apabila dia tidak sihat bolehlah berbuka puasa. Berdasarkan itu, mereka yang mengandung dalam kategori itu perlu berniat puasa seperti biasa, tetapi apabila tidak dapat dikawal lagi, berbukalah.
Jadi, tidak bolehlah seseorang yang mengandung itu, terus tidak mahu berpuasa sepanjang hari sedangkan pada waktu itu dia masih bermaya.
Mereka yang berbuka puasa atas sebab di atas wajib menqada puasa itu pada bulan syawal nanti. Dan dia tidak perlu bayar sebarang kifarat.
2. Seorang wanita yang sedang mengandung anak sulung yang usia kandungannya lapan bulan. Dalam keadaan yang sarat itu dia kelihatan kurang bermanya, apatah lagi membawa janin yang semakin membesar. Secara peribadi dia masih mampu meneruskan berpuasa sehingga masa berbuka, tetapi dia bimbang anak yang sedang dikandungnya itu tidak mendapat cukup makanan daripadanya.
Oleh sebab memikirkan anak yang dikandung itu terjejas makanannya, dia berbuka puasa untuk membolehkan dia makan secukupnya. Di sini, dia berbuka puasa bukan kerana dirinya tetapi kerana anaknya. Oleh sebab itu, dia wajib menggantikan puasa itu selepas memasuk Syawal. Tetapi pada hari-hari yang dia tidak berpuasa itu wajib dibayar kifarat dengan kadar secupak beras kepada fakir miskin. Ertinya kifarat itu perlu dibayar segera pada hari berkenaan juga, bukan pada waktu berpuasa ganti.
Perbezaan kes ini boleh dijadikan panduan sekali gus menjawab soalan yang ditimbulkan di atas. Kes yang sama juga boleh dikiaskan pada ibu yang menyusukan anak.
Soalan2: Wanita tidak boleh elak daripada ponteng puasa, persoalannya apabila masuk sahaja dua Syawal, bolehkah mereka niat puasa qada bersama dengan niat puasa enam Syawal.
Jawapan: Benar, persoalan seperti ini sering ditanyakan setiap tahun. Boleh jadi soalan itu dikemukakan oleh orang yang berlainan. Untuk menjawab persoalan itu suka saya memberikan dua pendekatan dan kedua-dua itu boleh digunakan sebaiknya.
1. Jika anda mempunyai puasa qada tujuh hari, maka pada 2 Syawal anda boleh berniat puasa qada; “sahaja aku puasa qada ramadan esok hari kerana Allah taala.” Dengan niat itu anda beroleh puasa qada dan pahala sunat syawal juga dapat secara automatik.
Apabila dia sudah melaksanakan puasa qada selama enam hari, maka secara automatik dia sudah melaksanakan puasa enam syawal. Namun kalau dia hendak puasa sunat Syawal lagi selepas itu, masih digalakkan.
2. Dia juga boleh berniat; “aku puasa qada Ramadan dan sunat syawal esok hari kerana Allah taala,” dengan niat ini dia dikira berpuasa qada dan mendapat pahala sunat syawal. Jadi, puasa Syawalnya sudah memadai.
Walau bagaimanapun ada dalam keadaan tertentu wanita tersilap niat dengan menyebut puasa sunat dahulu, maka dengan itu niat puasa qada tidak terpakai. Supaya lebih jelas perhatikan contoh berikut:
“Aku puasa sunat Syawal dan qada Ramadan esok hari kerana Allah taala,” dengan niat ini hanya sah yang pertama, dan yang kedua itu tidak mengikut. Hal ini kerana puasa sunat lebih kecil daripada puasa qada.
Umat Islam terutama wanita dianjurkan segera menamatkan puasa qada dan sunat enam syawal dalam bulan Syawal untuk membolehkan mereka mendapatkan anugerah puasa setahun. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bemaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan mengikutinya dengan enam Syawal, mereka seolah-olah seperti puasa setahun.”
Ini bermakna kalau seseorang yang Ramadannya tidak lengkap sama ada 29 atau 30 Ramadan tidaklah layak mendapat puasa setahun walaupun enam syawal sudah sempurna. Jadi, rebutlah peluang ini pada tahun ini.
Sabtu, 30 Julai 2011
Syaitan dirantai tetapi umat masih buat dosa
Syaitan dikatakan dirantai sepanjang bulan Ramadan tetapi kenapa masih ada umat Islam melakukan dosa. Apakah peranan syaitan masih ada?
Jawapan: Memang ada hadis yang menyebut bahawa syaitan dirantai dalam bulan Ramadan. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis yang pendek ini memberi maksud bahawa peluang untuk umat Islam meraih pahala dibuka seluasnya dalam bulan Ramadan. Umat Islam boleh lakukan sebanyak mungkin ibadah tanpa gangguan syaitan. Hadis ini juga memberi maksud bahawa peluang untuk melakukan dosa sudah ditutup.
Kalau begitulah maksud hadis di atas, mengapa pula masih ada umat Islam yang melakukan dosa waktu berpuasa malah ada juga yang tidak mahu berpuasa. Siapa yang mengganggu mereka, siapa yang menghasut mereka supaya melakukan dosa tersebut? Inilah barangkali yang dimaksudkan dalam soalan di atas.
Benar, walaupun pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup tidak bermakna semua umat Islam akan berbuat baik. Buat baik atau jahat banyak bergantung kepada hati, kalau hati baik akan terdoronglah kepada kebaikan, begitulah sebaliknya. Kalau hati jahat, walaupun pintu syurga dibuka luas belum tentu boleh menggamit keinginannya untuk masuk.
Manakala syaitan yang dirantai, tujuan adalah supaya ia tidak terlalu bebas keluar masuk menggoda manusia yang berpuasa. Namun kita perlu ingat, walaupun dirantai, matanya masih boleh melihat, akalnya masih boleh befikir. Boleh jadi berdasarkan pengalamannya yang lampau, dia boleh mempengaruhi seseorang melalui jarak jauh. Malah mungkin teknologinya lebih canggih daripada manusia.
Selain itu, kita kena ingat juga setiap manusia dibekalkan nafsu, dan nafsu inilah yang selalu mempengaruhi hati seseorang. Kalau selama ini nafsu bekerjasama dengan syaitan, maka bulan puasa nafsu melakukan gerakan menggoda bersendirian. Mungkin hasil pengalaman selama 11 bulan digunakan untuk satu bulan itu. Inilah hakikat yang ramai umat Islam tidak tahu.
Oleh sebab itu, mulai Ramadan kali ini, bersihkan hati daripada godaan nafsu dan syaitan supaya dengan itu nanti hasutan nafsu dapat ditolak dengan mudah.
Cara qada puasa yang tertinggal
Orang yang meninggal puasa tahun lalu, dia wajib menqada puasa dengan segera. Persoalannya adakah perlu mereka membayar fidyah pada hari-hari mengqada puasa tersebut.
Jawapan: Puasa wajib dilakukan oleh semua umat Islam yang baligh. Mereka yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa sebab yang munasabah, telah melakukan dosa. Hal ini berbeza dengan orang yang dalam musafir, sakit tua, wanita mengandung, atau menyusukan anak, dibenarkan tidak puasa. Maka mereka dalam keadaan itu tidak berdosa.
Walau bagaimanapun mereka yang meninggalkan puasa sama ada dalam kategori berdosa atau tidak, tetap wajib menggantikannya pada hari-hari selepas Ramadan sebelum tiba Ramadan tahun hadapan. Sungguhpun begitu, dengan qada puasa itu tidaklah menghapuskan dosa meninggalkan puasa. Tapi kalau dia tidak mahu qada maka bertambahlah dosanya. Perlu dijelaskan di sini, hukum menyegerakan qada adalah wajib.
Di sini kalau seseorang itu gagal menghabiskan qada puasanya sebelum tiba Ramadan yang baru, dia dikira berdosa. Maka dia masih wajib mengqada yang bakinya. Oleh sebab qada puasanya sudah melangkau ke tahun lain maka dia wajib membayar fidyah dengan satu cupak beras untuk satu hari yang ditinggalkan. Maknanya kalau sepuluh hari yang ditinggalkan, maka 10 cukup beras yang perlu dikeluarkan. Beras itu hendaklah diberikan kepada fakir miskin sahaja. Menyedari keadaan itu janganlah melambatkan qada puasa.
Amalan sunat dalam bulan Ramadan
Banyak perkara sunat yang boleh dilakukan dalam bulan puasa, apakah setiap amalan sunat yang dilakukan dalam bulan Ramadan itu diberi pahala dengan kadar yang sama?
Jawapan: Segala ibadah sunat yang dilakukan dalam bulan Ramadan akan digandakan pahala oleh Allah, apatah lagi yang bertepatan dengan lailatul qadar. Walau bagaimanapun kalau mereka melakukan ibadah atas desakan tertentu, kerana jamuan di masjid atau kena hendak jumpa seseorang di masjid, tentu pahala ibadahnya tiada.
Seseorang yang menunaikan solat Tarawih sebagai contoh, oleh sebab solat itu wujud dalam bulan Ramadan sahaja, maka nilaian Allah tidak sama seperti ibadah lain. Jika dilakukan secara berjemaah lebih besar nilaiannya. Cuma perlu diingat, solat dinilai pada berapa banyak rakaat yang dilakukan, dan mutu solat setiap rakaat dikerjakan.
Manakala ibadah qabliah dan ba’diah jika dapat dilakukan secara istiqamah dalam bulan Ramadan akan mendapat nilaian Allah yang istimewa juga. Pendek kata semua ibadah dinilai mengikut kualiti ibadah yang dilakukan itu.
Selain itu, ruang lapang yang ada harus dipenuhi dengan membaca al-Quran. Hal ini kerana bacaan ini boleh dibaca di mana-mana yang kita suka. Selain membaca al-Quran, banyak lagi yang boleh dilakukan termasuk menjamu orang berbuka puasa. Sesungguhnya pemberian dalam bentuk makanan yang boleh dimakan lebih besar nilaiannya. Semoga kita beroleh peningkat dalam semua yang diamalkan.
Puasa mengharapkan pahala
Orang berpuasa dengan sempurna akan diberi pahala oleh Allah mengikut nilaian Allah. Bagaimana kalau kita berpuasa kerana mengharapkan pahala? Tidakkah terjejas pernilaian Allah.
Jawapan: Berpuasa kerana mengharapkan pahala adalah tahap manusia biasa yang sedang berusaha ke arah yang lebih baik. Macamlah orang yang bekerja pada tahap buruh dan pekerja biasa, mereka memang hendakkan kepada gaji. Tetapi lain hal pula dengan orang atasan pada peringkat pengarah dan pegawai atasan yang membuat dasar, mereka bekerja bukan lagi kerana gaji tetapi kerana tugas dan amanah.
Sebenarnya tahap orang yang berpuasa terdapat tiga golongan; orang awam, khawas dan khawasul khawas. Golongan orang awam, puasanya sekadar menahan lapar dan dahaga, walaupun mengharapkan pahala namun dosa agak sukar ditinggalkan. Kalau golongan khawas pula, soal dosa sudah dapat dielakkan, puasa yang dilakukan diharapkan keredaan Allah. Manakala golongan khawasul khawas, berpuasa kerana rasa kehambaan, mereka langsung tidak fikirkan soal pahala.
Allah menilai puasa seseorang bukan merujuk kepada ibadah mereka secara lahiriah. Tetapi Allah menilai puasa seseorang mengikut sejauhmana keihlasan hati mereka. Nilaian Allah tidak terpengaruh kepada amalan kebiasaan manusia. Oleh sebab itu orang yang berpuasa perlu ikhlas meninggalkan maksiat sepanjang berpuasa.
Hukum guna inhaler
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga boleh membatalkan puasa. Tapi bagaimana kalau seseorang yang menghidap penyakit asma, bolehlah dia menyedut inhaler?
Jawapan: Inhaler adalah peralatan moden yang diciptakan untuk membantu pesakit lelah. Oleh sebab peralatan ini ciptaan baru malah masih moden, ulama pada zaman dahulu tidak memasukkannya dalam agenda perbincangan mereka. Apatah lagi ulama generasi kitab tua. Sungguhpun begitu baru-baru ini muzakarah jawatankuasa fatwa di negara ini telah membincangkannya secara serius. Dan keputusan yang ambil ialah harus.
Memang pada dasarnya memasukkan sesuatu ke dalam rongga boleh membatalkan puasa. Ini merujukkan kepada aktiviti makan, minum, bersetubuh atau yang seumpamanya dan berlaku secara sengaja. Bahkan boleh jadi aktiviti tersebut bertujuan tidak mahu berpuasa atau cuba mencabar hukum Allah. Oleh sebab itu perbuatan itu dihukumkan sebagai batal puasa.
Tetapi jika aktiviti yang sama dilakukan secara tidak sengaja atau terlupa, maka tidak membatalkan puasa. Namun apabila dia mula sedar yang dia sedang berpuasa, wajiblah berhenti daripada aktiviti itu dan teruskan berpuasa seperti sebelumnya.
Merujuk kepada kes orang yang sakit asma, dia dalam keadaan biasa boleh berpuasa seperti orang normal. Cuma dia sesekali akan terasa semput. Keadaan ini terjadi tidak menentu masanya. Bagi mengawal keadaan yang tidak menentu itu dia banyak bergantung kepada bantuan inhaler. Maka dalam keadaan puasa, dia bolehlah menggunakan inhaler bila perlu.
Jadi, penggunaan inhaler itu dianggap sebagai terpaksa kerana penyakit ini tidak amaran terlebih dahulu. Selain itu, penggunaannya untuk tujuan rawatan bagi membantu kesembuhan adalah dibenarkan dalam Islam. Wallahu aklam.

22 Julai 2012
Kemelut Asrama Putra Jalan Watson.
"Weh!!! bangun bersahur bersahur Weh!!!!" jauh kedengaran dalam mimpiku suara Abg Razak pelat Paritnya begitu pekat. Bau bunga kemboja putih begitu harum merembas dari langsir kayu Asrama Putra. Aku amat malas mahu mencelikkan mata. Baru sekitar 5 jam tidur tentu amat penat. Waktu belajar malam tak boleh tidur kut diherdik dek Cikgu Aziz yang garau suaranya. Seriau eh.
Seimbas dari celah langsir aku dapat melihat banyak syaitan diikat di pokok kemboja putih; syaitan tak pernah tidur asyik senyum menyeringai mengintai aku tidur. Apatah lagi asrama aku bersempadan dengan jirat cina. Nampak banyak hantu cina pun kena ikat; tapi mereka bersembang nampak sangat nak lepas kan diri ganggu kami.
Bilik air terpaksa kongsi beramai; susah jika nak buang air; lewat bangun nanti asrama Jalan watson akan kosong. Tinggal seorang di kamat verenda ini memang amat menakutkan; aku memang memilih tinggal sendirian di luar kamar; tak suka dengan sesak rakan kamar dan katil dua tingkat; di verenda yang berdinding kawat dawai dan langsir kayu ini lebih santai ketika siang; malam yang memang banyak masalah. Seyogia memang ini pilihanku.
Ini buah penaga laut; keras tak boleh makan.
Aku sekadar sempat ke bilik air basuh muka; Nafie menanti aku dia mungkin perasan aku ketinggalan sendirian; dia macam aku juga pasti takut nak rentas pokok penaga laut yang lagi besar banding pokok kemboja, ada amat banyak jin kafir kena ikat. Huh giler memang rumah lama yang dijadikan asrama Rancangan Khas (RK) ini banyak hantu; teramat banyak hantu. Sekitar 100 meter dari asrama Jalan Watson letaknya dewan makan. Dewan makan ini adalah rumah banglow pegawai kerajaan dua tingkat yang usang; di kelilingi banyak pokok tua yang dah berusia separuh abad.
Kadang-kadang jika dinihari hujan; satu masalah besar nak bersahur; dalam lampu samar meresah hujan bukan ada soyok pun nak ke banglow 65 Jalan Tambun. Masalah yang sama bagi rakan asramaku di 73 Jalan Tambun. Pandai-pandailah nak redah hujan. Jika malas nak ke Dewan Makan berlaparlah puasa siang nanti.

Hantu sering bergayutan di pokok ini.
Abg Razak dan Montak telah siapkan semua hidangan; semua sudah ditaruh lengkap; bukan layan diri tapi telah ditaruh dalam pinggan ayan lauk sayur pelbagai. Kecuali kuah kut ada yg tak mahu makan berkuah; ianya diasingkan, air teh o dah suam. Nak teh tambahan tenguklah kut ada dalam cerek. Jika habis minuman taram air paip sahaja. Tak ada penapis air atau air kosong disediakan. Ada sekitar 150 pelajar; dari 3 sekolah; yang ramai adalah dari St Michael's Institusion ada sekitar 20 orang dari Sekolah Andeson & beberapa orang dari Sekolah Raja Chulan.
Ketika konyah ikan kembong goreng aku anak bungsu kesayangan Md Sesh terkenang akan emak di Desa Tualang; sebak rasa dada bila terkenang masakan emak; bersahur begini emak selalu masakkan aku gulai lemak pisang abu sebagai pembuka selera; ikan masin dah pasti, air minuman boleh tambah; di asrama telan sajalah apa jua juadah yang ada. Memang dah ralik dengan cabaran.
- bersambung

Dilema Anif 9
http://www.youtube.com/watch?v=-f3P9bl_Kl0
Aku hanya menonton filem sendirian sbb masa ini mila tinggalkan aku
terpinggir di jenaris dia bergumbira di vietnam; filem ini sebaiknya aku
menonton dengan Anif atau azim yg masih tak terima ayahnya; kasihnya
ibu membawa ke syurga kasihnya ayah sanggup berkorban nyawa... bayangkan
bagaimana seorang ayahnya sanggup mencuri ferrari (mencuri tak sengaja)
demi mahu melihat anaknya berjaya; begitu juga kasih seorang atok
sanggup merayu kepada rakannya yg kini melupakannya setelah aniaya
dirinya semi kasih terhadap cucunya...
· · · Kongsi · 10 minit yang lalu · - Anda suka ini
Penyair Idanradzi Hari ini sepanjang perjalanan aku cuba menceriterakan kasih seorang ayah terhadap anaknya melalui filem ini kepada Anif; tapi sepanjang perjalanan dari jenaris ke STTJ Seremban Anif tak pun mahu senyum; Sungguh bukan niat hati ayah Anif nak tinggalkan Anif di asrama yang Anif tak suka tapi ayah Anif mahu melihat Anif berjaya.
Pun ini satu cabaran memang Cikgu Kaunselor Anif berpura-pura depan Pengetua. Malahan semua e-mel ayah berkaitan masalah Anif mereka tak baca; tak apa Anif ini ceritera dunia nanti di sana mereka terpaksa menjawabnya.. Bukan niat ayah nak cari salah orang tetapi cara mereka memegang amanah ibu ayah murid memang tak bertanggungjawab.
Syukur Pengetau STTJ punya Pengetua yang amat amanah tanpa tak Tuhan memandu kemelut Anif inip pasti Anif telah bertukar ke sekolah asalnya. Sekalung penghargaan buat Pengetua STTJ yang buat keputusan baik. Tidak menandatangani borang pertukaran Anif. Anif jangan kecewa bukan niat ayah nak jauhkan Anif dalam hidup ayah. Lagi Anif jauh lagi ingatan ayah amat rapat dengan Anif.
Agar Anif dapat buktikan Anif bukan murid bermasalah atau manja tapi persekitaran di asrama kena diperbaiki. Ayah harap jadikan ini satu cabaran yang Anif adalah pelajar cemerlang kepada Cikgu yang tidak prihatin ini. Suka ambil jalan pintas & muda. Jika Aziq abg Anif boleh jadi CGPA terbaik di sekolahnya kenapa Anif tak boleh. Tak jadi pelajar secemerlang abg Anif. Paling tidak jadi pelajar baik dan dihormati.
Begitulah Anif jika seorang guru yang dimanjakan kerajaan bergaji lumayan atau staf BPA yang dimanjakan gaji yang besar; mereka bagaikan telah berada di puncak kemewahan. Bila kita orang susah mengadu mana dapat rasa kepayahan kita; nilai jam murah yang kita beli. Merekan tak rasa pun keperitan orang susah bagai kita meniti hidup. Mereka senang-senang kata ini masalah peribadi. Sedangkan anak ayah di bawah jagaan mereka. Tanpa mereka mengerti apa peranan seorang Guru Kauselor jika tidak menepati saranan dan pesan ibu ayah murid yang mahukan bantuan mereka memujuk Anif bersabar dan tabah berdikari di asrama; ambil jalan mudah suruh anak kembali ke sekolah asal. Baik jangan ambil gaji dan amanah rakyat.
(Aku terfikir cer cuba ceriterakan apa masalah di dunia ini yang bukan berpunca dari peribadi; Perompak sebagai contoh; yang merompak adalah perompak bukan pokok atau busut yang merompak, bermula dari sikap atau peribadi yang rosak si perompak merompak akan melibatkan orang yang kena rompak; dua-dua manusia yang asalnya masalah peribadi; kes Anif ini kami yang menghantarnya di asrama kemudian asrama sana memang ada masalah MORAL; baru seminggu Anif tinggal di sana jam kesayangnya kena curi. Apakah masalah moral ini dinamakan peribadi)Sampai rakanku di FB mengadu pelajar perempuan di asrama anaknya kena ROGOL, Betaoa risaunya hati seorang ibu melepaskan anak perempuannya ke asrama. Apakah BPA akan kata ini juga masalah peribadi. Pun Guru Kaunselor yang uruskan masalah kerunsingan Anif tentang kecurian sanggup menyarankan dia kembali ke sekolah asal.Tak kiralah ianya berkait dengan soal remeh atau perkara jahanam seperti ROGOL ini; ianya berkait dengan moral & keselamatan. Aku BENCI kepada BPA yang sengaja anggap perkara ini perkara remeh atau masalah peribadl. Jika kena kepada anak sendiri baru mereka dapat rasa bahangnya bagaimana. Huh!.
21 Julai 2012
Keutamaan / Fadilat Puasa Ramadan Setiap Hari
Sebagaimana telah banyak diketahui oleh Umat Islam mengenai Fadilat melaksanakan Puasa Ramadan, dimana yang paling terkenal adalah hadits yang diriwayatkan oleh Salman al Farisi, Nabi SAW bersabda: “Adalah bulan Ramadan, awalnya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”
Namun demikian untuk memberikan wacana lebih luas dan dalam, perlu kiranya Umat juga membaca tulisan berikut ini mengenai Fadilat melaksanakan Puasa Ramadan yang diuraikan hari per harinya.
Berikut ini adalah Keutamaan dan Fadilat melaksanakan Puasa Ramadan dari hari ke-1 sampai dengan hari ke-30. Diambil dari Kitab Fadhâil Al-Asyhur Ats-Tsalâtsah yang di tulis oleh Syeikh Muhammad bin Ali bin Husein bin Musa bin Babawayh Al-Qumi, beliau adalah seorang ulama besar ahli hadits ber-Mazhab Ahlul Bait Nabi SAW. Ditulis berdasarkan Hadits shahih yang telah di “Tahqiq”.
Hari ke-1: Semua dosa akan diampuni oleh Allah SWT, baik yang tersembunyi dan yang terang-terangan. Akan meninggikan darjat berlipat ribuan. Dan membuatkan untuk kalian lima puluh ribu kota di syurga.
Hari Ke-2: Setiap ibadah akan dicatat oleh Allah SWT terhadap segala apa yang dilakukan. Memberikan pahalanya seperti ibadah selama satu tahun. Menyetarakan pahalanya seperti pahala seorang nabi. Dan mencatat puasa hari ke-2 seperti puasa satu tahun.
Hari Ke-3: Allah SWT memberi setiap rambut di tubuh kalian taman permata yang indah di syurga Firdaus, di atasnya dua belas ribu rumah dari cahaya, di bawahnya dua belas ribu tempat tidur dan di setiap tempat tidur ada bidadari, setiap hari seribu malaikat berkunjung dan setiap malaikat membawa hadiah untuk kalian.
Hari Ke-4: Pahalanya adalah Syurga Khuld yang didalamnya terdapat tujuh puluh ribu istana dan di setiap istana terdapat tujuh puluh ribu rumah, di setiap rumah terdapat lima puluh ribu tempat tidur dan disetiap tempat tidur terdapat bidadari dan setiap bidadari memiliki seribu perhiasan yang lebih baik dari dunia dan segala isinya.
Hari Ke-5: Pahalanya adalah Syurga Al-Ma’wa yang terdapat beribu-ribu kota, setiap kota terdapat seribu rumah, di setiap rumah terdapat seribu meja makan, di atas setiap meja makan tujuh puluh ribu tempat makanan, di setiap tempat makanan tujuh puluh macam makanan yang tidak sama satu dengan yang lain.
Hari Ke-6: Pahalanya adalah Syurga Darus Salam yang terdapat seratus ribu kota, di setiap kota seratus perkampungan, disetiap perkampungan seratus ribu rumah, di setiap rumah seratus ribu tempat tidur dari emas yang panjang, setiap tempat tidur panjangnya seribu hasta, di atas tempat tidur terdapat bidadari sebagai pasangan yang berhias dengan tiga puluh ribu perhiasan dari permata putih dan permata merah, dan setiap bidadari membawa seratus pelayan.
Hari Ke-7: Pahalanya adalah Syurga Na’im. Pahala seribu syuhada’ dan empat puluh ribu orang yang benar.
Hari Ke-8: Pahalanya seperti pahala amal enam puluh ribu ahli ibadah dan orang enam puluh ribu orang yang zuhud.
Hari Ke-9: Pahalanya adalah Allah SWT akan memberikan apa yang diberikan kepada seribu ulama, seribu orang yang i’tikaf, dan seribu orang yang menyambung tali persaudaraan.
Hari Ke-10: Dikabulkannya tujuh puluh ribu hajat, dan matahari, bulan, bintang-bintang, binatang yang melata, burung, binatang buas, setiap bebatuan dan bongkahan tanah liat, setiap yang kering dan yang basah, setiap binatang di laut dan dedaunan di pepohonan akan memohonkan ampunan bagi kita.
Hari Ke-11: Pahalanya seperti pahala empat kali orang yang haji dan umrah, setiap yang haji bersama seorang Nabi, dan setiap yang umrah bersama orang yang benar dan yang syahid.
Hari Ke-12: Akan dijadikan bagi kalian keimanan yang dapat merubah keburukan-keburukan menjadi kebaikan-kebaikan yang berlipat-ganda, dan mencatat bagi kalian setiap kebaikan seribu kebaikan.
Hari Ke-13: Dicatat bagi kalian pahala seperti pahala ibadah penduduk Mekkah dan Madinah, dan Allah memberi kalian syafaat sejumlah bebatuan dan bongkahan tanah liat yang ada di antara Mekkah dan Madinah.
Hari Ke-14: Kalian seperti berjumpa dengan Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Daud dan Sulaiman, dan seperti beribadah kepada Allah Azza wa Jalla bersama setiap Nabi selama dua ratus tahun.
Hari Ke-15: Dikabulkan untuk kalian hajat-hajat dunia dan akhirat, memberi kalian apa yang diberikan kepada Nabi Ayyub; para malaikat pemikul Arasy memohonkan ampunan untuk kalian, dan pada hari kiamat Allah Azza wa Jalla akan memberi kalian empat puluh cahaya, sepuluh cahaya dari sebelah kanan kalian, sepuluh dari sebelah kiri kalian, sepuluh dari depan kalian, dan sepuluh cahaya dari belakang kalian.
Hari Ke-16: Diberikan kepada kalian enam puluh pakaian untuk kalian pakai pada hari kalian dibangkitkan dari kubur, enam puluh onta untuk kalian kendarai, dan dikirim awan untuk menaungi kalian dari sengatan panas hari itu.
Hari Ke-17: Allah SWT menyatakan: “sungguh Aku telah mengampuni mereka dan bapak-bapak mereka, Aku akan lindungi mereka dari azab hari kiamat.”
Hari Ke-18: Diperintahkan kepada malaikat Jibril, Mikail, Israfil, malaikat pemikul Arasy dan Al-Karubin agar memohonkan ampunan untuk ummat Muhammad saw sampai tahun berikutnya, dan Allah Azza wa Jalla memberikan pada kalian pahala para syuhada’ Badar.
Hari Ke-19: Semua malaikat langit dan bumi minta izin kepada Tuhannya untuk berziarah ke kuburan kalian setiap hari, dan setiap malaikat membawa hadiah dan minuman untuk kalian.
Hari Ke-20: Diutus kepada kalian tujuh puluh Malaikat untuk menjaga kalian dari setiap setan yang terkutuk; dicatat untuk kalian setiap hari kalian puasa seperti berpuasa seratus tahun; menjadikan parit antara kalian dan neraka; memberi kalian pahala orang yang termaktub dalam Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qu’an; dicatat untuk kalian setiap pena Jibril sebagai ibadah satu tahun; memberikan pada kalian pahala tasbih Arasy dan Kursi; dan memberi pasangan untuk kalian setiap ayat Al-Qur’an seribu bidadari.
Hari Ke-21: Diluaskan kuburan kalian seribu farsakh, menghilangkan dari kalian kegelapan dan kesepian, menjadikan kuburan kalian seperti kuburan para syuhada’, dan menjadikan wajah kalian seperti wajah Yusuf bin Ya’qub AS.
Hari Ke-22: Diutus kepada kalian malaikat maut seperti pada para Nabi saw, menyelamatkan kalian dari keganasan malaikat Munkar dan Nakir, dan menghilangkan dari kalian penderitaan dunia dan akhirat.
Hari Ke-23: Kalian akan melintasi shirathal mustaqim bersama para Nabi, shiddiqin dan syuhada’, dan pahala kalian seperti memberi makanan kepada setiap anak yatim dari ummatku dan seperti memberi pakaian kepada setiap yang telanjang dari ummatku.
Hari Ke-24: kalian tidak akan keluar dari dunia kecuali kalian melihat kedudukannya di syurga; setiap kalian diberi pahala seribu orang yang sakit, seribu pahala orang yang merantau untuk mentaati Allah Azza wa Jalla, kalian diberi pahala seribu pembebasan dari keturunan nabi Ismail AS.
Hari Ke-25: Dibuatkan untuk kalian di bawah Arasy seribu menara hijau, di atas setiap menara terdapat kemah dari cahaya, dan Allah SWT berfirman: “Wahai ummat Muhammad, Aku adalah Tuhan dan kalian adalah hamba-Ku, bernaunglah kalian di bawah Arasy-Ku di menaramenara ini, makan dan minumlah sepuas kalian, jangan takut dan jangan sedih; wahai ummat Muhammad, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku akan mengirim kalian ke syurga, kalian akan dibanggakan oleh orang-orang yang terdahulu dan yang terakhir, Aku akan memberikan pada setiap kalian seribu mahkota dari cahaya, kendaraan onta yang Kuciptakan dari cahaya, tali kendalinya dari cahaya dan pada tali kendali itu terdapat seribulingkaran yang terbuat dari emas, dan pada setiap lingkaran berdiri malaikat, dan setiap malaikat memegang tongkat dari cahaya sehingga kalian memasuki syurga tanpa dihisab.
Hari Ke-26: Allah SWT memandang dengan kasih sayang-Nya, kemudian mengampuni semua dosa kalian kecuali sogokan dari hartanya; Mensucikan rumah kalian setiap hari tujuh puluh ribu kali dari ghibah dan dusta.
Hari Ke-27: Pahalanya seperti menolong setiap mukmin dan mukminah, memberi pakaian pada tujuh puluh ribu orang yang telanjang, membantu seribu orang yang menjalin tali persaudaraan; kalian seperti membaca semua kitab yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla kepada para Nabi-Nya.
Hari Ke-28: Menjadikan bagi kalian di syurga Al-Khuld seratus ribu kota dari cahaya, memberi kalian di syurga Al-Ma’wa seratus ribu istana dari perak; memberi kalian di syurga Al-Jalal tiga ratus ribu mimbar (tempat yang tinggi) yang terbuat dari misik, di setiap mimbar seribu rumah dari za’faran.
Hari Ke-29: Diberikan kepada kalian beribu-ribu kediaman dan di setiap kediaman terdapat menara putih, disetiap menara terdapat tempat tidur dari kafur putih dilengkapi dengan seribu permadani dari sutera hijau, di setiap permadani disiapkan bidadari yang dihiasi dengan tujuh puluh ribu hiasan, di kepalanya seribu hiasan dari permata.
Hari Ke-30: Akan dicatat bagi kalian setiap hari sebelumnya pahala seribu suhada’ dan seribu orang yang benar; Dicatat bagi kalian seperti beribadah lima puluh tahun; Dicatat bagi kalian untuk setiap hari seperti puasa dua ribu hari, dan mengangkat derajat kalian.
iDAN:
TAPI AWAS FADILAT PUASA INI BOLEH DIRAGUKAN ADALAH LEBIH ELOK KITA TERUS MENJAGA IMAN JANGAN IMPIKAN SANGAT GANJARAN; IANYA TETAP ADA, UJUD SETELAH KITA KE SANA; FADILAT YG BAGAIMANA MEMANG IANYA PERKARA GHAIB YANG SUKAR KITA TENTUKAN.
baca tulisan ini...
HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.
Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam ke atas
junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para
sahabatnya.
|
|
SEJAK
beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih
pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media
elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan
menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan
lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha
menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam
bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis
yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang
sebahagian darinya adalah seperti berikut.
|
|
Diriwayatkan
oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan
dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
|
|
| Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu. | |
Rasulullah
S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan
pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya:
Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia
menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
|
|
Hadis
ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat
Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi
S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal
ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib
dan tarhib).
|
|
Mulla
Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari
seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w.
menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi:
Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang
mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini
maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka
bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia
termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam
pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang
hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis
yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis
nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa
dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia
berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama
orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah
syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan
atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan
mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan
wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
|
|
Di
dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin
untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering
dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang
sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti
contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu
meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan
ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah
seperti meruntuhkan Kaabah.
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari) Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir) Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya. |
|
| Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :
1. Kelebihan yang
disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para
sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama
dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi
kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun
setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai
kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan
seorang nabi.
2. Kelebihan yang
terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan
ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam
Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
3. Kandungannya serta
ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya
tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam
hadis-hadis sahih.
4. Dalam sesetengah
risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan
ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata
ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
|
|
Oleh
itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di
peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti
ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus
Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah
palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada
hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat
kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala
sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan
dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
|
|
Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Ketaqwaan di Bulan Ramadan
Soalan:
Apakah persediaan dan bekalan yang diperlukan untuk memasuki "Universiti Ramadan" agar berjaya memperolehi "Ijazah Taqwa"?
Abdul Hanan, KL
Jawapan:
Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia, bahkan ia merupakan waktu (universiti) untuk membina jiwa dan raga dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Banyak hadis dan ayat Al Quran yang menjelaskan tentang kelebihan bulan Ramadan ini diantaranya: "Apabila masuk bulan Ramadan maka dibukalah pintu-pintu langit dan ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan".(Riwayat Bukhari dan Muslim) Banyakkan amalan-amalan sunat dan laksanakan amalan wajib dengan sempurna. Dalam sebuah hadis ada disebutkan tentang di antara amalan-amalan yang perlu dilaksanakan agar memperolehi ketaqwaan. Namun sebelum melaksanakan semua amalan itu hendaklah mempersiapkan jiwa dengan rasa keikhlasan dan beramal kerana Allah semata, bukan kerana riya dan ingin pujian manusia. Jika ini yang terjadi maka rugilah dan punahlah segala amalan yang kita kerjakan nanti.
Di antara amalan yang dianjurkan Rasulullah tersebut antara lain: Solat tarawih dan solat-solat sunat yang lain, bantu membantu diantara sesama Islam dengan amalan sedekah dan sebagainya, memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang-orang yang berpuasa terutamanya orang-orang miskin. Banyak bertahlil, banyakkan memohon keampunan dengan bertaubat dan beristighfar, memohon memperoleh syurga Allah di akhirat kelak dan mohon perlindungan dari api neraka. Wallahu A'lam
20 Julai 2012
Azab Seksa Wanita Kerana Dosa & Aurat Lelaki/Wanita
Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi2 pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: - "Seorang wanita yang berkata kapada suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke 7 dan mengutuk pula segala sesuatu yg dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia dan jin."
Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang yang membuat susah kapada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunnatnya.
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas dan perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.
Nabi S.A.W. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya dan terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh ummat baginda. Sebagai penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah S.A.W. dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kapada beliau," mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"
Beliau bersabda: -
1.Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2.Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3.Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
4.Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
5.Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6.Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dr neraka.
7.Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
8.Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9.Wanita yang berkepala spt kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kapada ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang : -
1.Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.
2.Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata
3.Kemudian Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
4.Adapun wanita yang digantung dgn buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
5.Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh dan nifas.
6.Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
7.Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.
8.Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun2nya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
9.Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya spt kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
10.Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
11. Adapun wanita yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki
Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik di zaman itu. Diantara sifat buruk mereka: -
1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.
2.Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Nauzubillahi min zalik.
Wassalam.
Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN.
SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.
Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.
JAWAPAN:
Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.
Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.
Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.
Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.
Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.
Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.
Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.
Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.
Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.
Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.
Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.
Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.
Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.
Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.
Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.
Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.
PERTANYAAN
Ada sebahagian orang mengatakan bahwa rambut wanita tidak termasuk aurat dan boleh dibuka. Apakah hal ini benar dan bagaimana dalilnya?
JAWAB
Telah menjadi suatu ijma' bagi kaum Muslimin di semua negara dan di setiap masa pada semua golongan fuqaha, ulama, ahli-ahli hadis dan ahli tasawuf, bahwa rambut wanita itu
termasuk perhiasan yang wajib ditutup, tidak boleh dibuka di hadapan orang yang bukan muhrimnya.
Adapun sanad dan dalil dari ijma' tersebut ialah ayat Al-Qur'an:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
(Q.s. An-Nuur: 31).
Maka, berdasarkan ayat di atas, Allah swt. telah melarang bagi wanita Mukminat untuk memperlihatkan perhiasannya. Kecuali yang lahir (biasa tampak). Di antara para ulama,
baik dahulu maupun sekarang, tidak ada yang mengatakan bahwa rambut wanita itu termasuk hal-hal yang lahir; bahkan ulama-ulama yang berpandangan luas, hal itu digolongkan perhiasan yang tidak tampak.
Dalam tafsirnya, Al-Qurthubi mengatakan, "Allah swt. telah melarang kepada kaum wanita, agar dia tidak menampakkan perhiasannya (keindahannya), kecuali kepada orang-orang
tertentu; atau perhiasan yang biasa tampak."
Ibnu Mas'ud berkata, "Perhiasan yang lahir (biasa tampak) ialah pakaian." Ditambahkan oleh Ibnu Jubair, "Wajah" Ditambah pula oleh Sa'id Ibnu Jubair dan Al-Auzai, "Wajah, kedua tangan dan pakaian."
Ibnu Abbas, Qatadah dan Al-Masuri Ibnu Makhramah berkata, "Perhiasan (keindahan) yang lahir itu ialah celak, perhiasan dan cincin termasuk dibolehkan (mubah)."
Ibnu Atiyah berkata, "Yang jelas bagi saya ialah yang sesuai dengan arti ayat tersebut, bahwa wanita diperintahkan untuk tidak menampakkan dirinya dalam keadaan berhias yang indah dan supaya berusaha menutupi hal itu. Perkecualian pada bagian-bagian yang kiranya berat untuk menutupinya, karena darurat dan sukar, misalnya wajah dan tangan."
Berkata Al-Qurthubi, "Pandangan Ibnu Atiyah tersebut baik sekali, karena biasanya wajah dan kedua tangan itu tampak di waktu biasa dan ketika melakukan amal ibadat, misalnya salat, ibadat haji dan sebagainya."
Hal yang demikian ini sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahwa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma'
sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah saw. memalingkan muka seraya bersabda:
"Wahai Asma'! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ..." (beliau mengisyaratkan pada muka dan tangannya).
Dengan demikian, sabda Rasulullah saw. itu menunjukkan bahwa rambut wanita tidak termasuk perhiasan yang boleh ditampakkan, kecuali wajah dan tangan.
Allah swt. telah memerintahkan bagi kaum wanita Mukmin, dalam ayat di atas, untuk menutup tempat-tempat yang biasanya terbuka di bagian dada. Arti Al-Khimar itu ialah
"kain untuk menutup kepala," sebagaimana surban bagi laki-laki, sebagaimana keterangan para ulama dan ahli tafsir. Hal ini (hadis yang menganjurkan menutup kepala) tidak terdapat pada hadis manapun.
Al-Qurthubi berkata, "Sebab turunnya ayat tersebut ialah bahwa pada masa itu kaum wanita jika menutup kepala dengan akhmirah (kerudung), maka kerudung itu ditarik ke belakang,
sehingga dada, leher dan telinganya tidak tertutup. Maka, Allah swt. memerintahkan untuk menutup bagian mukanya, yaitu dada dan lainnya."
Dalam riwayat Al-Bukhari, bahwa Aisyah r.a. telah berkata, "Mudah-mudahan wanita yang berhijrah itu dirahmati Allah."
Ketika turun ayat tersebut, mereka segera merobek pakaiannya untuk menutupi apa yang terbuka.
Ketika Aisyah r.a. didatangi oleh Hafsah, kemenakannya, anak dari saudaranya yang bernama Abdurrahman r.a. dengan memakai kerudung (khamirah) yang tipis di bagian lehernya, Aisyah r.a. lalu berkata, "Ini amat tipis, tidak dapat menutupinya."
Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.
Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.
Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?
Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.
Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.
Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.
Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?
Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.
Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.
Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.
Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.
Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.
Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?
Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.
Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh PR itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.
1. Menahan padangan dari dua belah pihak. Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah swt :-
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ . وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka ......" [Surah al-Nur : 30-31]
2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara', iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari wajah/muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan sosok badannya. Firman Allah swt :-
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
"....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...." [Surah al-Nur : 31]
Pakaian tersebut juga dapat membezakan diantara wanita yang baik dan wanita yang tidak baik.
3. Hendaklah menjaga adab2 sebagai seorang muslimah didalam semua keadaan, terutama apabila bergaul dengan lelaki:-
a. Perkataan - elak dari menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.
b. Berjalan - jangan memancing pandangan orang.
c. Pergerakkan - tidak melenggang-lenggok.
4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna2 yang menarik perhatian.
5. Jangan berdua-duaan diantara lelaki dan wanita tanpa disertai oleh mahram.
6. Pergaulan itu didalam batas2 keperluan sahaja, tidak berlebih2an.
Langgan:
Catatan (Atom)