iDAN

09 Januari 2010

Kolam Di Greece (Delima Merkah)

Kolam harapan nan sepi & suram.

jernihnya impian tidak kesampaian...


sendiri menatap tabir waktu.

08 Januari 2010

Lebat (Delima Merkah)

Bebunga kasih kembang lagi di hati ini.

Menantimu tidak pernah buat aku jemu!

Kita tak sedar pun hati kita kian lebat berbunga rindu ...

Apa dosa kami (Ceritera)



Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sekiranya anda menganggap memeritkan menghadapi cabaran kehidupan semasa, ada sepasang suami isteri warga emas di sini hidup lebih perit kerana terpaksa menjaga empat anak yang dilahirkan cacat tanpa mendapat sebarang pembelaan daripada mana-mana pihak.

Empat beradik itu yang tinggal di sebuah flet di Bandar Baru Kangkar Pulai di sini cacat penglihatan, pekak, penyakit mental, lembam dan tumbesaran terbantut sejak dilahirkan.

Lebih menyedihkan, seorang daripada mereka ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila menjadi mangsa rogol dan kini mempunyai seorang cahaya mata berusia setahun setengah.

Ada bomoh pula berpendapat nasib menimpa empat beradik terbabit akibat hasad dengki pihak tertentu seperti didakwa ketua keluarga berkenaan, Othman Hassan, 69.

Menurut Othman, anak sulungnya, Umi Kalthom, 38, mengalami pembesaran yang terbantut, anak kedua, Milhan, 36, pula buta dan pekak, manakala Sofiah, 33, mengalami masalah lembam dan anak bongsunya, Fatimah, 31, mengalami gangguan mental.

Katanya, walaupun hidup dalam serba kekurangan dengan menyara keluarga sebagai pengawal keselamatan, dia tidak mempunyai pilihan daripada terus membanting tulang untuk menjaga dan menyediakan keperluan empat anaknya.

Othman juga perlu menyediakan bekalan makanan untuk dua cucunya yang berusia tujuh bulan dan satu setengah tahun.

“Walaupun seorang daripada anak saya menjadi mangsa rogol lebih setahun lalu, saya tidak ada pilihan melainkan memeliharanya kerana dia tidak berdosa.

“Mereka semua kini di bawah tanggungjawab saya dan saya tidak pernah terfikir untuk lari daripada tanggungjawab ini,” katanya ketika menerima kunjungan daripada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pengerusi Biro Kebajikan, Kesihatan dan Bencana Alam Umno Gelang Patah, Dr Zaini Abu Bakar di sini, semalam.

Menurut Othman, dia dan isterinya, Jamilah Ariffin, 68, sanggup bergolok bergadai dan melakukan sebarang pekerjaan halal selagi terdaya demi menyara empat anak kurang upayanya itu.

“Bukan saya meminta kehidupan sebegini, tetapi sudah ditakdirkan menjadi bapa empat anak kurang upaya yang memiliki pelbagai kecacatan. Mereka darah daging saya.

“Selagi saya masih hidup, saya pastikan semua anak saya cukup makan dan minum biarpun tidak mampu menyediakan mereka kehidupan selesa seperti bapa lain.

“Namun, saya berharap ada pihak yang prihatin dan menyalurkan bantuan kepada kami supaya mampu meringankan beban keluarga,” katanya.

Difahamkan, seorang penduduk di flet berkenaan yang prihatin mengadu nasib keluarga itu kepada Umno dan JKM supaya bantuan dapat disalurkan kepada mereka.

07 Januari 2010

Merisik Narita (Singgahsana)


Dari Jenaris melalui Lebuh Raya Lekas ke Nilai 3 sekitar 15 minit sahaja aku memerlukan masa untuk membeli-belah di sana. Semalam aku & Afiz ke Nilai 3 untuk merisik Narita. Tak ada rupanya Narita di Nilai 3. Yang banyak cuma cadar & tilam gulung sahaja. Terdapat Toto tetapi ianya dijual berbentuk pakej RM35 dengan 7 barangan, cadar, sarung bantal dan lain².

"Hari itu ayah dah cakap kena beli di Sungai Besar tapi masing² tak mahu; ayah pun silap bawa Narita yang lama itu!" Aku pantang tenguk benda cantik, ada tawaran selimut kelamin RM30 macam cadar pengantin capai & beli. Selimu aku telah lama lusuh!. Cadar tebal ini sedap buat selimut!

"Beli sahajalah Afiz Toto dua helai, tindihkan dua!"

"Tak selesa nipis!"

"Beli saja tilam gulung tu!"

"Keras!" ada saja jawaban Afiz ini.

"Kalau macam itu guna yang lama sahaja, guna yang ayah baru hantar dobi itu ; Narita yang Afiz punya tu nanti ayah jahit & hantar dobi!" Narita yang Afiz guna setahun lalu telah lusuh!.

"Takkan tak ada di Kamdar ayah!"

"Mana nak cari Afiz, Narita ini hanya banyak di sempadan Siam, Pedang Besar, Bukit Kayu Hitam sempadan sana sahaja yang ada. Dulu memang ayah ingat ada di Nilai 3 ini, ada satu kedai Melayu jual tapi kedai itu ayah dah tak pasti, tak cam dekat mana!, hari pun dah malam entah² telah tutup kedai tu!"

"Ayah yang memandai datang sini buat apa? Pula tu nak paksa Afiz guna Toto yang nipis itu; membazir!" isk! menguji kesabaran betul!.

Aku pernah bilang pentingnya ada banyak Narita di rumah; paling tidak biarlah ada dua helai yang sentiasa bersih untuk tetamu. Mila belasah semua, lusuhkan semua. Nak ke Sungai Besar bukannya dekat!. Sungai Besar sahaja yang terdekat untuk membeli Narita. Aku tak pasti di Lembah Klang ini di mana ada jual Narita ini. Ana Tajul baru sahaja berceritera dia beli di Sungai Besar semasa tawaran baru RM31 sehelai. Selalunya harga biasa sekitar RM38. Tak mahal mana pun tapi kenapa benda penting macam ini tiada di sekitar Lembah Klang ini. Yang banyak di Nilai 3 hanyalah cadar tebal. Juga tilam gulung yang keras itu.

Akhirnya semalam aku hanya beli bantal kekabu & cadar tebal. Hilang langsung minat aku mahu mencari barangan lain. Cadangnya kut! nak mencari baju gedoboh. Lagi pun aku perlu bergegas ke Kajang semula, ingatkan mahu cari sangkar kucing. Ada seekor anak kucing ini kehilangan ibunya. Telah seminggu tidur dalam kotak.

Sekitar 9:00 malam aku telah berada di Jalan Semenyih; di sini banyak kedai ikan & binatang pelihara; hanya ada sebuah kedai binatang pelihara yang masih buka. Mahallah pula sangkar kucing ini RM60 lebih. Buruk rona hitam. Sementara ini biarlah aku taruh anak kucing itu dalam kotak. Esok cari sangkar burung mungkin murah sedikit banding sangkar kucing. Tak perlu besar sangat sangkar anak kucing seekor ini; nanti kalau si topeng beranak banyak barulah beli yang RM60 lebih itu.

Di Nilai 3 Selain kain ela banyak jualan permaidani, perabut & barangan hiasan rumah. Sebaiknya kena banyakkan juga barangan yang berjenama di Nilai 3 ini agar lebih ramai pengunjung yang datang. Mungkin barangan elektrik & barangan komputer. Pasti dapat sambutan. Semalam hari biasa sekitar jam 9:00 malam nampak pekan ini telah mati; senyap sunyi tanpa aktiviti yang meriah. Mungkin hanya hari minggu di sini akan meriah sampai ke tengah malam. Tapi aku memang suka ke sini melihat pelbagai barangan dari Siam & Tanah Besar China.

Perabut di rumahku pun beli di Nilai 3, memang murah berbanding dengan harga sekitar Kajang ini. Biasanya tauke di Nilai 3 akan berulang alik ke Tanah Besar Cina untuk membeli perabutnya. Penghantaran percuma. Ada kalangan tauke perabut di sini miliki kedai di Pasir Gudang Johor; jadinya antara Pasir Gudang & Nilai 3 selalunya tak dikenakan cas pengangkutan. Aku tak pasti dengan perabut jati apakah lebih murah berbanding di tempat lain. Banyak terdapat perabut jati di Nilai 3. Rambang mata jika anda memang peminat perabut jati.

Seperkara lagi di Nilai 3 juga ada pasar basah. Untuk makan bersama keluarga pun nampaknya semakin banyak restoran pilihan di sini. Ada juga terdapat barangan dari Sarawak. Barangan kraf tangan dari Sarawak dijual dengan harga yang memang berpatutan. Moh!lah ke Nilai 3, kalau pun tak mahu membeli belah amat baik bersantai atau menjamu mata melihat barangan hiasan yang memang menarik!.

05 Januari 2010

Mencari Damai di Teluk Batik 4 (Singgahsana)


Zaman sekolah rendah Teluk Batik adalah pantai yang terdekat dari kampung halamanku Desa Tualang. Selalunya sebut Pesta Lumut maka gempaklah satu kampung. Terkadang aku mengikut rombongan orang kampung untuk berkelah di Teluk Batik ini, pernah juga arwah Apak bawa kami dengan keretanya melihat Pesta Lumut. Perjalanan ke Lumut mengambil masa sekitar dua jam, ikut Batu Gajah, Parit, Bruas jalan lama.

Kenangan zaman sekolah itu cuma berbalam sahaja; terlalu lama jarak masanya kini. Sekarang aku dari jauh memandu sendiri & bersantai di pantai Teluk Batik ini. Pantainya sederhana besar & banyak terdapat pokok yang rimbun. Gerai jualan semakin banyak & nampak teratur. Baju yang dijual memang cantik² sebab sesuai dengan nama Teluk Batik bercorakkan batik tempatan yang sememangnya anggun. Cumanya orang yang telah boroi seperti aku agak payah mahu mendapatkan baju saiz XXL. Selain pakaian tentunya makanan kering dari laut. Sebut sahaja apa jenis makanan kering, dari ikan masin hinggalah sotong pelbagai resepi masakannya. Tak jadi masalah jika ingin membeli ole-ole. Dinasihatkan beli di pekan Lumut jauh lebih murah.

Pantai Teluk Batik

Hanya Anif & adik Azim mandi laut di Teluk Batik yang lain sekadar santai & bergambar di pantai ini. Cara hidup rakyat kita kini telah mengikut jejak orang Siam. Tahun 90an aku pernah ke Phuket di mana di pantai mereka tersedia sofa² kayu untuk Mat Saleh berjemur. Pemandu Pelancong memanggil minah Mat Saleh ini Ikan Duyung. Sofa kayu ini jika kita guna kena bayar sewanya; ini yang terdapat di Teluk Batik sekarang, semasa kami menyewa sebelah petang sebuah sofa sekadar RM2 sahaja mungkin lantaran telah pun hampir senja. Secara lojiknya tentunya sofa ini akan disewakan sekitar RM5 jika dari pagi ke petang. Selain itu biasalah sewa pelampung, kayak & naik belon berbentuk pisang. Meriah!.

Air di pantai ini agak dalam, tak landai maka anak² tak bolehlah bermain jauh ke laut. Semasa aku di pantai hari Isnin ia itu hari bekerja maka tidaklah sesesak mana. Memang damai di sini jika ingin melihat mentari terbenam. Waktu kami di pantai air mulai pasang, ombak di sini sederhana Laut Selat Melaka tidaklah seganas Laut Cina Selatan.

Jeti Lumut kini semakin cantik

Mengikut perancangan aku mahu tidur di Desa Tualang, jika tiada aral sekitar dua jam sampailah ke kampungku. Maka aku membuat keputusan melihat mentari terbenam di Lumut sahaja dijangka sekitar jam 7:00 atau 8:00 malam bertolak dari Lumut maka tidaklah jauh malam sampai di kampung. Semuanya menjadi tersasar boleh tersesat masuk ke kem Raihan tinggal; macam mana aku termamai pun tak pasti, kena diambil Mycard & patah semula untuk ke Lumut. Di Lumut pula Afiz tak setuju parkir jauh sangat kena bayar lagi sebab termasuk parkir kenderaan ke Pulau Pangkor. Akhirnya aku lepak sendiri di Avanza menunggu Mila & anak² membeli belah. Payah dapat parkir di pekan Lumut, kalau ada pun jauh terpencil.

Ada dua kedai borong barangan laut milik orang kita Melayu; betul² di hadapan Blue Bay Resort, Lumut. Kedai ini agak besar juga senang parkir & memang murah. Aku beli di kedai sebelah kiri, sebelah kanan ada nama Jamilah; sensitiflah pula nama Mila tertera di papan tanda kedainya.

Sekitar jam 8:30 malam baru kami meninggalkan Lumut menuju ke Batu Gajah. Sempatlah Mila & anak² melihat Lumut di waktu malam. Dalam perjalanan sempatlah aku menyimpang ke Bandar Seri Iskandar tapi tak jumpa rumah Yasin. Memang banyak restoran yang dilalui sepanjang perjalanan tetapi aku terfikir baik makan di Batu Gajah bandar kecil mungkin makanannya lebih istimewa banding jalan besar di mana sering bas pelancong singgah.

Azim tak sabar nak terjun laut

Banyak rupanya jalan baru untuk ke Batu Gajah. Mila keliru dengan kedudukan Gopeng. Memang ada jalan pintas ke Gopeng tetapi masalah mahu makan di mana. Tak siapa berani makan di Gopeng masalah santau sejak berzaman memang tak selesai di pekan Gopeng. Maka itu tak ada pun satu kedai makanan yang maju di pekan Gopeng. Maka aku terpaksa menuju ke Batu Gajah semata-mata mahu mencari kedai makanan. Sekitar 9:45 malam baru sampai di Batu Gajah. Mila sudah mulai bising kelaparan. Nak jadi malang terpilih kedai yang asyik berkaraoke. Orang zaman 60an belaka berkaraoke.

Aku memanglah terasa bila mendengar bebelan Mila kelaparan pun aku tersesat jalan, manalah kita tahu perjalanan yang tanpa pun ada peta panduan sekadar mengikut papan tanda jalan; tentulah stres. Berjalan malam bagi orang berumur memang agak nyanyuk; daya ingatan semakin kurang. Pula tu! manalah kita tahu kedai yang kita singgah punyailah lembab; siap tanak nasi lagi, sejam lebih baru sampai makanan yang dipesan. Karaoke yang beralun memang sedap belaka Pakcik Batu Gajah nyanyikan tapi nyanyian di perut lagi keroncong & membingitkan.

Siap satu demi satu dihidangkan; bukan sekali gus dihidang sejam lebih barulah dapat makanan yang aku pesan!. Anak² dah mula lapar semula. Masalah makan di luar bagiku memang telah masak banget; tak jadi masalah lambat atau cepat cumanya jangan ada kalangan keluarga yang resah & bersungut!. Angin jadinya. Pernah berlaku ada pelanggan yang meninggalkan meja atau terbalikkan meja kalau memang lapar gila tapi makanan tak muncul-muncul. Aku taklah sampai begitu. Berpuasa sepanjang hari boleh takkan nak menunggu sejam dua tak boleh!.

Teluk Batik

Desa Tualang ketika malam sememangnya bagaikan perkampungan tinggalan lama. Sunyi sepi sangat, hutan keliling, neon jalan amat sedikit. Perjalanan dari Gopeng ke pekan Kota Bharu Perak memang sunyi. Bayangkan aku hanya bertembung dengan sebuah kereta sahaja perjalanan yang berbelas km. Dengan kuil india & pokok aranya. Jalannya pula berliku-liku. Tak dapat aku bayangkan bagaimana Abg Ali waktu bercinta dengan Kak Nomie sanggup berjalan tengah malam dari Gopeng ke Kota Bharu ini sendirian. Ada sekitar dua tiga kampung & perumahan sahaja sepanjang perjalanan. Selebihnya kalau dulu ladang getah sekarang telah bertukar manjadi ladang kelapa sawit.

Sampai di rumah arwah Opah Bi sekitar jam 11:30 malam; huh! gara-gara mahu makan di Batu Gajah. Berbual dengan Rahman bekas Ketua Kampung sampai jam 2:30 pagi. Isteri Rahman; Izan telah masak banyak sebenarnya, dia Tom Yam & pelbagai. Mila yang tak faham maksud bualan di telefon.

Masalah politik di Perak memang menjadi isu; Rahman adalah bekas Ketua Kampung bagi PR. Maka banyak maklumat yang aku dapat cungkil. Katanya keputusan Mahkamah Rayuan 3/2 memihak PR tapi faham² sahaja BN mana mungkin mahu umumkan. Paling aku sedih tanah sekitar kampungku habis disamun lanun dari luar. Datuk² dari luar habis belasah Tanah Rizab Melayu, sekarang tengah ura-ura nak jual batu buat simen. Sebagahagian lagi jatuh ke tangan bangsa asing. Tanah pasir lombong jangan ceritalah; orang kampung pun telah buat banglow berpakat² jual pasir melalui kuncu² golongan BN ini. Bayangkan selori pasir tak sampai pun RM10 bila dijual ke pemaju sekitar RN70 selori; siapa yang kaya tu?.

Tak dapat aku bayangkan jika datuk moyang kita hidup semula; betapa mereka ini bersusah payah, meneroka & membangunkan kampung ini. Aku teringat bagaimana arwah Apak berkerja keras membuka tanah; upah orang sana sini. Arwah apak memang terkenal dengan sikap bela dirinya, aku lihat dia asah parang panjang bila anak² tak balik ketika 13 Mei. Aku teringat arwah Abg Din redah kampung sebelah lantaran ada yang berani nak bakar rumah pusaka; ditembaknya si gerladangan, katanya kena kaki. Polis pun tak berani nak bertindak sebabnya memang mereka ini penceroboh. Bila hak tercabar mana mungkin duduk diam! Tapi kini apa orang kampung buat dengan penceroboh ini?.

Bukit Senyum yang baru sahaja aku uar²kan telah lenyap. Orang kampung sama² jual tanah, jual pasir. Orang kampung ini bukannya ada tanah pun di kampung ini lagi!. Menumpang di tanah² milik kerajaan kini. Golongan ini masih ujud di kampung. Mana ada sikap sayang kampung halaman. Penjarah belaka.

Aku tak jenis tegar atau taasub dengan mana-mana parti politik tetapi aku amat menyampah mereka yang kejar harta sanggup gadaikan maruah bangsa; sanggup jual tanah Rizab Melayu milik nenek moyang kita. Telah kaya tak sedar diri. Golongan ini paling aku menyampah.

Asrama Putra Jalan Watson Ipoh

Selepas aku menghantar Aziq ketemu rakannya di Ipoh; aku sempat ke Jalan Watson. Di mana Asrama Putra tempat aku belajar sekitan tahun 70an. Asrama Putra Jalan Watson telah tiada. Telah dirobohkan menjadi padang bola. Tinggal dua bangunan lama terbiar si pinggir jirat cina. Asalnya ada tiga blok bangunan tempat kami berasrama. Sedih amat rasanya melihat bangunan asrama ini terbiar; bangunan FRU di depan Asramaku masih cantik dijaga. Banyak persekitaran Jalan Tambun telah berubah, aku tersasul masuk ke kawasan rumah Ketua Polis Daerah Ipoh. Tak fasal-fasal Polis Ronda terkedu; satu kerja mengekori Avanzaku. Biasalah langkah keselamatan. Dalam Avanza alatan pancing adalah. Takkan aku nak mancing Ketua Polis kut!.

Aku kembali ke Desa Tualang setelah ke Ipoh tak sempat nak singgah banyak tempat si Anif tetiba pening kepala. Tidur tak cukuplah tu!. Terbuntang di bangku depan Avanza. Menuju ke Baatu Gajah mencari umpan pancing.

Ingat petangnya mahu memancing; hanya Azim yang mahu menemankan aku!. Tetapi amat mengejutkan setahun lalu tapak lombong yang luas ini banyak ikan. Sekarang ianya telah keruh airnya. Apa ikan pun tak mahu makan umpan. Semuanya gara² jual tanah lombong!. Dua kali baling aku pun kembali ke Tasik Azim di kampungku. Pun ceriteranya sama. Telah ada jentolak di parkir yang aku selalu guna. Kawasan ini bakal dimajukan; batu batan di kampung aku akan dipunggah orang Datuk dari luar! Keadaan ini kena dibetulkan. Bagaimana mahu menyedarkan orang kampung yang kian menjual kampung. Termati niat memancing, gerimis pun mulai turun, aku & Azim sekadar mengambil gambar dari jendela Avanza.

Ini jadinya Kampung Bakap dimamah lombong.

Apakah kampung aku akan jadi seperti Kampung Bakap. Cuma tinggal tanah wakaf sahaja kini. Kampung Bakap telah tiada di peta dunia. Apakah orang kampung juga mahu keadaan yang sama. Aku kecewa sangat melihat keadaan kampungku. Berpecah fahaman. Badanku pun terasa amat penat & lesu. Bagaikan demam kian menyerang!, bungkam amat rasanya.

Selepas magrib aku pulang ke Jenaris dengan badan yang memang amat penat. Penat yang lebih adalah lantaran radang melihat gelagat orang kampung yang tak sayang kampung sendiri. Sampai Jenaris sah aku demam kuat; demam apa pun aku tak tahu. Tak boleh bangun & aku tidur sepanjang hari!. Tak ingat entah berapa hari aku tak mampu bangun lagi. Tak sedar pun bila siang bila malam.

04 Januari 2010

Mencari Damai di Teluk Batik 3 (Singgahsana)

"Mila! kita ini ibarat perantau, tak payahlah kita berkira sangat dalam keselesaan; sudah sememangnya milik kita bilik yang sebegitu, kalau kita pindah pun nanti tengah malam kut! bocor juga atau penghawa dinginnya tetiba tak berfungsi sama sahajalah!..." aku cuba memahamkan ketidakpuasan hati Mila, RM370 satu malam bagi kami yang bukan orang berada terasa mahalnya. Nak buat macam mana kalau Teluk Batik Resort punyai masalah sebegini. Bocor ke panas ke janji telah sampai di sini.

Teringat kata² Apek di lobbi tadi yang katanya dia sering bermalam di Pulau Pangkor di sana jauh lebih murah & pelbagai kemudahan ada. Jika bermalam di hotel atau resort aku memang suka ada sauna. Tiada sauna di sini. Aku telah membuat banyak juga panggilan ke Pulau Pangkor, rata² mahal semuanya. Cumanya mungkin tak sama kemudahan & keselesaan yang ada.

Mila mengalah & aku bercadang mengembalikan kunci kondo yang baru. Ketakutan aku dengan suasana seram terlepas nampaknya. Itu yang lebih utama.

Sukanya dah dapat pijak pantai Teluk Batik; Anif, Azim & Aziq.

"Siapa nak ikut ayah cari rumah Pakcik Yasin!" sebenarnya aku risaukan bateri Avanza tak cukup cas jika ditinggalkan semalaman. Itu pun aku tidak guna sistem kunci kawalan jauhnya. Hanya Aziq & Afiz yang berminat berjalan² malam. Aku mengembalikan kunci kamar baru ke lobbi. Memberikan beberapa sebab kenapa tak mahu berpindah; salah satunya aku katakan aku ini penakut!. Sunyi di blok sana; alasan. Kami bertiga menuju ke Manjung. Sebenarnya aku keliru dengan Bandar Seri Manjung & Bandar Seri Iskandar. Rumah Yasin di Seri Iskandar tetapi di kotak ingatanku ianya di Seri Manjung. Mula nyanyuklah ni!.

Bagaimana pun sempatlah aku dalam gerimis berlegar² di Bandar Seri Manjung. Selalu aku sebut tentang bandar ini, sampai juga aku ke tempat ini.

"Moh! kita ke Lumut!, malam-malam pasti cantik lampu² di sana!" aku mengajak Afiz & Aziq ke Lumut. Telahan aku benar, cantik Lumut waktu malam; macam di Kuching Sarawak pula ada Lumut Waterfront. Kenapa kita suka guna nama orang putih. Kenapa tak guna perkataan seumpama Lumut MercuAir.

Meriah di jeti ini, siap ada restoran & pentas untuk berkaraoke!. Bergumbira belaka orang di Lumut. Aku leka melihat ada sekumpulan remaja memancing. Memang di bonet Avanza ada tersedia alatan pancing; ingat kalau ada kelapangan aku bercadang memancing. Tapi tunggu punya tunggu tak naik² ikan pun aku jadi tawar hati untuk cuba memancing. Sempat aku telefon Raihan bekas pelajarku yang tinggal bersama suaminya Pegawai di Kem Tentera Laut di Lumut. tengah menunggu kelahiran anak ketiga. Kenduri kahwin Raihan kami sekeluarga menghadirinya.


Lumut sebenarnya banyak meninggalkan kenangan zaman bujang. Seharusnya di Jeti ini aku & Mila berjumpa buat pertama kali, tapi aku sekadar dapat melihat seimbas sahaja wajah Mila ketika di pasir Bogak Pulau Pangkur. Setelah rata pekan kecil Lumut ini aku jelajah aku kembali ke kondo siap membawa narita. Mila, Azim & Anif telah lena. Aku & Afiz menonton TV. Aku melepak di anjung sendirian; tak tahu bila Afiz masuk tidur di kamar Aziq; bila aku terjaga malam sekitar jam 4:00 pagi; teramatlah sejuknya. Penghawa dingin yang bocor sekadar aku buka perlahan terpaksa ditutup takut aku jadi ais batu di anjung.

Tidur di Teluk Batik Resort teramat damainya. Aku bagaikan berjumpa dengan Neytiri & kumpulan Na’vi. Aku bagaikan diraikan di Pandora dengan pelbagai tatarona. Damai sangat tidur di sini. Mungkin juga aku amat letih memandu. Mungkin juga lantaran impian aku kembali mengikut jejak lamaku tercapai.

Setelah subuh aku mengejutkan semua keluarga agar cepat ke restoran bersarapan. Wah! sarapan di pagi ini memang berbaloi; pelbagai juadah disediakan, dari roti canai, nasi goreng, bihun sup, air yang banyak pilihan, telor beraneka masakan, kira berbayar semula makan malam yang amat sederhana. Sejam bersarapan pun masih tak selesai nak rasa semua menunya. Barulah sepadan dengan tiga bintang yang dimiliki jika memang begini caranya juadah yang disediakan.

Setelah sarapan Aziq, Anif & Azim mandi di kolam lagi. Aku ke pandai Teluk Batik carikan seluar mandi untuk Afiz. Cita² Afiz untuk terjun ke kolam renang tercapai juga; itu pun kami terpaksa potong kaki seluarnya masih nampak labuh biar aku ingatkan ianya pendek aras lutut. Mila biasalah leka bermain SMS di tepi kolam.

Azim jadi pemandu belon

Kami punyai waktu panjang lantaran dibenarkan untuk daftar keluar jam 3:00 petang. Sepadanlah kami masuk pun agak lambat!. Sekitar jam 1:00 tengah hari kami makan di Restoran yang memang ramai pelanggannya, Restoran Silaturrahim. Memang banyak pilihan masakan di sini; ulaman pula pelik². Siap ada sambal belacan taruh tempoyak campur bacang. Aku makan ikan pari bakar yang masih segar!. Gulai tempoyak serta ulam-ulaman. Masakannya jauh lebih sedap berbanding gerai semalam. Mila yang bayar bill & aku perhatikan tak sampai pun RM50 untuk bayaran kami sekeluarga. Jangan tak singgah sini, jika ke Teluk Batik; padanlah orang sanggup berbaris panjang makan di restoran ini. Biasalah ramai tentera laut makan di sini. Kem mereka tak jauh dari sini.

Aktiviti seterusnya santai di pantai Teluk Batik sampai ke senja!.

- bersambung

Flora (Delima Merkah)

Jambakan harapan semakin terbiar!

Miangnya pembuluh hati

Jalur-jalur rindu nan keliru!

03 Januari 2010

Mencari Damai di Teluk Batik 2 (Singgahsana)

Azim tak sabar nak terjun kolam

Dari perkarangan Teluk Batik Resort tidak terdengar pun deburan ombak, benar seperti penyambut tetamu katakan ketika aku telefon dari Jenaris. Pantai agak jauh sekitar 300 meter. Hanya nampak kepadatan kenderaan di parkir. Padat pengunjung pantai Teluk Batik. Biasalah hari minggu. Cuti sekolah lagi. Masing² mengambil kesempatan untuk berkelah dengan keluarga. Daftar masuk telah pasti jam 3:00 petang, ada sekitar sejam setengah lagi untuk kami jalan² cari makan.

"Kita makan di pantailah ayah!..." Azim tak sabar mahu bersantai di pantai.

"Payah mencari tempat selesa!, pasti pantai tu penuh sesak!, esoklah kita ke pantai!" masa yang singkat, dengan penuh kesesakan lagi rasanya amat tak sesuai untuk bersantai!. Mana damainya silap² desah angin pun tidak keruan. Berbahang panas.

Di simpang tiga mahu masuk ke pantai Teluk Batik terdapat sebuah restoran ala kampung Restoran Silaturrahim namanya. Memang amat padat pengunjungnya. Aku lebih memikirkan tentang keselesaan & persekitaran yang lapang tidak sesak. Semasa perjalanan tak jauh dari Restoran Silaturrahim ini aku terpandang se buah gerai bawah pokok besar; rasa terpanggil ke sana sebab aku lihat senang mahu parkir & tak ramai mana pengunjungnya. Ada air kelapa muda di gerainya.

Kira sederhana sahaja menunya; masakannya pun sekadar okey sahaja. Bolehlah untuk mengalas perut dari terusan kelaparan. Ada sambal tempoyak juga gulai tempoyak, ada ulaman pelbagai pucuk termasuk petai sudah cukup membuka selera. Kami makan berenam sekitar RM35 sahaja; kira murahlah siap dengan air kelapa muda. Memang Teluk Batik telah banyak berubah, jika dulu terasa masuk kampung nelayan tetapi kini sebahagian rumahnya telah bertukar rumah batu. Kenderaan tidak putus-putus keluar masuk. Marina Cove Resort Water Park nampak gah di awal masuk ke Teluk batik. Aku berkali² telefon di sini, sewa untuk apartment@kondo dua bilik lebih kurang sama, tetapi tiada sarapan atau makan malam disediakan.

Satu hari nanti aku pasti ke Marina Cove Resort Water Park ini, memang tepi pantai & boleh memancing.Jam telah lebih 3:30 petang, kami masih melepak di lobbi. Menurut Pengurusnya aparment dua bilik yang mahu kami sewa masih tidak siap dikemaskan. Malam minggu terlalu ramai pengunjung katanya. Aku menghabiskan masa berbual dengan pemuda yang menjaga kedai cenderahati. Memang semalam dia kata mendapat jualan yang agak banyak, lebih dari RM200 dia mendapat untung bersih. Baik & nampak peramah pemuda ini. Memang ada masalah dalam urusan bilik di resort ini ceriteranya. Dulu katanya ramai dikendalikan oleh orang Indon; mereka ini sering buat masalah memonteng kerja, lari di saat sesak & macam². Sekarang ramai orang Nepal. Aku lihat ramai gadis Nepal ini putih² & tentunya baru mula memahirkan diri. Biasalah masalah pengurusan ini akan timbul di mana² jua. Aku memanglah kepenatan cumanya tak kisah sangat bila perut dah kenyang; tapi Mila nampak gelisah!.

Sekitar jam 4:00 petang barulah kami dapat kunci; tingkat empat cantik biliknya. Dari jendela nampak kapal di lautan lengkap serba serbi, Astro, siap meja makan, pun sofa yang agak mewah!. Tapi Mila tidak setuju dengan aparment yang ini sebabnya tak cukup katil yang dijanjikan. Semasa tempahan kami memerlukan dua katil kelamin. Bagiku cukup;ah sekadar minta lagi sebuah tilam selesailah masalah. Mila berkeras dengan impian awalnya sebagaimana tempahan awal.

Kami bertukar ke apartment tingkat 3. Penghujung bangunan & agak jauh dari lif. Dapatlah dua katil kelamin tapi ruang tamu hanya ada sofa nampak kosong sahaja; tiada meja makan. Bila buka TV bagai tiada Astro. Dari jendela tak nampak laut sekadar pucuk pokok² hutan. Memang tiada disediakan telefon. Aku agak terkilan & turun ke lobbi bertanyakan tentang Astro.

"Ada Astro encik!.. tapi hanya dua saluran sahaja TV3 & AXN" isk! macam itulah pula tak dapatlah tenguk ZEE & Mila tak dapat tenguk Sekar. Tentang meja makan itu memang semua bilik dua katil kelamin tiada meja makan; emmm! padanlah sewanya sama sahaja dengan kondo yang satu katil kelamin & satu katil bujang.

Fikir² tak perlu sangat meja makan, makan malam & sarapan di restoran. Lagipun kami semalam sahaja!. Bila aku kembali ke kamar; salah satu penghawa dingin pula bocor!. Adatlah melancong ke bumi orang. Sudah bertukar bilik pun rasanya telah menyusahkan orang.

Tiba saat mahu mandi, Aziq & Afiz pula tak sanggup pakai seluar mandi yang aku belikan. Mahal tu! seluar mandi aras bawah lutut. Harga asal RM100 lebih bila telah ditolak potongan sekitar RM70 sehelai; kalikanlah dengan empat!. Aku beli empat helai. Masing-masing bawa kemeja T... pendek sangat! mana tak malunya acunya nampak ketat amat. Emmm! takkan nak pakai seluar sukan gedoboh; badan Aziq & Afiz memang kurus. Tak berbaju nampak pula lakaran gitarnya. Cuma Anif & Azim sahaja yang mandi sampai kolam tutup.

Cuaca agak suram, gerimis telah mula gugur, selepas solat aku terkejut beruk bilamana Afiz bising Avanza katanya lampu bawah tak ditutup. Nahas!. Pasti kes seperti Nilai 3 berulang. Lampu Kapus bawah Avanza ini sungguh bahaya. Sering terpasang lantaran di suis yang sama tempat untuk menyalakan lampu isyarat!. Telahan aku benar. Enjin tak dapat dihidupkan. Aku telah sedia menyimpan kabel lompatan bateri. Ketika itu telah senja, aku menunggu kut! ada empunya kereta sebelah keluar makan. Selang beberapa ketika aku lihat sepasang remaja ingin pergi makan malam, jika tak silap punyai pasangan ini cuma punya seorang cahayamata.

Aku minta pertolongan dia untuk menghidupkan enjin Avanza maka terpaksalah aku berkurung di kereta tanpa penghawa dingin, tanpa lampu agar baterinya dapat cepat dicas semula. Adoi! sakitnya percutian, talian DiGi tiada di sini, nak buat panggilan ke bilik pun tak lepas!. Jika tidak boleh bergilir dengan anak² sementara bateri sebaiknya dicas!. Sekitar setengah jam barulah aku berani matikan semula enjin & cuba hidupkan semula. Alhamdulillah okey!. Payah juga Avanza ini, tak pasti di mana kotak fiusnya. Aku pernah buat bila bateri lemah aku cabut semua fius yang tak penting & nyalakan suis enjin memang berjaya.

Azim & Anif mandi manda, setelah naik belon pisang! syok setelah terhumban belonnya terbalik!, murah banget kat sini! RM5 seorang!, rugi tak naik jika ke Teluk Batik.

Aku mandi koboi & segera ke restoran untuk makan malam. Malas nak ceritera Mila masalah Avanzanya. Di restoran ketika makan malam aku tercari-cari pasangan yang bantu hidupkan enjin kereta tadi. Gagal dikesan. Teringin amat nak bual panjang dengannya. Aku sekadar tahu dia dari Taiping; bermalam di sini selama empat malam; ada seminar katanya. Keretanya pun aku tak pasti tapi kereta nampak baru, mungkin Pesona mungkin Waja. Kenapalah aku tak tenguk pletnya!. Memang aku panik habis!.

Makan malam di Telok Batik Resort pun amat sederhana. Mungkin sekadar tarik hati pelanggan. Tak banyak menunya terutama penganan selepas makan nasi. Tak ada kuih muih atau agar² seperti kebanyakan hotel tiga bintang. Bayaran RM15 bagi kanak-kanak itu pun rasanya kurang berbaloi, kalau orang dewasa sekali ganda baik makan di luar!. Air minuman pun tiada pilihan. Air sirap & air kosong. Yang agak menariknya cumalah Kari Kambing!. Itu yang si Afiz belasah lebih!. Aku makan daging kambing baik jangan!. Kut! yang diarak dengan ambulan. Tapi degil si Penyair seorang ini. Makan saja! janji ubat pasti telan selalu. Cuma persekitaran restorannya selesa di tepi kolam mandi; nyaman & santai.

Sebagai pelancong seharusnya jangan berharapkan segalanya tersusun rapi. Yang penting kita rasa gembira & selesakan diri dalam apa jua keadaan. Bukan sekali dua kami pergi melancong memang ada pelbagai cabarannya.

Mila masih tak puas hati tentang penghawa dingin di kondo kami. Lepas makan senyap-senyap dia buat aduan di lobbi. Dia kata sudah banjir bilik yang sebuah itu! . Pengurus wanita 30an yang ramah siang tadi telah tiada. Memang siang tadi aku ada buat laporan. Malam² begini tinggal seorang gadis gabra melayan Mila & dua pelanggan lain. Masing-masing masalah penghawa dingin. Tak berfungsi; Aku lihat Mila memegang kunci baru ... kami dapat bilik baru, bayangkan jam 10:00 malam lebih nak tukar bilik. Biar bebetul!.

Tu! luar tingkap bukannya jelmaan.. Aziq bikin ganggu ambil gambar di anjung Teluk Batik Resort

Aku & keluarga melihat bilik yang baru. Memang cantik & nampak lebih anggun dari bilik yang kami duduk. Cuma bila buka tingkap pandangan luar sekadar bangunan, pula tu! di hujung bangunan; tepi lereng! bersebelahan hutan simpanan. Sunyi amat. Tiada penyewa di blok yang ini. Aku memujuk Mila lupakanlah soal pindah randah ini. Orang tua kata asyik pindah randah top² papa kedana. Nak kendung barangan malam² pun bukan ada troli. Rasa menyusahkan sahaja. Kedua pihak akan ralat. Sekadar air penghawa dingin bukan menggangu pun. Tutup sahaja penghawa dingin yang bocor; minta tuala lebih untuk lap lantai yang basah; buka semua pintu di dalam kondo, ada satu penghawa dingin satu kipas pun sejuk juga!. Yang lebih berat di benakku kondo yang ini adalah ... seram!.

- bersambung!

01 Januari 2010

Mencari Damai di Teluk Batik (Singgahsana)


149818 meter Avanza Mila mula bergerak. Aku tak cukup tidur sebenarnya. Sekitar tiga jam sahaja terlena. Cerah sahaja hari aku mula mengemas barangan. Sempatlah aku basuh Avanza Mila yang makin kusam. Masukkan barangan ke bonet belakang. Amat kecil ruang barangan Avanza ini, terpaksa menggunakan beg galas kecil². Kena berhati² betul menyusun barangan agar mendapat keselesaan dalam perjalanan. Jangkanya mahu bertolak sekitar jam 8:00 pagi nampaknya terbabas ke sekitar jam 9:00 pagi. Anak-anak memang liat nak bangun pagi; bagaikan tiada semangat mahu bercuti. Aku mengandaikan perjalanan sekitar 3 ke 4 jam jika kenderaan tidak sesak akan pasti sampailah ke Teluk Batik.

"Nak singgah Sungai Besar tak?... beli Narita!"

"Kalau memang nak beli buat apa bawa Narita dari rumah" Mila bersungut.

"Tak payahlah ayah sekarang pun kereta kita dah padat!" Afiz mencelah.

Ikut sukalah, tak singgah mana-mana lagi cepat sampai bisik hatiku. Ini masalahnya kenderaan kecil; MPV memang tak memadai kalau mahu membeli belah; apatah seramai kami telah memang ngam² muat tempat duduk. Narita bagi ku adalah keperluan asas dalam rumah tangga. Sebaiknya mesti ada dua atau lebih Narita bagi keperluan menyambut tetamu atau pun untuk keluar bercuti.

Aku menuju Puchong Shah Alam. Pernah beberapa kali kali aku mengikut jalan Kuala Selangor ini menuju ke Perak. Terbaru aku pergi kahwin Amar di Hutan Melintang. Jadi aku tidak bergantung dengan peta. Main redah saja mengikut papan tanda yang ada.

Ramalanku tepat sekali, tiada ganguan lalu lintas. Tak banyak kenderaan & aku begitu selesa meredah jalan kampung, dengan pipit di sawah padi, monyet di kelapa pun tentunya penjimatan minyak & tanpa tol. Cumanya jalan di sini agak beralun kerana tanah gambut!. Avanza hanya boleh bergerak 90kmj sahaja; lebih dari memang melambung-lambung jadinya. Memang kadar kelajuan sebegini yang selamat. Aku sekadar berhenti membeli rambutan, tiada yang rasa lapar atau mahu singgah minum air kelapa.

"Kita pastikan dulu jam berapa untuk daftar masuk kemudian baru kita pergi makan!" Jam sekitar 1:15 tengah hari. Kami telah sampai di Teluk Batik Resort; perjalanan yang mudah tak sesat pun.

- bersambung

25 Disember 2009

Khabar dari Gold Coast (Singgahsana)

Aku baru sahaja balik dari Econsave sekilo Terung Pendek (saiz sebiji tak sampai sejengkal) RM4.59. Maknanya sebiji terung cinonik sekitar 5 kupang. Itu di Econsave belum di kedai mamak! Gila ke apa melambungnya harga sayuran di Malaysia. Alasan kukuh faktor cuaca; banjir sana sini. Kebun sayur semua ranap kut!

iDAN: 2011 .... mungkin kami akan ke Australia!

erismy : jln pergi Gold Coast dgn Milah ke?

iDAN: yup!

erismy : that's good

iDAN: Kalau tak dapat tido kat rumah eris buat khemah depan rumah pun tak apa! tak tau cerita sebenarnya tapi Kak Mila telah bincang dengan anak-anak!

erismy : alah...! sementara ni ader 1 bilik kosong...cuma mesin jahit dgn meja study ajer ader

erismy : rumah aku ader 3 bilik 2 tingkat

iDAN: Kak Mila kata kawan dia kat sana... tak pasti tidur rumag Eris mungkin rumah kawannya siapa kawannya tu saya tak pasti! ingat tak tenguk salji bulan berapa ada salji kat sana kat mana ada salji iyer!?

erismy : 90 minit dari Brisbane..... 2 jam dari Gold Coast kut! adalah salji!

iDAN: kalau pun bukan musim sejuk... musim bunga menarik juga! Musim sejuk ... ada salji bulan berapa iyer? kalau musim sejuk dapat jalan ke mana agaknya?.

erismy : tempat aku ....Toowoomba bulan 6 sampai 9 winter

iDAN: tak kan tak ada salji di Toowoomba Australia tu?

erismy : tempat kami salji tak turun cuma turun hujan batu walaupun -5 darjah! kalau ader pun salji kena pergi kawasan tinggi spt di kawasam pergunungan. Toowoomba memang tak ader salji...yg ader kena pergi bawah sikit sempadan Queensland dan New South Wales; Peak Mountain di Stanthorpe itupun jarang-jarang pergunungan di Sydney!.

iDAN: jauh tak kalau ikut jalan darat? kalau naik keretapi katakan 2 jam dari Gold Coast tambangnya sekitar berapa iyer?... emmm! kena tenguk peta baru faham kut!

( Dua jam keretapi laju di sini macam Jenaris ke sekitar Ipoh! takkanlah mahal sangat!. Emmm! angan-angan sahaja kut! nak jejak kaki ke Gold Coast tu! Kalau dapat duit terpijak atau sesiapa bolen sponsor okey!lah.)


iDAN: anak-anak 'cam mana?

erismy : anak okey!.....si Nazmeen anak sulung aku ni asyik panggil Santa Claus maklumlah dkt sekolah tgh celebrate!.

Kelopak : oooo syoklah dia dapat hadiah nanti!,

iDAN: si Nazmeen dah pantai cakap orang putih tak?

erismy : pandai...! kalah mungkin bapaknya dan emaknya.

iDAN: cepat kan... budak2 memang macam tu! itu untungnya campur org putih

iDAN: kata nak cari DVD filem Australia, mahal tak DVD kat sana?

erismy : Semua pakai DVD ori .... dan blue ray, mahallah sikit blue ray kena guna pemain apalah pulak!
(Dulu aku pernah cit cat pasal gaji Pencuci di sana; memang mengejutkan!; terlampau tinggi gaji mereka banding negara kita yang nilai mata wangnya tiga kali lebih rendah!)

iDAN : katanya dulu gaji Pencuci dapat berapa sejam...

erismy : memang lumayan jadi kerja mcm odd job ni. 20 dollar... AUD20 SEJAM

iDAN: Gandaan berapa duit kita iyer!?

erismy : Xrm3.11

iDAN: wow! lebih dari RM60 sejam

erismy : lumayan.....dkt sini org kutip buah pun lumayan!

iDAN: itu sebab dah selalu saya cakap org M'sia ini teruk terhimpit; Pencuci bayangkan dibayar gaji RM600 sebulan nak makan apa?.

erismy : banyak bapak Indonesia dari MAKASAR, KEPULAUAN LOMBOK DARI JAM
9 mlm smpi 11 mlm ... seminggu dapat AUD 400!

iDAN: Emmm! jika kita congak 400x3 = AUD1,200 ; cukup kerja tiga minggu AUD 1200 emmm! gandakan rm3.11! Dah macam gaji pegawai besar di sektor awam.

erismy : dkt sini cashier pun lumayan senang2 tiga empat ribu duit kita!

erismy : dkt sini aku makan anggur, parsele, blue beri!

iDAN: Huh! anggur sini mahal... jarang dapat makan! sana berapa sekilo duit mereka

erismy : kalau pasar ahad AUD4 untuk 1 guni, pernah makan seedless anggur rangup mcm keropok!

iDAN: Mana nak dapat anggur rangup & sesegar itu Eris oii! Di TESCO pun anggur kecut California sekilo mesti sekitar RM11.99

(Gaji mahal barangan pula murah! Bayangkan RM4 dapat seguni anggur RM1 dapat paling tidak 8 biji epal)

iDAN: Tempat kerja macam mana? okey tak?

erismy : best nya dkt sini technician ......simple, lecturer simple pergi kerja pakai seluar pendek bertopi koboi mcm mendiang Steve Irvin Crocodile Hunter!.

iDAN: Bestlah kalau macam tu!

erismy : dkt sini masjid besar..peliknya universiti punyer

iDAN: baguss!

erismy : imam ader dua dari Indonesia dan Mesir

IDAN: ooo kutbah iman endon tu cakap Melayu atau Inggeris

erismy : bahasa Inggeris

iDAN: bagusnya!

erismy : meriah kalau ramadhan, sembahyang raya

iDAN: nanti sumbat2lah gambar tu di Facebook boleh saya curi2 masuk dalam blog tu...

(Maknanya di negara orang putih mengamalkan kebebasan beragama, maka itu tak hairan orang Melayu kita amat suka tinggal di Australia; tak ada apa pun nak dirisaukan. Aman & jenayah pun tak seteruk sini. Had laju di lebuh raya sana pun sekitar 90km sejam; kita yang suka menggadai nyawa. 110km sejam, rempit lagi laju sampai kena saman!. Eris selalu pernah cerita pemandu di sana sangat berhemah, cukup hormat dengan pemandu lain terutama pejalan kaki)

(Esok! Mungkin sekitar 3 hari aku tak klik internet; senyaplah blog ini! sebab akan melancong ke sekitar Lumut, Batu Gajah & Kota Bharu Perak talian tel bimbit mungkin dibuka 0169094343 dalam tempoh bercuti tersebut jika ada sebarang kecemasan kontak aku iyer!)
  • Takrif : Ader : ada.. bahasa pasar
  • Punyer : punya.. bahasa pasar
  • Ajer : sahaja bahasa pasar
  • 'cam : macam bahasa ringkas

23 Disember 2009

Suram Sakura (Delima Merkah)

...bunga sakura gugur dalam tanam hatiku...

Ranting sakura semakin kering

& tajam menyucuk batinku..

************************************************************
Percaya ada atau tidak ada bunga seiras Sakura di Jenaris
sila klik blog lama Penyair iDANRADZi ini

*******************************************

KC 10 Ranting Sakura (Singgahsana)

Semua baranganku telah ku letak di kamar. Aku kembali ke ofis baruku!, masih ada meja lukis; kecil sangat ofis ini. Dari jendela nampak seluasnya bendang orang Jepun dihiasi banglow penduduk kampung yang mewah. Petani Jepun memang kaya raya.

Ada seorang Amoi Jepun sebelah mejaku; rambutnya separuh bahu pakai cekak kulitnya tak seputih si Matsushima di Harajuku, Tokyo. Rambut depannya lurus terjurai-jurai apabila ditiup angin, aku suka melihat gaya rambutnya. Berwajah sederhana bertubuh seiras Rahayu tak seseksi si Hoshino. Ada lagi seorang wanita agak berumur 30an, dari wajahnya aku agak dia telah berumahtangga. Ada seorang jurutera muda sangat berkacamata, kulitnya agak terbakar memakai jaket bercop kompeni PCI. Ofis baru ini memang anak syarikat PCI.

Ada beberapa lagi meja kosong, tentunya meja empunya mereka yang buat kerja luar. Biasalah orang Jepun setelah aku dikenalkan dengan mereka & mereka pun memperkenalkan diri masing-masing; Tunduk segala. Sekadar itu kemudian tekun & menumpukan kembali perhatian kepada kerja 100%. Senyap sepi. Payah untuk aku ingat semua nama mereka. Esok lusa aku kena hafal nama mereka. Kebanyakan mereka akan tinggal bersamaku di asrama. Tak seramai mana sekitar lima atau enam orang sahaja yang muat di asrama tersebut.

Dari jauh aku lihat Kuroda sedang berbual di bilik Ketua Jurutera, seorang yang agak berumur sekitar awak 40an tapi nampak segak lagi orangnya. Bertubuh tinggi kulitnya juga nampak terbakar. Aku lihat Ketua Jurutera sesekali mencuri pandang kepadaku. Di pintunya tertulis Ir Matsusaki.
Aku bergenang dengan air mata; tapi tak tumpah. Aku perasan Kuroda pun rasa sebak. Entah bila dapat berjumpa dengan dia lagi. Paling payah kukenang pun mengertikan jasa Kuroda yang amat prihatin akan aku; sedangkan kami baru sahaja kenal, bukan saudara mara, bukan juga satu bangsa, bukan juga satu agama. Manusia Jepun amat menghormati kita jika kita pandai mengambil hati mereka. Itu yang pasti bisik hatiku.

"Haridansan buat kerja seperti di Tokyo! pasti majikan di sini menyayangi awak seperti kami..!, saya harap tiga bulan ini awak akan gembira berkerja dengan mereka!" Kuroda menggenggam erat tanganku. Aku sekadar tunduk takut air mataku tumpah.

"Arigatou gozaimashita!, saya takkan akan lupa semua bantuan & tunjuk ajar semasa saya di sana. Kirim salam kepada semua sahabat kita terutama Kaitosan; pasti saya merindui Tokyo!" aku terbayang wakah si Kaito yang sentiasa berminyak rambutnya. Dahinya luas tetapi macho nampak bagai Prof; dia pekerja yang amat tekun. "Rindu sini balik sahaja nanti!" tergiang-giang suaranya dalan gegendang telingaku

Sampai di sini aku tak dapat menyekat gugurnya mutiara dari kelopak mata. Aku membalas lambaian si Kuroda dari cermin teksi. Aku melihat teksinya sampai hilang di celahan sawah padi. Hilang semangat untuk aku berkerja hari ini; aku perasan Ketua Jurutera; Matsusaki memerhati aku dari tingkap. Bila aku kembali ke ofis dia menjemput aku ke biliknya.

Banyak yang Matsusaki bualkan, bercampur dengan Bahasa Inggeris & bahasa Jepun yang mudah kufaham. Banyak menerangkan tentang tugasan & tentunya langkah keselamatan waktu berkerja. Kerja di luar katanya tak dapat lari dari panas & hujan. Jangan paksa diri kalau tak tahan badan. Aku tetap dipandangnya sebagai tetamu & tak perlulah memaksa diri berkerja keras. Dia dapat maklumat aku terlampau sayang pun tekun dengan kerja di Tokyo. Mereka di Tokyo amat sayang membenarkan aku ke Juo Machi ini. Tentunya aku bersyukur lantaran penat lelah aku mengikut semangat Jepun berkerja diterimapakai mereka.

"Saya pasti Haridansan penat berjalan jauh; elok berihat di asrama, esok pepagi kita bangun bersama buat kerja!" aku pun meminta diri & ke blok sebelah ke kamarku di sudut hujung kanan tingkat atas.
Bungkam!; amat payah aku mengawal perasaan!. Aku telah tercampak jauh sendirian di perkampungan Jepun. Aku rindu kepada isteriku Mila rindu amat; aku nampak bunga sakura gugur dalam tanam hatiku. Ranting sakura semakin kering & tajam menyucuk batinku. Aku terasa panas amat air mata yang deras mengalir. Aku nampak segala yang suram & gelap. Sungguh aku menjadi aku yang amat patah & rebah. Rebah dengan cinta sendiri. »ñ░ë╕╢←ô├ adoi! jiwaku amat serabut.

Di sini aku tak punya teman serapat si Kaito untuk mengadu hal. Aku tak mungkin diganggu panggilan di Ayu lagi; jauh sekali dari gangguan Si Joe & Halim.

Aku makin lupa entah berapa banyak helai catatan aku menulis buat Mila. Entah berapa pucuk suratku tidak berbalas. Begini rupanya perpisahan. Kejauhan ini amat menyakitkan. Kejauhan tidak pun dapat aku mengintaimu. Sendirian ini amat menyiksakan. Aku terlelap dengan hati yang amat kusam, dengan perasaan yang amat luka bagai disiat-siat derita. Aku tak nampak mana indahnya bunga sakura!. Mana megar kuntumannya. Mana seri sinarnya sakura.

- bersambung

Takrif : Arigatou gozaimashita! Terima kasih. shita bagi perkara yang telah lalu boleh juga disebut Arigatou gozaimasu

Kahwin Campur (KC) 9

Kahwin Campur Awal

21 Disember 2009

Tinggal Berasingan (Singgahsana)

Seringkali cita-cita & kerjaya membuatkan pasangan suami isteri terpaksa tinggal berjauhan. Tinggal berasingan dengan segala kesepian & bosannya hidup ini. Jika punyai keluarga kecil anak baru seorang dua mungkin tidak terasa sangat bagaimana jika seperti aku ini punyai anak empat!. Tidakkah ianya membebankan?!.

"Chek Jalal tak jemput Kak Chik di lapangan terbangkah?" aku teringat masa itu mana ada KLIA; masih di Subang. Aku pula masih menyewa rumah Makcik Munah di Kampung Malaysia Tambahan. Bibir aku bengkak besar, misai hilang separuh tangan kiri kanan habis hilang kulit. Aku kemalangan kapcai si Atan jadikan aku perisai nyaris aku tak maut digilis lori di lebuh raya Seremban ke KL. Atan yang membonceng aku tak luka apa pun. Dia peluk aku kemas-kemas! aku yang nahas!.

"Pandai-pandailah dia cari teksi!" macam bunyi merajuk sahaja Chek Jalal ini. Dia memang rajin bertandang ke Kampung Malaysia Tambahan. Tak jumpa aku di jenguk Makcik Munah.

Chek Jalal adalah abang saudaraku sebelah emak. Seorang yang ambil berat sangat akan hubungan kekeluargaan. Dia telah punyai Ph.D dan ketika itu menjadi Ketua Pengarah di Jabatan Sains Tanah MARDI Serdang.

(Seingat aku, aku pernah tulis ceritera Chek Jalal ini di blog lama easyjournal)

Chek Jalal yang bercerita Kak Chik isterinya akan balik hari ini, aku tertanya-tanya juga kenapa pula dia tidak menyambutnya. Kak Chik sambung Ph.D di luar negara setahun sahaja. Biasalah ramai pensyarah begitu buat sebahagian di Malaysia sebahagian lagi Ph.Dnya di luar negara. Kak Chik mengajar di UPM . Mungkin masalah anak sekolah & tugasan jadi Chek Jalal membuat keputusan tinggal berasingan. Lagi pun tak lama sekitar setahun sahaja.

"Moh! kita ke rumah Yoep Ni, saya nak kenalkan iDAN dengan dia!"

"Saya bertampal begini tak kesah ke?..." dalam hatiku syak mesti Chek Jalal lari rumah!.

"Tak apa!... nanti bila lagi nak kenal dengan Yoep Ni tu!" Yoep Zaini tinggal di Bandar Tun Razak, tak jauh; ikut Kampung Konggo sekitar setengah jam sampailah. Masa itu mana ada Bandar Tasik Selatan. Yoep Zaini pula adalah abang saudaraku berlainan keluarga. Orang Perak panggil saudara sepupu Satu Datuk. Saudara Beratur Datuk pula bermaksud datuknya adik beradik.

Aku pun pergilah dengannya menaiki Volvo, kereta Volvo ini memang telah lama dia pakai. Pernah kami berdua ke Chemor Perak menaiki Volvo yang sama ketika emak saudara kami meninggal. Chek Jalal memang rapat denganku, aku pernah tinggal di rumahnya ketika awal merantau ke KL.

Sejarah tinggal berasingan antara dua mempelai ini memang kerap berlaku. Semasa bernikah pun Chek Jalal tiada di Malaysia. Majlis kenduri kahwin pun Kak Chik bersanding sendirian bersama pasangan adiknya. Aku masih ingat Kak Chik menangis tak putus-putus ketika di pelamin. Adoi! terkadang amat payah untuk kita menangkis ujian Ilahi. Kenapa mesti antara kita punya waktu terasing yang amat tragis begini.

Memang aku amat merindui Chek Jalal sebab payah punyai saudara mara yang berkedudukan tetapi tidak sombong & sentiasa menjadi ukhuwah sesama keluarga. Chek Jalal ini sejak bujangnya begitu; dia merajuk membawa diri sampai ke Kanada, buat Ph.D di sana sambil berkerja. SPM dia tak sebaik mana tetapi dia memang tekun.

Masa di kampung di Changkat Tin Tg Tualang; dia beli kereta sport rona merah yang tak berbumbung itu. Diangkutnya bebudak kampung sarat kereta itu meronda sampai ke Desa Tualang.

Rumahnya di Bangi sekelompok dengan Pengerusi Felda Tan Sri Dr. Yusof Noor yang baru terima anugerah Tokoh Maal Hijrah.

"Senang nak cari rumah saya tu, hanya dua buah bumbung rona hijau di kawasan itu; rumah menteri Datuk Yusof Noor tu.. & rumah saya!" aku ingat lagi pesannya jika mahu ke rumahnya. rasaya Tan Sri Dr. Yusof Noor banyak pegang jawatan menteri termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Semua itu tinggal kenangan, Allahyarham Chek Jalal telah lama meninggal. Ketika itu dia berumur 40an, kena serangan sakit lelah. Angin Asthma tentunya. Masa itu anak-anaknya masih kecil.

Baru sahaja awal bulan ini ada jemputan kenduri kahwin cahamatanya; tapi kad itu sangkut di kotak surat si Fairuz di ofis lamaku. Ketika itu Fairuz cuti neneknya meninggal di Kedah. Kak Chik mungkin tak tahu aku telah bersara. Telefon rumahku telah berzaman masih tak berubah, mungkin Kak Chik telah hilang nombor telefon rumahku.

Isunya kini; bayangkan betapa terlalu banyak pengorbanan dua mempelai ini lakukan. Sering berjauhan. Malahan arwah Chek Jalal pun terlalu muda meninggalkan anak-anak masih kecil untuk Kak Chik besarkan. Biarpun rumah mereka bagaikan mahligai agam, namun kekinian cuma anak-anak yang dapat menemankan Kak Chik. Kak Chik hingga kini masih tidak berkahwin lain. Cinta mereka amat abadi. Aku pun hampir lupa wajah Kak Chik lama sangat tak berjumpa. Di UPM pun fakulti kami jauh terasing. Kak Chik khabarnya di Fakulti Perubatan; aku di Fakulti Kejut dua bangunan yang memang jauh terasing dari kampus sebenar!.

- bersambung