Akhirnya kami di sini; Tak perlulah menagih janji manis dari siapa untuk sampai ke sini. Tak perlu minta sponsor, tak perlu pinta potongan penginapan. Sekarang memang waktu puncak. Tak perlu berurusan dengan ejen perlancongan yang pelik. Biar pun keluargaku telah melantik sebuah agensi agar dapat mengurus percutian kami. Tetapi semua janji kosong; agensi ini telah pun mengambil wang keluarga kami tetapi faham-faham sahajalah orang Melayu kita. Payah kita jumpa benar-benar ikhlas dalam memberi bantuan & perkhidmatan. Titik.
Teluk Batik Resort.
Agar kami selamat sampai di sini pada petang 27 Disember 09 nanti. Cukuplah sekadar semalam di sini, cadangnya nak tidur dua malam; huh! itu sahaja bajet yang kami mampu. Sewa di Resort sini untuk sebuah keluarga 6 orang sekitar RM400 semalam. Seorang sekitar RM66, kira okeylah tu!. Termasuk makan malam & sarapan. Terjun kolam, Astro segala. Aparment dua bilik bagi sekeluarga. Bagi Superior Room RM240. Dua orang sarapan & makan malam. Kanak-kanak bawah 4 tahun percuma. 4-12 separuh hara, sarapan RM7 & makan malam RM15.
Kolamnya memang cantik, agak besar & biasalah ada peraturannya, Kemeja T hanya rona putih, anak-anak kena pastikan pakai pakaian renang!. Kalau suka bercawat memang itulah terbaik.
Aku memang malu nak tunjuk perut boroi ini jadi kena mandi lautlah!.
Pantai kira-kira 500 meter, agak jauh juga!. Pantai Teluk Batik memang cantik airnya tenang sebab ianya Selat Melaka. Nak mandi di laut kena jogging atau bawa kenderaan.
Mungkin 28 Disember 09, Senin malam Selasa aku akan ke tanah pusaka. Aku akan tidur semalam di sana. Siang 29 Disember 09, boleh memancing di sana!. Tenguklah!. Dari Teluk Batik ke Desa Tualang Kota Bharu Perak tak sejauh mana!.
Teluk Batik ini sebenarnya aku telah beberapa kali pergi, tetapi bukan ketika berkeluarga, semasa bujang & semasa zaman kanak-kanak. Dahulu memang orang kampung rajin buat rombongan menaiki bas ke sini. Pergi pagi balik petangnya. Ada sekali kut! semasa aku berkahwin buat lawatan teknikal sekitar Lumut singgah bermalam di sini. Tak pasti.
Moh! jumpa di sana. Jika YB terbaca, sila kasi respon mungkin boleh lihat banglow YB. Teringin amat nak jenguk ladang kelapa sawit YB.
Kampung halaman semakin menggamit!.
16 ulasan:
Salam Idan,
Terima kasih kerana ada niat di hati nak jengok aku di pinggiran ni.
Minggu ni kita tak ada rezeki nak jumpa. 28 dec ni pun kita masih tak ada rezeki nak jumpa sebabnya pun aku dah maklumkan. Insyaallah jika umur panjang kita jumpa di lain ketika.
Perkampungan aku terletak berhadapan dgn IKBN seri iskandar, iaitu jln seri iskandar-parit. Jika dari lumut jln tsb sebelah kiri. Lebih kurang 300M selepas membelok kejls tsb akan nampak signboard desa seri iskandar disebelah kiri. Kau masuk sja lah melawat kws walaupun bukan yg adun selalu buat. Macam aku kata yg ada cuma kereta park dan pagar berkunci.
Kalau kau tak tahu, ada jln dr seri iskandar ke bt 8 tg tualang. Tak payah ke bt gajah. Jalan tu sebelah kanan lebih kurang 2KM selepas UTP.
OK lah Dan, aku ucapkan selamat bercuti semoga percutian kau membahagiakan seisi keluarga.
YB
seri iskandar
Besarnya swimming pool~!!!!!
Resort ni sekadar 3 bintang, tak mampu Diana nak tinggal di resort lebih mahal, ingat nak tidur di Marina Cove, tapi tak ada makan malam pelbagai!.
Waktu puncak semua tempat penginapan demand nak buat macam mana. Waktu puncak begitlah yang sesuai semua keluarga berkumpul. Moh! ke sana Diana!.
Sahabatku YB
Tak dapat bayangkan jalan di sana, main kembara sahaja!.
Nak buat macam mana YB tak ada, Tg Tualang memang ramai waris aku kat sana. Bulan ini pun ada jemputan ke Changkat Tin tu!
Dulu memang tahu jalan tu!. Dah tua-tua ini memang banyak terlupa & rasa blur amat! Apa nama taman/perkampungan itu iyer!. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)Seri Iskandar itu pun aku tak perasan mana rupa bangunannya. Tenguklah nanti; Kut! Adun Jenaris tak terikat dengan janji si mila tu!.
Kereta rona apa?... anak kat mana pulak kat Sg Bil ke?.
Seronoknyerrr bercuti..Balik kg tu yg best tttuuuu...
Saya pernah sekali jer bercuti ke Teluk Batik, Family Day keluarga kami. Dok cahlet depan laut, mandi dan main ombak.. besttt
Selamat bercuti cuti M'sia Bang DIN
cantik & berminat, tp sewa resort/apartment mmg harga cam gitu ek? ada yg sewa bilik saje tak? sbb family sya cuma 3 orang jer, baby pn bru setahun. Tp mmg dh lama plan ngn wife nk bawa dia ke tempat gitu.
Dik Azah,
Teluk Batik & Pulau Pangkor kira kampung halaman abg, dulu masa bujang sering juga berulang alik ke sana. Lama tak pergi tu yang teringin nak bercuti di sana!
Mohlah! bercuti di sana!.
Sdr Eelobor,
Jika setakad berdua dengan baby mana-mana tempat pun murah sangat, di Resort ini jika tak silap sekitar RM240, siap sarapan pagi & makan malam. Kanak-kanak separuh bayaran makannya; sarapan kalau tak silap RM7 makan malam RM15 untuk kanak-kanak. Baby tak pastilah kalau setahun dua tak lojik kena bayar!. Rasanya ada lagi bilik kosong. Bilik sahaja; Superior Room tak ada sofa, meja makan ruang tamu semua itu.
(TV Astro, meja untuk buat teh ada, bilik air nampak dalam gambar boleh berendamlah! pun ada, yang bestnya semua bilik di tingkat atas! nak terjun laut jauh sikit {Teluk Batik} sekitar 500 meter... pandangan hutan bakau redup!)
Moh! kalau nak pergi, kemudian mancing di Desa Tualang pada 28 kalau sempat, 29 saya masih di sana! barangan pancing tersedia percuma semua, makan minum! Nyamuk banyak sikit kampung saya itu! ubat nyamuk tersedia.
Tapi saya rasa jika berdua sahaja syok lagi ke Pulau Pangkor, tak jauh dari sini sekitar 15 minit sampai Jeti Lumut, naik feri sekitar 45 minit tambangnya sekitar RM10 sahaja pergi & balik. Sampai Jeti sana naik teksi pergi ke Pasir Bogak; ada banyak sangat Resort di Pulau Pangkor@Pantai Pasir Bogak, jika untuk katil besar@kelamin atau dua katil bujang memang sekitar RM200 sahaja.
Di Coral Bay Resort Pulau Pangkor saya telah telefon hanya RM160 untuk bilik TWIN (kelamin) siap sarapan pagi, makan malam tak pasti. Ini sebab waktu puncak & cuti sekolah. Maka mahal sedikit.
Jangan percaya sangat Agenci perlancongan jika mahu pergi sekeluarga kontak sendiri lagi bagus!. Kalau nak melancong beramai itu lain cerita.
Jika Rajin klik laman web hotel-hotel di Malaysia sering mereka buat offer separuh harga. tapi bukan waktu puncak!. Bayaran selalunya online mana-mana kredit kad.
Saya tak larat ke Pulau Pangkor masalah bimbit beg semua tu, nak sewa teksi kena dua teksi. Keluarga dah besar!.
Dari rumah saya ada talian bebas tol; (ala! Pakej Sewa Suara RM10 sebulan TMNet bagi pengguna Streamyx;) sinaraikan sahaja hotel yang mahu disewa, saya boleh tolong telefon percuma seantero Malaya termasuk Sabah & Sarawak. Tel: Rumah saya 03-87371884.
Melalui blog ini pun okey!, biasanya sehari saya pasti buka blog ini, jika saya di rumah!.
TQ bro idan, mmg yg rancang pn nk pegi ke Pangkor, sbb masa pegi dulu 1997, dh lebih 10 tahun. masa belum kahwin. Pasir Bogak mmg selalunya menjadi destinasi. Insya Allah, jika tiada aral melintang akan sampai ke sana. Minggu depan keluarga mertua dtg (cuti sekolah), mgkn percutian tunda hingga ke akhir tahun. TQ sekali lg berkenaan talian telefon. Insya Allah saya cuba sedaya termampu
Sdr Eelobor,
Jika anak tak sekolah lagi baik ambil bukan waktu puncak pun cuti sekolah, jadi tak payah bayar extra bayaran yang memang agak mahal. Ada setengah resort/hotel mengenakan sampai RM120 jika waktu puncak, padahal semuanya sama sahaja.
Selepas 2hb Januari 10 kebanyakan hotel memang menurunkan sewaan mereka. Saya terpaksa pergi melancong pada cuti sekolah sebab semua anaknya masih sekolah!. Tahun depan Aziq akan menduduki SPM, Azim akan menghadapi UPSR.
tika sunyi itu boleh la garab novel hee
Sdr Zeq;
Dulu saya ada mini library, siap saya buat cop Himpunan Amilda, (Amilda itu cantuman Mila & Idan) cita-cita itu memang tinggi; library ini kalau boleh menjadi khazanah & rujukan bacaan anak cucu bila saya telah tiada.
Tapi lantaran tiada sokongan maka semua berhabuk, ada satu bilik tu tak boleh nak masuk lagi pelbagai buku purba tak sempat nak disusun lagi!.
Memang banyak juga novel terkumpul!, sayang tak berjaga!.
salam bro, memang cadangan yg agak bernas. anak baru umur setahun, dh bincang dgn wife dia pn dh abis stok cuti utk tahun nie. mgkn kitorg akan ke pangkor pada awal tahun depan, pada hari kerja biasa (ambik cuti). kira harga pn x de lah sampai macam bedil torpedo sgt kan? TQ
Sdr Eeelobor;
Saya menbuat kajian sendiri secara rambang, seperti di Carol Bay Resort Pulau Pangkor.
Melalui URL http://www.malaysiahotels.net.my
Seorang pelancong Egenci perlancongan mengenakan bayaran ;
Dua hari semalam bagi seorang di waktu puncak.
Bagi Hotel Bilik TWIN 128
Jika berdua mestilah RM256
Anak 5 tahun ke bawah sememangnya percuma.
Jika kita telefon sendiri melalui URL (http://www.pangkorcoralbay.com.my)
& cari talian terus ke Hotel penginapan.
Ianya sekadar RM160 untuk bagi Hotel Bilik Twin. (Dua orang termasuk makan malam & sarapan; Anak bawah 5 tahun percuma samalah!)
Hampir seratus RM Agenci perlancongan ambil. Sedangkan jika kita telefon berapa RM sangat. Apatah lagi sekarang ini sesiapa melanggan Streamyx ada pakej RM10 untu sewa suara sebulan; boleh telefon seantero Malaya sesama talian tetap. Gunakanlah kemudahan ini.
Secara lojiknya orang agenci sekadar tunggu di Jeti Pulau Pangkor!. Jika mahu mengikuti rombongan mereka pastinya kena tambah pelbagai lagi kos yang dikenakan!.
Seperkara lagi jika bukan waktu puncak biasanya paling tidak sekitar RM50 kurang sewaannya. Coral Bay mengenakan sekitar RM150 jika waktu puncak; Maknanya kadar di atas RM160 dikira sebagai harga promosi! di waktu puncak!. Ianya amat mengejutkan saya! bilamana agen yang kami lantik sebagai perantaraan mengenakan kadar yang pelik-pelik & mahal. Sedangkan kami pergi menggunakan kenderaan sendiri!.
Itu hasilnya jika kita berbincang sendiri bukan melalui perantaraan. Tak salah kita cuba dua hala, cari sendiri & cuba kontak agenci perlancongan mana yang lebih murah!.
Jika ingin melancong ke luar negara itu lain ceriteranya lantaran kos komunikasi agak mahal.
Saya teringat semasa ke Langkawi; jika mahu menyewa kereta jangan di Jeti Kuala Kedah; sampai di Jeti Langkawi baru cari kereta sewa; pasti harganya berbeda! & jauh lebih murah!.
Selamat Bercuti Abg Idan Sekeluarga...
pengailsejati
moh! lah ikut, masa tak ramai keluargalah senang nak bercuti!
bila keluarga sebesar abg kau ini.. payah amat mahu merancang segalanya... kos terutamanya.
8:21 PM
Catat Ulasan