10 Januari 2012
PENJAGA gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat mendapat tempat pertama di dalam undian orang ramai sebagai penjaga gol terbaik rantau Asia di laman web goal.com, hari ini.
Sebelum ini, laman web tersebut meletakkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol terbaik Asia bagi pasukan bawah 23.
Beliau berjaya meraih undian sebanyak 54.37% dan mengatasi penjaga gol antarabangsa China, Yang Zhi sebanyak 39.91%.
Antara calon lain yang disenaraikan di dalam undian adalah Ali Al Habsi (Wigan), Mark Schwarzer (Fulham) dan Mohammed Saqr (Al Sadd).
Undian tersebut bermula pada hari Selasa, 3 Januari lepas dan berakhir semalam.
[HARIMAU MALAYA] FARIZAL MARLIAS VS KHAIRUL FAHMI
Ketangkasan
dan kecemerlangan Farizal Marlias bakal membuat jurulatih kebangsaan,
Datuk K. Rajagopal pening untuk memiliki siapa yang bakal menjadi
benteng terakhir Malaysia dalam Kejohanan Piala AFF November ini.
Sementara itu, nama Khairul Fahmi Che Mat sudah lama meniti di bibir
peminat-peminat bola sepak tempatan lantaran aksi yang cemerlang dan
konsisten bersama skuad kebangsaan. Persoalannya, siapakah yang bakal
menjadi penjaga gol no. 1 negara?
-Farizal Marlias merupakan bekas
penjaga gol skuad Malaysia B-23 dan kini merupakan penjaga gol skuad
utama Malaysia. Namun, penampilannya bersama skuad kebangsaan sering
dibelenggu oleh masalah kecederaan di mana namanya digugurkan semasa
Piala Suzuki AFF 2008 dan 2010.
-Pada Februari 2011, Farizal kembali
diberi peluang untuk mengawal gawang negara ketika perlawanan
persahabatan menetang Hong Kong. Penjaga gol Negeri Sembilan ini juga
cemerlang mengawal benteng kebangsaan daripada dibolosi ketika
perlawanan persahabatan Malaysia XI vs Chelsea 21 Julai 2011 di Stadium
Bukit Jalil sebelum digantikan dengan penjaga gol Harimau Muda, Izham
Tarmizi pada minit ke-75.
-Kecederaan yang melanda Khairul Fahmi
menyaksikan Farizal Marlias terus diberi tugas mengawal gawang negara
termasuk perlawanan Malaysia XI vs Arsenal pada 21 Julai lalu di mana
Farizal terus menampilkan aksi yang cemerlang sepanjang perlawanan.
Meskipun gawang Malaysia dibolosi dua kali ekoran kealpaan benteng
pertahanan kebangsaan, namun pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji
ketangkasan dan kecekapan Farizal menyelamatkan beberapa percubaan
bahaya oleh penyerang Arsenal.
-Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra
dipanggil ‘Apek’ merupakan penjaga utama Kelantan sejak 2010 ketika
berusia 21 tahun dan merupakan pemain skuad Piala Presiden dari 2004
hingga 2009. Apek telah dipilih selaku Pemain Muda Terbaik dan Penjaga
Gol Terbaik sempena Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010.
-Kecemerlangan Apek bersama Kelantan
menjadikan dirinya menjadi pilihan utama jurulatih kebangsaan, Datuk K.
Rajagopal dan jurulatih skuad Malaysia B-23, Ong Kim Swee untuk mengawal
gawang negara.
-Pada November 2010, Apek dipanggil
menjadi penjaga gol kedua dibelakang Sharbinee Alwi. Kejayaan Apek
mengemudi benteng terakhir negara dari dibolosi ketika perlawanan kedua
menetang dengan mengekal rekod tanpa bolos menyaksikan beliau terus
merampas posisi penjaga gol no.1 negara. Prestasi konsisten dan
kecemerlangan Apek berjaya membantu Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF
2010.
-Khairul Fahmi sekali lagi menjadi nadi
kecemerlangan skuad Malaysia B-23 apabila berjaya mengekalkan pingat
emas acara bola sepak Sukan Sea ke-26 di Jakarta dengan menewaskan
Indonesia di perlawanan akhir yang berakhir dengan penentuan sepakan
penalti. Khairul Fahmi juga telah dipilih selaku penjago gol terbaik
Asia bagi 2011 berdasarkan undian yang dilakukan oleh Goal.com
Statistik dan Analisis
-Dari segi teknik dan kemahiran,
kedua-dua penjaga gol Malaysia ini nampak seimbang. Kedua-dua mempunyai
tindakan refleksi yang bagus dan tenang ketika mengawal gawang
masing-masing. Namun, Farizal Marlias memiliki sedikit kelebihan dari
sudut fizikal dengan kelebihan ketinggian. Manakala Khairul Fahmi pula
telah beraksi hampir 30 perlawanan pada musim ini untuk aksi Piala FA,
Liga Super dan Piala AFC mungkin memerlukan lebih rehat terutama selepas
kembali dari kecederaan yang dialami mengakibatkan beliau terlepas
perlawanan menentang QPR dan Arsenal. Farizal Marlias pula dilihat
memiliki tahap kecergasan yang optima dengan jumlah perlawanan yang
hampir separuh kurang dari yang dilalui Khairul Fahmi musim ini.
-Sementara
itu, Khairul Fahmi memiliki pengalaman yang lebih luas berbanding
Farizal Marlias di mana Apek berjaya membantu Malaysia menjuarai Piala
Suzuki AFF 2010 dan pingat emas bola sepak Sukan Sea ke-26. selain itu,
Khairul Fahmi turut beraksi dalam beberapa perlawanan utama termasuk
aksi kelayakan pra-Olimpik dengan menentang pasukan handalan Asia
seperti Jepun, Bahrain dan Syria. Pengalaman beraksi di peringkat
tertinggi menjadi aset utama Apek dalam merebut posisi penjaga gol no.1
negara.
-Meskipun Farizal Marlias telah berjaya
untuk menemui kembali sentuhannya ketika beraksi bersama pasukan Perlis
dan melupakan insiden kecederaan yang menghantui dirinya dan menghalang
dia dari menyertai Piala AFF Suzuki 2010 lalu. Namun, kelebihan
pengalaman dilihat lebih memihak kepada Khairul Fahmi Che Mat.
Kesimpulannya, Khairul Fahmi dilihat
bakal menjadi pilihan untuk menjadi penjaga gol no.1 kebangsaan terutama
untuk menghadapi saingan Piala AFF 2010. Namun, jika masalah kecergasan
dan kecederaan terus membelenggu Khairul Fahmi, maka K. Rajagopal sudah
memiliki penganti yang berkaliber, memiliki kualiti yang setanding
Khairul Fahmi Che Mat. Yang pastinya, keputusan terletak ditangan
jurulatih, Datuk K. Rajagopal dan pihak pengurusan.
Ini dia peminat Bola Sepak RADANG kat Datuk K. Rajagopal!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan