iDAN

08 Disember 2012

KES KHALWAT, PENJAGA GOL KEBANGSAAN MENGAKU SALAH DIDENDA RM2,500

Aduhai: Pemain Bola Berprofil Tinggi Ditangkap Khalwat Dengan Bini Orang!



Sebut tentang pemain bolasepak berprofil tinggi ditangkap khalwat ini, sebenarnya perkara ini berlaku sudah agak lama, iaitu ketika peminat bolasepak tempatan masih lagi dengan demam Piala Malaysia, ketika itu saingan baru memasuki fasa suku akhir. Penulis sengaja tidak mahu mendedahkannya ketika itu kerana tidak mahu ia menganggu kerancakkan saingan Piala Malaysia.

Al-kisahnya – seorang rakan menghubungi penulis dan memberitahu ada pemain bolasepak berprofil tinggi ditangkap khalwat bersama isteri orang, dalam satu serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi 11Oktober lalu.

Tujuan rakan itu menyampaikan kepada penulis, bukan atas kapasiti penulis ni seorang wartawan atau blogger, tapi kerana rakan kepada suami wanita itu yang juga merupakan ahli sukan, juga merupakan rakan kepada penulis.

Menurut sumber yang turut sama terlibat dalam operasi, pemain yang mewakili sebuah pasukan berprofil tinggi (sekarang ni sedang dipancing sebuah lagi pasukan berprofil tinggi) dalam saingan Liga Super, singgah di rumah pasangannya berusia 28 tahun yang sudahpun beranak dua itu, selepas beraksi mewakili pasukannya beraksi pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia.


Hubungan antara pemain berusia 25 tahun yang juga pernah mewakili skuad Shahzan Muda dan Perlis, dan wanita berkenaan dilaporkan sudah terjalin sejak 2 tahun lepas, dan suami wanita itu pernah beberapa kali berjumpa dengan pemain itu untuk menasihatkannya agar tidak berskandal dengan bini orang, namun tidak diendahkan.

Pemain itu, yang juga anggota skuad kebangsaan sejak penghujung 2007, memainkan peranan penting dalam skuad negara sebelum tersisih akibat kecederaan, yang menyaksikannya terlepas beberapa kejohanan utama seperti Sukan Sea 2009 Sukan Asia 2010 dan Piala AFF Suzuki 2010.

Perkembangan ini nyata suatu yang cukup mengejutkan dan mengecewakan, apatah lagi dikhabarkan ia telah sampai ke pengetahuan Presiden Persatuan Bolasepak diwakilinya, yang sebelum ini beria-ria memancingnya untuk beraksi bersama pasukan itu.

Pemain itu yang dihubungi Suara Sukan, mengesahkan memang dia yang terlibat dalam tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut dan sekadar menjawab, “takpelah awak tak tahu cerita sebenar, nak naikkan nama susah, tapi menjatuhkan orang senang..”.

Kepada pemain tersebut, ini bukan soal tahu atau tidak perkara sebenar, setiap orang yang ditangkap khalwat akan cakap benda sama. Yang peliknya anda tanpa segan silu mengaku mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan yang sudah beranak 2, dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Patutnya malu dengan diri sendiri.-HM-


Kes Khalwat, Penjaga Gol Kebangsaan Mengaku Salah Didenda RM2,500 | Penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias dan Zaiton Othman, 29, yang kini bergelar ibu tunggal dan mempunyai dua anak juga didenda RM2,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas dia mengaku salah berkhalwat dengan seorang jurumekap, tahun lalu.

Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar mengarahkan hukuman penjara selama sebulan sekiranya mereka gagal membayar denda. Mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah bilik, di sebuah rumah milik rakan Zaiton di 3A-02, Blok A, Shang Villa Condo, Jalan SS7/15 Kelana Jaya di sini pada jam 3.40 pagi, 12 Oktober lalu.

Pegawai pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor, Shafezan Rusli mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang diakui mereka sewaktu pintu bilik dibuka, Zaiton berseluar panjang hitam dan baju-T ketat warna jambu dalam keadaan terbalik manakala Farizal juga memakai baju-T dan berseluar pendek sambil berselimut di atas katil.

Sebelum itu, Farizal mendakwa insaf dan kesal dengan kesilapan yang dilakukan serta berjanji tidak akan mengulanginya. Katanya, “sejak kes ini keluar suratkhabar, ia menjejaskan reputasi saya dan keluarga, orang ramai mula mencemuh, mungkin salah saya.” Farizal memohon hukuman denda yang ringan kerana perlu menanggung adik-beradik yang bersekolah serta ibu bapa pula sudah tidak bekerja.

“Saya hanya bekerja secara kontrak dan bukannya tetap, selepas apa yang terjadi, saya bimbang sekiranya kontrak tidak disambung pada musim depan,” katanya dengan nada perlahan.

Sementara Zaiton yang kelihatan sebak turut insaf dan memohon hukuman ringan kerana sejak bergelar ibu tunggal, dia perlu menyara dua anak dengan pendapatan bulanan yang tidak tetap. Katanya lagi, dia masih trauma selepas bercerai, yang berlaku hampir setahun lalu akibat kejadian tersebut. Pasangan itu yang datang berasingan membayar denda di kaunter mahkamah sejurus prosiding berakhir. (Sinar Harian)

Tiada ulasan: