iDAN

08 Disember 2012

'Mahu banyak gol'


2012/12/08 - 07:55:02 AM Khairil S Iswan | mkhairil@bharian.com.my

Skuad bola sepak Thailand tiba di KLIA malam tadi, menjelang pertemuan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF, malam esok. Skuad bola sepak Thailand tiba di KLIA malam tadi, menjelang pertemuan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF, malam esok.

Dangda tekad robek gawang Harimau Malaya bantu Thailand pulang dengan modal selesa

Sepang: Penyerang berbisa Thailand, Teerasil Dangda yang sudah meledak tiga gol sepanjang kempen Piala Suzuki AFF, mempunyai misi besar pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Dangda, 24, dan rakan-rakannya yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi, berkata Thailand mahukan kemenangan selesa untuk dijadikan bekalan sebelum pertemuan separuh akhir kedua di Bangkok, Khamis depan.

“Saya tidak berada di sini untuk kalah, jadi saya harap untuk mendapat keputusan yang bagus bagi dibawa ke Thailand,” katanya yang menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Thailand musim lalu dengan 24 gol.

Dangda mengakui tidak begitu mementingkan siapa yang menjaringkan gol asalkan pasukannya menang.

“Tidak kira siapa yang menjaringkan gol...yang penting pasukan kami menang.

“Bagi saya tidak tewas juga adalah keputusan yang baik. Begitu pun kami tidak boleh memandang remeh Malaysia kerana mereka adalah penyandang juara. Malaysia pasukan yang baik,” katanya.

Jurulatih Thailand, Winfried Schafer pula mengakui sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk ribuan penyokong yang bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Segala persiapan kami berjalan dengan baik malah tiada pemain yang mengalami kecederaan cuma selsema sebelum ini, namun nampak sudah pulih.

“Sebelum tiba di sini, kami sudah melakukan pelbagai persiapan termasuk melihat rakaman video perlawanan Malaysia menentang Singapura dan Indonesia. Pemain sudah tahu apa yang mereka perlu lakukan,” katanya.

Tiada ulasan: