Semalam
aku cuba telefon Osman kut dia akan baik ke Perak malam ini. Terkilan
tak dapat hadiri majlis tahlil buat rakanku yang pergi di rumah Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said rakanku yang pernah bersama di Asrama Putra Jalan Watson Ipoh.
2. Khudratku memang tak kuat memandu sehari suntuk. Masalah orang sakit
kronik memang cepat mengantuk jika memandu sendirian. Tak ada orang
berbual
3. Jika mahu menghadiri majlis ini sekitar jam 3:00
petang perlu bertolak dari Lembah Klang. Kg Nyior kat Kampa Perak itu
pun aku selalu lalu tapi tak pernah singgah. Beginilah nilai
persahabatan, aku tahu ada ramai rakanku yang hebat statusnya sekitar
Lembah Klang ini. Mungkin ada yang pergi. Sudi apalah kiranya untuk
bermurah hati menumpangkan aku. Tengah menuggu panggilan mereka sejak
beberapa hari lalu. Nampaknya kini waktunya telah pun terlewat.
4. Masing-masing ada komitmen sendiri. Jadi jangan pertikaikan. Jika
tak mampu berjalan jauh duduk diam-diam. Orang tua-tua kita berpesan
jika kail panjang sejengkal jangan nak menduga lautan dalam.
5.
Beruntunglah awak ada kudrat & bajet yang cukup untuk menghadiri
majlis sejauh ini. Buat mereka yang tak ada kudrat & bajet; buatlah
doa tahlil sendiri & doakanlah dari mana jua awak berada untuk rakan
kita yang pergi. Insya-Allah Tuhan akan perkenankan doa & harapan
kita.
4. Masing-masing ada komitmen sendiri. Jadi jangan pertikaikan. Jika tak mampu berjalan jauh duduk diam-diam. Orang tua-tua kita berpesan jika kail panjang sejengkal jangan nak menduga lautan dalam.
5. Beruntunglah awak ada kudrat & bajet yang cukup untuk menghadiri majlis sejauh ini. Buat mereka yang tak ada kudrat & bajet; buatlah doa tahlil sendiri & doakanlah dari mana jua awak berada untuk rakan kita yang pergi. Insya-Allah Tuhan akan perkenankan doa & harapan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan