iDAN

08 Disember 2012

Harimau Malaya tanpa Apek?


Aku mencari sebab kenapa Apek dah dua permainan tak turun menjadi penjaga gol utama Harimau Malaya. Malam ini aku pun tak pasti apakah Datuk K. Rajagobal tetap mengekal kesebelasan pemain yang dapat menunduk Indonesia tempoh hari.

Bukan tak yakin dengan pengganti Apek si Farizal Marlias tapi aku lebih berkeyakinan dengan ketangkasan Apek di galang gol. Apatah lagi dia telah banyak membantu pasukannya Kelantan juga pasukan negara menjadi penjaga gol cemerlang mencapai kejuaraan demi kejuaraan. Kesilapan berlaku itu memang perkara biasa tapi aku begitu yakin Apek akan berhat-hati tak akan melakukan kesilapan remeh bagai yang berlaku ketika bermain dengan Hong Kong 1 -1 pun Singapura 0-3 tempoh hari. Apek sejak lama menjadi Idola penjaga gol yang aku minati sejak berzaman. Tanpa Apek terasa HAMBAR perlawanan menentang lawan.

Datuk K. Rajagobal jangan ikut sangat perasaan dalam menentukan nasib Harimau Malaya sebab pasukan Thailand bukan calang-calang pasukan; jika kita kandas di Separuh akhir ini hari ini & Khamis nanti ; maruah sukan negara pasti akan jatuh sebab Harimau Malaya dalam dilema mengekalkan kejuaraan. Jika telah masuk akhir pasti peminat bola sepak negara tak kisah. Keluarkan semua pemain simpanan pun tak apa si Farizal Marlias di keluarkan sepanjang perlawanan; dia memang mengaku rasa gundah bila dikeluarkan untuk menjaga gol pasukan negara.

Datuk K. Rajagobal silap membuat ulasan terbuka menyalahkan pemain pasukan sendiri bila Harimau Malaya kalah. Buatlah cara keluarga tegur secara semangat kesukanan bukan menguar-uarkan seantero dunia bila kalah ini kesilapana si anu & si anu. Nama pun permainan pasti ada kalah ada menang tak kan pemain bola sepak berlaku kesilapan disengaja kecuali disuap kaki juta atau permaina pasukan itu dibeli.

Ini sekadar pendapat peribadi jangan pula simpan di hati. Lagi pun aku bukan jurulatih yang rapat dengan pemain.

iDAN

Rajagobal Salahkan Apek Punca Harimau Malaya (Malaysia) Kalah Kepada Singapura

Rajagobal telah menyalahkan Apek, penjaga gol sebagai punca bagi kekalahan pasukan Harimau Malaya menentang Singapura semalam dengan bolos 0 – 3.

#BERITA PENUH

KETUA jurulatih Datuk K. Rajagobal kecewa dengan persembahan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang menjadi punca kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Beliau berkata, kesilapan yang dilakukan oleh Khairul Fahmi yang dikenali dengan nama ‘Apek’ pada separuh masa pertama menyebabkan moral pemain pasukan kebangsaan terus merosot namun beliau memuji kebangkitan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua.

“Dia (Khairul Fahmi) membuat kesilapan dan memberi kesan kepada moral pemain… sejujurnya saya tidak menyangka kita akan tewas dengan keputusan malam ini (tadi).

“Saya cuma menjangkakan kita kalah dengan keputusan 0-1 atau seri dengan pasukan Singapura,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Tiga gol skuad Singapura dijaringkan oleh kapten pasukan, Mohd Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta pemain naturalisasi dari Bosnia, Aleksandar Duric pada minit ke-75.

Mengulas lanjut, Rajagobal berkata, keputusan tersebut memberikan kesukaran kepada mereka untuk mencari mata bagi melepasi peringkat kumpulan.

“Kita harus menempuhi jalan sukar selepas ini dan suka atau tidak, kita perlu mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan,” katanya.

Dalam pada itu, jurulatih Singapura Radojko Avramovic berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya dan berharap skuadnya dapat terus mengekalkan momentum dalam menentang Indonesia Rabu ini dan Laos pada 1 Disember ini.


“Ini adalah permulaan baik dan saya tabik anak buah saya atas usaha cemerlang mereka. Kadang-kadang kami bernasib baik untuk menghasilkan jaringan dan adakala sebaliknya,” katanya.

Mengulas pertemuan antara Laos dan Indonesia sebelum ini, Avramovic berkata beliau terkejut dengan prestasi Laos yang berjaya mengikat lawannya 2-2.

“Secara umum, Laos mengejutkan saya. Saya percaya mereka datang untuk memenangi semua perlawanan dan tenaga yang ditunjukkan oleh Laos pada perlawanan pembukaan adalah hebat,” katanya.

Malaysia, selaku juara bertahan akan menentang Laos Rabu ini sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan menentang Indonesia pada 1 Disember ini. – Bernama


Artikel Lama kecerederaan Apek

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dayne.ghazali@utusan.com.my

PETALING JAYA – Ketika dua tonggak utama serangan negara, Norshahrul Idlan Talaha dan Abdul Hadi Yahya kian menunjukkan perkembangan positif untuk diturunkan berdepan Taiwan, kem Harimau Malaya menerima berita yang mendukacitakan mengenai penjaga gol No.1 negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Kecederaan bahu yang dialami pada separuh masa kedua ketika berdepan Lebanon pada kelayakan Olimpik 2012, Khamis lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, masih belum pulih sepenuhnya dan dia mungkin terlepas peluang bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan

Pada sesi latihan semalam, Khairul Fahmi, yang lebih dikenali dengan panggilan Apek, hanya menjalani latihan ringan secara sendirian dan tidak mengikuti latihan penuh bersama rakan sepasukan sambil balutan ais melingkari bahunya.

Malah, Apek sendiri mengakui dia masih belum pasti akan diturunkan atau sebaliknya, tatkala jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan ahli fisioterapi pasukan masih menilai situasinya sebelum membuat keputusan muktamad.

‘‘Otot di bahagian bahu saya masih berasa tegang dan sakit selepas perlawanan dengan Lebanon tempoh hari.
‘‘Walaupun makin berkurangan kesakitan yang dialami tetapi saya belum dapat menjalani latihan penuh.
‘‘Jika tidak dapat beraksi nanti, secara peribadi saya akui memang sedih kerana pertemuan dengan Taiwan nanti merupakan perlawanan yang cukup penting,” katanya di Wisma FAM, semalam.

Pun begitu, dia tetap yakin dengan kemampuan rakan sepasukannya, Sharbinee Allawee atau Nasril Nourdin untuk menggalas tempatnya mengawal gawang negara.

‘‘Mereka berdua pemain lebih berpengalaman daripada saya. Saya yakin mereka mampu beraksi baik dan tiada sebarang masalah untuk diturunkan,” katanya.

Dalam pada itu, Rajagobal berkata, peluang Apek untuk diturunkan pada perlawanan esok bergantung kepada laporan kecederaan yang akan dikemukakan oleh fisioterapi.

‘‘Kita masih ada sehari lagi untuk melihat keadaan Apek sebelum saya boleh membuat keputusan terakhir.
‘‘Begitu juga beberapa pemain lain seperti Norshahrul atau Abdul Hadi, kita masih ada masa melihat mereka benar-benar pulih,” jelasnya.

Sementara itu, Sharbinee yang dijangka menjadi pilihan utama menggantikan posisi Apek, berikrar memberikan komitmen 110 peratus jika jurulatih mengambil keputusan menurunkannya menentang Taiwan.
‘‘Mental saya sentiasa bersedia untuk bermain, malahan dalam soal keserasian dengan beberapa pemain baru, bukan satu masalah besar buat saya kerana sebenarnya telah lama bersama.

‘‘Saya berazam tidak akan melakukan sebarang kesilapan dan mempertahankan gawang negara daripada dibolosi oleh Taiwan,” jelasnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

cer sari Harimau Malaya di Goople & FB anda akan dapat baca catatan begini.
ramai peminat bola sepak negara kecewa dengan kenyataan K Rajagobal... antaranya berkata...

Amin Daud nk salahkn apek,..? meme bangang r sapow hk sloh kow apek..kalu ambik casillas skalipn, supo tulo jgk...tengah n pertahanan maen supo budak2...baek dk kg tanam padi jh....
Yusri Tumulak II RAJAGOPAL SALAHKAN APEK PENYEBAB KONSENTRASI PEMAIN LAIN TERGANGGU..

Tiada ulasan: