iDAN

10 Mei 2010

Ayah AC Mizal Diganggu Hantu (Singgahsana)

dah nak pergi kerja belum... masih kat rumah lagi ke
8:27am dzuan

baru balik kerja, nak tido..

8:27amSaya

ooo... kerjalah malam tadi... ingatkan cuti sepanjang hari... penat tu ... selamat tidur...!

(Semalam aku berbual panjang dengan Dzuan ni; dah berpuluh tahun tak jumpa, silap-silap mahu 30 tahun kut!, dia kata dia cuti semalam)

8:27am Dzuan

yaa, mcm ni lee... kerja kilang

8:28amSaya
sama saja.. kerja mana pun...

ipar duai aku pun ramai kerja kilang

sampai pergi kursus ke Jepun juga...

sekarang pakai Vios lagi... rezeki kat mana-mana okey!

Mila (org rumah) sahaja kerja kira okey sikit dalam keluarga dia...

Dzuan org rumah kerja lagi tak?

8:29am Dzuan

dia mmg dah berenti lama dahhh kawin je dia berenti... kata nye nak jaga aku biar gemok!

8:29amSaya

pulak!... nak gemuk mudah saja

makan tido makan tido macam aku... gemuklah

seronoklah bini ada rumah

aku naik jelak makan di kedai mamak

masak ni aku malas sangat

selalunya beli lauk masak nasi ...

ikut anginlah..

kalau takad rebus2 tu bolehlah

aku suka rebus bayam dengan cendawan..

penatlah Dzuan jadi suri rumah ni

air bejuku di depan tu pun tak buang2 lagi..

bunga tak siram lagi... belum nak buang taik kucing lagi!

8:31amDzuan

aku bab makan terjaga..pagi ptg mlm semua ada

aku masaalah itu semua tak ade pasal bini aku super women

8:32amSaya
seronoknya kau Dzuan! semua terjaga

anak aku ni minat nak beli pelbagai

tapi ayahnya yg kena dera

tapi Dzuan maintain lagi.. aku teguk dalam gambar

aku agak pinggang kau masih 35"

aku dah 42....

kebelakangan ini terpaksa cari pakaian di bundel... payah nak cari saiz beso!

itu yg banyak saiz beso..

8:33amSaya
aku bercinta dengan si Conel tak jadi

Osman boleh ingat nama si Suminah tuu

kau ingat lagi ke buah hati aku tu?

8:34amDzuan
Ingat!, masih ingat kau suka tulis surat pada si Conel tu..
8:35amSaya
Mila ni aku kenal melalui radio

mungkin dalam rancangan destinasi atau bunga bangsa

aku rajin hantar sajak di radio

tahun awal 80an banyak cerpen tersiar di rancangan Kenangan..

terbitan Chuari Selamat

tu yg kenal Mila tu!...

org rumah org mana iyer...

bercinta sejak asrama tak?

8:36amDzuan
.takkan kamu tak tahu..cucu kpd tok jalil dekat romah kamu kat cnkt tualang. emaknya pauziah yg kawin dgn orang parit.kan dari sekolah lagi kami kawan. takkan kamu tak ingat sorat yg panjang2 tu sorat dia leee.
8:37amSaya

Kejap aku cuba ingat-ingatkan...

Tok Jalil

lupalah Siapa adik beradik Tok jalil

Tok Jalil setahu aku dukun handal

dekat rumah Taharin

aku perasan kau bercinta dulu...

kalau tak silap ada rumah anaknya sebelah...

8:38amDzuan

Betul le tuuitu pasal cucu nye pun sama garang

Memang ada rumah anaknya sebelah rumah pusaka tu

8:38amSaya

rumah Tok Jalil tu tinggal di rumah kayu tinggi...

anak-anaknya aku dah lupa nama

tanya org rumah tu!...

dia pandai tak jampi serapah ini

aku ingat satu peristiwa aku berteduh bawah rumah anak Tok Jalil ini ketika hujan ...

Aku ingat anak Tok Jalil ada menantu memang cantik sangat; aku lihat anak Tok Jalil ini jampi sirih pelbagai.

8:39amDzuan

Anak2nya semua dah meninggal, Nordin, Todin, Ipot, Kamaruddin

8:39amSaya

yerr ingat..!

Todin tu aku ingat

anaknya ada dua wajah...

satu putih melepak satu lagi hitam manis

Ipot itu lebih kurang sebaya kita...

rumahnya tu ada lagi ke?

8:41amDzuan

aku bab ini.. jampi serapah ni tak tahu; yang tahu sikit2 bini aku.... itu pun dia duduk parit sesekali je balik kg... rumah dah tak ada dah kena jual dgn Ipot.

8:41amSaya

oooo handal si Ipot ni...

tanah dia di kampung tu besar juga...

8:41amDzuan

tak tahulah apa jadi tanah tu!.

8:41amSaya

Tak pasti dah jual kat lombong ke tak iyer?

selang sebuah dari rumah aku... & rumah Taharin

anak Taharin yg kasi rosak rumah pusaka aku tu

kabel semua diambiknya... janji nak sewa...

8:42amDzuan

aku tak tahu lee tu... hal jirannya.

8:43amSaya

Adoi penat betul... si lop anak taharin tu katanya penagih dadah...

Taharin ini kadang2 okey...

kadang2 dia kurang waras...

8:43amDzuan

aku tak kenai Taharin ni

8:44amSaya

Dah tak ada dah arwah ... satu-satu jiran Tok Jalillah

kami panggil Pak Jalil... dukun handal.

Sebab dia memang handal dalam bab ghaib ini..

8:44amDzuan

oooo

8:44amSaya

Dia macam arwah bapa aku

ada Pembela..

sekarang Saka arwah apak tu...

turun kat kakak aku

baru ni aku pergi ke rumah akak aku... Kak Nomi

ingat ke Kak Nomi Osman rakan kita kat Kota Bharu Pk ingat lagi nama Kak Nomi !

8:45amDzuan

aku pun ingat!

8:45amSaya

dia kata ada 7 Saka masuk ke badannya

mana bapa aku menuntut tak pasti

payah nak buang benda tu

...

nantilah kita cerita

kau ngantuk tu.. pastinya

baik tidur!

tidur kena cukup

nanti naik darah tinggi tu... kata semalam ada darah tinggi kan?

8:46amDzuan

habih...kamu tak takut ke nak duduk kat kg nanti. nanti habih budak2 kena sakat...

Yup aku pun ada masalah darah tinggi... jap lagi aku tido

8:47amSaya

tu ler masalahnya!

rumah tu pun banyak penunggunya

arwah mak meninggal dunia sorang2

anak2 aku dah besarlah Dzuan... harap-harap okey!

.... tak mengantuk ke ni Dzuan?

8:48amDzuan

Dah nak dekat le ni... tapi seronok pulak dengor cerita Jangan Pandang Belakang kamu ni

8:48amSaya

anak-anak aku tu emaknya yang ajar mengaji...

pandailah lah baca al-Quran

itu kelebihan Mila.. siapa pandai tajwit ... idram makmunah segala!

aku ni tak reti sangat Dzuan..

anak-anak aku rasanya tak jadi masalah kalau nak baca doa halau bebenda ghaib ini

8:49amDzuan

kita serupe!

8:49amSaya

Arwah apak aku nazak di rumah AC Mizal itu

Saka dia ada kat rumah tu... kat Jalan Cheras...

8:49amDzuan

Rumah AC Mizal kat mana?

8:50amSaya

dulu mereka tinggal di Cheras..

ada taman kat Jalan Cheras tu

Taman Koperasi Cuepec

Taman Koperasi Cuepec.. ada dua... satu kat sini Balakong

satu lagi tak jauh dengan Plaza Phoenix... macam ejanya pun

tak jauh dari ruma Dzuan

dia datang melawat anak tiri & cucu2nya di situ

tetiba strok

aku syak dia sedih sangat ketika itu;

dia tak tahu aku & Mila lama duduk berasing rumah

bila aku cerita dia menangis macam budak kecik

aku tenguk dia sedih sambil hisap rokok... balik saja aku dari rumah si AC tu

dia kena strok

emak AC kelam kabut tel aku

emak AC org Serting Hilir

aku ada cerita tak pada kau?

mulutnya sampai ke telinga!

ayah AC kira abg tiri akulah...

pendiam orangnya...

Dato' Zaini Hashim...

Opah AC bini arwah apak aku; tak ada anak denganarwah Apak.

kira Dato' Zaini tu anak tunggal

Apak aku yg jaga dia sejak umur 3 bulan...

Dato' Zaini bin hashim

Hashim (Datuk sebenar AC) ayah Dato' Zaini hilang masa perang jepun.

8:55amDzuan

oh yaa Polis.

nyape mulutnye emak AC sampai telinga

AC kan dah jutawan, tak bolih tumpang ke?

8:55amSaya

becukkkkk!

cakap jenis nada tinggi tuuu

ketua jururawat pakai biru tu...

Mereka tak kenal kami dah Dzuan, nak numpang macam mana.

8:56amDzuan

patut le AC pun becuk juga.

8:56amSaya
Yup ikut emaknya!.. ayahnya memang pendiam... emak ayah dah pencen...

Yoep Zaini aku panggil apak si AC tu

tak hirau emaknya, selalu tak balik kampung bila hari raya..

aku lebih rapat dengan Opah Bi tu

baru meninggal sekitar 5 tahun lalu ku!

sejak tahun 88

emak aku meninggal kira Opah si AC lah pengganti emak aku

kelakarnya... kes benda yang arwah Apak aku bela tu!

org lain tak nampak arwah apak menjelma

hanya Yoep Zaini sahaja yang nampak

sampai kurus kering tak dapat tidur

terpaksa pindah dari rumah tu

panggil dukun handal pun tak lari...

ingat hantu rayalah Dzuan

last2 terpaksa sewakan rumah tu!

sekarang mereka tinggal di Muar.. Jutawan Muar.

8:59amDzuan

kamu mcmmana ada juga ke?

8:59amSaya

aku okey!

Antu Makan adalah...

selera makan gilalah...

memang macam ini org sakit kencing manis ku!

apa pun yang namapak nak makan...

lambat makan menggigil jari tangan ni ...

Antu Makanlah... kan!

9:00amDzuan

ada hantu juga le tuuu... tolong makankan.

9:00amSaya

Dzuan... kau tak mengantuk ke

gi ler tidur esok2 kita bual lagi

berapa jam nak tidur ni

aku free jam 3:00 petang nanti

9:01amDzuan
paling tak dua tiga jam!

ok la.stop dulu lah. nanti kita sambung lagi.

9:01amSaya
Aku pun tengah pening ni!

berkira nak pergi ke TRIANG ikut mana cepat & selamat

Triang Pahang jauh ke perdalaman dekat tasik Bera

banyak jalan aku tenguk kat peta.. ni

9:01amDzuan

aku tak tahu hala ke sana.

9:02amSaya

nak merisik... di afiz pun makwe tu....

tu lerr pasal jauh dari h/way

ok lerr gi tidur... sian kau... aku jangan layan sangat

kalau layan aku sampai 3 hari 3 malam aku tak henti menaip..... tak ada kawan berbual... isk! sedih betuiii

9:02amDzuan

anak kamu keje mana?

ok

9:03amSaya

mana kerja lagi si afiz tu

ada lagi 1 semster belajarnya

dia rajin... itu yang aku tak risau

dulu dia kerja lama kat KFC di TESCO kat rumah ni

sebelum itu dia pernah kerja 7eleven sebelah MyDin Kajang.

aku tak risau bab kerja si Afiz ini

dia jenis budak tekun... tak suka melepak...

9:04amDzuan

tak per lee bapak borek anak rintik.

9:04amSaya

dia masih kat poli Shah Alam sekelas dengan makwe dia

tu lerr pasal!.. aku pun dulu kahwin cepat! kami ada darah Arablah!

maknya pun satu... nak jadi penghalang

dah merajuk budak tu... dekat sebulan dah tak balik rumah!

aku memang rindu kat dia... penatlah Dzuan

dia nak kahwin apa masalahnya... baguslah kan?..

emaknya sibuk suruh ambik deegri pelbagai

dah macam belangkas... dapat ke kekang nafsu tu...

iskh! penatlah!

nantilah kita ceritalah!

9:06amDzuan

bagus le tuu, jgn lupa jemput aku dah lee

9:06amSaya

insyaAllah

aku nak buat majlis kecik aja

sekadar doa selamat rasa dah cukup

atau makan2 kecik kat mana-mana

kat rumah bininya biar buat majlis besar-besaran!

tapi tu lerr jauh di Kelantan mana ulu tak tahu lagi!.

9:07amDzuan

oook aku tido dulu yaa

9:07amSaya

okEY lah Dzuan... gi tidur

jangan layan aku ni...

assalamualaikum...
9:07amDzuan

mualaikum salamm

9:08amSaya

moga mimpi jumpa si conel aku tu!...

:):)

(Emmm! bercit-cat ni kejap masa berlalu hampir sejam mengadap PC)

09 Mei 2010

723 Di Penyair iDANRADZi@BlogSpot


Sedar tak sedar telah ada 723 catatan yang aku paparkan buat pembaca di blog ini, ianya kutipan dari dunia maya, imej, tulisan menarik hinggalah catatan peribadi.

Sesuatu yang paling aku sayang adalah catatan di ĕ-antologi Penyair iDANRADZi & Desa Tualang@Jenaris di server easyjournal. Jika siapa mengikut perkembanganku pasti terklik ke server easyjournal. Dalam dua minggu lalu ianya tak dapat diakses. Pastinya aku tak tidur lena mengenangkan jika ianya telah terkubur di US sana.

Kekinian aku dalam proses memindahkan dua jurnal@blog ini ke blogspot.
ĕ-antologi Penyair iDANRADZi ada sekitar seratus lebih puisiku yang terkumpul.
Desa Tualang@Jenaris pula ada lebih dari 1,001 catatan tentang dunia kehidupan aku nan lalu.

Ini URL kedua jurnal@blog tersebut; masih dalam rangka pemindahan. Mungkin blog ini pengap kejap lantaran aku tengah berkerja keras untuk menyelamatkan catatan lama itu.

Ada siapa yang boleh menolong!; jika dulu ada FTP sekarang bagaimana iyer!.


http://desatualang.blogspot.com
cermin asal
(http://idanradzi.easyjournal.com)

&

http://rempiang. blogspot.com

cermin asal
(http://idan.easyjournal.com)


08 Mei 2010

Petai semakin mahal (Singgahsana)




"Abg berapa seikat ini petai ini?"

"RM3!"

"Dua ikat bang?"

"RM6..." aku sekadar tersenyum, selalunya kalau beli dua ikat dapat murah sikit. Maknanya memang petai tengah mahal. Seikat cuma ada tiga papan; jika petai padi dapatlah RM3 empat papan.

Aku lihat petainya tidaklah nampak baru dipetik, nak makan dengan kulitnya rasa tak berseri. Belilah juga lantaran memang mengidam berulam petai. Mila tak rajin buat Sambal Petai. Selalunya terpaksa beli di kedai jika nak makan sambal udang petang.


Azim anak yang sulung suka sangat Sambal Udang Petai ini. Bulan puasa tahun lalu hampir tiap hari dia bertanya akan Sambal Udang Petai ini. RM5 dapatlah sepiring lepaslah mengidamnya si Azim itu.

Aku pula mengidam nak makan jeruk petai. Jeruk petai sedap dimakan dengan sambal belacan. Janganlah ceritera bab baunya. Yang penting petai memang amat baik untuk merawat mereka yang bermasalah diabetes.

Kenapa petai jadi mahal harganya; pertamanya adalah permintaan. Jika dulu orang kita Melayu sahaja makan petai sekarang tidak lagi; kaum cina pun telah pandai makan petai. Masalah kedua pokok petai pula tak ditanam secara komersial terpaksa dipetik dari hutan. Selalunya Orang Asli memang rajin memetik petai. Jika aku pulang ke Perak biasanya jika musim petai aku suka ikut jalan lama. Di Tapah banyak terdapat petai di kaki lima kedainya. Itu pun tak semurah mana tetapi biasanya ianya masih baru dipetik. Segar lagi buahnya.

Maka itu aku makin tak sabar mahu kembali ke kampung; selain aku teringin nak buat hutan simpan, tanam pokok-pokok herba; aku teringin amat nak tanam pokok petai. Selain petai, aku akan cari anak pokok jering & kerdas. Ulaman ini memang mahal di pasaran. Sukar ditemui Jering Tanam. Sedangkan jering tanam ini tahan lama. Arwah Apak rajin buat jering tanam dengan menanamnya di serbuk kayu. Jering tanam perlukan jering yang tua; lagi tua jeringnya lagi sedap.

Orang Minang pandai membuat pelbagai resepi dari jering ini. Di Kajang ini tak banyak kedai Minang; jika di Kampung Baru KL ada 24 jam kedai Minang. Teringin nak makan masakan Minang. Terutama ada jering rebus, ada rentang hati lembu & pecal.


04 Mei 2010

Siapa mahu berbesan dengan Penyair iDANRADZi (Singgahsana)

Gambar terkini 4 teruna Penyair iDANRADZi
Duduk : Anif 15, Afiz 22
Berdiri: Azim 12, Aziq 17

Ramai yang bilang Azim ini macam ayahnya semasa kecil.


Ajal maut jodoh pertemuaan semuanya di tangan Tuhan. Tapi kita boleh merancang. Ini adalah gambar anak teruna saya. Dalam zaman serba mencabar ini memang anak-anak sukar dikawal dalam menentukan jodoh mereka. Mereka ada pilihan sendiri.

Anif, Azim & Aziq
Nama penuh mereka sama sahaja semua ada Muhammad Nurhazim, Muhammad Nurhanif, Muhammad Nurhaziq & Muhammad Nurhafiz


Tetapi kita boleh melorongkan mereka orang & keluarga mana yang kita mahukan. Jika kita tidak merancang maka akan hanya takdir semata menentukan jodoh mereka. Jangan ingat keluarga yang paling kita suka bakal menjadi besan kita; Tuhan itu menguji maka ujiannya sering buat kita rasa terkesima, keliru atau gurur hati. Ada ketika keluarga yang bermasalah sering menjadi pilihan anak-anak; kita kena kuat menempuh ujian jodoh ini.

Cumanya keluarga kami bukanlah keluarga hartawan atau bangsawan. Kami adalah orang biasa hidup dalam kancah sederhana jauh sekali orang berharta.

Anif

Emmm! yang sulung si Afiz sahaja yang telah berpunya; yang tiga lagi anak teruna saya masih kosong, dalam tempoh belajar sekitar 10 tahun akan datang pastinya tiga teruna ini telah punya ada pilihan mereka. Mungkin!. Afiz jika tiada aral melintang akan bernikah sekitar tahun ini atau tahun hadapan dengan orang Pantai Timur. Jodohnya nampaknya awal sangat telah sampai!. Saya memang suka anak saya mendapat jodoh awal, rasanya jika telah 25 tahun ke atas siapa mahu menguruskan perkahwinan & kehidupan mereka. Memang itu syaratnya, jangan membujang terlalu lama. Buat si Afiz mungkin tiada masalah sebabnya saya masih ada; bagaimana si Aziq & adik-adiknya jika 10 tahun lagi. Saya mungkin telah tiada.

Bagaimana? Siapa yang sudi berbesan dengan saya, sudi-sudikan memberi lorong anak kita berkenalan; mungkin melalu FB atau lain-lainnya. Jika ada riak mereka sealiran esok atau lusa saya akan hantar cincin tanda. Jika ada jodoh tak ke mana!. Kenapa tidak kita merancangkannya. :)

FC Azim
Azim Kidz

03 Mei 2010

Pakar jantung iDAN sentiasa berubah 2 (Singgahsana)

Aku baru sahaja pulang dari Klinik Kardio Hospital Serdang, agak lambat aku sampai lantaran berpatah balik ke rumah sebab tertinggal Kad Perubatan. Maka ujian darah tidak dilakukan atas tiga faktor, pertamanya mungkin atas kelewatan keduanya pasti lantaran memang begitu kut! sekadar Ujian Stres tidak perlu ambil ujian darah & selebihnya terlepas pandang. Mana mungkin terlepas pandang. Lagipun berandaian ini bukan satu anggapan baik. Titik.

Agak lewat jua aku baru dipanggil oleh Pembantu Perubatan yang pakar dengan mesin Ujian Stres ini.


"Encik telah pernah buat kan Ujian Stres ini, kali berapa iyer!"

"Kali kedua... doktor mahu berapa kali agaknya untuk buat Ujian Stres ini"

"Saya tak pasti."

"Selalukah kes seperti saya ini!" dia tidak menjawab, wajah machonya nampak tenang sangat.

"Selalunya kes begini doktor tak yakin dengan keputusan lalu, maksudnya tak dapat keputusan diperlukan dari graf yang lalu!"

"Masalah saya bukan apa, ini telah masuk tahun kedua saya berulang alik ke sini, awal tahun lalu saya pertama kali ke sini bila terpaksa kembali buat Ujian Stres rasanya macam patah kembali ke belakang!." dia diam sahaja, sambil melihat bacaan Tekanan Darahku.

"Kenapa seawal pagi tadi tak dibuat Ujian Tekanan Darah iyer!" selalunya begitu, seawal pagi aku terpaksa masuk bilik saringan, jika Tekanan Darah aku tinggi mana mungkin boleh diteruskan Ujian Stres, paling aku risaukan gulaku masih ditahaf dua minggu lalu. 10.++!.

"Tak apa di sini pun boleh kita buat ujian Tekanan Darah, kalau nampak tinggi kita terpaksa batalkan sahaja Ujian Stres ini" dalam hatiku berkata memang aneh prosuder di wad ini, bukankah buang masa namanya jika seawal pagi Tekanan Darahku mendadah naik, baik pulang sahaja; menunggu sejam dua untuk masuk ke bilik rawatan ini bukankah buang masa. Jika gagal lagi buat sebarang ujian & membatalkan ujian DSE bagai dua minggu lalu baik seawal datang diarahkan pulang. Buat sahaja temujanji lain.

"Dua minggu lalu ujian DSE saya terpaksa dibatalkan, saya tak pasti kenapa; mengikut jururawat di depan sana, tak mungkin boleh buat DSE jika gula & Tekanan Darah saya tinggi. Apa iyer dik DSE ini"

Jantung, si jantung hati & jantung pisang mana lebih sukar dijagai.

Panjang pemuda macho ini berceritera@penjelasan perbedaan anatara DSE & Ujian Stres, matlamatnya sama. Untuk mengesan masalah jantung. Cumanya DSE lebih detail sebab data akan dapat dianalisa dua cara imej & graf. Fungsi & cara rawatannya sahaja berbeda. Ujian Stres memaksa jantung bergerak laju tanpa sebarang suntikan pelali seperti DSE; seperti secara praktikal. DSE pula mesin tersebut yang akan memaksa jantung kita bergerak laju.

Dalam gambaran aku, ibarat empangan air. Jantung itulah empangan yang mengawal darah kita; darah itu airnya. Jika air dilepaskan laju kita akan nampak saliran darah di bahagian mana yang tersumbat. Injap jantung tersumbat. Untuk memaksa darah itu laju bergerak memang terpaksa jantung itu dipam laju.

Bahayanya jika gula memang tinggi; pastinya akan melukakan saluran darah!. Itu yang boleh strok.

"Maknya DSE lagi detail, itu yang saya fikirkan selama ini, kenapa mesti saya ulangi perkara yang sama, saya telah tua memang jantung saya tak kuat lagi; cara DSE tersebut lagi selamat & mudah; kenapa pesakit yang ramai datang pakai kerusi roda sana tu tidak dipaksa juga buat Ujian Stres ini" jiwa memerontak aku sudah mula bergelora.

"Maaflah adik, saya membebel macam lebih pandai dari doktor; kita ikut sahajalah cakap doktor. Dia lebih arif dari kita!"

"Ada betulnya cakap encik, takkan nak paksa diri, nanti ada yang datang berjalan elok, balik kena berusung." jantung bukan boleh dipaksa; ramai pesakit kronik seperti aku yang memaksa diri tetiba boleh strok. Ibarat memang telah dilarang Pesakit Darah Tinggi atau jantung naik roller coasters. Tak pernah aku nampak ketika nak naik roller coasters terpaksa tunjuk surat pengesahan doktor yang seseorang itu sihat tiada masalah Tekanan Darah Tinggi atau masalah jantung. Pandai kaulah, kalau tak jujur nak menipu, nak naik juga siapa tak siapa hirau. Antara selamat atau tidak, kau nak pitam atau strok terpulanglah.

"Saya akan cuba buat ujian ini sampai habis ke taraf 3, dulu saya tak tahu doktor mahukan bacaan sampai ke tahaf 3... terbaiknya tahaf 4!, saya ini pesakit patuhkan sahaja apa cadangan doktor!." aku bersuara setelah nampak beberapa anggapan aku benar tentang DSE & Ujian Stres ini.

"Okey kita buat ujian sekarang, jika tak larat, kasi tahu saya untuk berhenti!."

Maka berserabutlah kabel dibadanku di lengan kiri diletakkan alatan tekanan darah pelbagai.

"Nak buka bajukah dik!?"

"Tak perlulah, nanti nampak tak manislah pulak; aku sekadar membuka butang bajuku" aku senyum memang buruk orang berperut boroi ini.

Ujian pun dijalankan, memang dulu aku tak tahu pun sampai ke tahaf mana doktor mahukan. Kali ini aku akan buktikan aku boleh, jantungku masih handal. Aku bukan lemah jantung. [Di ulangi Lemah Jantung.] Pertama & kedua tahaf ujian memang okey, setiap tahaf mengambil masa 3 minit. Siap aku boleh berceritera lagi.

"Doktor suruh saya kempiskan perut, buat senaman hari-hari. Rumah saya itu macam Sauna; bukan ada penghawa dingin pun, hari-hari kalau saya mahu berpeluh tidak ada hal..." aku berceritera dengan pemuda macho ini. Siap memberi tahu aku baru saja Ahad lalu pulang dari laut dalam; dua hari semalam di atas bot. Siapa pernah pergi memancing di laut dalam tahulah bagaimana lasaknya badan ketika memancing; jika tak tahan pasti mabuk laut. Terbungkanglah di bot.

Aku teringat Ulan berceritera dia baru balik mencandat sama hari dua hari sudah; di tepian pantai; tiga jam sahaja dia tahan. Sakit kepala katanya. Paling tak tahan menghidu asap bot.

"Encik tahan tak lagi ini, beri tahu saja jika tak larat kalau rasa tak boleh lagi jangan paksa, saya akan hentikan!" ketika itu aku telah sesak nafas, kaki lutut & betis memang terasa pedih. Sehingga aku bagaikan mahu berpaut pada pepalang mesin tersebut; peluh jantan telah memercik. Aku kuatkan semangat jatiku. Ahhh! tidak!.

"Okeylah saya mengalah!" betul-betul ketika dering minit kelapan. Maksudnya gagal bagai yang aku jangkakan. Seminit sahaja lagi. Orang tua beginilah. Semangat sahaja kuat. Sah jantung aku telah lemah.

"Saya tenguk encik memang tak larat lagi, takkan mahu sampai encik berpapah nanti!, tekanan darah encik naik ini... dari 140/90 naik ke 160/95 mmHg" bacaan atas itu memang stres kita.

"Terima kasihlah dik, saya gagal lagi nampaknya, insyaAllah kita akan jumpa lagi nanti!" dalam kepala otak aku; aku memang membenci cara paksaan doktor separa botak dua minggu lalu. Sah dia dia deraku. Aku yakin bukan begini caranya rawatan jantung sebenar. Orang tua buat cara orang tua; DSE rasanya lagi sesuai buat orang setua aku. Jika sepuluh kali pun doktor mahukan aku buat Ujian Stres okey! tak jadi masalah. Aku akan lakukan.

Aku bukannya menentang nasihat doktor. Cumanya aku memang terkilan bilamana aku telah pun berterus terang badan aku tak mampu buat Ujian Stres lagi. Jika doktor masih mahu, mencuba tak jadi masalah.

Kerja tak berfaedah jika asyik menentang arus; ikutkan sajalah. (Bisik hati baikku)

Aku kembali ke bulan Disembar tahun lalu, tak pasti apa sakit aku. Jantungkah atau organ lain, esok lusa aku pasti akan mencungap lagi. Aku berdoa agar doktor yang memaksa aku buat Ujian Stres yang berulang kali ini dapat melalui pengalaman aku; betapa takut dan sukarnya bernafas jika diserang tekanan jantung di dinihari.

Aku balik tanpa ketemu doktor!. 17 Mei nanti kena mengadap lagi. Huh!.

Sampai di rumah; aku penat sangat & terkapar sendirian di anjung rumah. Terlelap hingga ke maghrib. Memang teruji.

Pakar jantung iDAN sentiasa berubah (Singgahsana)

Tak pasti apa sebenarnya pandangan doktor pakar jantung Klinik Kardio Hospital Serdang tentang sakit aku. Hari ini kali kedua aku terpaksa menjalani Ujian Stres. Kekuatan lutut aku ini masih terasa bagi dulu. Punca utama aku gagal menghabiskan Ujian Stres Disember tahun lalu adalah berpunca dari berat badan. Itu jelas.

Aku bukan lagi aku dulu, berkurung dalam penghawa dingin. Kekinian saban hari aku bersauna dalam kereta tanpa penghawa dingin, saban hari aku menjadi sura rumah yang banyak mengeluarkan peluh. Berkejar ke sana sini semata-mata mahukan anak-anakku selesa & Mila tak lagi fikir soal serabut di rumah.

Hari ini aku akan membuat Ujian Stres kali kedua, tak pasti doktor akan buat berapa kali lagi Ujian Stres. Sekarang pun telah masuk tahun kedua aku sentiasa dalam kawalan pakar jantung di Klinik Kardio Hospital Serdang pun ujian terapi di PKupm. Rumusan sakit jantung aku masih samar-samar.

Dua minggu lalu Ujian DSE terpaksa ditangguhkan lantaran darah & glukos aku tetiba naik menggila. Pecah sejarah ketinggian melampau gula di dalam badanku. Tekanan darah rasanya tidaklah kritikal sebab tak sampai 180/120. Aku pernah cecah ke aras itu tingginya, hingga terpaksa diusung dengan ambulan ke wad kecemasan.

Tak siapa berminat dengan sebarang ujian rawatan rapi, apatah lagi ianya melibatkan berita sedih. Tak siapa suka jantungnya dibedah, jika pembedahan moden secara laser atau sekadar menggunakan kebal kira okey; bagaimana jika rawatan terpaksa belah tulang kerangka dada, ambil urat dari kaki untuk menggantikan injap jantung yang tersumbat!. Tak siapa suka sakit kronik begini; pun samalah tak siapa suka mati awal. Semua orang takut mati. Maka itulah namanya berubat!. Terpaksa berubat biar pun dibedah pelbagai.

Cumanya amat berat & malasnya merempuh sakit ini sendirian; tiada siapa menemani aku ke hospital satu hal. Paling benci bila apa yang doktor jangka tak dapat badan ini memberikan jaminan. Yang jadi mangsa adalah darah, asyik kena suntik, kena sedut, kena masuk makmal semata-mata mancari jalan ketentuan. Maka itu aku tak hairan ada ketika pesakit jatuh putus asa; tak sanggup menunggu begitu lama tanpa pun rawatan susulan yang terbaik asyik telan ubat yang penuh bahan kimia sampai bagaikan penagih yang kalau tak makan ubat doktor dalam dua tiga hari jadi tak normal lagi.

Aku bukan jenis manusia begitu, ke liang lahat pun seorang diri, di dunia ini pun aku akan menyusuri keperitan ini sendiri. Memang itu hakikatnya, hidup sebenarnya satu perjuangan. Bagaimana kita melalui perjuangan ini memang amat berbeda antara seorang & seorang yang lain.

Trauma & rasa fobia akan kemalangan ngeri aku & keluarga semalam masih berbekam dalam dada ini. Aku begitu yakin kadar darah tinggi aku sukar akan turun jika ujian & cabaran Ilahi ini terusan amat getir & sekontras semalam itu. Terima kasih pada yang sentiasa memberikan semangat dari jauh!. Aku dapat bayangkan wajah-wajah yang masih mahukan aku berada di sisi mereka di dunia. Tetapi satu yang harus kita ingat mana mungkin kita melengahkan tempuh atau & maut itu. Jodoh pertemuan, ajal & maut semuanya di tangan Tuhan. Aku tak lebih dari aku apatah lai, faktor usia & sakit yang kronik ini kian hampir membujurkakukan jasadku.

... dah lambat ni... moh! mengadap doktor lagi.

Nanti aku nulis lagi kisah kemalangan misteri semalam.

02 Mei 2010

Sotong Kemaman terlena Penyair iDANRADZi nyaris maut (Singgahsana)

Tak pasti kali ke berapa aku pergi mencandat sotong. Pertama kali di Penyabong, bersama Tekong Tenang. Seawal jam 6:00 petang belum pun hari senja beransur gelap aku telah pun berjaya mencandat dua ekor sotong sekali tarik. Cumanya tak sebanyak mana sotong yang datang berkumpul biar pun tekong bot kami memang pun melengkapkan keperluan untuk menggamit sotong.

Kali kedua, aku mencandat sotong di Kuala Terengganu, bersama Tekong Pak Senon. Jeti Pak Senon betul-betul di seberang Masjid Kristal, Inilah pertama kali aku mabuk laut. Selepas aku sekitar maghrib; aku terus mabuk laut lalu tumbang. Kira percandatan gagal; tak puas aku memerangkap sotong dengan candat telah mabuk sampaikan kenangan paling cemas melihat bot berputar sekeliling hakikatnya aku sahaja yang terasa begitu. Bot Pak Senon okey sahaja.

Kali ketiga di sekitar Pulau Kapas, biar pun di pukul ribut tapi sempat juga aku mencandat sekitar lebih 20 ekor sotong...! Siri ini telah aku tulis dalam episod Durian Guling.

Kini baru sahaja pulang dari mencandat di Kemamang tengah mahu pulihkan keimbangan waktu tidur; ada beberapa siri ngeri berlaku hinggakan Penyair iDANRADZi ditimpa tragedi nyaris maut! .

Memang benar, seharusnya aku perbanyakkan kesyukuran lantaran Allah Azzawajalla masih amat menyayangi aku & keluargaku. Kejadian malam tadi amat ngeri & meninggalkan kesan misteri buat aku.

Jika Allah SWT mahu menjadikan sesuatu itu hanya dengan mengatakan jadi maka jadilah ia. (Allah SWT tidak berkata-kata tidak dengan suara atau objek) Begitu juga dengan nyawa kita mana mungkin kita dapat menangguhkan ajal kita biar pun sedetik. (Azim marah ayah sebut detik, katanya detik tak boleh kira lebih cepat dari saat) Maka aku jangan ego, suami jangan ego, isteri, anak atau siapa jua jangan ego. Tanpa nyawa di badan jangan ingat kita ini adalah insan atau manusia namanya.

Ego bukan sikap baik manusia!.

Begini ceriteranya. Aku bertolak dari Jenaris sekitar jam 11:00 malam, sangkut di tol gombak hingga Terowong Genting Sepang melebihi sejam; ku berihat di tiga hentian, Mentakab,Temerloh & Maran. Janji dengan Fairuz kena sampai di Masjid Geliga Kemaman sekitar 5:30 pagi.

"Bot akan bertolah sebulum jan 6:00 pagi!; abg iDAN boleh tak sampai awal sikit!"

"InsyaAllah kalau Fairuz mahu abg kau ini sampai jam 1:00 pagi pun aku akan cuba tepati! jangan sampai ada aral..." kali kedua Fairuz telefon sebelum pergi. Aku memberikan nombor telefon Mila takut talian aku 016 9094343 sukar dihubungi.

Telahan aku tidak tersasar jauh. Aku berada di Cherating sekitar jam 4:30 pagi awal, bermakna ngam-ngam masa yang dijanjikan. Dari Cherating BayView Resort kata pemilik resort Tuan Haji Mior sekitar 20 minit sahaja ke Masjid Geliga itu!.

"Tu Mila papan tanda Cherating BayView Resort; tapi rasanya tak sempat kita nak masuk, lagi pun dah suntuk masa kita ini..!" sebenarnya aku lebih gerun nak masuk sebab akan susur di sebelahan Tanah Perkuburan Melayu... dini hari begitu pelbagai gambaran di kotak fikiranku!.

"Tapi Mila dah cam kan?, ada selekoh tajam dari Kemaman akan nampak papan tanda Cherating BayView Resort ini..! kalau terlepas akan nampak dari tepi jalan sebalah kiri Cherating Bay Resort, besar. Kalau dah sampai Masjid Cherating; sudah terlepas jauh...." Mila diam sahaja. Aku tahu bab jalan Mila memang suka buat silap mata atau Aladdin bebenda ajaib; sebut sahaja dah sampai di sana. Semua bantuan aku manusia berperut boroi ini.

"Nanti kita tenguk apa tanda atau resort yang dekat dari Masjid Geliga Cherating BayView Resort ini; di internet ayah tenguk Wikimapia itu tak jelas sangat!." Azim & Anif terlelap sejak kira-kira 5 jam lalu.

Mila pun lebih kurang baru belasan minit sahaja terjaga. Memang tak sedar pun sepanjang jalan; tahu-tahu sampai tempat rehat. Aku suruh kunci pintu sebab aku mengantuk juga; tapi tak sampai terlayang atau tersasar!. Di hentian Mertakab aku basuh muka; di Hentian Temerloh aku solat! dan di Hentian Maran aku minum Teh O limau" kopi aku tak boleh minum sejak masalah buah pinggang. Dekat Cherating baru aku kejut Mila, aku mahu dia cam jalan-jalan di sekitar sana.

- bersambung!

29 April 2010

Penyair iDANRADZi zaman Dewasa (Singgahsana)

Gambar ini pula sekitar tahun 1985

Dah kahwin masa ini! tapi siapa pun tak sangka aku ini suami orang!

Sebab itu ketika di Jepun dalam Episod KC yang belum habis itu Rahayu terlampau memuja aku. Ayu tak tanya pun aku ini sudah kahwin ke belum.

Ketika wajah begini juga aku pernah menjadi pelakon teater!; Pak Pacaklah. Aku menari menyanyi, aku tak banyak berdialog hinggakan Mior Hashim Manap terpikat dengan aku ketika aku belakon di UM; lalu ajak masuk Kumpulan Teater Kreatif milik dia. Terpekik terlalak dengan Sani Sudin. Masa itu orang pun tak kenal siapa Sani Sudin.

Masalah utama aku, payah nak ingat skrip; Mior pula jenis tak buat skrip tetap dia mahu aku hayalkan & olah sendiri skripnya. Mimpi Hayati nama teaternya.

Dah buat sidang akhbar, dah ambil gambar aku pelbagai; Memang gambar aku yang akan diuar-uarkan di akhbar itu... macho gila, aku tenguk di tangan pemberita gambar aku itu, Mior yang pilih mana satu yang akan diterbitkan. Ingat kalau keluar paper memang aku jadi popular macam Sani Sudin. Bila aku tarik diri saat akhir Mior tersangatlah marah. Masa itu dia tengah bercinta dengan isterinya seorang artis juga Kak Izie. Dia langsung tak kontak aku. Kak Izie ini jenis garang memanglah aku tak berani nak jenguk mereka di Panggung Teater itu.

Ramai kalangan rakan jadi artis sampai kini, termasuklah S Azli yang amat mengagumi bakat aku. Kami pernah menjayakan teater Tiada Gendang Mengiringi Tari bersama, Johan bagi Wilayah Persekutuan. Dia kata suara aku macam Mior, wajah aku pun mirip Mior. Mior memang ada pertalian darah dengan aku; tapi kira bau-bau bacang sahaja. Dia memang pernah datang ke Desa Tualang. Aku pernah cerita bab ini dalam blog.

Dalam masa yang sama aku gila nak kahwin. Aku sedih sampai sekarang kenangkan ini. Aku tak cukup duit masa itu gaji masa itu sekitar RM400 sahaja. Aku berulang dari Seri Kembangan ke KL nak berlatih berteater habis sekitar RM100 dalam sebulan. Nak makan nak menyewa; Macam mana nak simpan duit nak kahwin. Orang sarat bercinta ini memang nazak!.

Sempatlah berteater dalam dua pementasan kut!, satu di peringkat kebangsaan di UM. Drama kedua kami buat bersama Arwah Abg Sabtu Husin di Dewan Bandarraya KL. Arahan Zain Yahya. Teater mana dapat duit masa itu. Masuk percuma sahaja, sekadar edarkan tabung kutipan.

Hingga kini aku cuba hubungi Mior, dia ada di FB tapi tak pernah mahu menyahut sapaan aku!.

Boleh agak kan... berapa usia aku ketika ini?. Tekalah!.


Nota kecil: Esok & lusa aku di Kemaman di laut dalam! memancing & candat sotong.

Wajah Siapakah Ini (Singgahsana)


Wajah ini di ambil sekitar tahun 2002, masa ini tak ada sebarang sakit kronik, memang hobi ketika ini suka buat koleksi spek hitam; spek yang ini hilang... tertinggal di al-Farmosa Melaka sana.

Itu baju staf teknikal di tempat kerja! pinggang masa ini sekitar 35 ". Sekarang dah sampai 40". Isk!

Gambar diambil depan Makmal Komputer KKA, Fakulti Kejut. UPM

Sila komen wajah Penyair iDANRADZi ini!

Usia ketika ini berapalah agaknya?.

Rahsia!.

27 April 2010

Catatan dari FB ( Singgahsana)

Sahabatku Mizi

Itu!.. yang aku cerita dengan anak-anak. Kawan ayah ini pelbagai; dari sepandai-pandai orang sampailah ke orang biasa. Ada dengar cerita rakan kita pengedar dadah sampai tertangkap. Ada juga jadi imam masjid negeri.

Thor, Tahir, Mahyuni itu satu sekolah di Kg Changkat Tualang (Desa Tualang) mereka semua jadi orang biasa sahaja macam aku bukanlah VVIP. Dulu masa sekolah rendah aku memang pelajar contoh. Aku diterima masuk asrama penuh sebab aku memang pelajar cemerlang kononnya;

Dari darjah 4 hingga 6 aku jadi ketua murid; selalu dapat nombor satu dalam kelas. Penilaian dapat 4A 1B. masa itu mana ada pelajar pandai di kampung aku itu. Tak ada 5A pun.

Keluarga aku kira orang berada, ayah kahwin 3, patutnya tak dapat masuk ke asrama sebab ianya khas buat keluarga susah; yang lain tu memang dari keluarga susah bukan sebab rekod akedamik. Sebab rekod sekolah rendah aku cemerlang itu yg dipilih.

Dari Remove Class lagi aku sudah buang buku; aku memang tak belajar masa ambil LCE aku ingat pencil 2B yang oren hitam tu aku jadikan Buah Dadu. Habis penggal bungkus semua barang dah yakin gagal punya & akan dibuang asrama; entah macam mana boleh lulus semua mata pelajaran!. Biar pun tak cemerlang.

(Dalam jiwa aku masa itu memang aku amat anti orang kaya, sebab tenguk kehidupan arwah apak yang kaya sampai berkahwin ramai; aku memang bertekad nak jadi orang biasa!)

Dulu aku ni Mizi berhenti sekolah awal; tiap minggu kena hantar surat dari kampung, kena tanda tangan apak mengatakan ada duduk di rumah. Sekarang pun aku bersara pilihan; pencen awal. Sampai Pak Lah pun ada hantar e-mel ucapkan tahniah pendedahan aku; Bagaimana aku nekad mendedahkan permasalahan kerjaya orang bawahan di UPM.

Pihak JPM telefon ajak aku mengadap di Biru Aduan Awam JPM. Sampai NC nak pecat aku!. AJK KEPERTAMA serang aku; Hingga aku diturunkan pangkat jadi budak pejabat. Ramai yang berkokok & bertepuk tangan, mereka anggap aku ini penulis gila tak ikut saluran betul;

Tak sempat jadi duduk di bangku budak pejabat; Dekan bantu aku duduk di bangku Unit IT, pilihan keduaku.

Pilihan pertama jika aku kekal menjaga makmal komputer sendirian tanpa bos sejak 1997 lagi; aku akan berkhidmat selama dua tahun untuk sukupkan servis 30 tahun. Sebelumnya masa aku kerja dengan Dato' Radin Omar, aku memang dapat elaun tanggung kerja Juruteknik pelbagai. Sekitar 2 atau tahun begitu. Kemudian aku buat kerja lebihan secara sukarela.

Pilihan kedua aku akan letak jawatan secara pilihan ia itu lapan bulan notis. Jika aku di Unit IT.

Aku akan letak jawatan 24 jam jika aku didera menjadi Budak Pejabat. JPM tahu semua ini. E-mel merebak begitu cepat. Cara begini, selama lapan bulan tiada gaji kemudian dapat pencen segala setalah habis tempoh eddah lapan bulan itu. Ramai tak tahu akta ini.

Bila JPM telefon aku suruh mengadap mereka; Aku balas dengan e-mel panjang, aku kata aku sudah letak jawatan & bantulah rakan-rakanku yang masih berkhidmat. Dalam masa yang sa,a Pak Lah menaikkan anak buahnya seramai 200 orang ke jawatan Pembantu Tadbir Rendah; UPM tak buat sedang lampu hijau dari JPM ada aku simpan e-melnya. Semua e-mel ini aku panjangkan buat Cuepacs & pelbagai pihak. Omar@Bagindo tu tak pandai bere-mel. Salinannya ada JPM kirim ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bagus Warkah untuk PM ini. Ramai tak tahu kes sebaliknya. Tahu-tahu mereka naik pangkat sahaja.

Antara isunya aku sedih amat lihat ramai staf kerajaan dari mula masuk kerja jadi Budak Pejabat sampai ke tua dari "Atok Pejabat". Aku tak sanggup lihat mereka ini dengan mata rabun nampal setem beratus di Pejabat Pos. Itu sering aku perhatian. Dulu ada Kerani Rendah & Penyemak Fail. Jawatan ini untuk mereka sebenarnya tapi dijumudkan.

Aku ini gila menulis sejak di asrama lagi. Banyak kes bab menulis.

Bila Pak Lah letak jawatan, Datuk Najib umumkan isu ini. Berjuang sendirian terkadang lebih nekad dari kesatuan. Akhirnya alhamdullih seMalaya mendapat durian runtuh; 20 tahun pekerja se aliran aku semua dinaikkan taraf. Staf UPM 300 orang dinaikkan taraf kerjaya tanpa temuduga. Aku dah pun pencen ketika itu.

Itu yang menarik hidup ini; hidup dalam keadaan susah berpangkat rendah banyak kenangan hidup ini takkan ditemui bagi mereka yang di menara gading!. 28 tahun kerja dengan mereka ilmuan belaka tak banyak beda dengan hidup kita di Asrama Putra Jalan Watson dulu.

Catatan Dua

Tok Wan, Prof Nizam & Sdr Mizi dapat pertunjuk jalan yang betul; aku ini bayangkan terpaksa berhenti sekolah awal; 3 bulan lebih aku balik kampung belajar sendiri di rumah; ketika itu stres sangat meja tulisku kena terbalik. Disiplin kita teruk amat ketika itu!.

Maka itu aku jadi penghuni@penunggu jirat cina, lari sebab bosan dengan masalah asrama. Orang syak kerja aku tak ada lain. Negatif sahaja. Tanyalah siapa suka jadi antu dekat jirat cina tu!.

Jiwa aku memang jiwa Penyair sejak dulu; terlalu banyak yang aku hayalkan. Di asrama memang tak dapat berfikir apa pun; paling dekat jirat cinalah!.

Ambik MCE berulang naik bas dari Batu Gajah ke St Micahel. Sebelum naik bas naik Vespa dari kampung ikut Bakap 8 batu dalam dinihari, jalan lombong berlumba dengan jembalang. Menumpang simpan Vespa rumah Ithnin Nawi di Jalan Tg Tualang. Se awal 5:00 pagi kena bertolak sendirian dari Desa Tualang.

Tak seramai mana berjaya di Asrama Putra. Sebab akhirnya semua terbiar. Yang okey! kira okeylah yang degil macam aku hanyutlah.

Aku merantau ke Serdang dengan MCE aku pangkat 3; sampai pencen tak siapa hirau aku sebab aku malas nak belajar buat PJJ pelbagai peluang memang ada, tapi aku telah nekad tentukan hidup aku begini.

Perangai di asrama masih terbawa-bawa aku konon suka jadi Hang Jebat!

Rezeki pula mahal berbalah dengan golongan JIM yang memang amat pendendam mereka ini. Sejak tahun 80an lagi; golongan ini memang misteri. Terusan menghantui aku. Nanti kalau server di easyjournal okey aku akan pindahkan di blogspot ceritera dulu-dulu yang banyak boleh disambung; bagaimana kehidupan aku hingga mendapat sakit kronik sekarang ini.

Aku ingatkan aku sahaja perasan naifnya pelajar yang cemerlang terbiar di Jalan Watson itu; Aku menjadi perokok tegar sejak tingkatan 4 lagi.

Wahab jadi Peg Bomba pun naik dari bawahan. Joe & Osman pun sama kut!.

Tulisan Mizi benar belaka. Aku masih ingat air kegemaran aku kalau memang dah habis air sirap. Air paiplah apalagi. Belasah sahaja. Paling sedih nak bersahur kena redah gelap dinihari lalu bawah pokok besar kalau tinggal di Jln Watson dan 73 tambun. Sering pula hari hujan!. Sakit!.

(Payah mahu menongkah arus ni Mizi; tapi mungkin kita boleh buat sesuatu pada keluarga mangsa. Saya pernah terdengar khabar rakan kita ada ke tali gantung lantaran menjadi pengedar dadah. Benarkah khabar ini. Sungguh bukan aku nak salahkan takdir buat kata Tok Wan ada yang jadi orang; Ini tanggung jawab diri sendiri. Bab aku mungkin sekadar menjadi orang-orang!)

Tapi kira okeylah! dapat mendengar kejayaan rakan-rakan pun terasa satu rahmat. Dapat tahu Prof Dolah dapat Dato' kita numpang tersohor juga!.

Emmm! lihat gambar Mizi pakai topi putih di tapak binaan hati teruja juga.

Tulisan Mizi:

Tulisan ini memang benar belaka; cumanya kami bukan mahu menyalahkan sesiapa. Elok dibuatkan suri teladan bagi mereka yang mahukan kejayaaan anak; tinggalkan anak di asrama pastikan asrama tersebut benar-benar terjamin.

Ini zaman 30 tahun lalu; sekarang mungkin tak ditemui asrama sebegini.
Tiap kali tengok budak-budak tunggu bas untuk balik ke asrama/kampung… terus teringat masa duk hantar ambil Yop dan Syitah ke asrama deme dulu. Lantas teringat aku sendiri dalam keadaan itu.
Kehidupan tinggal di asrama bermula masa dipilih untuk RK (Rancangan khas) masuk Remove Class (dari sekolah kebangsaan ke aliran Inggeris), Mana2 budak yang dapat 3A, 2B atau 4A, 1B dlm Peperiksaan Penilaian dan tak dpt masuk ke asrama penuh akan ditawarkan ke sekolah2 terpilih di bandar Ipoh. Masa tu umur baru 13 tahun… selepas darjah 6. Kat RK takat form 3 jer (4 tahun).. Form 4 dan form 5 duk kat SMT, Jalan Cheras, KL.. Form six selama sebulan tak duk asrama.. masuk PUO pun cuma rasa duk kat hostel cuma satu penggal jer. Masa UTM pulak duk kat hostel flat kat Kampong baru tu.

Kehidupan di asrama yang paling haprak ialah masa di RK Jalan Watson/Jalan Tambun Ipoh. Ditempat kan di 3 buah bungalow kuarters kerajaan yang usang bersebelahan dgn jirat cina. Ruang tamu dan ruang makan salah satu bungalow itu dijadikan ‘dewan makan’ Makanan dimasak di tempat lain (”S” Restoran) dan dibawa dengan van ke asrama. Kalau van buruk tu breakdown.. kebulur la kami menunggu makanan tak sampai2. Mutu makanannya.. selalu ada ikan ‘jaws’ sayur kubis berperencah ulat dan kalo pepagi selalunya roti lembik dan kdg2 mee goreng golek kicap/sos jer. Selama 3 tahun duk kat situ (tahun pertama menumpang kat asrama STAR) asyik org tu jer yang dapat tender bekalkan makanan? Tak ada org lain ke yang berminat? Peruntukan shiput jer ke atau ada kong kalikong masa pemberian tender?

Satu unit bungalow tu ada 3 atau 4 bilik. Toilet empat (termasuk toilet amah) Bayangkan la… 30 hingga 40 org budak2 duk dalam satu bungalow… toilet ada 3 jer.. kalo pepagi. tak ke haru biru nak buang sisa toksik masing2? Tu yang ada pi melepas kat semak atau yang daring tu pi kat celah2 jirat cina tu. Keadaan ini adalah lebih buruk dari kedaan di kampung sendiri.

Kebersihan asrama, sendiri2 tanggung.. tak ada pekerja yang sapu apatah lagi mop lantai. Penyapu pun tong2 beli sendiri.. semua tunggang langgang… maklum la kebanyakan kami budak2 kampong… untuk jimat upah dobi.. kami basuh sendiri. Mana yang malas tu… uniform putih jadi kuning.. kuning jadi kelabu.. ada warden.. tapi tak selalu duk asrama pun.

Untuk ke sekolah kami disediakan bas.. tapi bas ni bukan free.. kena bayar. Mcm mana perancangan Jabatan Pendidikan masa tu? Patutnya benda2 mcm ni diambil kira. Atau mungkin peruntukan utk transportation pun ada yang ‘pau’ masuk poket sendiri?

Tujuan asal kerajaan amat baik. Tapi perlaksanaan nya amat buruk.. mungkin ada pihak2 tertentu yang tidak amanah.. guna peruntukan yang disediakan untuk diri sendiri. Keadaan ini menyebabkan ramai bebudak yang jadi liar. Mana yang tidak boleh mendisiplinkan diri sendiri terus hanyut… jadi penagih dan sebagainya. Mungkin benda2 mcm ni la berputiknye perasaan anti establishment.. penuh dengan korupsi… sekarang baru nampak akibahnya.

Ramai juga yang ‘jadi orang’ dan akhirnya menjawat jawatan yang aku dengar agak bagus2 juga. Tapi aku rasa, kalau perlaksanaan RK itu dijalankan dengan baik oleh pihak2 berkenaan (Jabatan Pendidikan).. tujuan asal RK itu akan lebih berjaya. Amat rugi sebab ramai anak2 Melayu yang tercicir kerana jadi mangsa keadaan mcm tu. Aku sendiri bila dah tak tahan dengan kehidupan di asrama itu mencari jalan keluar untuk menentukan masa depan aku. Lepas LCE.. aku mohon masuk ke sekolah teknik.. dan lepas tu dapatlah merasa duduk di ‘asrama’ yang sempurna.

Cumanye.. aku masih tertanya2? Siapa yang sepatutnye menyelia RK tu dulu? Mana perginya ‘pegawai2 Jabatan.. Nazir2… pegawai pembangunan dsbnye? Mana perginya peruntukan2 untuk housekeeping, riadah, logistik dan sebagainya. Tak kan la kami diumpamakan seperti kambing dilepaskan kepadang luas.. pepandailah jaga diri sendiri.. Kalau la aku berupaya trace balik rekod2 akaun RK tu… mau aku submit kepada MACC..

Malangnya… bungalow2 itu pun dah diroboh dan di gantikan dengan rumah agam individu2 tertentu… dan aku juga muskyil mcm mana tanah2 prime mcm tu boleh dimiliki oleh mereka? Pegawai2 berkenaan pun pastinya dah bersara dan kalo betul la tidak amanah semasa hidupnya.. duk bersilat dgn malaikat di dalam kubor agam mereka.

Yang masih hidup.. Masing2 masih bermaharajalela di bumi Allah ini… umpama mereka boleh bawa harta benda mereka ke lubang kubur.
Cikgu Aziz, Cikgu Mutalib, Cikgu Harun rasanya mereka telah membuat kerja sebaiknya sebagai warden asrama. Tak ingat yang macho macam Rishi Kapoor itu pun baik sangat tetapi memang wajar ada pihak yang boleh membuat Post Mortem sebab golongan kami memang ada yang berjaya smpai menara gading selebihnya cuba imbau pendapat mereka.

Aku masih ingat peringkat awal memang masih ada dobi. Tukang sapu sampah semua itu ada; penghujungnya ketika aku tinga Form 4 & Form 5 memang aku ralat & tinggalkan asrama sebelum persekolahan tamat. Mana ada dobi segala. Aku masih ingat masa itu Mantan PM Dr M jadi Menteri Pelajaran sering ugut kami mahu menarik balik biasiswa jika kami menurun pelajaran.

Mana ada siapa hirau kami masa itu. Belajar atau tidak, sekolah atau tidak, nak merokokkah? nak hisab dadahkah, memang terbiar!. Sekitar tahun 70an memang St Michael Inst. teruk dihimpit masalah dadah. Aku sendiri pernah mendapat candu secara mudah!

26 April 2010

iDAN di Cherating BayView Ahad ini (Singgahsana)

Dah tempah sejak dua minggu lalu dengan Tuan Haji Meor Milik Orang Kita, Jangan tanya fasal berapa bintanglah!. Lot 367, Kg Cherating Lama, 26080 Kuantan, Pahang, Malaysia No Tel: 09 581 9248 No. Fax 09 581 9415 Itu pun cuma tinggal lagi satu sahaja bilik untuk keluarga. Waktu sesak Tuan Haji kenakan sewa RM190 untuk Bilik Keluarga. Hari Biasa sekitar RM 120 ke RM150 sahaja. Katanya boleh muat sekitar empat dewasa; Maksudnya ada dua katil kelaminlah kut! Kena bawa Narita kalau nak tidur beramai. Tenguk dalam gambar memang menarik. Tepi pantai. Siap kolam renang, ada restoran, taman yang bersih & persekitarannya ala kampung!. Aku banyak juga baca komen mereka yang pernah menginap di sini; biasalah ada yang suka & ada yang tak berapa suka. Terutama layanan empunya resort & serta kemudahan asasnya. Itu adatlah. Ini bukan hotel 3 bintang. Sesekali nak rasa juga suasana terpencil & jauh dari kota. Jalan masuk katanya agak payah sebab kurang papan tanda jauh terpencil siap terpaksa lalu Tanah Perkuburan Melayu lagi. Nama lagi Kampung Cherating Lama, kampung Melayu mesti ada kubur; Aku telah lihat di Wikimapia memang ianya berupa tanjung yang terpencil. "Tak bolehkah kau buat masa cuti sekolah Fairuz!" Fairuz ni tak suka namanya dieja Fairus, apa fobianya dengan huruf S bagi dirinya. Aku suka S banding Z; tenguk Z aku dah seram; askar yang suka guna Z (Jangan Zeq terasalah pula!.) "Cuti sekolah sotong pun cuti Abg iDAN!, cuti makan, cuti keluar lubuk, macam mana nak tangkap mereka!" "Iyerlah! sotong di Terengganu pandai membaca" keluh aku. Pada awalnya Afiz memang mahu ikut, tapi baru kejap tadi katanya tak boleh, dia banyak kertas kerja; Pensyarah di Poli semua gila dera pelajar katanya!. Mahu semua pelajar jadi handal segala. Tapi sungguh sejak Afiz mendaftar di sana aku dah terasa sesuatu; bebarunya ini Labtop Afiz ghaib disambar rakan se rumah (mungkin) buat aku tertanya-tanya apa itu pelajar Poli. Lebih-lebih lagi masa di Fak Kejut; pelajar Poli ini keluar masuk, amat sukar kekal di sana!; kami orang lama terdera!. (YB jangan pula terasa, dulu staf kerajaan gaji murah!; sekarang pelajar Poli dapat gaji sijil pun tak mahu berganjak; biar pun ramai memiliki diploma) Buat perancang candat sotong ini, rasanya telah sejak tahun lalu lagi; saat akhir si Ijam telefon; "Abg iDAN Resort Pakcik saya punya itu dah penuh!" pulak!, aku tak kisah sangat bab resort atau chalet mana nak bermalam! " yang ada ini dalam RM240, banglow dua tingkat..." Ijam orang Kemaman, dia yang tahu tentang penginapan di sana. Maka dia diamanahkan tentang penginapan; Fairuz (s) memanglah tak bermasalah, Ijam waris sebelah isterinya maka menginap sahaja di rumah saudara mara sebelah isterinya sekitar Kemaman. Adik Fairuz si Fareez juga turut serta. Pak Ya orang pantai Timur juga. Katanya tak kisah nak menginap di mana-mana penginapan. Mungkin dia menginap di rumah warisnya juga. Pak Wahid awalnya dia bukan main lagi bersemangat nak pergi mencandat tetiba sahaja menarik diri. Selebihnya semua rakan Fareez di UKM Bangi. Sekitar 10 orang kut!. "Emmm! RM240 itu dah kira hotel 3 bintang ada kolam renang tak?" "Tak adalah Abg iDAN" aku membayangkan banglow itu bawah pokok besar, jauh di hutan simpan; malam-malam pasti ada penunggunya. Ah! di mana-mana pun ada penunggunya!. "Tak apalah kalau sudah tak ada pilihan, sebab saya dah janji dengan keluarga nak bawa mereka bercuti!"
Pantai Kemasik, Kemaman, tenguk airnya jernihlah amat!.
Siang Sabtu 1 Mei, selepas Subuh kami bertolak dari Kemaman, memancing di laut dalam; malamnya mencandat sotong. Bermakna aku bertolak ke Kemaman Jumaat malam Sabtu sekitar Sabtu subuh kena ada di Kemaman. Selang beberapa hari Fairuz memberi ide: "Baik Abg iDAN cari kat Cherating; tak jauh Cherating dengan Kemaman tu Abg iDAN!" Terfikir juga aku sedari awal nak cari tempat penginapan lain; aku tak dapat bayangkan Kemaman & Cherating itu sejauh mana. Rasanya kalau bayar RM240 semalam tanpa kolam renang, bising si Azim & Anif. Mereka kaki mandi kolam. Kalau Ijam dah bayar cagaran bagaimana?. Aku ada talian bebas tol tajaan Streamyx. Apa salahnya aku kacau chalet atau resort & semua hotel di Cherating!. Telahanku, dalam tempoh 3 minggu lagi memang banyak hotel, resort & chalet telah penuh ditempah. Kecualilah hotel 4 bintang yang rata-rata sekitar RM350 ke atas. "Ala! dia pasti tak bayar lagi duit cagaran itu!" Fairuz menyakinkan aku. Rasanya berpuluh juga tempat aku cuba kontak; ada yang tak berangkat. Maknanya penuhlah tu!, ada yang layan tak layan lantaran memang Cherating tempat tumpuan. Ramai pengunjung. Tak ubah payahnya aku mencari tempat bermalam ketika mahu bercuti di Teluk Batik pada tahun lalu.
Senja di Cherating
Baru sebentar tadi aku memastikan ianya telah tertempah okey!. Tuan Haji Meor pun telah menerima cagaran dari MayBank 2u. Bercuti tanpa dua anak teruna ini bersama memang amat janggal. Aziq tak mahu pergi sebab dia mahu menumpukan Peperiksaan Percubaan SPMnya; cita-citanya yang amat tinggi aku lihat benar-benar menjadi pegangan kukuh; Afiz pula akan periksa akhir semester. "Tak syoklah ayah Angah & Along tak ada" Azim bersungut masa nak ke sekolah agama tadi. "Ala!... semalam sahaja, kalau Azim rasa okey! nanti hujung tahun ayah tempah dua malam ke sana bersama Angah & Along, lagipun ayah risau Along & ibu bergaduh lagi ketika ayah tak ada; siapa nak leraikan!" Upp! itu rahsia keluarga!. Keluargaku bermalam di Cherating pun telah galak kali; paling aku suka ialah Impiana Beach Resort. Agak terpencil jauh di hutan simpan tetapi pantainya amat indah!. Semalam aku pening lagi, sudahlah semalam kehilangan beg duit kad pengenalan pelbagai; nak hidupkan insuran serta cukai jalan skuter V100 yang tak berjalan ini & kapcai Lagenda Afiz bukan main payah. Asyik talian internet meragam kata wakil insurannya. Kereta perang pula sangkut di Kajang; Airnya panas menggila. Dua kali terpaksa bawa kapcai ke JPJ nak hidupkan cukai jalan. Gara-gara insuran terangkut. Lesen memandu juga dah nak mati. Kena perbaharui. Insuran motosikal naik 100%, gila betul dari RM100 sahaja insuran setahun, sekarang RM200 lebih insuran setahun. Tak kiralah kapcai cabuk sekalipun. Mak Datuk! banyaknya cabaran hidup ini. Masa aku aku bawa kapcai nyaris tak kemalangan, pening mendadak. Memang hilang panduan. Mungkin silap makan, mungkin lambat makan!. Elok sangat aku bercuti!. Komen di Situs tentang BayView Resort: "bukak pintu je nampak beach. owh love the breezy wind! that's why we choosed cherating bayview resort. affordable price and beautiful view." "Actually tempat ni nice place...pantai dia cantik...bersih...stunning..memang jatuh cinta la...
Kalau pegi sini kena standby ubat nyamuk...nyamuk banyak sebab belakang chalet ni hutan dan banyak kawasan air bertakung" "Once you are within the compound, you will notice that the resort is very clean and well-mantained and is value for money. The facilities all work very well and the resort is near to many eateries and shops. The beach facing the resort is superb and breathtaking..." "The owners and the staff of the resort is very friendly and good guide other travellers to places of interest." "cherating bayview resort not bad ma, beach just within 1 min walking... if you dare you can just straight jump to the sea from the window @ nite"

Easyjournal meragam lagi! (Singgahsana)



Banyak tulisan aku di server easyjournal itu masih tak dipindahkan ke blog ini; minggu ini nampaknya ianya meragam lagi. Tak dapat diakses!.

Tak boleh harap dengan satu server saja rupanya, pernah terfikir mahu jadikan semua jurnal@blog dalam bentuk CD atau DVD. Tak buat-buat.

Harap-harapnya ianya tidak lebur begitu sahaja. Kena bermula mengumpul semua tulisan sebelum ini. Jika tidak tinggal kenangan sahaja.
:(



25 April 2010

Puisi Darah iDAN di Mingguan Malaysia hari ini.




DARAH ITU TIDAK LAGI MERAH


Darah itu tidak lagi merah
dari perut bumi segalanya menerjah
mahu menghentikan semua kemungkaran
lalu baik anak kecil warga tua
atau golongan istimewa
semuanya menjadi mangsa bencana
syahidlah hendaknya jika dikau beriman.

Gegar takdir itu bukan kejam
tetapi igauan kita yang leka & alpa
membiarkan segala dosa melarat
hinggakan jasad bumi tidak lagi larat
mengampu beban nista kian porak-peranda
sengketa di jiwa raga tanpa pembela
angkuh & ego menindas rakyat jelata
agihan harta negara tidak sama rata.

Darah itu tidak lagi merah
desah semalam tidak kenal pasrah
asyik menuding arah tuju yang gundah
seyogia siasah itu membawa padah.

iDANRADZi
Kajang, Selangor.

Puisi ini telah agak lama saya ilhamkan sekitar Oktober tahun lalu ketika Gempa Bumi menggegarkan Padang, Indonesia. Ianya saya kirim semula lantaran saya memikirkan ada kesedaran sejagat yang perlu kita fikir bersama.

Terima kasih, Editor Ruangan Sastera Utusan Mayasia lantaran sudi menyiarkan puisi ini. Sejak saya bersara saban minggu biasanya saya akan menulis sebuah puisi untuk Utusan Malaysia & sebuah lagi untuk Berita Harian. Rutin ini pasti akan saya teruskan selagi masih punyai ilham.