iDAN

20 Mei 2010

KC 15 ♥ Kasih Obasan (Singgahsana)

Dapat meneguk air sejuk & air isotonik ketika amat penat alangkah nikmatnya. Turun sahaja dari jip kami semua ke dapur. Senyum dari Obasan di pintu dapur cukup membahagiakan aku. Seperti orang kita Melayu makan tengah hari orang Jepun masih dengan nasi ala pulutnya; makanan aku diasingkan di sudut hujung. Sebab aku telah berpesan aku tak makan sebarang daging demi untuk menyelamatkan aku dari termakan daging babi yang memang perencah utama masakan orang Jepun.

"Tak nampak Pakcik kita tu... Akirasan! dia tak makan dengan kitakah?" aku bertanya Tanaka, Eisaku, Katsura & Takashi nampak laju sahaja makannya.

"Akira kadang-kadang saja makan di sini; isterinya tak kerja rajin masak kat rumah. Hari ini dia makan di rumah kut!"

"Bos besar kita Matsusakisan tak balik lagikah; dia makan sama kita kan?"

"Biasalah kalau dah keluar pejabat mesti dia makan di luar!" aku suka tenguk Takashi makan; macam dia buat kerja juga. Laju. Orang Jepun aku perhatikan tak reti rasa panas; aku terkial-kial nak telan sup panas mereka biasa sahaja dengan dua kayu yang tajam ujungnya itu. Menghirup kuah dalam mangkuk.

Masakan Obasan di Jua Machi ini jauh lebih sedap dari Obasan aku di Sagamihara. Masakan seseorang itu adalah lambang kasih sayangnya. Jika ketika memasak seseorang itu lakukan dengan penuh kasih sayang pasti aroma rasanya akan terbit di setiap intipati masakannya. Obasan baruku ini memang bekas penyanyi Sariosa; maka masakannya pun rasa begitu. Sukar dapat aku rasai masakan seenak ini.

Tekak kita pun pandai memilih; selalunya jika ada bahan yang tak bersih pasti akan rasa loya; aku pernah berceritera bab ini di jurnal lamaku.

Aku tercari-cari juga... kut! Suminya & Kak Mayumi makan sekali; tiada.

"Suminya & Kak Mayumi tak makan dengan kita ke?"

"Tak, mereka makan di luar Kak Mayumi memang orang kampung sini, Suminya selalunya bawa bekal" Tanaka nampaknya telah kenyang & mahu naik ke atas berehat.

Kesempatan ini aku ambil untu dapat berbual dengan Okaasan; cuaca musim luruh yang dingin buat aku tak tergamak mahu mandi di tengah hari. Usia Okaasan yang telah 60an nampak masih sihat & lincah buat kerja. Banyak juga dia bertanya tentang aku & keluarga. Dia pun naik risau kenapa telah hampir 5 tahun aku masih tak punyai anak. Aku ceritalah sebabnya.

"Kami perempuan di Jepun tak pentingkan sangat cita-cita, biarlah orang lelaki keluar rumah & mencari rezeki. Mungkin generasi baru kini yang berlumba-lumba mahu mengejar kerjaya!"

"Entahlah Okaasan ketika kami buat cucian itu memang saya amat sedih kehilangan cahaya mata pertama, nak buat macam mana ketika itu Mila tu ada cita-cita lagi pun saya takkan mampu tanggung dia belajar kalau diarahkan keluar asrama!"

"Tidakkah itu membunuh namanya?"

"Saya berpegang pada pendapat imam kami; ada yang membolehkan jika punyai sebab yang munasabah lagi pun masa itu janinnya kecil lagi masih tak ditiupkan rohnya!"

"Okaasan tak nampak semua itu tetapi langkah membuat cucian itu bagi Okaasan kita menghalang satu kehidupan!" aku tak dapat menjawabnya, biar pun Okaasan bukan orang Islam; orang Jepun mana ada agama tetapi kesedaran mereka aku akui amat suci & jernih.

Sesungguhnya jauh di sudut hatiku, aku juga menangisi perbuatan lampau itu. Hinggakan pada malam hari hitam tersebut aku mimpikan aku menimang cahaya mata perempuan.

"Obasan saya memang menghormati pendapat Obasan & sebaiknya begitu; rezeki bagi setiap makhluk Tuhan itu ada!" tak sangka Obasan dapat berbual perkara kepercayaan begitu.

Kenapa kita tidak berdakwah sampai ke Jepun; asyik sebut negara China sahaja.


Ketika petang kami tak selalu kerja luar; ikut jadual jika ada kerja konkrit di dalam terowong terpaksalah pergi. Aku biasa diarahkan duduk di ofis menemani Pakcik aku Akirasan tolong buat kerja surihan atau kerja pengurusan yang lain. Kerja di pejabat orang Jepun tak mengira taraf, janji boleh buat. Jika cepat mahir dalam apa juga tugas memang akan bertambahlah kerja. Sebab itu orang kata orang Jepun ini gila kerja.

Sebelah petang juga diadakan perjumpaan bagi kontraktor; pihak pemaju PCI & wakil kerajaan berbincang segala masalah di tapak binaan. Aku memerhatikan sahaja gelagat orang Jepun ini. Sungguh mereka satu bangsa yang gigih berkerja pun amat menepati waktu & sasaran kerjaya. Seperkara lagi jika di ofis aku tak dengar mereka berbual, asyik belek sana belek sini; berkerja dan berkerja dengan tekun, kita nak bertanya pun payah. Mereka hanya berbual ketika waktu rehat.

Aku asyik memerhati dari jendela bagaimana indahnya sawah padi yang sarat dengan buahnya. Sesesaki di tiup angin bagaikan ombak laut beriak & beralun di sana sini. Suminya yang duduk di sebelah aku sesekali menjeling aku, pasti dia perasan aku memang gelisah jika tak ada kerja; aku leka menulis di diari sesekali aku lakar wajah-wajah rakanku termasuk wajah Suminya.

Yang lebih padu di dalam hati & jiwaku adalah bayangan wajah Mila. Kekinian telah masuk bulan kedua dia tidak menulis buatku. Aku teringat ketika aku di Sagamihara; jika rindu menebal begini aku akan singgah di Machida untuk telefon dia buat pelepas rindu.

Rutin harian aku makin penat mahu aku turuti; awal pagi buka peti surat. Biasanya memang hampa sahaja. Adalah sesekali aku dapat poskad dari rakan yang kukenali di Harajuku pelajar dari Malaysia tapi aku tak minat langsung mahu menulis panjang dengan pelajar ini. Sekadar berbalas poskad. Tak lebih dari itu. Poskad Mila tak pernah datang, surat jauh sekali.

"Haridansan ada telefon mungkin kanai awak!"

Tetiba Matsusaki memanggil aku. Di dormitori kami memang ada satu talian kut ada kecemasan pelbagai. Telefonnya terletak di satu bilik tak jauh dari bilik Matsusaki; taliannya selari dengan telefon di kamarnya.

"Abg minta maaf Mila lama tak menulis buat abg"

"Kenapa tak tulis..."

"Tak tahu nak tulis apa!.."

"Kita kat sini bagai nak mati ingatkan dia, risaukan dia, malas tulis pun hantarlah poskad..!"

"Nantilah Mila hantar! nak kasi tahu emak ada kat sini nak cakap tak?"

"Emmm! rasanya tak ada nak bual, emak sihat kan?"

"Dia sihat!"

"Tak payahlah bual panjang di telefon ini nanti bil melambung tinggi; Mila tuliskah surat lebih murah & tak membazir..!"

Itu antara bualan aku & Mila setelah lama juga kami berbalah bab tulis surat. Bila aku letak gagang telefon baru aku perasan; Mila sebut emak tadi. Kalau emak di Meru selalunya Mila sebut Nyaie. Entah-entah emak dari kampung!. Macam mana nak telefon; telefon kat luar ini cuma terima panggilan sahaja. Aku terus mengambil kertas surat biru nipis. Bertanya emak siapa Mila maksudkan tadi. Di kampung terpencil ini Jua Machi tak ada telefon awam untuk ke talian antarabangsa kena keluar ke Hitachi. Nanti hari minggu aku akan ikut Tanaka jika dia ke Hitachi. Huh! rasa sesuatu tak kena aku tolak pelawaan Mila untuk berbual dengan emak!.

Awal pagi aku telah bergegas ke dapur mengadu pada Obasan yang malam tadi Mila telefon.

"Anatano kanaiwaa damee...!"

"Ngapa Obasan kata begitu!?"

"Obasan perasan hari-hari iDAN buka peti surat tapi hampa sahaja!.. kan?"

"Tak apalah Obasan bukankah dia masih ingatkan saya... kalau tak kenapa dia telefon semalam!"

"Mungkin dia telefon sebab emak iDAN yang datang rumah sewa tu!" adoi! aku rasa tertampar; memang aku sering mimpi kehilangan kasut sejak kebelakangan ini. Sejarah hidup aku terbukti pantang mimpi kehilangan kasut; akan pasti Mila bakal meragam; kalau tak Mila pasti ada khabar tak baik akan aku terima. Ya Allah agar aku dijauhi segala bala bencana.- bersambung.

istilah

Kanai = isteri
Dame = bermasalah
Anatano = kepunyaan anda
Obasan =  makcik aku anggap emak angkatku
Obasan and obāsan are Japanese words meaning 'aunt' or 'older woman' respectively, sometimes found in English in anime and manga. They may also mean: Obasan, a novel by Joy Kogawa, published in 1981.

17 Mei 2010

Sotong Kemaman terlena Penyair iDANRADZi nyaris maut 2(Singgahsana)

Lorong masuk ke Cherating BayView memangnya cantik. Ada banyak resort & chalet di sini. Ada Maznah Guest House, Matahari Chalet, Riverside Holiday Resort, Cherating Cottage, Payung Guest House, Cherating River, Coconut Inn, Tanjung Inn Villa & Fedelia, Sayang Beach, Cherating Palm, Penn Endurance & Equestrarian Club, Cherating Durung Kiri, DE Cherating Chalet, Cherating Inn Beach View , Cherating Palm Resort, Cherating Durung, Ranting Beach Resort serta banyak lagi rumah penginapan.

Jam 4:30 pagi masih meriah bagaikan tiada malam di sini. Harapan aku sempatlah aku tidur di Cherating BayView atau mandi di pantainya selepas mencandat sotong nanti.

"Moh!lah kita mencari Masjid Geliga, janjinya di sana kami berkumpul"

Selang beberapa minit kami menyusuri jalan ke Masjid Geliga Fairus telefon lagi. Dia & keluarganya tidur di rumah calon mertua Ijam sekitar Kampung Geliga. Dia mengarahkan kami berhenti di Gerai Sata yang banyak di perjalanan ke rumah calon mertua Ijam itu.

Bilamana aku sampai di depan Masjid Geliga aku cadangnya mahu belok ke kanan & menuju Kampung geliga; tetapi berdering lagi telefon; Ijam mengarahkan kami menunggu di situ sebab katanya kumpulan Fareez dari UKM telah sampai di jeti.

Jeti tempat kami berlabuh tak jauh dari Masjid Geliga; arah ke Kemaman sebelah kiri di belakang Pam minyak Petronas. Bermakna kami menyusuri anak sungai melintasi jalan raya di bawah jambatan Kemaman. Laut di sebelah kanan. Memang Kemaman bandar yang cantik sebab di tebing sungai atau kuala sungai bersebelahan Laut China Selatan. Bandar Kemaman sebuah bandar yang memanjang pantai dihiasi lampu cantik ketika malam.

Aku melalui simpang ke Impiana Resort Cherating; pernah menginap di sini. Resort yang memang cantik & pantainya putih menarik.

Pernah tidur di sini; Azim masa itu kecil lagi asyik jatuh katil!.

Aku berjumpa kumpulan Fareez dengan dua buah kenderaan telah menunggu di jeti. Memandangkan hampir subuh, kumpulan Fareez kembali ke Masjid Geliga untuk solat subuh. Kesempatan ini tentunya amat baik untuk aku berehat seketika dari perjalanan jauh. Bayangkan dari jam 11:00 malam dari Jenaris; sekitar lima ke enam memandu. Penat tentunya lantaran tanpa tidur sepanjang malam. Juga tentunya memudahkan Mila mengecam jalan. Rasanya ini pertama kali aku membiarkan Mila sendirian mencari resort, memandu di bumi orang sendirian bersama anak-anak.

Impiana Resort Cherating

Selepas kami solat subuh, aku, Mila, Anif & Azim menuju ke Jeti; hari terang-terang tanah. Cantik permandangan di kampung nelayan ini; dengan bot yang banyak tersadai; pelepah rembia & tenangnya Sungai Kemaman.

Bot milik Pak Dol memang besar (bukan nama sebenar) . Sama besar bot Pek Senon di Kuala Terengganu. Ianya di pandu oleh Ayah Ngah jenis pendiam tetapi Pak Dol nampak peramah. Ada dua lagi awak-awak. Seorang nampak sasa muda belia; Abg Segak, seorang lagi tinggi lampai Abg Long & seorang lain kanak-kanak anah buah Ayah Ngah.

Rakan Fareez ada empat orang. Merekalah penaja, si Zidin aku kenal masa bersama bot Pak Senon, Pakcik Seman, Jaja & Helmi (bukan nama sebenar).

Kumpulan kami pula, aku, Fairuz, Ijam, Pak Ya & Sulhan. Ini pertama kali kami berpecah dua kumpulan. Selalunya kalau aku memancing laut dalam kami sekumpulan & ikan serta tangkapan lain akan dibahagi sama rata. Bermakna kami seramai 14 orang menguji untung nasib di bawah pelayaran Tekong Pak Dol.


Hari semakin cerah, barangan telah di punggah ke bot. Aku menurun tali untuk naik ke bot; air ketika subuh nampaknya masih surut. Aku lihat Mila, Anif & Azim begitu ghairah mengambil gambar; bot mula menghidupkan enjinnya & kami meninggalkan jeti dengan lambaian Mila & anak-anak. Tiada orang lain di jeti ketika itu.


Cuaca amat baik & laut amat tenang; aku tidur-tidur ayam menuju ke injam pertama. Dari menyusur sungai yang keruh airnya sekarang kami telah berada di kebiruan air laut. Biru yang amat sukar ditafsirkan; Nampak banyak bot kecil nelayan menangkap ikan. Bot Pak Dol bergerak sasa.

- bersambung

16 Mei 2010

Penyair iDANRADZi ke Klinik Kardio lagi(Singgahsana)

Tengah bersiap nak ke Klinik Kardio Hospital Serdang lagi; minggu lalu semuanya kembali ke normal, amat mengejutkan gula@glukos kembali rendah ke 4++ setelah memecah rekod 10++. Kandungan glukos sebanyak 4++ memang agak memeningkan juga; terasa lesu badan ini. Mungkin faktor kegemukan; gula paling ideal bagi badan ini sekitar 5++. Apa yang banyak membantu aku; ada tiga makanan; Goji Kering, Petai & Jering. Dalam tempoh tiga minggu gula lebur begitu drastik tapi bersyarat kena berpeluh selalu.

Cumanya hati milikku makin banyak enzim atau bahan kimia bertoksik yang membuat sebahagian hatiku membengkak & mati. Doktor telah mengurangkan dos ubatan agar hati kembali normal. Maka itu pesakit kronik sepertiku kena sering mengadap doktor; tiap 3 bulan terpaksa diambil sampel darah untuk ujian terapi. Huh! memang penat!.


Badan sebenarnya masih penat setelah merisik di Kemayan, Triang. Agak penat lantaran penghawa dingin Avanza milik Mila meragam. Jalan dari Kuala Pilah ke Triang memang ngeri & berliku. Lori kelapa sawit orang Triang memang laju & sering makan jalan. Pemandu terpaksa mengalah jika berselisih dengan lor-lori ini. Ini tambah memenatkan. Triang biar pun bandar cina tetapi aku suka suasana Triang yang damai & tidak sibuk.

Siapa orang Machang di sini; aku akan ke Machang pada 10 & 11 Jun nanti pertunangan anak sulung & nikah gantung. Sekitar Disember tahun ini atau Jun tahun hadapan akan dibuat majlis kenduri di Machang sana. Di sekitar Jenaris masih tak pasti bila.

5 & 6 Jun & 12 &13 Jun jika kudratku kuat aku akan berada di Perak; sekitar Kampar, Sahom & Kota Bharu Perak. Ketat amat jadual perjalananku.

10 Mei 2010

Ayah AC Mizal Diganggu Hantu (Singgahsana)

dah nak pergi kerja belum... masih kat rumah lagi ke
8:27am dzuan

baru balik kerja, nak tido..

8:27amSaya

ooo... kerjalah malam tadi... ingatkan cuti sepanjang hari... penat tu ... selamat tidur...!

(Semalam aku berbual panjang dengan Dzuan ni; dah berpuluh tahun tak jumpa, silap-silap mahu 30 tahun kut!, dia kata dia cuti semalam)

8:27am Dzuan

yaa, mcm ni lee... kerja kilang

8:28amSaya
sama saja.. kerja mana pun...

ipar duai aku pun ramai kerja kilang

sampai pergi kursus ke Jepun juga...

sekarang pakai Vios lagi... rezeki kat mana-mana okey!

Mila (org rumah) sahaja kerja kira okey sikit dalam keluarga dia...

Dzuan org rumah kerja lagi tak?

8:29am Dzuan

dia mmg dah berenti lama dahhh kawin je dia berenti... kata nye nak jaga aku biar gemok!

8:29amSaya

pulak!... nak gemuk mudah saja

makan tido makan tido macam aku... gemuklah

seronoklah bini ada rumah

aku naik jelak makan di kedai mamak

masak ni aku malas sangat

selalunya beli lauk masak nasi ...

ikut anginlah..

kalau takad rebus2 tu bolehlah

aku suka rebus bayam dengan cendawan..

penatlah Dzuan jadi suri rumah ni

air bejuku di depan tu pun tak buang2 lagi..

bunga tak siram lagi... belum nak buang taik kucing lagi!

8:31amDzuan

aku bab makan terjaga..pagi ptg mlm semua ada

aku masaalah itu semua tak ade pasal bini aku super women

8:32amSaya
seronoknya kau Dzuan! semua terjaga

anak aku ni minat nak beli pelbagai

tapi ayahnya yg kena dera

tapi Dzuan maintain lagi.. aku teguk dalam gambar

aku agak pinggang kau masih 35"

aku dah 42....

kebelakangan ini terpaksa cari pakaian di bundel... payah nak cari saiz beso!

itu yg banyak saiz beso..

8:33amSaya
aku bercinta dengan si Conel tak jadi

Osman boleh ingat nama si Suminah tuu

kau ingat lagi ke buah hati aku tu?

8:34amDzuan
Ingat!, masih ingat kau suka tulis surat pada si Conel tu..
8:35amSaya
Mila ni aku kenal melalui radio

mungkin dalam rancangan destinasi atau bunga bangsa

aku rajin hantar sajak di radio

tahun awal 80an banyak cerpen tersiar di rancangan Kenangan..

terbitan Chuari Selamat

tu yg kenal Mila tu!...

org rumah org mana iyer...

bercinta sejak asrama tak?

8:36amDzuan
.takkan kamu tak tahu..cucu kpd tok jalil dekat romah kamu kat cnkt tualang. emaknya pauziah yg kawin dgn orang parit.kan dari sekolah lagi kami kawan. takkan kamu tak ingat sorat yg panjang2 tu sorat dia leee.
8:37amSaya

Kejap aku cuba ingat-ingatkan...

Tok Jalil

lupalah Siapa adik beradik Tok jalil

Tok Jalil setahu aku dukun handal

dekat rumah Taharin

aku perasan kau bercinta dulu...

kalau tak silap ada rumah anaknya sebelah...

8:38amDzuan

Betul le tuuitu pasal cucu nye pun sama garang

Memang ada rumah anaknya sebelah rumah pusaka tu

8:38amSaya

rumah Tok Jalil tu tinggal di rumah kayu tinggi...

anak-anaknya aku dah lupa nama

tanya org rumah tu!...

dia pandai tak jampi serapah ini

aku ingat satu peristiwa aku berteduh bawah rumah anak Tok Jalil ini ketika hujan ...

Aku ingat anak Tok Jalil ada menantu memang cantik sangat; aku lihat anak Tok Jalil ini jampi sirih pelbagai.

8:39amDzuan

Anak2nya semua dah meninggal, Nordin, Todin, Ipot, Kamaruddin

8:39amSaya

yerr ingat..!

Todin tu aku ingat

anaknya ada dua wajah...

satu putih melepak satu lagi hitam manis

Ipot itu lebih kurang sebaya kita...

rumahnya tu ada lagi ke?

8:41amDzuan

aku bab ini.. jampi serapah ni tak tahu; yang tahu sikit2 bini aku.... itu pun dia duduk parit sesekali je balik kg... rumah dah tak ada dah kena jual dgn Ipot.

8:41amSaya

oooo handal si Ipot ni...

tanah dia di kampung tu besar juga...

8:41amDzuan

tak tahulah apa jadi tanah tu!.

8:41amSaya

Tak pasti dah jual kat lombong ke tak iyer?

selang sebuah dari rumah aku... & rumah Taharin

anak Taharin yg kasi rosak rumah pusaka aku tu

kabel semua diambiknya... janji nak sewa...

8:42amDzuan

aku tak tahu lee tu... hal jirannya.

8:43amSaya

Adoi penat betul... si lop anak taharin tu katanya penagih dadah...

Taharin ini kadang2 okey...

kadang2 dia kurang waras...

8:43amDzuan

aku tak kenai Taharin ni

8:44amSaya

Dah tak ada dah arwah ... satu-satu jiran Tok Jalillah

kami panggil Pak Jalil... dukun handal.

Sebab dia memang handal dalam bab ghaib ini..

8:44amDzuan

oooo

8:44amSaya

Dia macam arwah bapa aku

ada Pembela..

sekarang Saka arwah apak tu...

turun kat kakak aku

baru ni aku pergi ke rumah akak aku... Kak Nomi

ingat ke Kak Nomi Osman rakan kita kat Kota Bharu Pk ingat lagi nama Kak Nomi !

8:45amDzuan

aku pun ingat!

8:45amSaya

dia kata ada 7 Saka masuk ke badannya

mana bapa aku menuntut tak pasti

payah nak buang benda tu

...

nantilah kita cerita

kau ngantuk tu.. pastinya

baik tidur!

tidur kena cukup

nanti naik darah tinggi tu... kata semalam ada darah tinggi kan?

8:46amDzuan

habih...kamu tak takut ke nak duduk kat kg nanti. nanti habih budak2 kena sakat...

Yup aku pun ada masalah darah tinggi... jap lagi aku tido

8:47amSaya

tu ler masalahnya!

rumah tu pun banyak penunggunya

arwah mak meninggal dunia sorang2

anak2 aku dah besarlah Dzuan... harap-harap okey!

.... tak mengantuk ke ni Dzuan?

8:48amDzuan

Dah nak dekat le ni... tapi seronok pulak dengor cerita Jangan Pandang Belakang kamu ni

8:48amSaya

anak-anak aku tu emaknya yang ajar mengaji...

pandailah lah baca al-Quran

itu kelebihan Mila.. siapa pandai tajwit ... idram makmunah segala!

aku ni tak reti sangat Dzuan..

anak-anak aku rasanya tak jadi masalah kalau nak baca doa halau bebenda ghaib ini

8:49amDzuan

kita serupe!

8:49amSaya

Arwah apak aku nazak di rumah AC Mizal itu

Saka dia ada kat rumah tu... kat Jalan Cheras...

8:49amDzuan

Rumah AC Mizal kat mana?

8:50amSaya

dulu mereka tinggal di Cheras..

ada taman kat Jalan Cheras tu

Taman Koperasi Cuepec

Taman Koperasi Cuepec.. ada dua... satu kat sini Balakong

satu lagi tak jauh dengan Plaza Phoenix... macam ejanya pun

tak jauh dari ruma Dzuan

dia datang melawat anak tiri & cucu2nya di situ

tetiba strok

aku syak dia sedih sangat ketika itu;

dia tak tahu aku & Mila lama duduk berasing rumah

bila aku cerita dia menangis macam budak kecik

aku tenguk dia sedih sambil hisap rokok... balik saja aku dari rumah si AC tu

dia kena strok

emak AC kelam kabut tel aku

emak AC org Serting Hilir

aku ada cerita tak pada kau?

mulutnya sampai ke telinga!

ayah AC kira abg tiri akulah...

pendiam orangnya...

Dato' Zaini Hashim...

Opah AC bini arwah apak aku; tak ada anak denganarwah Apak.

kira Dato' Zaini tu anak tunggal

Apak aku yg jaga dia sejak umur 3 bulan...

Dato' Zaini bin hashim

Hashim (Datuk sebenar AC) ayah Dato' Zaini hilang masa perang jepun.

8:55amDzuan

oh yaa Polis.

nyape mulutnye emak AC sampai telinga

AC kan dah jutawan, tak bolih tumpang ke?

8:55amSaya

becukkkkk!

cakap jenis nada tinggi tuuu

ketua jururawat pakai biru tu...

Mereka tak kenal kami dah Dzuan, nak numpang macam mana.

8:56amDzuan

patut le AC pun becuk juga.

8:56amSaya
Yup ikut emaknya!.. ayahnya memang pendiam... emak ayah dah pencen...

Yoep Zaini aku panggil apak si AC tu

tak hirau emaknya, selalu tak balik kampung bila hari raya..

aku lebih rapat dengan Opah Bi tu

baru meninggal sekitar 5 tahun lalu ku!

sejak tahun 88

emak aku meninggal kira Opah si AC lah pengganti emak aku

kelakarnya... kes benda yang arwah Apak aku bela tu!

org lain tak nampak arwah apak menjelma

hanya Yoep Zaini sahaja yang nampak

sampai kurus kering tak dapat tidur

terpaksa pindah dari rumah tu

panggil dukun handal pun tak lari...

ingat hantu rayalah Dzuan

last2 terpaksa sewakan rumah tu!

sekarang mereka tinggal di Muar.. Jutawan Muar.

8:59amDzuan

kamu mcmmana ada juga ke?

8:59amSaya

aku okey!

Antu Makan adalah...

selera makan gilalah...

memang macam ini org sakit kencing manis ku!

apa pun yang namapak nak makan...

lambat makan menggigil jari tangan ni ...

Antu Makanlah... kan!

9:00amDzuan

ada hantu juga le tuuu... tolong makankan.

9:00amSaya

Dzuan... kau tak mengantuk ke

gi ler tidur esok2 kita bual lagi

berapa jam nak tidur ni

aku free jam 3:00 petang nanti

9:01amDzuan
paling tak dua tiga jam!

ok la.stop dulu lah. nanti kita sambung lagi.

9:01amSaya
Aku pun tengah pening ni!

berkira nak pergi ke TRIANG ikut mana cepat & selamat

Triang Pahang jauh ke perdalaman dekat tasik Bera

banyak jalan aku tenguk kat peta.. ni

9:01amDzuan

aku tak tahu hala ke sana.

9:02amSaya

nak merisik... di afiz pun makwe tu....

tu lerr pasal jauh dari h/way

ok lerr gi tidur... sian kau... aku jangan layan sangat

kalau layan aku sampai 3 hari 3 malam aku tak henti menaip..... tak ada kawan berbual... isk! sedih betuiii

9:02amDzuan

anak kamu keje mana?

ok

9:03amSaya

mana kerja lagi si afiz tu

ada lagi 1 semster belajarnya

dia rajin... itu yang aku tak risau

dulu dia kerja lama kat KFC di TESCO kat rumah ni

sebelum itu dia pernah kerja 7eleven sebelah MyDin Kajang.

aku tak risau bab kerja si Afiz ini

dia jenis budak tekun... tak suka melepak...

9:04amDzuan

tak per lee bapak borek anak rintik.

9:04amSaya

dia masih kat poli Shah Alam sekelas dengan makwe dia

tu lerr pasal!.. aku pun dulu kahwin cepat! kami ada darah Arablah!

maknya pun satu... nak jadi penghalang

dah merajuk budak tu... dekat sebulan dah tak balik rumah!

aku memang rindu kat dia... penatlah Dzuan

dia nak kahwin apa masalahnya... baguslah kan?..

emaknya sibuk suruh ambik deegri pelbagai

dah macam belangkas... dapat ke kekang nafsu tu...

iskh! penatlah!

nantilah kita ceritalah!

9:06amDzuan

bagus le tuu, jgn lupa jemput aku dah lee

9:06amSaya

insyaAllah

aku nak buat majlis kecik aja

sekadar doa selamat rasa dah cukup

atau makan2 kecik kat mana-mana

kat rumah bininya biar buat majlis besar-besaran!

tapi tu lerr jauh di Kelantan mana ulu tak tahu lagi!.

9:07amDzuan

oook aku tido dulu yaa

9:07amSaya

okEY lah Dzuan... gi tidur

jangan layan aku ni...

assalamualaikum...
9:07amDzuan

mualaikum salamm

9:08amSaya

moga mimpi jumpa si conel aku tu!...

:):)

(Emmm! bercit-cat ni kejap masa berlalu hampir sejam mengadap PC)

09 Mei 2010

723 Di Penyair iDANRADZi@BlogSpot


Sedar tak sedar telah ada 723 catatan yang aku paparkan buat pembaca di blog ini, ianya kutipan dari dunia maya, imej, tulisan menarik hinggalah catatan peribadi.

Sesuatu yang paling aku sayang adalah catatan di ĕ-antologi Penyair iDANRADZi & Desa Tualang@Jenaris di server easyjournal. Jika siapa mengikut perkembanganku pasti terklik ke server easyjournal. Dalam dua minggu lalu ianya tak dapat diakses. Pastinya aku tak tidur lena mengenangkan jika ianya telah terkubur di US sana.

Kekinian aku dalam proses memindahkan dua jurnal@blog ini ke blogspot.
ĕ-antologi Penyair iDANRADZi ada sekitar seratus lebih puisiku yang terkumpul.
Desa Tualang@Jenaris pula ada lebih dari 1,001 catatan tentang dunia kehidupan aku nan lalu.

Ini URL kedua jurnal@blog tersebut; masih dalam rangka pemindahan. Mungkin blog ini pengap kejap lantaran aku tengah berkerja keras untuk menyelamatkan catatan lama itu.

Ada siapa yang boleh menolong!; jika dulu ada FTP sekarang bagaimana iyer!.


http://desatualang.blogspot.com
cermin asal
(http://idanradzi.easyjournal.com)

&

http://rempiang. blogspot.com

cermin asal
(http://idan.easyjournal.com)


08 Mei 2010

Petai semakin mahal (Singgahsana)




"Abg berapa seikat ini petai ini?"

"RM3!"

"Dua ikat bang?"

"RM6..." aku sekadar tersenyum, selalunya kalau beli dua ikat dapat murah sikit. Maknanya memang petai tengah mahal. Seikat cuma ada tiga papan; jika petai padi dapatlah RM3 empat papan.

Aku lihat petainya tidaklah nampak baru dipetik, nak makan dengan kulitnya rasa tak berseri. Belilah juga lantaran memang mengidam berulam petai. Mila tak rajin buat Sambal Petai. Selalunya terpaksa beli di kedai jika nak makan sambal udang petang.


Azim anak yang sulung suka sangat Sambal Udang Petai ini. Bulan puasa tahun lalu hampir tiap hari dia bertanya akan Sambal Udang Petai ini. RM5 dapatlah sepiring lepaslah mengidamnya si Azim itu.

Aku pula mengidam nak makan jeruk petai. Jeruk petai sedap dimakan dengan sambal belacan. Janganlah ceritera bab baunya. Yang penting petai memang amat baik untuk merawat mereka yang bermasalah diabetes.

Kenapa petai jadi mahal harganya; pertamanya adalah permintaan. Jika dulu orang kita Melayu sahaja makan petai sekarang tidak lagi; kaum cina pun telah pandai makan petai. Masalah kedua pokok petai pula tak ditanam secara komersial terpaksa dipetik dari hutan. Selalunya Orang Asli memang rajin memetik petai. Jika aku pulang ke Perak biasanya jika musim petai aku suka ikut jalan lama. Di Tapah banyak terdapat petai di kaki lima kedainya. Itu pun tak semurah mana tetapi biasanya ianya masih baru dipetik. Segar lagi buahnya.

Maka itu aku makin tak sabar mahu kembali ke kampung; selain aku teringin nak buat hutan simpan, tanam pokok-pokok herba; aku teringin amat nak tanam pokok petai. Selain petai, aku akan cari anak pokok jering & kerdas. Ulaman ini memang mahal di pasaran. Sukar ditemui Jering Tanam. Sedangkan jering tanam ini tahan lama. Arwah Apak rajin buat jering tanam dengan menanamnya di serbuk kayu. Jering tanam perlukan jering yang tua; lagi tua jeringnya lagi sedap.

Orang Minang pandai membuat pelbagai resepi dari jering ini. Di Kajang ini tak banyak kedai Minang; jika di Kampung Baru KL ada 24 jam kedai Minang. Teringin nak makan masakan Minang. Terutama ada jering rebus, ada rentang hati lembu & pecal.


04 Mei 2010

Siapa mahu berbesan dengan Penyair iDANRADZi (Singgahsana)

Gambar terkini 4 teruna Penyair iDANRADZi
Duduk : Anif 15, Afiz 22
Berdiri: Azim 12, Aziq 17

Ramai yang bilang Azim ini macam ayahnya semasa kecil.


Ajal maut jodoh pertemuaan semuanya di tangan Tuhan. Tapi kita boleh merancang. Ini adalah gambar anak teruna saya. Dalam zaman serba mencabar ini memang anak-anak sukar dikawal dalam menentukan jodoh mereka. Mereka ada pilihan sendiri.

Anif, Azim & Aziq
Nama penuh mereka sama sahaja semua ada Muhammad Nurhazim, Muhammad Nurhanif, Muhammad Nurhaziq & Muhammad Nurhafiz


Tetapi kita boleh melorongkan mereka orang & keluarga mana yang kita mahukan. Jika kita tidak merancang maka akan hanya takdir semata menentukan jodoh mereka. Jangan ingat keluarga yang paling kita suka bakal menjadi besan kita; Tuhan itu menguji maka ujiannya sering buat kita rasa terkesima, keliru atau gurur hati. Ada ketika keluarga yang bermasalah sering menjadi pilihan anak-anak; kita kena kuat menempuh ujian jodoh ini.

Cumanya keluarga kami bukanlah keluarga hartawan atau bangsawan. Kami adalah orang biasa hidup dalam kancah sederhana jauh sekali orang berharta.

Anif

Emmm! yang sulung si Afiz sahaja yang telah berpunya; yang tiga lagi anak teruna saya masih kosong, dalam tempoh belajar sekitar 10 tahun akan datang pastinya tiga teruna ini telah punya ada pilihan mereka. Mungkin!. Afiz jika tiada aral melintang akan bernikah sekitar tahun ini atau tahun hadapan dengan orang Pantai Timur. Jodohnya nampaknya awal sangat telah sampai!. Saya memang suka anak saya mendapat jodoh awal, rasanya jika telah 25 tahun ke atas siapa mahu menguruskan perkahwinan & kehidupan mereka. Memang itu syaratnya, jangan membujang terlalu lama. Buat si Afiz mungkin tiada masalah sebabnya saya masih ada; bagaimana si Aziq & adik-adiknya jika 10 tahun lagi. Saya mungkin telah tiada.

Bagaimana? Siapa yang sudi berbesan dengan saya, sudi-sudikan memberi lorong anak kita berkenalan; mungkin melalu FB atau lain-lainnya. Jika ada riak mereka sealiran esok atau lusa saya akan hantar cincin tanda. Jika ada jodoh tak ke mana!. Kenapa tidak kita merancangkannya. :)

FC Azim
Azim Kidz

03 Mei 2010

Pakar jantung iDAN sentiasa berubah 2 (Singgahsana)

Aku baru sahaja pulang dari Klinik Kardio Hospital Serdang, agak lambat aku sampai lantaran berpatah balik ke rumah sebab tertinggal Kad Perubatan. Maka ujian darah tidak dilakukan atas tiga faktor, pertamanya mungkin atas kelewatan keduanya pasti lantaran memang begitu kut! sekadar Ujian Stres tidak perlu ambil ujian darah & selebihnya terlepas pandang. Mana mungkin terlepas pandang. Lagipun berandaian ini bukan satu anggapan baik. Titik.

Agak lewat jua aku baru dipanggil oleh Pembantu Perubatan yang pakar dengan mesin Ujian Stres ini.


"Encik telah pernah buat kan Ujian Stres ini, kali berapa iyer!"

"Kali kedua... doktor mahu berapa kali agaknya untuk buat Ujian Stres ini"

"Saya tak pasti."

"Selalukah kes seperti saya ini!" dia tidak menjawab, wajah machonya nampak tenang sangat.

"Selalunya kes begini doktor tak yakin dengan keputusan lalu, maksudnya tak dapat keputusan diperlukan dari graf yang lalu!"

"Masalah saya bukan apa, ini telah masuk tahun kedua saya berulang alik ke sini, awal tahun lalu saya pertama kali ke sini bila terpaksa kembali buat Ujian Stres rasanya macam patah kembali ke belakang!." dia diam sahaja, sambil melihat bacaan Tekanan Darahku.

"Kenapa seawal pagi tadi tak dibuat Ujian Tekanan Darah iyer!" selalunya begitu, seawal pagi aku terpaksa masuk bilik saringan, jika Tekanan Darah aku tinggi mana mungkin boleh diteruskan Ujian Stres, paling aku risaukan gulaku masih ditahaf dua minggu lalu. 10.++!.

"Tak apa di sini pun boleh kita buat ujian Tekanan Darah, kalau nampak tinggi kita terpaksa batalkan sahaja Ujian Stres ini" dalam hatiku berkata memang aneh prosuder di wad ini, bukankah buang masa namanya jika seawal pagi Tekanan Darahku mendadah naik, baik pulang sahaja; menunggu sejam dua untuk masuk ke bilik rawatan ini bukankah buang masa. Jika gagal lagi buat sebarang ujian & membatalkan ujian DSE bagai dua minggu lalu baik seawal datang diarahkan pulang. Buat sahaja temujanji lain.

"Dua minggu lalu ujian DSE saya terpaksa dibatalkan, saya tak pasti kenapa; mengikut jururawat di depan sana, tak mungkin boleh buat DSE jika gula & Tekanan Darah saya tinggi. Apa iyer dik DSE ini"

Jantung, si jantung hati & jantung pisang mana lebih sukar dijagai.

Panjang pemuda macho ini berceritera@penjelasan perbedaan anatara DSE & Ujian Stres, matlamatnya sama. Untuk mengesan masalah jantung. Cumanya DSE lebih detail sebab data akan dapat dianalisa dua cara imej & graf. Fungsi & cara rawatannya sahaja berbeda. Ujian Stres memaksa jantung bergerak laju tanpa sebarang suntikan pelali seperti DSE; seperti secara praktikal. DSE pula mesin tersebut yang akan memaksa jantung kita bergerak laju.

Dalam gambaran aku, ibarat empangan air. Jantung itulah empangan yang mengawal darah kita; darah itu airnya. Jika air dilepaskan laju kita akan nampak saliran darah di bahagian mana yang tersumbat. Injap jantung tersumbat. Untuk memaksa darah itu laju bergerak memang terpaksa jantung itu dipam laju.

Bahayanya jika gula memang tinggi; pastinya akan melukakan saluran darah!. Itu yang boleh strok.

"Maknya DSE lagi detail, itu yang saya fikirkan selama ini, kenapa mesti saya ulangi perkara yang sama, saya telah tua memang jantung saya tak kuat lagi; cara DSE tersebut lagi selamat & mudah; kenapa pesakit yang ramai datang pakai kerusi roda sana tu tidak dipaksa juga buat Ujian Stres ini" jiwa memerontak aku sudah mula bergelora.

"Maaflah adik, saya membebel macam lebih pandai dari doktor; kita ikut sahajalah cakap doktor. Dia lebih arif dari kita!"

"Ada betulnya cakap encik, takkan nak paksa diri, nanti ada yang datang berjalan elok, balik kena berusung." jantung bukan boleh dipaksa; ramai pesakit kronik seperti aku yang memaksa diri tetiba boleh strok. Ibarat memang telah dilarang Pesakit Darah Tinggi atau jantung naik roller coasters. Tak pernah aku nampak ketika nak naik roller coasters terpaksa tunjuk surat pengesahan doktor yang seseorang itu sihat tiada masalah Tekanan Darah Tinggi atau masalah jantung. Pandai kaulah, kalau tak jujur nak menipu, nak naik juga siapa tak siapa hirau. Antara selamat atau tidak, kau nak pitam atau strok terpulanglah.

"Saya akan cuba buat ujian ini sampai habis ke taraf 3, dulu saya tak tahu doktor mahukan bacaan sampai ke tahaf 3... terbaiknya tahaf 4!, saya ini pesakit patuhkan sahaja apa cadangan doktor!." aku bersuara setelah nampak beberapa anggapan aku benar tentang DSE & Ujian Stres ini.

"Okey kita buat ujian sekarang, jika tak larat, kasi tahu saya untuk berhenti!."

Maka berserabutlah kabel dibadanku di lengan kiri diletakkan alatan tekanan darah pelbagai.

"Nak buka bajukah dik!?"

"Tak perlulah, nanti nampak tak manislah pulak; aku sekadar membuka butang bajuku" aku senyum memang buruk orang berperut boroi ini.

Ujian pun dijalankan, memang dulu aku tak tahu pun sampai ke tahaf mana doktor mahukan. Kali ini aku akan buktikan aku boleh, jantungku masih handal. Aku bukan lemah jantung. [Di ulangi Lemah Jantung.] Pertama & kedua tahaf ujian memang okey, setiap tahaf mengambil masa 3 minit. Siap aku boleh berceritera lagi.

"Doktor suruh saya kempiskan perut, buat senaman hari-hari. Rumah saya itu macam Sauna; bukan ada penghawa dingin pun, hari-hari kalau saya mahu berpeluh tidak ada hal..." aku berceritera dengan pemuda macho ini. Siap memberi tahu aku baru saja Ahad lalu pulang dari laut dalam; dua hari semalam di atas bot. Siapa pernah pergi memancing di laut dalam tahulah bagaimana lasaknya badan ketika memancing; jika tak tahan pasti mabuk laut. Terbungkanglah di bot.

Aku teringat Ulan berceritera dia baru balik mencandat sama hari dua hari sudah; di tepian pantai; tiga jam sahaja dia tahan. Sakit kepala katanya. Paling tak tahan menghidu asap bot.

"Encik tahan tak lagi ini, beri tahu saja jika tak larat kalau rasa tak boleh lagi jangan paksa, saya akan hentikan!" ketika itu aku telah sesak nafas, kaki lutut & betis memang terasa pedih. Sehingga aku bagaikan mahu berpaut pada pepalang mesin tersebut; peluh jantan telah memercik. Aku kuatkan semangat jatiku. Ahhh! tidak!.

"Okeylah saya mengalah!" betul-betul ketika dering minit kelapan. Maksudnya gagal bagai yang aku jangkakan. Seminit sahaja lagi. Orang tua beginilah. Semangat sahaja kuat. Sah jantung aku telah lemah.

"Saya tenguk encik memang tak larat lagi, takkan mahu sampai encik berpapah nanti!, tekanan darah encik naik ini... dari 140/90 naik ke 160/95 mmHg" bacaan atas itu memang stres kita.

"Terima kasihlah dik, saya gagal lagi nampaknya, insyaAllah kita akan jumpa lagi nanti!" dalam kepala otak aku; aku memang membenci cara paksaan doktor separa botak dua minggu lalu. Sah dia dia deraku. Aku yakin bukan begini caranya rawatan jantung sebenar. Orang tua buat cara orang tua; DSE rasanya lagi sesuai buat orang setua aku. Jika sepuluh kali pun doktor mahukan aku buat Ujian Stres okey! tak jadi masalah. Aku akan lakukan.

Aku bukannya menentang nasihat doktor. Cumanya aku memang terkilan bilamana aku telah pun berterus terang badan aku tak mampu buat Ujian Stres lagi. Jika doktor masih mahu, mencuba tak jadi masalah.

Kerja tak berfaedah jika asyik menentang arus; ikutkan sajalah. (Bisik hati baikku)

Aku kembali ke bulan Disembar tahun lalu, tak pasti apa sakit aku. Jantungkah atau organ lain, esok lusa aku pasti akan mencungap lagi. Aku berdoa agar doktor yang memaksa aku buat Ujian Stres yang berulang kali ini dapat melalui pengalaman aku; betapa takut dan sukarnya bernafas jika diserang tekanan jantung di dinihari.

Aku balik tanpa ketemu doktor!. 17 Mei nanti kena mengadap lagi. Huh!.

Sampai di rumah; aku penat sangat & terkapar sendirian di anjung rumah. Terlelap hingga ke maghrib. Memang teruji.

Pakar jantung iDAN sentiasa berubah (Singgahsana)

Tak pasti apa sebenarnya pandangan doktor pakar jantung Klinik Kardio Hospital Serdang tentang sakit aku. Hari ini kali kedua aku terpaksa menjalani Ujian Stres. Kekuatan lutut aku ini masih terasa bagi dulu. Punca utama aku gagal menghabiskan Ujian Stres Disember tahun lalu adalah berpunca dari berat badan. Itu jelas.

Aku bukan lagi aku dulu, berkurung dalam penghawa dingin. Kekinian saban hari aku bersauna dalam kereta tanpa penghawa dingin, saban hari aku menjadi sura rumah yang banyak mengeluarkan peluh. Berkejar ke sana sini semata-mata mahukan anak-anakku selesa & Mila tak lagi fikir soal serabut di rumah.

Hari ini aku akan membuat Ujian Stres kali kedua, tak pasti doktor akan buat berapa kali lagi Ujian Stres. Sekarang pun telah masuk tahun kedua aku sentiasa dalam kawalan pakar jantung di Klinik Kardio Hospital Serdang pun ujian terapi di PKupm. Rumusan sakit jantung aku masih samar-samar.

Dua minggu lalu Ujian DSE terpaksa ditangguhkan lantaran darah & glukos aku tetiba naik menggila. Pecah sejarah ketinggian melampau gula di dalam badanku. Tekanan darah rasanya tidaklah kritikal sebab tak sampai 180/120. Aku pernah cecah ke aras itu tingginya, hingga terpaksa diusung dengan ambulan ke wad kecemasan.

Tak siapa berminat dengan sebarang ujian rawatan rapi, apatah lagi ianya melibatkan berita sedih. Tak siapa suka jantungnya dibedah, jika pembedahan moden secara laser atau sekadar menggunakan kebal kira okey; bagaimana jika rawatan terpaksa belah tulang kerangka dada, ambil urat dari kaki untuk menggantikan injap jantung yang tersumbat!. Tak siapa suka sakit kronik begini; pun samalah tak siapa suka mati awal. Semua orang takut mati. Maka itulah namanya berubat!. Terpaksa berubat biar pun dibedah pelbagai.

Cumanya amat berat & malasnya merempuh sakit ini sendirian; tiada siapa menemani aku ke hospital satu hal. Paling benci bila apa yang doktor jangka tak dapat badan ini memberikan jaminan. Yang jadi mangsa adalah darah, asyik kena suntik, kena sedut, kena masuk makmal semata-mata mancari jalan ketentuan. Maka itu aku tak hairan ada ketika pesakit jatuh putus asa; tak sanggup menunggu begitu lama tanpa pun rawatan susulan yang terbaik asyik telan ubat yang penuh bahan kimia sampai bagaikan penagih yang kalau tak makan ubat doktor dalam dua tiga hari jadi tak normal lagi.

Aku bukan jenis manusia begitu, ke liang lahat pun seorang diri, di dunia ini pun aku akan menyusuri keperitan ini sendiri. Memang itu hakikatnya, hidup sebenarnya satu perjuangan. Bagaimana kita melalui perjuangan ini memang amat berbeda antara seorang & seorang yang lain.

Trauma & rasa fobia akan kemalangan ngeri aku & keluarga semalam masih berbekam dalam dada ini. Aku begitu yakin kadar darah tinggi aku sukar akan turun jika ujian & cabaran Ilahi ini terusan amat getir & sekontras semalam itu. Terima kasih pada yang sentiasa memberikan semangat dari jauh!. Aku dapat bayangkan wajah-wajah yang masih mahukan aku berada di sisi mereka di dunia. Tetapi satu yang harus kita ingat mana mungkin kita melengahkan tempuh atau & maut itu. Jodoh pertemuan, ajal & maut semuanya di tangan Tuhan. Aku tak lebih dari aku apatah lai, faktor usia & sakit yang kronik ini kian hampir membujurkakukan jasadku.

... dah lambat ni... moh! mengadap doktor lagi.

Nanti aku nulis lagi kisah kemalangan misteri semalam.

02 Mei 2010

Sotong Kemaman terlena Penyair iDANRADZi nyaris maut (Singgahsana)

Tak pasti kali ke berapa aku pergi mencandat sotong. Pertama kali di Penyabong, bersama Tekong Tenang. Seawal jam 6:00 petang belum pun hari senja beransur gelap aku telah pun berjaya mencandat dua ekor sotong sekali tarik. Cumanya tak sebanyak mana sotong yang datang berkumpul biar pun tekong bot kami memang pun melengkapkan keperluan untuk menggamit sotong.

Kali kedua, aku mencandat sotong di Kuala Terengganu, bersama Tekong Pak Senon. Jeti Pak Senon betul-betul di seberang Masjid Kristal, Inilah pertama kali aku mabuk laut. Selepas aku sekitar maghrib; aku terus mabuk laut lalu tumbang. Kira percandatan gagal; tak puas aku memerangkap sotong dengan candat telah mabuk sampaikan kenangan paling cemas melihat bot berputar sekeliling hakikatnya aku sahaja yang terasa begitu. Bot Pak Senon okey sahaja.

Kali ketiga di sekitar Pulau Kapas, biar pun di pukul ribut tapi sempat juga aku mencandat sekitar lebih 20 ekor sotong...! Siri ini telah aku tulis dalam episod Durian Guling.

Kini baru sahaja pulang dari mencandat di Kemamang tengah mahu pulihkan keimbangan waktu tidur; ada beberapa siri ngeri berlaku hinggakan Penyair iDANRADZi ditimpa tragedi nyaris maut! .

Memang benar, seharusnya aku perbanyakkan kesyukuran lantaran Allah Azzawajalla masih amat menyayangi aku & keluargaku. Kejadian malam tadi amat ngeri & meninggalkan kesan misteri buat aku.

Jika Allah SWT mahu menjadikan sesuatu itu hanya dengan mengatakan jadi maka jadilah ia. (Allah SWT tidak berkata-kata tidak dengan suara atau objek) Begitu juga dengan nyawa kita mana mungkin kita dapat menangguhkan ajal kita biar pun sedetik. (Azim marah ayah sebut detik, katanya detik tak boleh kira lebih cepat dari saat) Maka aku jangan ego, suami jangan ego, isteri, anak atau siapa jua jangan ego. Tanpa nyawa di badan jangan ingat kita ini adalah insan atau manusia namanya.

Ego bukan sikap baik manusia!.

Begini ceriteranya. Aku bertolak dari Jenaris sekitar jam 11:00 malam, sangkut di tol gombak hingga Terowong Genting Sepang melebihi sejam; ku berihat di tiga hentian, Mentakab,Temerloh & Maran. Janji dengan Fairuz kena sampai di Masjid Geliga Kemaman sekitar 5:30 pagi.

"Bot akan bertolah sebulum jan 6:00 pagi!; abg iDAN boleh tak sampai awal sikit!"

"InsyaAllah kalau Fairuz mahu abg kau ini sampai jam 1:00 pagi pun aku akan cuba tepati! jangan sampai ada aral..." kali kedua Fairuz telefon sebelum pergi. Aku memberikan nombor telefon Mila takut talian aku 016 9094343 sukar dihubungi.

Telahan aku tidak tersasar jauh. Aku berada di Cherating sekitar jam 4:30 pagi awal, bermakna ngam-ngam masa yang dijanjikan. Dari Cherating BayView Resort kata pemilik resort Tuan Haji Mior sekitar 20 minit sahaja ke Masjid Geliga itu!.

"Tu Mila papan tanda Cherating BayView Resort; tapi rasanya tak sempat kita nak masuk, lagi pun dah suntuk masa kita ini..!" sebenarnya aku lebih gerun nak masuk sebab akan susur di sebelahan Tanah Perkuburan Melayu... dini hari begitu pelbagai gambaran di kotak fikiranku!.

"Tapi Mila dah cam kan?, ada selekoh tajam dari Kemaman akan nampak papan tanda Cherating BayView Resort ini..! kalau terlepas akan nampak dari tepi jalan sebalah kiri Cherating Bay Resort, besar. Kalau dah sampai Masjid Cherating; sudah terlepas jauh...." Mila diam sahaja. Aku tahu bab jalan Mila memang suka buat silap mata atau Aladdin bebenda ajaib; sebut sahaja dah sampai di sana. Semua bantuan aku manusia berperut boroi ini.

"Nanti kita tenguk apa tanda atau resort yang dekat dari Masjid Geliga Cherating BayView Resort ini; di internet ayah tenguk Wikimapia itu tak jelas sangat!." Azim & Anif terlelap sejak kira-kira 5 jam lalu.

Mila pun lebih kurang baru belasan minit sahaja terjaga. Memang tak sedar pun sepanjang jalan; tahu-tahu sampai tempat rehat. Aku suruh kunci pintu sebab aku mengantuk juga; tapi tak sampai terlayang atau tersasar!. Di hentian Mertakab aku basuh muka; di Hentian Temerloh aku solat! dan di Hentian Maran aku minum Teh O limau" kopi aku tak boleh minum sejak masalah buah pinggang. Dekat Cherating baru aku kejut Mila, aku mahu dia cam jalan-jalan di sekitar sana.

- bersambung!