iDAN
01 Februari 2010
31 Januari 2010
Senyap (Singgahsana)

Senyap seketika, tak dapat menulis panjang-panjang sekitar 3 hari ini; Mila asyik pandang serung sahaja minat menulis ini.
Sempat lari ke CabSquare KL, pertama kali jejak kaki di sini. Tenguk 3 Idiots; semua benggali yang tenguk. Ramai benggali moden di Malaya rupanya. Cantik-cantik belaka. Ada juga benggali Muslim. Pakistani kut!. Hebat filem ini dah sebulan tayang di pawagam masih penuh penontonnya. Dapat tiket dua baris dari depan.
Kena uruskan Aziq hantar ke Sek Teknik Gombak; tersangkut di Batu Cave; Ahad pun tak habis berarak lagi. Lihat patung Tuhan Perempuan orang Hindukah itu?. Tersergam gahnya. Nanti orang cina mesti nak buat juga. Dulu di Nilai patung Guru Cina dipersoalkan tepi lebuh raya. Apa jadi Batu Cave ini?. Sensitif. Afiz & Mie pun kena hantar ke Poli. Sempat ke Seremban jemput Mie. Mie nampaknya makin sihat selepas kemalangan tempoh hari. Sempat ke TESCO beli ikan segar & udang, tawaran murah & beli tilam lipat buat Afiz. TESCO ini bukan milik kita tapi orang kita borong semua barangan macam esok nak darurat. Aku beli bakul kecik sahaja emmm! bantulah juga; Faham-faham sahaja orang sudah bersara, berbelanja pun ikut taraf persaraan. Semak duit di bank, klim pindah tak masuk lagi. PTPTN Afiz tak masuk lagi. Macam mana nak bantu dia. Afiz masih tak dapat lagi rumah sewa. Kekawannya tak berduit nak bayar cagaran sewa rumah. Nampaknya Mila kena bantu Afiz lebihlah bulan ini. Mila cuti Hari Wilayah hari ini; kena cari harapan nampaknya.
29 Januari 2010
28 Januari 2010
Aib di sudut Agama Islam (Singgahsana)
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فيِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ ...
“Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….” (HR. Muslim no. 2699)
Semalaman tadi aku begitu keliru, hinggakan sukar mahu lena memikirkan apakah pengertian menutup aib di dalam Islam ini.
Aib yang bagaimana yang perlu kita tutup & aib yang bagaimana yang perlu kita bongkar.
Sebagai contoh, jika seseorang itu melakukan dosa besar. Berzina umpamanya. Apakah ini dikatakan aib atau kemungkaran yang perlu kita dedahkan.
Dalam melaksanakan hukum hudud penzinaan umpamanya apabila telah ada saksi yang cukup malahan kedua-dua si penzina telah mengaku; pastinya yang bujang disebat di kalayak ramai sebanyak 100 kali & suami atau isteri disebat sampai mati di tepi jalan. Perkara ini jelas. Apakah ini juga dianggap aib. Jangan laksanakan hukum, jangan uar-uarkan maksiat yang telah terdedah di depan mata.
Tapi kita di negara ini melindungi penzina ini, malahan menganggap ianya aib. Apakah aib berzina ini boleh diterimapakai merujuk hadits di atas?. Apakah zina itu aib atau dosa besar. Jika silap mengertian zina itu aib. Maka berluasalah kejadian zina di negara ini. Jika suami & isteri yang berzina ditangkap pun sekadar didenda. Pada hakikatnya penzina yang telah bernikah ini seharusnya tidak ujud lagi di dunia. Tunggulah musibah atau bala yang bakal Allah SWT akan turunkan di bumi ini. Aku sering menulis bab ini lantaran, aku menganggap perkara ini amat mengusik hati & hidupku.
Kes Arwah Abg Din yang berkait dengan zina ini tidak terbela hingga dia ke liang lahat. Malahan dalam banyak kes mereka yang seharusnya telah menjadi mayat menjaja ceritera yang sampai mengaibkan suami atau isteri sendiri lantaran membela diri kononnya kenapa dia melakukan zina lantaran kekurangan pasangannya.
Selagi kita keliru tentang pengertian menutup aib di dalam Islam; selagi itulah kita tidak mungkin dapat mengurangkan penzinaan. Malahan akan tambah membiakkan perbuatan maksiat ini di masyarakat kita.
Jika kita ke URL YouTube ini, bayangkan penerimaan kita orang Islam di Malaysia terhadap hukuman hudud yang dijalankan di negara Arab sana. Jelas iman kita ke arah Islam yang sumur ini masih amat samar. Yang sedihnya bila sebut hudud sahaja kita beranggapan mainan politik. Silap-silap kita dicop seorang pembangkang yang menentang kerajaan sedia ada. Lebih malang lagi jika kita dilabelkan pengganas & disumbatkan ke penjara waima ada yang telah terhumban di tahanan ISA lantaran mencari kebenaran ini.Sedangkan amat jelas bila kita namanya orang Islam terikat dengan hukuman Islam. Kenapa kita tidak ikut hukum sendiri dalam soal ibadah Puasa atau mengerjakan Haji; ikut rasa sendiri dalam rukun nikah, agihan harta pusaka ikut pemurah kita & sebagainya. Kenapa pula dalam bab hukuman zina, arak, rogol, bunuh, judi & banyak lagi bab jenayah besar kita katakan ini perkara aib, ini kena dilindungi di perundangan sivil olahan masyarat di barat sana. Mahu menyebut sipolan itu kaki judi, kaki mabuk pun kita katakan itu aib orang. Maka sejauh mana nahi mungkar kita.
Isu ini aku bangkitkan lantaran aku tak punyai niat mengaibkan siapa jua, seperti catatan kes Arwah Nasha. Ada yang menganggap tulisan aku itu liar berniat jahat & mengaibkan orang. Sedangkan Arwah Nasha membunuh diri bukan kerana dia gila, bukan dia tak siuman, bukan juga mabuk. Aku lebih menyakinkan kepercayaan aku dia kerasukan & terlalu stres ketika itu. Aku amat menyayangi Arwah Nasha ini. Terkilan amat rohnya pergi secara sedemikian. Aku tak mahu ada kalangan orang Islam kita akan mengikut jejak dia. Aku berharap sangat agar roh Arwah Nasha dapat diampunkan.
Arwah Nasha mangsa keadaan di mana semasa masih hidup dia mengesyaki isterinya berlaku curang, dia juga terhimpit dengan kerjaya di mana majikannya terlalu mengejar nama, ISO tetapi sifar kebajikan, dia juga terhimpit dengan masalah hutang yang mana riba itu telah mengambil rezekinya yang bukan sedikit buat saraannya. Aku sekadar mencatatnya. Aku mahu ceritera dia dapat kita ambil iktibar. Nama & tempat kejadian jika pun secara spontan bertepatan dengan apa yang aku tuliskan seharusnya janganlah dijadikan isu. Yang pasti di mana jua kita akan temui masalah yang sama, telah pun berlaku & akan terus berlaku jika kita biarkan formula ini berulang tanpa kita memantaunya.
Rasanya tak siapa boleh berasa aib lantaran semuanya telah berlaku; sebaiknya kita bergerak ke arah muhasabah diri, mencari jalan agar perkara begini tidak terus berlaku. Seperkara lagi bagaimana tindakan kita bila muslim membunuh diri tetap berlaku malahan dijangkakan selepas tahun 2020 akan lebih bertambah.
Biarpun mereka yang terdekat & lebih tahu dengan kejadian ini masih tak terkesan hati. Malahan sampai mengatakan Arwah Nasha sesat; jasadnya tidak akan diterima bumi. Agama Islam jelas mengatakan sedemikian. Itu telahan mereka. Benarkah?.
Apakah kita tidak mahu mengambil iktibar. Aibkah kita menulis perkara begini. Di al-Quran sendiri banyak menulis bab anak derhaka, isteri seorang Nabi tak mahu dengar nasihat hingga diturunkan bala tenggelam dalam bah, sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf sampai terkoyak; Itu hak Allah & suri teladan di al-Quran.
Apakah Allah Azzawajalla itu kejam menurunkan bala mengakibatkan semua makhluk di dunia ini ranap terkorban; tak kira anak-anak mahu pun orang tua.
Kenapa kita pula melindungi segala perkara mungkar & maksiat di dunia kini. Mencatatnya pun dikatakan salah.
Keadaan kita bernama Islam tidak banyak berubah sejak berzaman. Si penzina masih hidup bergumbira, majikan di mana-mana masih terusan menghimpit pekerjanya, riba masih berluasa. Masih ramai isteri zaman kini sanggup meninggal suami lantaran mengejar harta. Banyak sangat kes yang amati di media massa amat tragis malahan amat tidak bijaksana kita menanganinya.
Yang lebih aku terkesima ketika berita Arwah Nasha mati tergantung ramai pula yang menyangka aku yang membunuh diri. Bayangkan kenapa mereka berfikir ke arah ini. Seyogia percikan dari kejadian ini aku juga terhimpit & terpaksa bersara awal lantaran berhadapan dengan majikan yang sebegini. Maknanya tulisan aku itu sungguh satu yang dirasakan aib maka jiwa seorang majikan langsung tidak mahu berubah.
Kes yang sama juga berlaku terhadap Arwah Abg Din; dunia perundangan kini aku rasakan tidak adil, kita terlalu melindungi penzina sehinggakan mengorban jiwa seorang suami seperti Abg Din. Aku yakin ramai yang menerima nasib seperti kejadian Arwah Abg Din, cuma reda & cara penerimaannya sahaja yang berbeda.
Sementelah itu terkadang aku makin malas mahu memikirkan dunia penulisan ini yang terkadang menjadikan diri terhimpit sendiri. Apa yang kita tulis tak semestinya dapat ditafsirkan sebaiknya oleh si pembacanya. Malahan mungkin akan merosakkan talian kasih sayang yang seharusnya kita pupuk sesama Islam.
iDAN

PERBUATAN BUNUH DIRI BERDOSA BESAR
Soalan 20: Sejak akhir-akhir ini semakin banyak kes bunuh diri di-laporkan. Saya teringat kata-ka-ta ustazah ketika belajar dulu dan melalui ruangan ini, bunuh diri hukumnya berdosa besar dan dikira terkeluar daripada Islam atau murtad. Orarig yang membunuh diri tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam.
Soalan saya, bagi kes bunuh diri yang ditemui di rumah (tidak diketahui sama ada dia membunuh diri atau dibunuh), dan siasatan polis atau bedah sia-sat tidak menemui motif pem-bunuhan, bagaimana hendak menguruskan mayat si mati kerana keluarga pasti tidak dapat menerima hakikat bahawa si mati terkeluar daripada Islam pada hujung hayatnya.
Apakah hukumnya jika si mati dikebumikan di tanah perkuburan Islam? Jika benar si mati murtad, bagaimana keluarga dapat mendoakannya? Adakah doa keluarga untuk si mati akan sampai kepadanya?
- MUSYKIL Seremban, NS
Jawapan: Membunuh diri adalah dosa yang sangat besar di sisi Islam. Allah Taala berfirman: "Dan, janganlah kamu membunuh dirimu sendiri." (Surah An-Nisa: 29) Namun, sama ada hukum si mati yang membunuh diri itu terkeluar daripada Islam atau tidak, terserah kepada penga-dilan Allah SWT.
Urusan menguruskan jena-zahnya masih sama seperti pengurusan jenazah muslim lain dan tetap dikuburkan di perkuburan Islam juga, kecuali jika terbukti dengan jelas bahawa dia benar-benar membunuh diri.Bagi kita yang masih hidup, tetap menerima dia sebagai saudara muslim dan patut diuruskan secara muslim.
Soal hukum bukan kerja manusia, sebaliknya serahkan pada ketentuan Allah meng-hukumnya. Keluarga si mati, terutama anak, boleh mendoakan kesejahteraan rohnya kerana hubungan si mati dengan anak-nya tidak akan terputus. Cuma sama ada doa itu sampai atau tidak kepada si mati masih menjadi perbahasan golongan ulama.
Ulama Malaysia
Mati Bunuh Diri
Assalamualaikum, wr wb. Pak Ustaz yang saya hormati, bagaimana status orang yang meninggal karena bunuh diri? Saya punya teman yang meninggal bunuh diri. Bolehkah saya mendoakan agar didiampuni? Terima kasih atas penjelasan Bapak.
Wassalam
Suhud di Jawa Tengah
Nyawa manusia bahkan seluruh jiwa dan raganya adalah milik Allah SWT yang diamanatkan kepada masing-masing manusia. Kita tak dapat menjualnya karena bukan milik kita. Nyawapun tak boleh dipisahkan dari badan kecuali atas izin-Nya misalnya dalam peperangan atau pelaksanaan sanksi hukum.
Atas dasar ini, maka membunuh diri sendiri pun dilarang keras oleh-Nya. Sekian banyak ayat al- Quran yang mengingatkan hakikat di atas. Dalam sebuah hadis qudsy Allah berfirman menyangkut orang yang bunuh diri; Dia mendahului Aku, maka Aku haramkan baginya syurga.
Namun demikian, jika yang bersangkutan hingga akhir hayatnya tetap mengucapkan dua kalimat syahadat, maka ia tetap diperlakukan sebagai Muslim. Jenazahnya disolati, dan dimakamkan di pekuburan Islam. Dia bukan kafir dalam istilah hukum, tapi juga bukan Musyrik.
Ia dinamakan Muslim yang durhaka atau aashen. Mendoakannya pun tidak terlarang. Yang terlarang didoakan setelah kematiannya hanyalah orang musyrik yang mempersekutukan Allah SWT. Demikian Wa Allah A'lam.
Ulama Indon
27 Januari 2010
26 Januari 2010
♥ Hadiah hari lahir Paling bermakna (Singgahsana)
"Siapa telefon tu Azim, lelaki ke perempuan!"
"Entah tak kenal suara, perempuan!" sebut perempuan telefon malam-malam ini rasa risau juga. Sudah tua-tua pun Mila tu takut fikir yang bukan-bukan.
"Siapa ni?.."
"Linda..!"
"Linda mana pula ni?"
Tak ramai kenalanku yang namanya Linda, payah juga mengecam suara orang di telefon apatah lagi jarang berbual di telefon. Kalau Suara Fairuz yang rajin telefon aku di rumah, jangan nak cuba menyamar kenal sangat suaranya. Keintiman seseorang itu cepat sangat lekat di hati kita. Biar pun nada suaranya nun jauh dari kita.
"Paksu Dan takkan tak ingat... Linda ni! anak abgnya Abg Din!"
Baru aku dapat bayangkan wajah Linda, aku selalu panggil dia Lin. Namanya Haslinda. Bila dia membahasakan diri Linda maka terasa pula orang asing. Rupanya dia baru ditahan di wad; telefon dari wad. Hospital di Shah Alam. Rasanya mana ada hospital kerajaan di Shah Alam itu. Dia sakit jangkitan dalam tulang; doktor membenarkan dia pulang esok. Lama sangat dia tak pun telefon ke rumah. Salah seorang dari 21 orang anak arwah Abg Din. Linda telah berumah tangga & katanya beli rumah di Shah Alam. Tak pernah sampai pun lagi rumahnya.
Secara rasmi isteri Abg Din ada empat orang. Pertama arwah Kak Ha tinggal sekampung; punyai anak 3 orang. Linda adalah anak kedua arwah Kak Ha. Isteri kedua Kak Mazie orag Banting pun punyai anak 3 orang. Isteri ketiga Kak Kiah di Kuala Kangsar punyai anak 7 orang & isteri paling akhir yang bungsu; isteri keempat Kak Aishah, di Muar punyai anak 7 orang.

Selepas bernikah dengan Kak Mazie ada seorang isteri yang Abg Din nikah secara sulit. Tak ramai tahu pernikahan ini; Hanya orang terapat sahaja yang tahu. Kak Nomi pun Yot adik beradik aku pun tak tahu. Rasanya arwah apak & emak pun tak tahu. Punyai seorang anak. Jumlahnya 21 orang anak Abg Din dari 5 (lima) isterinya. Aku sering berpesan dengan Nasuha; anak arwah Abg Din yang sulung; cari adiknya yang ini takutnya ada adik beradik bercinta & nikah tak kenal bersaudara nanti.
Dalam bualan aku dengan Linda dia menyebut tentang anak Abg Din yang seorang ini. Dia pernah telefon & katanya tinggal sekitar Kajang. Sebelum Abg Din meninggal dunia dia pernah berceritera tentang isterinya yang ini. Anaknya perempuan. Dia berpisah lantaran tak diterima oleh keluarga perempuan. Dia dibelasah oleh keluarga perempuan, abg ipar & rakannya; katanya abg iparnya itu bekas komando. Sampai lembik tak boleh berjalan Abg Din dibelasah.
Bagi pihak keluarga perempuan tentunya tak beradat bernikah secara sembunyi; secara sulit. Masa itu isterinya tengah sarat mengandung anak sulung. Setahu aku Abg Din bernikah dengan isterinya memang kebanyakannya secara sulit. Lebih kurang perangai AC Mizal anak saudara tiriku itu. Keluarga emak ayah tak tahu pun tiap kalai bernikah.
Yang aku ingat betul-betul secara adat hanya dengan Kak Azie seorang. Pernah Abg Din kata dia bernikah salah seorang isterinya dengan seorang ustaz di Gopeng. Ustaz yang sama menikahkan pelakon Noorkumalasari yang pernah menjadi isu sensasi. Kononnya ustaz ini kira ustaz celup tak laku di Majlis Agama.
Aku bersangka baik sahaja tentang pernikahan Abg Din; orang kita pun ramai bernikah di Golok. Rakanku pun ada bernikah di Indon dengan adik angkatku orang Indon.
Wisma Abg Din dibelasah teruk di tempat kerja, dipapah baru boleh berjalan; Aib tentunya. Dia dipaksa menceraikan isterinya oleh Abg Iparnya sendiri. Mereka berpisah & tidak pernah berjumpa sejak tragedi itu. Abg Din terasa namanya tercemar amat & dia meninggalkan Kuala Lumpur gerladangan ini & tinggal kembali di kampung halaman Desa Tualang.
Abg Din mengambil alih perniagaan arwah apak; tetapi bangkrup kedai itu. Aku ingat mahu menyambung semula cerita kehidupan Abg Din yang banyak amat berselekuh & rumit amat perjalanan ceriteranya. Sebahagian ceritera Abg Din ini ada aku tulis di jurnalku yang lama di Easyjournal. Cuma dari jauh Abg Din dapat khabar anaknya dengan isteri yang dikahwini secara sulit ini adalah perempuan.
"Dia telah berumur 24 tahun lah Paksu Dan!" Linda menceritakan.
"Huh! dah besar!, dah boleh kahwin"
"Itulah pasal... dia mahu mencari walinya!" adoi! pening; aku rasa hanya emaknya sahaja yang tahu dalam bab wali ini. Kalau ada surat nikah di tangan emaknya memang tak jadi masalah.
Selepas berbual di telefon dengan Linda, aku berharap sangat dia datang menjenguk aku. banyak perkara yang aku ingin berbual terutama dengan Nasuha abang Linda yang sulung. Aku tak ingat rumah Nasuha, telefon mereka pula asyik berubah.
Aku baru berjumpa dengan Kak Kiah isteri ketiga Abg Din di Kuala Kangsar & dia menceritakan tentang anak Abg Din yang seorang ini. Aku tersenyum sahaja sebab aku tahu ceriteranya sejak dulu lagi. Mungkin Kak Kiah juga mengandaikan rahsia ini hanya dia yang menyimpan seorang. Abg Din pernah berceritera betapa Kak Kiah adalah isterinya yang paling dia sayang & hormati. maka itu mungkin semua rahsia diri tersimpan di diari Kak Kiah. Ada beberapa sebab kenapa arwah Abg Din sayang sangat Kak Kiah; aku rasa tak manis pula menceriterakan bebenda sulit ini.
Satu kejutan yang amat aku teruja. Tiba-tiba telefon berdering lagi. Linda rupanya kasi nombor telefonku pada anak arwah Abg Din yang tak pernah kutemui sejak 24 tahun. Yang aku sebut-sebut sejak lama dulu.
"Fatin ni..! dapat nombor dari Linda, Fatin anak Khairuddin!" (Fatin bukan nama sebenar)
"Baru sangat Linda telefon & sebut pasal... siapa ni namanya tadi?.."
"Fatin!.."
Dalam bualannya, Fatin tinggal dengan ibunya di Bangi Lama. Dia teringin sangat nak jumpa aku.
"Paksu boleh kita jumpa malam ini!" aku tergamam & teruja.
"Kita jumpa kat luar pun tak apa, sebab sudah malam!"
"Rasa tak sedap hati tak jumpa kat rumah, rumah Paksu pula punyalah bersepah ni!" Aku perasan sangat Mila memang pantang tetamu berkunjung ketika rumah berselerak. Aku pun satu hal jenis menyepahkan rumah.
"Fatin balik kerja jam 10:00 malam"
"Fatin ada kenderaan sendirikah? Tahu tak bagaimana nak ke Jenaris? "
"Adalah Paksu, Jenaris tu Fatin biasa...!"
Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna bagiku. Bukan mudah dapat mengikat kasih sayang yang terputus sejak berzaman. Rasanya Fatin pasti terkenang akan arwah ayahnya yang tak pernah dia jumpa pun. Aku meramalkan pasti dia datang dengan teman lelakinya. Dia sebut soal mencari wali, pasti namanya dibintikan nama arwah Abg Din. Jika sebaliknya pasti jadi rumit. Bagaimana penerimaan calon suaminya. Aku tak pasti bagaimana pernikahan anak-anak Abg Din yang lain.
Kira-kira jam 10:45 dapatlah ku lihat wajah anak saudaraku yang terpisah selama 24 tahun. Mirip arwah Abg Din. Fatin masih keliru tentang saudara mara ayahnya. Banyak sangat bualan kami tergantung. Fatin tak faham apa pun. Tak kenal siapa pun yang aku sebut!.
"Emak Fatin apa khabar?.. dia sudah kahwin lain tak?"
"Tak!, sejak berpisah dengan ayah sampai sekarang dia tak kahwin!"
"Berapa umur emaknya sekarang iyer?"
"44 tahun!" bermakna dia bersama dengan arwah Abg Din baru sekitar berusia 19 tahun.
Fatin bekas pelajar UiTM & kini membuka Salon Kecantikan di Bandar Baru Bangi. Dia datang bersama rakan kerjanya & seorang anak buah rakannya masih kecil.
"Bagaimana Fatin mengesan keluarga ayahnya ini?"
"Fatin ke JPN untuk mendapatkan maklumat terkini saudara mara arwah ayah!"
Pastinya dia ke Jabatan Pendaftaran Negara di bawah kementerian Jabatan Perdana Menteri. Di sana maklumat terperinci masih tersimpan. Lama juga katanya untuk mendapatkan maklumat terkini. Kena menunggu berminggu. Dia dapat alamat terakhir arwah Abg Din di Muar & telah jumpa dengan emak bungsunya Kak Aishah. Sampai ketika telah malam katanya, hari pula hujan tak sempat ke pusara arwah Abg Din; ayahnya di Muar. Dia ada membawa surat kematian arwah Abg Din yang diberikan oleh arwah Abg Din. Diam tak diam telah sembilan tahun rupanya Abg Din pergi.
Aku berharap sangat dapat mengenalkan Fatin dengan keluarga kami. Rasanya tak sabar mahu mendirikan semula rumah di kampung agar kami dapat mengembalikan nostalgia kami di sana. Terlalu kontras rasanya hidup di kota ini. Banyak sangat perkara yang tak masuk di akalku boleh berlaku. Berjumpa dengan anak saudara yang terpisah sejak 24 tahun lalu di gerai begini juga amat tak masuk akal. Aku terbayang wajah arwah Abg Din; Fatin membawa salinan xerox wajah arwah ayah ke mana-mana. Ayahnya yang tidak dikenali. Dia mengadu, emaknya tak boleh pun sebut nama Abg Din, ayahnya. tak mahu pun berceritera tentang siapa ayahnya.
"Abg Din amat menyayangi emak Fatin, dia sentiasa ingat emak Fatin; kalau tidak takkan dia cerita dengan Paksu tentang emak Fatin!"
"Fatin salahkan keluarga Fatin turut campur tangan masalah emak!"
Payah aku mentafsirkan ayat Fatin yang ini.
Sila klik sini secebis ceritera arwah Abg Din di bawah ini.
Siri Kemelut Madu
♥♥
25 Januari 2010
Tak Pakar Lagi (Singgahsana)
"Boleh lajukah ayah komputer lama ni!" Anif macam tak percaya.
"Ayah bukankah pakar! dekat 15 tahun ayah hidup dengan komputer tak kan tak boleh lajukan komputer ini!"
Anif tak sabar mahu melihat komputernya beroperasi. Kasihan juga dengan anak-anakku ada tak kurang lima komputer yang beroperasi di rumah ini, cuma dua buah Pentium IV yang lain tu sekadar boleh klik e-mel & menaip sahaja. Komputer bimbit Afiz selalu jadi mangsa sampai dinihari tak berhenti digodam.
Baru sahaja aku ke Metro Point Kajang. Lihat harga komputer peribadi. Rata-rata berharga RM3,00o ke atas. Telah tiada kumputer murah sebab teknologinya semakin pantas & tinggi. Entah Pentium apatah aku tak tahu. Intel Core 2 Quad. Cakera kerasnya pun dah ratusan GB, ingatan capaian rawaknya pun tak ada lagi DDR2. Jangan cerita bab Unit pemprosesan pusat tak reti nak menyebutnya. Quad. Jika mahukan harga komputer yang murah kena beli di Plaza Low Yat KL tiada jalan lain. Masih ada komputer peribadi sekitar RM700 tapi kira cap ayamlah tanpa monitor. LCD monitor telah turun harga sekitar RM500 telah dapat yang cantik-cantik.
Maka aku jadinya bukan pakar lagi, bagi membaiki komputer terkini.
Bila aku ke laman sesewang Plaza Low Yat; Ingatan capaian rawak pun nampaknya kembali naik harga. Mungkin ianya mengikut harga pasaran emas. 1GB DDR1 kini berharga RM159.00, barangan lama mahal; macam barangan antik; 1GB DDR2 separuh hargai RM83.00.
Zaman sekarang jika mahu selesa melayari dunia maya terpaksa guna Ingatan capaian rawak sekitar 2GB ke atas. Aku cuba cari Ingatan capaian rawak yang ada aku simpan kebanyakannya 256MB. Papan induk cuma boleh dilekatkan dua Ingatan capaian rawak sahaja.
Nampaknya kenalah cari duit lebih untuk menjadikan komputer peribadi Anif ini laju. Belum lagi Kad Videonya.
Aku teringat ada satu hari itu seseorang telefon aku, aku pun tak pasti siapa; dia sebut namanya aku tak kenal rapat. Dia mahukan aku membuang birus di komputer riba rumahnya. Masalahnya aku guna Antivirus BDC, jika buang birus selalunya kalau tenat sangat Windowsnya pasti akan mamai, terpaksa dilaraskan semula. Masalah aku sekarang ini tak punyai perisian yang terkini. Belum pun sempat nak godek Windows Vista, sudah keluar Windows 7 pula. Orang kita pula tak mahu mahirkan Linux. Ramai kalangan kita tak simpan pun perisian yang penting ini. Peranti untuk Kad Audio sering bermasalah. Sebab itu jika dihantar ke kedai membaiki komputer tak masuk akal mahal banget dikenakan upahnya. Bukan senang mahu mencari perantinya di alam maya.
21 Januari 2010
Damainya (Delima Merkah)
Hutan sebenarnya banyak menyimpan rahsia.(Klik imej untuk saiz yang lebih jelas)
Duduklah kita di habuk, asap beracun & hutan batu yang bukan pun milik kita ini.


20 Januari 2010
Dikunjungi Ulan (Singgahsana)
Dua hari lalu Ulan telefon; dia teringatkan aku lantaran hampir setengah tahun kami tak jumpa. Seingat aku sejak aku bersara kut! jumpa Ulan pun sekadar sekali dua terserempak tak sempat berbual panjang.Apa yang menarik tentang Ulan ini?. Yang kenal dia secara rapat pasti dapat mengesannya. Dia seorang yang begitu rajin mencari rezeki sampingan lantaran majikannya terlampau sifar dalam menjaga kebajikan terutama bab kenaikan pangkat. Nasib Ulan tak jauh bedanya denganku. Ulan seorang pekerja yang mahir tetapi majikannya tak nampak kemahiran Ulan & lebih ke arah pengaruh cakap serta hasutan orang melihat dari sudut lain. Menilai seseorang dari sudut kelemahan; akan pasti hasil parah. Si mangsa tohmahan akan pasti menjadi mangsa.
Jika kita menilai seseorang dari arah songsang tanpa melihat bakat & kemahiran besar yang staf itu miliki; sememangnya kita memerangkap diri sendiri pun menganiaya orang berbakat besar ini. Aku takut majikan yang begini akan tempang di dunia sebelah sana nanti.
(YB yang pasti baca tulisan ini mungkin terasa kut! bagaimana dia sendiri patah hati lantaran sikap majikan yang begini. Sementelah itu YB merajuk jauh. Tak pasti patah hatinya kini telah terubat?. Aku rasanya jejak kakiku ke sana pun tak mahu lagi. Mungkin tidak YB.)
"Ada ceritera terbarukah Lan" aku biasa panggil dia Lan sahaja, ramai kenali Ulan sebagai Wak Lan.
"Tak adalah iDAN, cuma tahun lalu mereka kasi aku anugerah cemerlang!"
"Tahniahlah, jika ada rezeki tak kan ke mana..." aku tergamam juga tadi dia parkir depan rumah dengan Mitsubishi Storm setahu aku dia juga ada MPV Nissan GRAND LIVINA, sampai aku tersilap nak masuk pintu, terbabas ke pintu pemandu!. Nyanyuk.

"Mana Livina, kau dah jual ke?"
"Adalah, dia macam bini kedua aku sayang nak berpisah, orang rumah pakai!"
"Anugerah cemerlang sekarang ni berapa RM UPM tu kasi!"
"Seribu!"
"Okeylah! tu... rezeki untuk anak-anak!" yang penting adalah penghormatan kerjaya kita. Duit itu masalah lain. Sejak aku berkhidmat dengan UPM; aku cuma sempat sekali dapat anugerah cemerlang peringkat universiti; tahun 1999. Hanya itu; dapat cemerlang peringkat fakulti boleh dibilang dengan jari. Alasan atau sebab musababnya aku asyik tercicir adalah dicopmohorkan staf bermasalah; degil, lawan tauke, tak berprotokol emmm! entah apa lagilah tangkapan orang atas-atas ini terhadap aku.
Ulan ada bengkel sendiri, bengkel kimpalan untuk buat kerja-kerja logam. Bengkel ini yang banyak membantu dia membaiki ekonominya. Menampung dalam membangunkan rumah tangga. Isterinya tiada kerja tetap, terkadang menjahit terkadang buat kerja jualan langsung. Tak menentu. Ganjaran kerja hakikinya sekadar cukup makan. Biarpun dia membuat kerja teknikal seperti aku tetapi ganjarannya memang boleh dipertikaikan. Ulan lebih awal berkhidmat dariku; pasti tahun ini telah cukup 30 tahun; mungkin lebih lama berkhidmat dengan kerajaan berbanding aku. Aku sempat 28 tahun sahaja.
Ada kalangan majikan silap tafsir, staf yang ada kerja sampingan ini sering dipersoalkan prestasi kerjayanya di jabatan. Asyik cari penyebab kenapa perlu disekat kenaikan pangkat. Sedangkan tanpa kerja sampingan ini apakah staf ini akan dapat menikmati hidup sebenar. Staf yang ada kerja sampingan; bagiku sebenarnya mereka ini yang punyai kemampuan lebih dari mereka yang kaki bodek & intan payung sanjungan jabatan. Staf yang ada kerja sampingan ramai yang ikhlas dalam menyebarkan khidmat & kemahiran mereka. Buat jabatan juga buat orang luar.
Aku teringat semasa aku berkerja dulu, boleh dikatakan setiap minggu pasti ada komputer yang datang ke makmal aku untuk aku baiki. Terkadang tak menang tangan. Cumanya aku bukan seorang yang berjiwa berniaga; aku tak pernah meminta upah, aku lebih suka membantu & memberikan sumbangan. Aku tidak pernah abaikan kerja hakiki.
Masa lapangku sentiasa ada aktiviti sumbangan; kalau tidak baiki komputer, aku adakan kelas ICT aku sendiri. Pelajar yang aku telah mahirkan lebih dari seratus orang, dari belajar baiki komputer hinggalah penggunaan perisian komputer, buat laman web, photoshop, buang birus, permasangan perkakasan baru, kemahiran internet, cara jalan pintas menghalang kerosakan windows, hinggalah baik buruk jadi penggodam. Menariknya pelajarku ada pelbagai peringkat; dari kalangan pelajar sekolah rendah, hinggalah pensyarah malahan bertaraf profesor.Bukanlah masuk bakul angkat sendiri tetapi sesiapa yang mengenali aku memang faham sangat watak aku.
Ulan mahir dalam kimpalan tetapi majikan tak nampak, Ulan sekarang lebih ditugaskan kepada kerja senggaraan bangunan. Lari dari bidang kemahiran sebenar. Maka tak hairanlah Ulan buka bengkel sendiri.
"Bagaimana projek Lan di Pahang tempoh hari telah siap tak?" Ulan buat semua kerja jika ada peluang; dia ada buat kerja-kerja membina & senggara bangunan baru bersama kontraktor di Pahang.
"Dah siap, tapi kena kencing juga..!"
"Banyak ke?.."
"Dalam RM15,000!"
"Isk! banyak tu Lan, habis tu ada untung tak?" rasanya telah puluhan ribu RM hutang lapuk yang terpaksa Ulan tanggung. Aku memang selalu ikut perkembangan perniagaan Ulan. Dulu kalau aku balik lewat dinihari, sering juga Ulan datang menemani aku hingga ke tengah malam. Jadi antara kami tiada apa rahsia.
"Untung itu memang okey!; dia janji nak bayar duit tu tapi senyap sahaja!"
Aku sering berbual dengan Ulan tentang bengkelnya. Tiap bulan dia cerita mesti kena ada duit pusingan tak kurang dari RM20,000. Itu cereita dedulu, mungkin kekinian terpaksa bertambah. Bengkelnya kecil sahaja tetapi memang begitulah orang berniaga. Ada tak kurang dua tiga orang pekerja tetap termasuk adiknya. Terkadang lebih dari itu, ikut besar mana projeknya. Setahu aku kerja kimpalan ini, bermodalkan RM1,000 kita boleh letakkan harga RM3,000. Kerja ini memerlukan kemahiran & kos elektrikal yang tinggi. Maka itu sememang kadar jualan paling tidak 200% dari kos barangan. Ulan tak dapatlah keuntungan yang tinggi sebab dia upah orang yang buat. Jika ada waktu senggang sahaja dia dapat membantu pekerjanya.
Maka itu jika kita mahu buat gerigi rumah atau pagar rumah bukan murah kini.
Dalam bualan kami, tercetus juga rasa terkilan dalam kerjaya di UPM, sebabnya dalam golongan kami masih ramai yang tercicir dalam bab kenaikan pangkat. Kemahiran & pendidikan kami sama sahaja. Rakan kami yang lain, malas & kaki monteng pun telah dinaikkan pangkat, mendapat pencen sekali ganda dengan kami. Itu rezeki mereka. Aku & Ulan kekadar seadanya. Seolah-olah pandangan majikan kami, kami ini lebih teruk dari mereka yang semua tahu kehandalannya membodek, bersandiwara pun punyai masalah lebih kronik. Hipokrit. Ramai yang berjaya ke puncak melalui batu loncatan, guna golongan bawahan, paling menyakitkan melalui kabel besar.
Kerja makan gaji ini terkadang jika pandai bermuka-muka, juga amat pantas memintas staf lain pun mudah berjaya. Di makmal pagi ke petang klik komputer macam ada kerja tak selesai, hakikatnya leka cit cat, main chess, lawan permainan komputer secara langsung, buat jualan langsung lelong & macam-macam kepuraan. Tiap tahun boleh naik pentas dapat cemerlang, jadi kanan & pelbagai lagi jika rapat dengan bos, duduk jadi tugu di pejabat. Pandai menjadikan rakan sendiri sebagai batu loncatan, lebih teruk mengadu domba. Kemahiran tak sepakar mana pun.
SKT sebenarnya baru lagi ujudnya, itu pun hanya 40% selebihnya adalah ketentuan Ketua Jabatan (KJ). Penilaian manusia inilah selalunya menjadi masalah. Memang ini masalah makan gaji. Sampai kiamat pun rasanya tak akan memuaskan hati semua orang. Maka itu Islam menggalakkan berniaga; kerja sendiri lebih jelas & telus. InsyaAllah jika rajin & jujur akan lebih murah rezeki berbanding makan gaji.
"Lan kena menabung dari sekarang, kita ni pencen tak banyak mana; hanya duit tabungan sahaja yang dapat membantu di hari tua kita.." itu pesan aku terakhir aku kepada Ulan setelah lebih dari dua jam kami lepak makan-makan di Sungai Kantan.
Agar dia dapat terima nasihat aku ini. Tak sangka ada rakan yang sudi ketemu aku. Baru beberapa hari lalu aku menulis bab persahabatan ini di jurnal aku Easyjournal. Terdetik hati Ulan datang dari jauh, malam-malam lagi semata-mata mahu ketemu aku.
Terima kasih Ulan.
19 Januari 2010
Pengikut ke 200 lebih (Singgahsana)
Tanpa bantuan & sokongan pemblog yang lain mana mungkin blog ini akan dikenali ramai. Buat masa ini aku hanyalah pendatang baru di Blogspot baru sekitar setengah tahun di sini. Impianku tentunya mahukan bertambah ramai pengunjung ke blog ini; melalui kaunter setakat ini baru sekitar 150 orang yang sudi berkunjung dalam sehari. Bagaimana langkah untuk meramaikan pengunjung ke blog ini aku masih tak pasti.
Cumanya aku akan terusan menulis biar pun sesekali terasa juga aku sendirian sebenarnya. Tak pasti siapakah yang benar-benar menyukai tulisanku; pun isu bagaimana yang pengunjung menyukainya.
Blog bagiku lebih kepada catatan peribadi & isu yang dapat menyentuh permikiran diri ini. Ada ketikanya mungkin bertepatan dengan fakta pun tarikan buat pembacanya. Tidak mustahil ada ketikanya tanpa kita sedar ada catatan amat menyinggung hati seseorang. Agar apa yang tersurat yang tersirat di dalam blog ini tidak dijadikan isu.Ianya adalah luahan perasaan empunya blok ini yang tentunya amat peribadi, amat serba-serbi tak sempurna lantaran penerimaan kita berbeda-beda.
Angan-anganku satu ketika nanti blog ini punyai pengikut ke 1,000 lebih; mungkinkah terjadi. Orang lain boleh menarik pengunjung yang begitu ramai melayari blog mereka, kenapa kita tidak.
Peliknya Aku (Singgahsana)
Bila aku semak jurnal lamaku di Easyjournal masih ada yang klik ke sana. Sehari tak kurang dari 200 orang klik jurnal itu. Mengatasi pengunjung ke situs ini. Sedangkan aku telah lebih setengah tahun; seharian klik & kemaskini blog yang ini.Siapa yang klik di sana? Siapa yang rajin mengintai aku di sana. Kenapa Blogspot terlalu kurang pengunjung apakah lantaran terlalu ramai pemblog di Blogspot? Terlalu banyak blog bercambahan di Blogspot hingga mana ada masa kalangan pelayar alam maya mahu membacanya. Kecuali mereka yang benar-benar menyukai tulisan seseorang pemblog.
Aku terpaksa berpindah arah melahirkan ilham di Blogspot lantaran server di sana ada masalah, paling payah mahu meletakkan imej. Sering lembab. Terpaksa menunggu begitu lama terkadang tergantung tak boleh pun muat turun sebarang data. Terpaksa memuat turun imej ke server lain & merangkai ke jurnal Easyjournal.
Di Blogspot begitu cepat, dari komputer di rumah boleh muat turun imej begitu pantas untuk dipaparkan di blog.
Aku tak mahu kehilangan pengunjung di sana. Malahan ada kalangan kenalan dari Blogspot juga asyik klik ke sana.
Sementelah itu aku sesekali terpaksa juga kemaskinikan jurnal aku di sana. Easyjournal tempat aku lama mengumpul ilham. Terpaksa juga kupantau.





















