iDAN

23 Disember 2009

KC 10 Ranting Sakura (Singgahsana)

Semua baranganku telah ku letak di kamar. Aku kembali ke ofis baruku!, masih ada meja lukis; kecil sangat ofis ini. Dari jendela nampak seluasnya bendang orang Jepun dihiasi banglow penduduk kampung yang mewah. Petani Jepun memang kaya raya.

Ada seorang Amoi Jepun sebelah mejaku; rambutnya separuh bahu pakai cekak kulitnya tak seputih si Matsushima di Harajuku, Tokyo. Rambut depannya lurus terjurai-jurai apabila ditiup angin, aku suka melihat gaya rambutnya. Berwajah sederhana bertubuh seiras Rahayu tak seseksi si Hoshino. Ada lagi seorang wanita agak berumur 30an, dari wajahnya aku agak dia telah berumahtangga. Ada seorang jurutera muda sangat berkacamata, kulitnya agak terbakar memakai jaket bercop kompeni PCI. Ofis baru ini memang anak syarikat PCI.

Ada beberapa lagi meja kosong, tentunya meja empunya mereka yang buat kerja luar. Biasalah orang Jepun setelah aku dikenalkan dengan mereka & mereka pun memperkenalkan diri masing-masing; Tunduk segala. Sekadar itu kemudian tekun & menumpukan kembali perhatian kepada kerja 100%. Senyap sepi. Payah untuk aku ingat semua nama mereka. Esok lusa aku kena hafal nama mereka. Kebanyakan mereka akan tinggal bersamaku di asrama. Tak seramai mana sekitar lima atau enam orang sahaja yang muat di asrama tersebut.

Dari jauh aku lihat Kuroda sedang berbual di bilik Ketua Jurutera, seorang yang agak berumur sekitar awak 40an tapi nampak segak lagi orangnya. Bertubuh tinggi kulitnya juga nampak terbakar. Aku lihat Ketua Jurutera sesekali mencuri pandang kepadaku. Di pintunya tertulis Ir Matsusaki.
Aku bergenang dengan air mata; tapi tak tumpah. Aku perasan Kuroda pun rasa sebak. Entah bila dapat berjumpa dengan dia lagi. Paling payah kukenang pun mengertikan jasa Kuroda yang amat prihatin akan aku; sedangkan kami baru sahaja kenal, bukan saudara mara, bukan juga satu bangsa, bukan juga satu agama. Manusia Jepun amat menghormati kita jika kita pandai mengambil hati mereka. Itu yang pasti bisik hatiku.

"Haridansan buat kerja seperti di Tokyo! pasti majikan di sini menyayangi awak seperti kami..!, saya harap tiga bulan ini awak akan gembira berkerja dengan mereka!" Kuroda menggenggam erat tanganku. Aku sekadar tunduk takut air mataku tumpah.

"Arigatou gozaimashita!, saya takkan akan lupa semua bantuan & tunjuk ajar semasa saya di sana. Kirim salam kepada semua sahabat kita terutama Kaitosan; pasti saya merindui Tokyo!" aku terbayang wakah si Kaito yang sentiasa berminyak rambutnya. Dahinya luas tetapi macho nampak bagai Prof; dia pekerja yang amat tekun. "Rindu sini balik sahaja nanti!" tergiang-giang suaranya dalan gegendang telingaku

Sampai di sini aku tak dapat menyekat gugurnya mutiara dari kelopak mata. Aku membalas lambaian si Kuroda dari cermin teksi. Aku melihat teksinya sampai hilang di celahan sawah padi. Hilang semangat untuk aku berkerja hari ini; aku perasan Ketua Jurutera; Matsusaki memerhati aku dari tingkap. Bila aku kembali ke ofis dia menjemput aku ke biliknya.

Banyak yang Matsusaki bualkan, bercampur dengan Bahasa Inggeris & bahasa Jepun yang mudah kufaham. Banyak menerangkan tentang tugasan & tentunya langkah keselamatan waktu berkerja. Kerja di luar katanya tak dapat lari dari panas & hujan. Jangan paksa diri kalau tak tahan badan. Aku tetap dipandangnya sebagai tetamu & tak perlulah memaksa diri berkerja keras. Dia dapat maklumat aku terlampau sayang pun tekun dengan kerja di Tokyo. Mereka di Tokyo amat sayang membenarkan aku ke Juo Machi ini. Tentunya aku bersyukur lantaran penat lelah aku mengikut semangat Jepun berkerja diterimapakai mereka.

"Saya pasti Haridansan penat berjalan jauh; elok berihat di asrama, esok pepagi kita bangun bersama buat kerja!" aku pun meminta diri & ke blok sebelah ke kamarku di sudut hujung kanan tingkat atas.
Bungkam!; amat payah aku mengawal perasaan!. Aku telah tercampak jauh sendirian di perkampungan Jepun. Aku rindu kepada isteriku Mila rindu amat; aku nampak bunga sakura gugur dalam tanam hatiku. Ranting sakura semakin kering & tajam menyucuk batinku. Aku terasa panas amat air mata yang deras mengalir. Aku nampak segala yang suram & gelap. Sungguh aku menjadi aku yang amat patah & rebah. Rebah dengan cinta sendiri. »ñ░ë╕╢←ô├ adoi! jiwaku amat serabut.

Di sini aku tak punya teman serapat si Kaito untuk mengadu hal. Aku tak mungkin diganggu panggilan di Ayu lagi; jauh sekali dari gangguan Si Joe & Halim.

Aku makin lupa entah berapa banyak helai catatan aku menulis buat Mila. Entah berapa pucuk suratku tidak berbalas. Begini rupanya perpisahan. Kejauhan ini amat menyakitkan. Kejauhan tidak pun dapat aku mengintaimu. Sendirian ini amat menyiksakan. Aku terlelap dengan hati yang amat kusam, dengan perasaan yang amat luka bagai disiat-siat derita. Aku tak nampak mana indahnya bunga sakura!. Mana megar kuntumannya. Mana seri sinarnya sakura.

- bersambung

Takrif : Arigatou gozaimashita! Terima kasih. shita bagi perkara yang telah lalu boleh juga disebut Arigatou gozaimasu

Kahwin Campur (KC) 9

Kahwin Campur Awal

6 ulasan:

ardz amy berkata...

bertuahnya sdr idan, dapat berkerja di luar, seronok kah berkerja dgn org asing? dan jauh dr keluarga? teringin utk kerja di luar juga, tp kene tamatkan pengajian ni dulu.

iDAN berkata...

Seronok jika bersama orang disayang; amat berat hati & sakitnya kerinduan bilamana lama sangat tak ketemu orang di sayang.

Syarat Dasar Pandang Ke Timur tidak membenarkan kami membawa keluarga ke sana. Alasannya tak sampai setahun di sana.

Tambahan tahun 90an mana ada kemudahan telefon bimbit Streamyx segala. Memang amat sakit!. Ke Jepun sekadar enam bulan sahaja.

Belajar bahasanya yang lama selamat tujuh bulan. Jika tak pandai berbahasa Jepun bagaimana nak mendekati masyarakat mereka.

azieazah berkata...

Suatu pengalaman yang amat mahal... Indahnya negeri orang, mana sama indahnya negara sendiri di hati kita...

iDAN berkata...

Dik Azah;

Keindahan itu terkadang lebih berbentuk subjektif; ianya terkadang bergantung pengaruh hati & keadaan.

Tentunya kita pernah merasakan hilang segala keindahan bilamana jiwaraga kita dicerobohi oleh gundah-gulana. Biarpun kita berada di persekitaran yang amat indah & nyata.

Abg teringat Bukit Senyum di kampung abg; di sana saban hari abg sering sendirian memerhati mentari jatuh di kaki langit; Ramai yang kata tempat ini keramat tetapi di sanalah bagi abg tempat paling damai.

Moh! kita pergi bersama kalau sungguh berani ke sana!. Sekarang ini abg telah jadi pengecut mungkin tak berani sendirian di Bukit Senyum itu.

Azieazah berkata...

Abg iDAN... senyum dah saya baca pelawaan Abg tu.. Teruja tauu...

Saya pun suka dengan suasana sebegitu, orang kampunglah katakaannn....

Ntah bilalah dapat bersua muka dgn Abg ni.. Padahal Kajang tu tiap minggu pun saya pegi. Selalu jer lepak kat Taman Mesra (ada kerja luar hampir tiap ujung minggu)

iDAN berkata...

Nantilah rumah kampung siap boleh abg buat HomeStay macam Bro Mazidul tu buat!;

Untuk Dik Azah kira promosi percuma!

Agenda yang mesti dimasukkan; petik teratai, senja di Bukit Senyum pun mancing ikan puyu di paya yang penuh anggerik liar & pokok bakung.

Taman Mesra tu abg sendiri jarang makan di sana!. Lalu Simpang Sungai Balak tu memang selalu. Tahukan Shell yang ada Pasar Malam minggu tu kan?. Kawasan itu kira perdalaman. Jalan Lama. Abg sering berligar sekitar Giant dekat Prima Saujana tu!.