Ada rakan si Joe & Halim pun amat payah untuk dapat berbual. Tiap kali aku pulang mereka telah tidur. Mereka ikut jadual kerja di Malaysia biar pun hakikat kami di Jepun; Cukup waktu kejar perakam waktu. Bergegas pulang. Aku jarang sekali balik seawal mereka. Bagiku biarlah buat cara merantau, mencari pengalaman semahunya dengan masyarakat Jepun. Memang itu pun yang JPA harapkan. Biarlah aku jadi kuli bapak Jepun pun tak kesah; tak lama amat pun asalkan aku disayangi. Asalkan aku dapat rahsia atau aura mereka berkerja.
Kemahiran itu bukanlah utama, tetapi adalah menyingkap budaya kerja orang Jepun yang perlu diselongkari. Tak mungkin kita sehebat mereka pun, kita masih terlalu terbelakang, mereka telah lama maju. Cumanya orang Jepun tak sombong, tak kedekut ilmu; apa sahaja yang kita mahukan mereka akan membantu, janji kita pandai mengambil hati mereka.
Sesekali aku merasai gegaran gempa bumi di Sagamihara. Nampak air di dalam gelas bergegar; Pernah sekali tu! di ofis PCI berlaku gegaran; orang Jepun semua pucat lesi wajahnya; maklumlah kami di bunguanan mencakar langit. Aku senyum-senyum sahaja. Tidaklah sampai berbunyi sairen amaran; emmm! jika ke peringkat itu kecut juga aku. Pengalaman gempa bumi sekadar di pawagam. Maka bila bangunan bergegar begitu macam mainan sahaja bagiku.
Pernah satu pagi di Sagamihara agak kuat gegarannya, sampai Okaasan keluar rumah. Aku masih senyum di kamar. Di asrama aku memang tak ada kawan berbual, mujurlah aku ada membeli Mini Kompo semasa ke Akihabara. Adalah teman kesunyianku. Jika tidak mahu lemas aku dipagari kerinduan
Sebut sahaja kotaraya Akihabara semua terbayang betapa canggihnya bandar ini. Yang seronok ada sebuah lorong itu semua barangan elektrikal lama, kira barangan antik ada terjual. Jika ke Tokyo tidak ke Akihabara memang tak sempurna. Bagai Tokyo Tower juga; kena juga melawatinya. Aku tak naiklah Tokyo Tower tapi sering berjalan di kawasannya. Jika Sabtu Ahad aku tak kerja memang itu perangai aku. Buka peta naik keretapi bawah tanah (Subway) lepas tu jalan kaki!. Merayap sampai tak berdaya melangkah kaki. Penat sahaja cari stesen keretapi bawah tanah terdekat. Minta orang Jepun ambilkan gambar. Banyak tak jadi dari jadi. Sebab kamera aku jenis dugong tak reti Jepun tu nak klik. Aku sering pakai tripod tangkap sendirian muka kabur belakang nampak elok tak betul fokus.
Banyak juga gambar aku di album tersimpan, cadangku kalau sempat aku mahu imbas gambar tersebut & di simpan dalam VDC.
Selamat tinggal Sagamihara, pasti aku terkenang-kenang akan kesepian seorang wanita Jepun yang memang misteri; yang pernah jalan seiring ketika dia mabuk terhuyung-hayang. Hari-hari aku melintas rumahnya dengan penuh persoalan. Ayu; sampai kini dia menyepi. Tak tahu ceriteranya setelah aku pulang ketemunya. Apa tangkapan Kimura terhadapku. Hatiku memang asyik teringat akan pertemuan yang bagaikan mimpi ini. Hari ini hari terakhir aku menunggu panggilanmu. Selepas ini bagaimana mungkin ingin menghubungi aku. Aku sekadar memberikan nombor telefon di asramaku di Sagamihara. Tidak terfikir pun memberi nombor telefon di ofis PCI. Aku terfikir juga mahu ke rumah Ayu, tapi buat kata si Kaito. Seandainya Kimura tiada di rumah bagaimana?. Orang jepun memang gila berkerja. Kimura entah tiba di rumah jam berapa.
Sebut sahaja kotaraya Akihabara semua terbayang betapa canggihnya bandar ini. Yang seronok ada sebuah lorong itu semua barangan elektrikal lama, kira barangan antik ada terjual. Jika ke Tokyo tidak ke Akihabara memang tak sempurna. Bagai Tokyo Tower juga; kena juga melawatinya. Aku tak naiklah Tokyo Tower tapi sering berjalan di kawasannya. Jika Sabtu Ahad aku tak kerja memang itu perangai aku. Buka peta naik keretapi bawah tanah (Subway) lepas tu jalan kaki!. Merayap sampai tak berdaya melangkah kaki. Penat sahaja cari stesen keretapi bawah tanah terdekat. Minta orang Jepun ambilkan gambar. Banyak tak jadi dari jadi. Sebab kamera aku jenis dugong tak reti Jepun tu nak klik. Aku sering pakai tripod tangkap sendirian muka kabur belakang nampak elok tak betul fokus.
Banyak juga gambar aku di album tersimpan, cadangku kalau sempat aku mahu imbas gambar tersebut & di simpan dalam VDC.
Selamat tinggal Sagamihara, pasti aku terkenang-kenang akan kesepian seorang wanita Jepun yang memang misteri; yang pernah jalan seiring ketika dia mabuk terhuyung-hayang. Hari-hari aku melintas rumahnya dengan penuh persoalan. Ayu; sampai kini dia menyepi. Tak tahu ceriteranya setelah aku pulang ketemunya. Apa tangkapan Kimura terhadapku. Hatiku memang asyik teringat akan pertemuan yang bagaikan mimpi ini. Hari ini hari terakhir aku menunggu panggilanmu. Selepas ini bagaimana mungkin ingin menghubungi aku. Aku sekadar memberikan nombor telefon di asramaku di Sagamihara. Tidak terfikir pun memberi nombor telefon di ofis PCI. Aku terfikir juga mahu ke rumah Ayu, tapi buat kata si Kaito. Seandainya Kimura tiada di rumah bagaimana?. Orang jepun memang gila berkerja. Kimura entah tiba di rumah jam berapa.
Apa-apa pun aku doakan ketenangan hati Ayu, setidak-tidak sebentar aku bertandang di hatinya. Rawan hatinya tidak terus melarat. Jauh di hatiku memang aku amat simpati dengan situasi Ayu. Aku dapat bayangkan dia sendiri di bumi orang. Aku terbayang wajah serba salahnya membasuh pinggan mangkuk yang berlumuran lemak babi. Tak dibuat apa kata suami pun bagaimana tangkapan Mak Mertua. Dibuat dalam keadaan terpaksa sampai bila mahu bersamak tangan tu!. Huh! lemas aku memikirkan masalah Ayu.
Masalah aku pula bagaimana?. Mana suara Mila, mana surat Mila; tidak pun sekeping poskad dapat kuterima. Surat yang aku tulis pun telah tak tahu apa isian; cukuplah sekadar memberi khabar yang aku akan ke Jua Machi, jangan hantar surat ke Sagamihara lagi. Tiba di sana nanti aku akan kasi alamat yang baru. Aku tahu surat ini tidak pun diundang, surat-suratku yang lalu pun tidak dibalas. Tetapi aku tetap aku, aku adalah suamimu. Tak salah aku mahu hari-hari menulis surat buatmu isteriku.
- bersambung
Kahwin Campur 7
Kahwin Campur Awal
14 ulasan:
hai...
awak keje or study kat jepun..
tq follow saya..saya follow awak balik..
awak ada dua blog kan..so, saya amik yang ini utk di link kan
Sdr Liyana;
Ceritera ini telah lama berlalu, sekadar catatan lama yang tersimpan di diari kehidupan saya. Saya kerja di sana; maka itu dialami masalah perhubungan. Awal 90an lalu masih tiada telefon bimbit SMS, e-mel pelbagai, kita sekadar baru kenal VDC & klik komputer 486 Windows 3.1 Kemudian baru ada Windows 95.
Tahun '95 Sdr Liyana masih di sekolah rendah. Payahnya orang dahulu mahu membangunkan negara! maka itu kerajaan hantar ramai pelatih untuk mencuri budaya kerja orang Jepun.
Buat surat pakai mesin taip, dulu saya hantar karya di radio guna mesin taip. Punyalah susah nak tersiar. Tunggu berminggu baru terdengar di corong radio.
Sekarang semua dihujung jari, klik sahaja; berkarya sahaja terus semua orang boleh baca. Mudahnya.
Boleh bercinta lagi dalam YM siap hantar lambang hati bunga pelbagai.
Kami generasi lama ini hanya dapat meninggalkan kenangan buat anak-anak & juga cucu cicit. Sebagai pemangkin dalam banyak hal; maka itu saya sering menulis di blog ini; terkilan bila generasi muda ada yang tak hormat jasa orang lama.
Orang Jepun masa itu telah ada segala, TV di tangan; telefon bimbit segala. Mereka awal maju dari kita. Tahun 80an lagi mereka telah ada Subway bertingkat-tingkat.
Dulu kita ketinggalan dalam teknologi sekitar belasan tahun terbelakang. Sebab itu enjin proton model pertama kita baru 8 valve. Jepun tak popular enjin begitu lagi, maka negara kita dilambaknya enjin tersebut.
Sekarang baru kita bersaing; seiring dengan mereka dalam banyak teknologi. Itu pun di segi pembuatan enjin kereta, senibena, kejuruteraan & banyak lagi kita terpaksa perlukan bantuan negara maju. Jerman, Jepun, Korea banyak negara maju lain lebih terkehadapan.
Tahun 90an masih ada Dasar Pandang Ke Timur yang JPA laksanakan. Sekarang telah ditukar ke kursus lain namanya. seperti pertukaran belia dan lain-lain.
Saya kerja di sana selama enam bulan sahaja. Mengikut visi kerajaan dalam Dasar Pandang Ke Timur. Belajar bahasa Jepun yang lama 7 bukan secara intensif.
emm....ruangan komen pn dh jd satu entry bru yer? hehehehe....generasi baru bila smua dlm keadaan senang ttp ada pro & kontranya. sya jga tergolong dlm kategori baru (kira zaman teknologi canggih la kut....walaupn masih byk ketinggalan). skrg smua di hujung jari, main klik jer.....akan melahirkan generasi yg pemalas walaupun asalnya di cipta utk kebaikan. di kira bertuah sbb didikan awal dahulu sudah mengenal erti susah dan kepayahan.
Jauh perjalanan memang banyak pengalaman. Apa pun hujan emas dinegeri orang baik hujan batu dinegeri sendiri ya... betul tak gitu.
Abu Muaz:
Memang betul tu, tempat jatuh lagikan dikenang ini kan pula tempat bermain.
Cuma bilamana kita diterima sebaiknya di negara orang, hati bagaikan terikat. Sedangkan di negara sendiri secara jujur saya berkata, bagaikan jauh panggang dari api. Saya merasakan telah berbuat kerja sebaiknya tetapi sikap saya yang tak pandai bodek bos hasilnya saya terusan tersingkir.
Tak boleh menuding orang mungkin juga diri yang punyai masalah. Diri sendiri yang banyak kekurangan. Terimalah seadanya.
Saya perhatikan sikap paling berbeda antara kita & orang-orang Jepun adalah menghormati hak orang lain. Masyarakat Melayu masih dibelenggu dengan sikap dengki & iri hati. Memanglah tidak semua punyai sikap ralat ini. Tetapi lantaran sikap ini antara kita & masyarakat jadi porak-peranda.
Kita susah hati melihat orang senang hati. Jika melihat orang berjaya pasti ada insan cuba menjatuhkannya. Cukuplah kalau kita jual Nasi Lemak, tenguklah macam-macam perkara yang disakatnya perniagaan kita.
Arwah Apak berniaga sebelum saya lahir lagi. Dari pukau, taburan ilmu hitam, pecah rumah, tanam kemaluan anjing pun ada, hutang tak berbayar jangan ceritalah; sampaikan arwah Apak bakar buku hutang tak mahu terganggu bilamana penghutang pun telah tiada lagi. Puluhan RM hutang lapoknya.
Dalam kerja makan gaji pun begitu, fitnah sering berlaku jika kita berjaya & bersungguh-sungguh dalam berkerja. Di negara terbit matahari itu tidak pula berlaku perkara begini.
Salah satu sebabnya mereka jarang membeli kemahiran, mereka lebih mementingkan organisasi dari kepentingan peribadi.
Saya pernah berkerja di era 80an, 90an & tahun 2000an kini. Antara langit & bumi ukhuwah antara pekerja. Zaman 80an itu amat intim, zaman sekarang rasa semakin ego & individualistik. Taraf pendidikan & ketidak pentingnya pengalaman dihormati menjadikan generasi pemangkin dulu terpinggir. Ini memang di mana-mana pun berlaku.
Sdrku Eelobor:
Tak semua generasi baru seperti apa yang saya tulis, jangan pula Sdrku Eelobor terkilan pula, masih ada yang begitu baik & sanggup mempertaruhkan martabat diri demi membela anak buah.
Di ofis saya ada yang orang baru begitu; Ketika dia jadi Ketua Jabatan KJ, semua pekerja dibelanya; sampaikan Dekan pening kelapa. Orang begini umurnya tidak semuda mana; tapi dia memang rapat dengan orang bawaha. 40an. KJ baik begini biasanya melompat terus ke status lebih tinggi. Semua orang suka dia.
Sekarang jika ke fakulti tempat lama saya berkerja; umur 30an lagi telah jadi KJ. Baru balik dari buat PhD telah jadi KJ. Sebabnya masing-masing mahu cepat jadi Prof muda. KJ bukan jawatan yang kekal.
Dalam PTK memang salah satu syarat mesti paling tidak sepenggal menjawat ketua dalam pentadbiran. KJ yang muda ini terkadang terikut dengan hasutan kaki bodek & maklumat jabatan yang tidak lengkap. Tak kenal pun siapa yang sungguh-sungguh berkerja siapa yang pandai berpura-pura. Maka memang pontang-panting jadinya suasana jabatan.
Sikap mementingkan diri, ingin cepat menjadi prof menjadikan Universiti kita telah merapu. Sebab itu ujudnya. Universiti Penyelidikan (RU). RU ini telah bercanggah dengan dasar kerjaya pensyarah sebelumnya. Patutnya pensyarah mengajar paling tidak 51% kini telah terbalik buat penyelidikan yang lebih utama. Nak jadi Pensyarah atau Pegawai Penyelidik?. JPA kena siasat benda ini.
Bertindih pula dengan penyelidikan ini antara agensi lain, MARDI, Jab Pertanian, FRIM, PUSPATI & banyak lagi di luar sana. Seharusnya bersaing saling berkerja sama. Ini tidak masing-masing nak tunjuk taring. Orang luar sudah buat produk Nano, yang sini baru nak kenal Nano. Penyelidikan yang berulang atas nama & jurnal. Yang habis duit rakyat. Kerajaan nampak tak nampak sahaja perkara ini.
Maka turunlah mutu pendidikan pelajar graduan kita; jika di tempat saya. Ramai pelajar Master & PhD tempatan kita kantoi. Orang luar yang berjaya. Pensyarah lebih tertumpu dengan pelajar PhD yang cemerlang sebab membantu matlamat mereka cepat menjadi prof muda. Pelajar kita yang agak lemah terpinggir tanpa panduan & didikan dalam kajian Master & PhD mereka.
RU tak semestinya tak bagus jika pembelajaran & mutu graduan kita dijaga.
orang Jepn kecil molek, awet muda hee
betul bertindik porim sirim Pertanian, kalau disatukan dibawah kementerian ...hanya jabatan yang berbeza.Duit...
Benar kata anda. Kita telah melahirkan masyarakat yang sudah tidak pandai berterima kasih. Malangnya lagi pegawai-pegawai yg berstatus graduan ini langsung tidak boleh diajar dan ditegur....pengalaman yg kita ada tidak dihargai. Ilmu saja tinggi melangit tapi tak tahu nak buat kerja pun tak guna juga.
Sdrku Zeq:
Kalau Zeq tenguk Amoi Desa Pingitan Jepun ini, sudahlah putih sering berlari-lari anak; emmm! memang tergoda!
Masa di Juo Machi, si Suminya yang kerja sepejabatku memang tiap pagi bila lambat nak kejar kad perakam... aku suka sangat ngintai dia melalui tingkap cermin, dia pasti akan berlari-lari anak.. terkedek-kedek! lawanya Jepun ni!.
- bersambung
Sdrku Zeq & Abu Muaz
(Mungkin ada pensyarah yang baca ini; pasti menafikan. Mereka mahu juga penyelidikan itu diutamakan. Pasti dia kata tak ganggu pun pengajaran mereka. Malahan membantu meningkatkan mutu pengajaran. Katanya; hakikatnya pergilah hidup dengan mereka!.)
Orang lama yang agak lembab sikit mereka jentik macam tahi cicak sahaja Zeq. Terlampau ghairah mengejar kepentingan diri. Nak drastik kenaikan pangkat mereka.
Zeq, kalau apa yang diselidik itu disambung tak apa, ini benda yang sama. Orang telah berzaman kenal benda yang diselidik; siap telah pun buat produk; kos beli barangan penyelidikan pun bukan murah, banyak berlaku jadi gajah putih sebab tersilap beli; ngapalah tak rujuk kepada orang yang buat telah buat penyelidikan yang sama. Ini isunya bertindih; saingan memang bagus, penemuan baru memang dialu-alukan.
Kenapa tak boleh bersatu. Prof yang memang kira sifu kenapa tak mahu bergabung. Maka itu ada prof tempatan pakar tentang buluh tetapi tenguk benda itu macam jumud... lari ke bidang lain!. Apa namanya tu?.
Terkadang nak selitkan nama dalam jurnal pun jadi masalah bergaduh Zeq!. Bukan nak cari sebab nganggu hal orang atasan, tapi ingat sikit pengawai penyokong ini dapat apa? Kerana terpaksa bantu penyelidikan mereka ini, bebanan kerja yang makin bertambah, imbuhan macam itu juga Zeq. Tahu-tahu tak setua mana pun semua penyakit datang menyerang, memang itu habuan orang bawahan.
Gaji Prof tu tahu berapa?.
"Ngapa awak tak mahu belajar sepandai kami iDAN, mana nak sama elaun kami dengan pencuci!"
Ego mereka ini Zeq, macamlah pencuci hari-hari makan bubur mereka makan nasi!.
Saya tak soalkan gaji, tapi elaun kebajikan semua itu sewajib samarata. Gaji sudahlah besar, kita kasi Perdana lagi, minyak percuma, baiki percuma, kasi Pemandu lagi, tak apa kita kasi.
Kuli batak macam kita, kapcai pinjam, minyak beli sendiri, tayar pancit koreklah duit tabung. Elaun sara hidup dibedakan. Ini kena dibetulkan. Bagi saya gaji boleh dibedakan sebab kelulusan pelbagai, kebajikan itu sewajibnya samarata. Kenapa mesti tandas Dekan pun berkunci. Kenapa layanan hospital orang bawah kelas dua orang atasan kelas satu. Kalau boleh letak wad di kayangan sana.
Budaya Orang bodoh jadi makanan orang cerdik ini Zeq budaya barat. Islam tak ajar semua tu!. Rasulullah boleh berpedati emas jika mahu, banyak barangan perang yang dirampas ada bahagian untuk dia, tapi dia tak ambik pun.
Tenguk pemimpin sekarang?. Huh!.
Sebab itu orang negara maju jadi pencuci pun hidup bahagia. Saya baru bual dengan Eris di Australia tentang gaji pencuci di sana. Ada tertulis dalam blog saya.
Benda begini tak ujud di Jepun Zeq. Baik pencuci, mahu pun buruh kasar macam saya ini, KJ, Dekan sama sahaja naik komuter; berlari-lari bersama kejar mesin perakam waktu. Kompeni kasi pass tiket nak tidur dalam komuter pun tak apa. Bukan ada limit nak naik berapa kali sehari. Kereta jabatan tinggal ofis, urusan pejabat sahaja digunakan. Cantik macam itu.
Negara kita apa jadi, komuternya pun asyik delay sahaja. Belum lagi soal bas & lain-lain tu.
Kita ada kerajaan; kerajaan kena kerja!.
Saya telah lupakan dunia itu Zeq. Maka itu salah satu sebab kenapa saya pencen awal... stres Zeq. Tenguk kebajikan pekerja di mana sektor pun di negara kita memang teruk!. Bia kita tegur kita yang kena lenyek. Bak timun dengan durian. Ego mereka ni Zeq.
Pelajar dengan saya macam adik beradik, macam keluarga. Mereka mengadu masalah mereka pada kita, kita ini kuli tegur orang atasan memang nahaslah. Sopan atau cara mana pun rasa tergugah mereka siaplah!.
Kalau amati blog saya, saya terkesima; kalangan mereka ada yang sampai dituduh merogol pelajar datang Van Forensik; boleh senyap sahaja. Skandal katanya bukan rogol. Bukan bangkai gajah bagi mereka!, baik orang bawah, baik pelajar mereka gesel & tenyeh belaka!. No Hal
- bersambung!... nak solat Jumaat dah ni!.
salam..
tinggal seketika di jepun ada bestnya..ada tak besnya..
tapi lama-lama bosan..rindu nasi lemak..teh tarik..rindu nak cakap melayu..kekadang tercakap melayu lak ngan orang jepun kat sana..eheh...
Betul tu Lavender:
Mana mungkin kita lupa akan keenakan masakan di tempat sendiri.
Mesti semua mengakui masakan paling sedap adalah masakan ibu sendiri. Bila telah tiada ibu teringat-ingat akan sedap ibu buat gulai tempoyak atau rendang tok.
Jika di Kampung Baru KL Nasi Lemak Antarabangsa memang sedap sangat. Pak Wahid rajin belikan untuk saya!.
...Malangnya lagi pegawai-pegawai yg berstatus graduan ini langsung tidak boleh diajar dan ditegur....pengalaman yg kita ada tidak dihargai. Ilmu saja tinggi melangit tapi tak tahu nak buat kerja pun tak guna juga...
Saya tertarik dengan ayat ini;
Sdr Abu muaz berkata sedemikian mungkin telah pun mengalaminya sendiri. Sayangkan mereka ini ada yang telah bergelar Dr... masih muda. Atau berpangkat lebih dari kita.
Setakat kita tegur atau cuba tunjuk langkah terbaik mereka menolak tak apa; paling sedih mereka ini sampai melibas kita atau senang-senang mengaibkan kita sampai mencabar maruah kerjaya kita.
Saya masih tidak dapat memaafkan keegoan manusia begini. Ada pihak perlu menyedarkan mereka agar tak bertambah ramai menjadi korban.
Keangguhan adalah antara 7 dosa besar seperti kaum bertamadun war-warkan.
Catat Ulasan