iDAN

21 Jun 2012

Minumlah Air Mineral sebanyak mungkin?

Dari Internet disusun semula oleh iDANRADZi





Ramai yang keliru dengan pelbagai jenama air mineral yang ada di pasaran. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu yang mana yang harus saya pilih. Cuma saya ada beberapa jenama yang menjadi kegemaran saya berdasarkan deria rasa di hujung lidah saya.

Air mineral yang ‘sedap’ diminum, tiada rasa payau, maung, segar : itulah jenama pilihan saya kerana pada mulanya saya menganggap semua air mineral mempunyai kandungan mineral yang sama.

Tetapi itu bukannya cara yang baik untuk memilih air mineral. Apatah lagi jika air yang berisipadu 500ml dibayar dengan nilai 1 ringgit. Bayangkan kalau ada pengilang yang hanya mengambil air paip dan membotolkannya sebagai air mineral. Tentu wang yang dikeluarkan tidak berbaloi.

Sebenarnya derai lidah kita dapat rasa air paip atau air mineral jika kita memang selalu minum air meniral. Cukuplah kalau kita makan di restoran cuba buat pesanan air suam atau ais kosong; selalu kita dapat agak ini air paip atau air bertapis. Sering berlaku rasa sabun sebab restoran ini terlampau nak jimat air. Sudah namanya berjimat mahukan mereka kasi kita air mineral yang okey atau air bertapis.

Perbincangan ini menjurus kepada kandungan mineral yang sepatutnya ada dalam air mineral.
  
Apa sebenarnya air mineral?
Di Malaysia semua pengilang yang mempunyai lesen membotolkan air mineral tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Akta ini mewajibkan semua pemilik lesen menyatakan punca air dan  keputusan analisis air dari makmal yang diluluskan. Ini termasuklah analisisa mikrobiologi setiap tiga bulan, analisis kimia setiap enam bulan dan analisis radioaktif yang dilakukan setahun sekali.

Selain itu, pengilang diwajibkan menggunakan penutup botol berwarna kecuali putih. Ini adalah untuk membezakan antara air mineral semulajadi atau air minuman biasa.

Air mineral di Malaysia didapati dengan dua cara. Pertama air yang berasal dari bawah tanah yang dikorek dan dipam naik, dan akan melalui proses penyulingan. Kemudian air itu dibotolkan.

Air ini mengandungi beberapa mineral semula jadi dari dalam tanah. Proses penyulingan ini menggunakan beberapa langkah penapisan bertujuan membuang kuman dan bahan-bahan asing. Ianya boleh dikenali dengan warna tudung botol yang berwarna.

Oleh itu pengilang mesti menyatakan punca air secara jelas dan cara pemprosesannya.

Sebagai contoh saya mengambil satu jenama air mineral ”MELODIES”. Pengilang menyatakan pada labelnya ‘AIR MINERAL SEMULAJADI’ dengan isipadu minima 500ml.

Pengilang menyatakan alamat kilang dan pengedarnya. Di samping itu, sumber air dinyatakan dengan jelas “Lot 919 Mukim Batang Kali, Daerah Hulu Selangor, 44300 Selangor”

Proses yang digunakan juga dinyatakan ”Air Mineral Semulajadi ini diperolehi dari mata air sedalam 320 kaki dan diproses melalui teknologi penapisan dan pensterilan ultraviolet yang moden.”

Kandungan mineral juga tertera di label. Ini adalah contoh perlabelan yang baik.

Cara kedua ialah dengan menggunakan air paip yang disuling. Dalam proses itu beberapa elemen mineral ditambah pada air paip. Namun setelah menjalani proses pembersihan untuk menghilangkan bakteria dan bahan kimia dalam air, kadar mineral dalam air juga dikurangkan. Ia boleh dikenal dengan warna tudung botol yang berwarna putih.

Terdapat pelbagai jenama air mineral di pasaran. Air mineral seharusnya mengandungi bahan-bahan mineral  dengan kadar 250 ppm, sama ada yang ditambah atau diperolehi secara semulajadi.


Air mineral seharusnya mengandungi:
1. Magnesium
Ia diperlukan untuk mengawal pengecutan otot, pengaliran impulse saraf, dan mengaktifkan enzyme yang menghasilkan tenaga. Struktur tulang memerlukan magnesium. Magnesium juga perlu dalam mengembangkan saluran darah bagi mengelakkan serangan sakit jantung.
Mereka yang tidak mempunyai cukup elemen ini akan mudah merasa nervous, hilang tumpuan, pening, sakit kepala dan migraine. Air mineral selalunya mengandungi bawah 20 mg/l magnesium di dalamnya.
2. Kalsium
Orang dewasa memerlukan kira-kira 800mg kalsium setiap hari. Kalsium diperlukan untuk menguatkan struktur tulang, gigi dan selaput sel.
Kalsium juga mengawal pengecutan otot dan pengaliran impulse dalam saraf. Pereputan tulang (osteoporosis) dan patah tulang juga disebabkan oleh kekurangan kalsium. Selalunya kandungan kalsium dalam mineral water ialah kurang 100 mg/l.
3. Potassium
Dua hingga empat gram biasanya diperlukan dalam sehari. Seperti mana kalsium dan sodium, potassium juga diperlukan untuk pengecutan otot, dan penghantaran impulse saraf. Jika potasium kurang dalam badan, ia menyebabkan tubuh akan menjadi lemah dan mudah penat. Biaanya kandungan potassium kurang dari 5 mg/l dalam air mineral.
4. Sodium
Jumlah yang biasa diperlukan ialah 3 gm sehari. Fungsinya juga serupa dengan kalsium, potasium iaitu penting untuk pengecutan otot dan pengaliran impulse. Dalam air mineral mengandungi antara 10-1,200mg/L sodium.
5. Sulfate
Sulfate membantu perkumuhan dan penyahtoksinan (detoxification) dalam hati dan membantu merangsangkan pengeluaran hempedu. Ia penting bagi pergerakan usus (peristalsis). Kebanyakan air mineral yang dibotolkan mengandungi kurang dari 100 mg/l sulfates.
6. Bikarbonat
Ia penting untuk menstabilkan pH cecair dalam badan. Ia juga boleh didapati dalam perut. Apabila kita terlalu penat, asid laktik akan terhasil dan dineutralkan oleh bikarbonat. Kandungan bikarbonat antara 50-200 mg/L dalam air mineral yang dibotolkan.
7. Elemen mineral yang lain
Selain dari mineral-mineral tadi, tubuh kita memerlukan beberapa elemen mineral yang lain, antaranya iron (zat besi), iodine, copper, fluoride dan zinc. Ia diperlukan hanya beberapa milligram. Namun kadang kala elemen ini tidak ada dalam air mineral.

Oleh itu harus dipastikan sama ada air itu benar-benar mengandungi mineral asas. Antaranya kalium, magnesium, sodium,  potassium, chloride dan sulphate.

Air mineral juga digunakan sebagai air mandian ketika zaman Roman. Pancuran air di Abano Terme berdekatan Venice adalah pancuran air yang hangat digunakan sejak dulu untuk mandian dan minuman.

Air paip yang disalurkan dalam paip dalam sesetengah negara mempunyai kandungan mineral yang baik. Sebagai contoh Zurich adalah bandar yang mempunyai air paip yang baik.

Di Amerika Syarikat, US FDA mengkelaskan air mineral sebagai air yang mempunyai sekurang-kurangnya 250 bahagian mineral di mana satu juta bahan pejal dilarutkan (ppm). Mereka mewajibkan semua mineral ini harus diambil dari air dalam tanah, dan bukannya ditambahkan ke dalam air paip.

Semasa tahun 70an saya masih ingat kami se asrama minum air paip sahaja; zaman itu mungkin air paip tidak tercmar; hasilnya kami segar bugar dan ramai yang tinggi lampai. Hasil bahan mineral yang amat bagus dari air paip.

Oleh itu jangan terperanjat jika terdapat air mineral yang agak mahal. Ia haruslah berbaloi dengan sumber air dan cara pemprosesannya. Sebelum membeli air mineral, lihatlah dulu labelnya.

Wallahu a’lam

Susunan Penyair iDANRADZi

19 Jun 2012

..:: Surah Al-Insyirah ::..

Sehari satu doa Dalam kuliyahnya, Ustaz Abu Bakar Abd Aziz ada menyampaikan doa yang elok dibaca agar anak kita dipelihara Allah dari segala macam hasutan,bahaya yang bakal mendatang dan lain-lain perkara yang tidak diingini.

Ayatnya adalah Surah Al-Insyirah yang sebaiknya dibaca sebanyak 17 kali sebelum dihembuskan ke ubun-ubun anak-anak kita sebelum mereka berpergian ( ke sekolah dsb ). Namun oleh kerana banyak sangat, dianjurkan supaya dibaca berulang kali beberapa ketika sebelum mereka pergi seperti waktu menggosok baju, menggoreng ikan dsb. Pada kali yang ke 16 atau 17 barulah dipanggil akan anak itu lalu hembuskanlah. Ayat ini adalah ayat lazim dan kita lazimnya telah hafalnya, hanya tinggal nak mengamalkan sahaja. Surah Al-Insyirah (bererti melapangkan dada Nabi), adalah surah yang ke 94 di dalam Al-Quran, mengandungi lapan ayat.

Allah SWT menegaskan, salah satu nikmat yang dikurniai kepada Nabi Muhammad SAW ialah melapangkan dadanya serta mengisinya dengan iman dan hidayah bagi meringankan beban perjuangannya.

Ertinya :: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani -
* Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
* Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
* Yang memberatkan punggungmu,
* Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
* Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
* Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
* Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.
* Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya:
Pada suatu hari, beberapa Arab desa datang kepada Rasulullah s.a.w.
Mereka bertanya kepada para Sahabat: Apakah kamu pernah memeluk anak-anak kecil kamu?

Para Sahabat menjawab: "Ya".

Orang-orang kampung itu berkata: "Akan tetapi, demi Allah, kami belum pernah memeluknya".

Rasulullah s.a.w lalu bersabda: "Aku tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya Allah mencabut rahmat dari kamu".


"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
"Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu. Bukankan Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Yang memberatkan punggungmu. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Kerana sesungguhanya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain."

Cuaca muram

1. Sejak kebelakang ini asyik tak selesa keluar rumah. Silap-silap demam. Sebab udara amat panas, jerebu dan kadang-kadang hujan panas. Elok buat banyak aktiviti di dalam rumah.

2. Pulak tu tidur asyik tak cukup sebab berjaga malam, apalagi kalau tak Piala Uero. Nak tunggu piala sebegini lambat lagi eh. Silap-silap aku tak ada lagi. 4 tahun sekali memang lama.

3. Terjaga subuh Mila bising-bising sebab anak-anak malas bangun sembahyang subuh. Sah dikejut bergerak, berbunyi tapi bila yahnya sambung tidur mereka tak bangun. Bagaimana nak bangun tidur kalau asyik mengadap permainan komputer atau mengadap PC sampai dinihari.

5. Lama tak mancing aku suka memancing di paya lama yang ikannya menjadi misteri. Baru  ni dapat kenalan Orang Asal di Johor; teringin nak ke sana tapi tak berani sorang-sorang. Ingat nak ajak Amid tapi dia jenis payah dapat lesen.

6. Kembali rapat dengan ed/Nu-C dan teringat hobi kumpul batu cincin; banyak batu cincinku hilang termasuk batu hitam milik arwah apak. Memang ada beberapa batu cincin yang kusayang ghaib entah ke mana. Teringat batu delima milik arwah emak. Seiras dengan maman ifi pakai; aku suruh Mila tanya di mana dia beli sebab sebijik macam cincin arwah emak yang hilang. Mila tak faham erti nilai sentimental; marah-marah pula dengan aku.

(Suka jika hobi bersama agar sesama kita dapat bertukar kenangan)

Ed telah banyak memberikan aku batu cincin. Antaranya batu aked yang penuh misteri. Baru pakai beberapa jam (belum 24 jam) ketika aku di pawagam tenguk fiem Spiderman ada sesuatu atau makhluk ghaib mencabutnya dari jari hantuku. Nasib aku terasa. Bayangkan cincin batu aked ini ketat ketat. Bagaimana boleh mudah tercabut.

Aku menggunakan lampu telefon bimbit (telbit) Azim untuk mencarinya. Alhamdulillah jumpa tersorok bawah bangku aku duduk . Cabut di depan boleh tersorok di belakang. Ada modal aku nak ikat beberapa batu lagi. Nampaknya memang cantik ikan pakai suasa.

'DARI' ATAU 'DARIPADA'

Gua ambil dari URL editor

Sudah banyak artikel dan buku yang telah saya sunting dan baca. Saya dapati masih banyak penulis yang masih keliru dengan penggunaan perkataan ‘dari’ dan ‘daripada’. Kekadang sebagai editor saya sepatutnya membetulkannya, tetapi perasaan malas kekadang menyinggah, maka saya biarkan saja begitu sebab kesalahan itu terlalu kerap saya jumpa di dalam teks—“asalkan pembaca faham apa yang dibaca dan maksudnya sampai, tidak mengapalah”—itu kesimpulan saya (ooo...editor tidak bertanggungjawab rupanya saya ni…hee!).

Apapun, jika anda seorang penulis setidak-tidaknya cubalah untuk mempraktikkan penggunaan ‘dari’ dan ‘daripada’ dengan betul. Aplikasikannya dalam penulisan anda setiap masa, lama-lama anda akan terbiasa dengannya. Yang penting, apabila selesai menulis, baca dahulu dan buatlah ‘self editing’ terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada editor (ringan sikit beban editor!)

Mari kita lihat perbezaan ‘dari’ dan ‘daripada’ (mengikut Kamus Dewan)

dari
1. sendi kata yang menerangkan atau menyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas dari Ipoh pagi tadi; dari mana hendak ke mana?; dia terjun dari tingkat lima bangunan itu;

2. sendi kata yang menerangkan atau menyatakan permulaan sesuatu jangka waktu: dari sekarang kita tidak boleh main-main lagi: dari kecil lagi; dari sehari ke sehari; dari dahulu hingga sekarang;

3. sendi kata yang menyatakan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yang diukur: kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer dari bandar;


4. sendi kata yang menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan dari kawasan pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan dari peringkat sekolah rendah lagi;


5. sendi nama yang menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dll): dia berasal dari Medan; surat dari London; dia mengangkat air dari perigi ke dapur.
daripada
1. sendi kata yang menyatakan atau menunjukkan orang yang memberi (mengirim dsb): dia menerima sepucuk surat daripada ayahnya; hadiah daripada seorang sahabat yang karib;


2. sendi kata yang menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dsb: petikan daripada karya Usman Awang; air daripada telaga itu berkuman; diterjemahkan daripada bahasa Arab;


3. sendi nama yang menyatakan (menunjukkan) bahan dsb yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu; jambangan bunga itu diperbuat daripada tembikar; barang-barang daripada getah;


4. sendi kata yang menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dll) yang terlibat dalam sesuatu pengasingan (pemisahan, perbezaan, perbandingan, dll): Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia daripada Sumatera; reka bentuk yang dikemukakan terkemudian ini lebih menarik daripada yang disediakan dahulu;
5. sendi kata yang digunakan sewaktu menyatakan sesuatu perubahan (perkembangan dsb): harga daging telah naik daripada RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo; bilangan pelajar yang telah lulus merosot daripada 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini;


6. sendi kata yang digunakan sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur (akibat dll) yang hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dsb): mempertahankan diri daripada serangan musuh; menjauhkan diri daripada bahaya; langkah-langkah untuk mengelakkan hal-hal demikian daripada berlaku lagi;


7. sendi kata yang menyatakan (menunjukkan) punca atau asas dsb sesuatu tindakan (kesimpulan dll): daripada apa yang saya dengar, pemandu lori itu yang patut dipersalahkan; masjid itu dibina daripada desakan penduduk di kawasan itu;

8. sendi kata yang memperkaitkan atau memperhubungkan sesuatu atau sesuatu bahagian dengan sesuatu keseluruhan atau jumlah dsb: satu daripada sebab-sebab; hanya tiga orang daripada sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dalam peperiksaan itu; sepertiga daripada keuntungan yang diperoleh dijadikan modal.
Sehingga ini, adakah anda masih keliru? Masih tidak boleh ingat? Mmm, jika begitu cubalah ingat petua daripada pensyarah Bahasa Melayu saya sewaktu di ITM dahulu:

Katanya, “Jika melibatkan ‘waktu/masa’ dan ‘tempat/kawasan’, maka pada kebanyakan masa, hendaklah kita gunakan ‘dari’. Jika yang selain itu, yakni selain waktu dan masa, gunakan ‘daripada’.”
Sama-sama kita mengamalkannya!

Wanita Musafir Kerana Tugas

Hukum Melancong Tanpa Mahram

assalamu 'alaykum.

1. Seorang wanita belajar di luar negara tanpa mahram. apa hukum dia melancong ke negara-negara lain sepanjang musim cuti tanpa mahramnya, tetapi bersama sekumpulan wanita muslimah lain?

2. Adakah sama hukum melancong ke negara-negara Islam dan negara-negara kuffar?

jazamukumullahu khair.
Postby Abu_Umair »
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه

1. Wanita dilarang bermusafir kecuali bersama-sama dengan suami atau mahram. Kerana dalam hadis yang disepakati kesahihannya menyebut:

لا تسافر المرأة ثلاثة أيام إلا مع ذي محرم
"Janganlah seorang wanita bermusafir perjalanan tiga hari kecuali kecuali bersama mahram". Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 1036) dan Muslim (no: 1338).

Larangan ini adalah meliputi semua bentuk perjalanan yang dinamakan musafir. (Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi 9/103).

Berdasarkan hadis ini, HARAM seseorang wanita keluar musafir tanpa ditemani suami atau mahram, walaupun dia keluar bersama dengan wanita-wanita muslimah lain.

Kata Imam Nawawi tentang hukum wanita bermusafir untuk selain haji wajib, seperti haji sunat, urusan perniagaan, lawatan dan lain-lain. Katanya: "Setengah ulama mengatakan harus dengan ditemani wanita-wanita yang dipercayai, seperti masalah haji Islam. Dan Jumhur mengatakan hukumnya adalah HARAM kecuali ditemani suami atau mahram. Inilah pendapat yang sahih berdasarkan hadis-hadis yang sahih". (Syarah Muslim 9/104).

2. Samada musafir tersebut ke negara Islam atau bukan, hukumnya adalah sama iaitu mesti ditemani dengan suami atau mahram. Malah, hukumnya lebih berat jika ke negara bukan Islam, kerana ancaman terhadap muslimah di sana lebih kuat dan fitnah lebih besar.

Para ulama tidak mengesyorkan orang Islam melancong ke negara kufur kecuali atas alasan keperluan mendesak. Ia bagi mengelakkan ancaman terhadap akidah, agama, dan akhlak.

Wallahu A'lam.

Postby al-baihaqi »
salam,

Dalam persoalan ini, pernah sy terdengar yang pengharaman ini dibuat kerana keadaan ketika itu yg mengancam umat Islam.dan selepas kewafatan Rasul SAW, Aisyah ra sendiri pernah menunaikan haji sendirian (tidak pasti kesahihan sumber). Adakah kekeliruan ini benar atau sebaliknya?
Mohon pencerahan.

wassalam.

Postby Abu_Umair » Jan 15th, '10, 14:00
Waalaikumussalam

Dalam masalah wanita bermusafir untuk mengerjakan haji, tetapi tidak ada mahram, ada pendapat yang mengharuskan jika dia bersama wanita lain yang dipercayai, dan perjalanannya dijamin selamat.

Pendapat ini dipilih dalam mazhab Syafie dan beliau menukilkan pendapat ini daripada Aisyah, Ibn Umar dan Ibn Zubair r.a. (rujuk Al-Umm 2/127)

Diriwayatkan juga Aisyah r.a. berkata, "Bukan semua wanita ada mahram". (Musannaf Ibn Abi Syaibah no: 15176).  (Bila ada mahram bermakna perlulah ditemani mahram)

Wallahu A'lam.

Hakikat wanita berkerjaya masa kini memang rata-ratanya banyak yang akan bermusafir kerana atas kehendak tugas-tugas mereka. walaupun pekerjaan guru sekalipun seorang wanita tetap dalam tempoh bekerja mereka akan memerlukan diri mereka bermusafir seperti bekursus, jungle trekking, perkhemahan, dll

Tiada kelonggarankah untuk wanita2 yang bekerjaya ini melakukan musafir tanpa suami atau mahram? contoh seorang wanita terpaksa ke UK untuk bentangkan kertas kerja, suami atau mahram tak ikut sekali tapi ada wanita lain yang bersama2 bermusafir ke sana, bolehkah diberi kelonggaran untuk permasalahan seperti ini?

sekian, tq.
Allah Yang Menguatkan Yang Haq Dan Dialah Penunjuk Jalan Yang Benar!


Postby kamin »

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InsyaAllah.

Jawapan berikut adalah ringkasan kepada fatwa / artikel yang diambil dari Laman UZAR, yang mewakili pandangan ulama’ yang membenarkan wanita bermusafir tanpa ditemani Mahram.

Kesimpulan fatwa Syiekh Saami al-Majid : Terdapat ramai ulama’ yang melarang wanita bermusafir tanpa ditemani Mahram. Bagi mereka, walaupun keadaan sekarang sudah berubah, aman di dalam perjalanan, larang tersebut tidak diangkat. Ada yang menyamakan ruhsah (keringanan) solat Qasar kepada orang yang sedang bermusafir, di mana keringanan ini tidak pun dilupuskan walaupun keadaan musafir sekarang tidak seteruk dahulu (zaman bermusafir menggunakan unta dan berjalan kaki).

Namun demikian, ada di kalangan ulama’ yang membenarkannya. Ulama Malik, al-Auza’ie, dan beberapa orang di kalangan ulama’ Syafie mengatakan bahawa perlunya Mahram menemani wanita tersebut bukanlah menjadi syarat wajibnya Haji (wanita bermusafir menunaikan Haji tanpa Mahram). Hanya menjadi syarat adalah selamat di dalam perjalanan. Selamat perjalanan boleh dicapai dengan ditemani Mahram, atau kumpulan Wanita yang dipercayai. Ada di kalangan ulama’ menyebut, jika wujudnya faktor “selamat di dalam perjalanan”, maka tidak perlu lagi orang menemaninya.

Dibolehkan lagi terutamanya apabila Wanita tersebut sukar mendapatkan Mahram dan beliau selamat di dalam perjalanan. WA.

iDAN: 

Islam itu indah tak menyusahkan; jika telah nyata sedari awal perlu mahram kenapa pula perlu mencari dalil atau hadis yang membolehkan. Bagi saya jika mahu beribadah atau menuntut ilmu niat itu yang awal harus diikhlaskan. Jika memang ikhlas dan jujur mahu beribadah tanpa tujuan yang lain apa salahnya jika perjalanan pun selamat. Ini bagi mereka yang tiada mahram; jika mmg masih ada mahram kenapa tidak ditangguhkan dulu sampai cukup wang dan PASTIKAN ada mahram bersama. Itu bukankah lebih selamat dan tidak MERAGUKAN HUKUM.

Paling kita kita takut; berlakunya kejadian yang tidak diingini; sampai kita kehilangan nyawa di Dunia Sana nanti tanpa mahram menjadi sebab kita dilaknati bukankah yang rugi kita sendiri.

Melancong sendirian atau membentang kertas kerja sampai terpaksa bermusafir bagi saya memang tidak dapat diterima akal; kenapa tak berpakat dengan suami atau mahram pergi bersama. Nak bentang kertas kerja di negara sendiri pun diiktirafkan jika demi kenaikan pangkat.

Saya tinggal lama bersama golongan elite ini; Alasan seminar atau bentang kertas di luar negara adalah sekadar alasan. Sebenarnya golongan ini ramai yang menjadi alasan ini untuk melancong, bergumbira di negara orang sampaikan jika agenda seminar sampai ke petang payah dicari orang kita di sessi petang. Hilang merayau di negara orang. Jika lelaki mungkin kurang cabaran fitnah jika perempuan rasanya amat meragukan dan pelbagai fitnah boleh berlaku. Tinggalkan sesuatu yang meragukan agar Islam terpelihara.

(Sekadar pandangan peribadi tak berkait dengan hukum-hakam)

Halang ayah sembelih ibu

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

KAJANG: Tindakan pantas tiga beradik menyelamatkan ibu mereka berusia 30-an daripada disembelih suaminya dengan parang apabila tiba-tiba ‘naik hantu’ selepas bergaduh dalam kejadian di rumah mereka, di Taman Kelab Ukay, di sini, kelmarin.

Difahamkan, pergaduhan kira-kira jam 7.30 malam itu berlaku selepas suami mangsa yang berusia 40 tahun berang dengan sikap isterinya yang pergi melancong ke luar negara bersama kawan-kawan tanpa memaklumkan kepadanya.

Berikutan itu, berlaku pergaduhan sebelum suaminya yang bekerja di sebuah syarikat swasta berang dan bertindak lebih kejam apabila mula menampar muka, menumbuk badan dan menghentak kepala isterinya ke dinding.

Akibat tindakan itu, si isteri lebam dan cedera di badan.

Sumber polis berkata, pada mulanya pasangan itu berbincang berikutan si isteri melancong ke luar negara tanpa memberitahu suami sebelum menjadi lebih panas apabila lelaki terbabit hilang pertimbangan dan mula menampar muka serta memukul isterinya.

iDAN:

Zaman sekarang telah kalangan isteri suka bergumbira bersama rakan berbanding suami yang dulunya kekasih hati; berkepit bagai belangkas. Saya sejak berzaman amat ANTI isteri yang suka melancong sendiri ini.

Ramai isteri kini telah hilang pertimbangan bila pegang duit banyak; mereka telah keliru erti Minta Izin berbanding KASI TAHU, mendesak dll.

08 Jun 2012

Komputer 1Malaysia



  • Penyair Idanradzi
    Yeop terkilan tak dapat komputer 1Malaysia; sbb cikgu anak-anak tak kasi borang; rakan yeop pencen lagi banyak dah dapat... (Duit KWSP duit gaji isteri Majlis Fatwa dah sahkan hak isteri jadi PUSAKA buat isteri; bila bab nak kasi komputer 1...Lihat seterusnya..


  • Mahyan Mohd Hassim tu la.. kat sek saya bila sy tgk pelajar yg dapat komputer tu mcm xlayak jer.. xtau kelayakan mcm mn.. sbb ada pelajar yg dapat tu bukanla dr pelajar yg rajin..kaki ponteng pun blh dapat gak.. biasiswapun mcm tu.. bukan gn duit tu utk beli buku tp beli hp atau topup

  • Penyair Idanradzi kan banyak aduan di internet org yg kaya dan banyak komputer BOLEH dapat, malahan ramai yang dapat jual semula sbb dah banyak komputerl yeop bergadai bergolok belikan komputer/laptop untuk anak guna duit papapasn PENCEN; sedih amat rakan serumah sewa AFIZ kasi curi pulak; rakan ini anak orang kaya sbb kami yakin dia ada kereta sbb masa hilang mmg mamat yg ada kereta yg balik kampung. (Memang bab agihan Komputer 1Malaysia ini ada tak kena cara agihannya)

  • Penyair Idanradzi ‎... berjalan ke Beijing ni bukan duit yeop, atas sponsor Kak Mila; tak semua isteri kaya raya mahu bantu keluarga dalam bab keperluan rumah seperti komputer; org perempuan bab berjalan mmg suka... seantero dunia dia nak pergi... sbb itu yeop masih tak mampu nak repair kereta perang; jauh sekali nak beli laptop sbb teringat rumah kampung dan tanah pusaka masih perlukan banyak duit untuk ditebus semula...

  • Penyair Idanradzi ‎... bagi yeop ketua keluarga yang seperti yeop perlu dibantu sbb isteri bergaji besar ada egonya; suami tak ada hak nak paksa isteri bantu dalam ekonomi keluarga, ianya terpulang kepada ihsan isteri, sbb itu adat PEPATIH suami akan keluar sehelai sepinggang jika berlaku perpisahan; nampaknya majlis FATWA kebangsaan kita pun telah menuju ke adat pepatih ini (hak KWSP telah jelas bukan lagi harta sepencarian); apa hak suami nak pertikaikan hukum hakam... bermakna jika duit KWSP ini diperhabiskan oleh isteri sebelum dia meninggal dunia suami jangan persoalkan... isteri tidak lagi fikirkan bab keizinan suami untuk dia keluar berkerja lagi.

03 Jun 2012

Tembok Besar China

Tembok Besar China (Cina Tradisional: 長城, Cina Ringkas: 长城, pinyin: Chángchéng; harf. "bandar/kota panjang") atau (Cina Tradisional: 萬里長城, Cina Ringkas: 万里长城, pinyin: Wànlǐ Chángchéng; harf. "Tembok panjang 10,000 Li (里)"[1]), merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km,[2] daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).[3][4]

Sejarah
Sebuah tembok pertahanan telah dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan: 208 SM (Dinasti Qin) Abad ke-1 SM (Dinasti Han) Abad ke-7 (Dinasti Sui) 1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Negara) 1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)

Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. 

Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.

Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.

Pemandangan dari menara pemerhati Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama.

Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.

Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.

28 Mei 2012

Carilah aku di Tembuk Besar China

Carilah aku di Tembuk Besar Cina
esok aku akan jauh berkelana
agar perjalanan ini penuh makna
tak pasti siapakah pembaca sepi
siapakah yang sentiasa mengingati
atau mungkinkah kepengapan ini
tak dirasakan di hati
malahan tidak dicari-cari
bagai ketiadaanku di tempat kerja
tiga tahun lalu tak pernah siapa peduli.

Carilah aku di Tembuk Besar China
agar ianya menjanjikan kedamaian minda
terpaksa kutitikkan wacana di blog & MukaBuku
sementara waktu tak lama mana
hanya seketika meneroka benua
doakan aku akan selamat pergi
pun selamat kembali...
 
 
— bersama Idan Radzi.

25 Mei 2012

Belanja Murah Di China


Belanja Murah Di China
Jika ada tempat terbaik yang dapat memuaskan keinginan para pecinta belanja, tempat itu adalah China. Sebagai pusat belanja murah dan berkualiti yang telah diakui dunia, China memang menjadi pusat belanja terbaik di Dunia.

Jika Anda mengganggap bahawa produk murah buatan China tidak berkualiti dan hanya merupakan produk bajakan, maka kini Anda harus berpikir 2x. Tanpa Anda sedari, produk-produk branding yang Anda gunakan yang mungkin Anda beli dengan harga yang sangat mahal bisa jadi merupakan produk buatan China.

Dengan kemampuan produksi China yang sangat tinggi membuat banyak produsen merk terkenal yang memilih produksinya di China dan kemudian mereka hanya memberi label merk saja. Jadi bisakah Anda bedakan mana produk bermerk yang memang asli buatan Eropah dan Jepun dengan produk buatan China yang hanya diberi label merk saja? Jadi pilih mana, murah tapi tidak ada label atau mahal dengan label meskipun kualitasnya hampir sama?

Jika Anda pergi ke China, maka Anda tidak akan bingung tentang apa yang harus Anda beli untuk teman, saudara, dan koleksi Anda. Atau mungkin Anda akan bingung dengan banyaknya produk menarik yang harus Anda pilih dengan harga yang cukup murah. Berbagai  kenang-kenangan indah dan hadiah untuk teman dan kerabat, berbagai jenis barang dagangan spesial, termasuk sutera Cina, teh, barang antik, lukisan dan kaligrafi, ubat-ubatan Cina, batu giok dan mutiara, kraf tangan, antara lain, selalu tersedia untuk Anda pilih.

Berbagai barang khas terutama dijual di kota-kota :

Beijing, Shanghai, Xian, Guilin, Chengdu,Suzhou, Hangzhou, Lhasa, Guangzhou, Shenzhen dan terutama Hong Kong, kota yang terkenal di dunia sebagai ‘Surga Belanja’. Ini adalah tujuan belanja yang dikunjungi oleh kebanyakan turis untuk menghabiskan waktunya.

Kota di Cina yang berbeda memiliki produk spesial yang berbeda: Beijing dicatat untuk mutiara air tawar; Shanghai terkenal karena batu giok, Xian dikenal untuk barang antik dan karpet, sementara Guilin terkenal untuk lukisan gulir dan perhiasan. Khususnya, Suzhou dan Hangzhou yang terkenal untuk sutera dan teh. Semua akan memberikan banyak ide untuk memenuhi perjalanan belanja Anda.

Beijing Winter Snow World Tour (7H/6M)


MUSLIM PACKAGE
   Hari 01 Kuala Lumpur / KLIA

Berkumpul di KLIA 2 jam sebelum waktu berlepas.
Hari 02 Beijing / Tianneman Square (SP,MT,MM)
Setibanya di Beijing anda akan disambut oleh wakil kami. Lawatan diteruskan ke Tian’anmen Square dan Silk Store. Lawatan mengelilingi di sekitar Bandar Beijing. Kemudian anda akan dibawa menyaksikan Persembahan Acrobatic. Daftar masuk hotel.
Hari 03 Forbidden City (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Forbidden City dan pusat Pemulihan Kedoktoran Tradisional China (Pusat Kajian Herba). Di sini terdapat pelbagai perubatan herba dari masa dahulu hingga yang terkini. Selepas makan tengahari anda akan dibawa ke Summer Palace dan solat Jamak di Masjid Madian sebelum dibawa ke kilang mutiara air tawar. Lawatan diteruskan ke Zoo Panda.
Hari 04 Great Wall, Rose Valley (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, pelancong akan dibawa melawat Tembok Besar China. Pelancong akan diberi penerangan mengenai senibina dan sejarah pembinaan tembok tersebut. Anda akan dibawa ke pusat batu Jade, Kilang Crystal, sutera dan Pusat Ubat Bakar Baoshutang. Daftar masuk ke Rose Valley Resort.
Hari 05 Beijing- Snow World (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke bermain ski di Badaling Holiday Snow. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik boleh dididapati disini. lawatan diteruskan ke Tea House disini anda akan diberi penerangan dengan lebih lanjut berkenaan pelbagai jenis kualiti teh yang dihasilkan.
Hari 06 Beijing  (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, anda akan dibawa ke komplek membeli belah yang terdapat di Bandar Beijing. Makan tengahari dan malam di restoran muslim tempatan.  
Hari 07 Beijing (SP/MT/MM)
Sarapan pagi, Anda akan dibawa  bergambar di Beijing 2008 National Bird’s Nest stadium dan kedai perhiasan. Tidak sah ke Beijing sekiranya anda belum dibawa ke bazaar tempatan iaitu Yabaolu Market (Chaoweimen). Di sini terdapat pelbagai cadar, alas meja, barangan kulit dan beraneka jenis barangan lagi. Di sini anda boleh tawar menawar dengan harga yang sangat berpatutan dan murah sekali. Anda juga dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memilih kualiti barangan yang hendak dibeli.
Hari 08 Beijing – Kuala Lumpur (SP/MT)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, Anda akan dibawa ke Tian Ya Market untuk membeli belah. Makan tengahari akan disediakan sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Harga Pakej

DEWASA
KANAK2 (wb)
KANAK2 (wob)
RM 2480.00
RM 2180.00
RM 2080.00
Harga Termasuk
-          Tiket penerbangan KUL/BJS/KUL kelas ekonomi
-          Penginapan di Hotel  setaraf 3*
-          Segala lawatan yang diaturkan termasuk tiket-tiket untuk memasuki tempat-tempat lawatan
-          Makanan halal di restoran muslim.
-          Visa RM70.00
-          Pengangkutan bas yang berhawa dingin ke setiap tempat lawatan. 
Harga Tak Termasuk:
-          Segala perkhidmatan tambahan di hotel
-          Bayaran tambahan  aktiviti ski di Ski Resort
-          Tips untuk pemandu pelancung dan pemandu bas (ikhlas)
-          Insuran perjalanan individu
Maklumat Penerbangan:
            12 DEC           CA972             KUL/PEK     2335/0545
            19 DEC           CA971             PEK/KUL     1600/2230
Pendaftaran:
-          Bayaran deposit sebanyak RM 800.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 15 hari sebelum berlepas.
-          Bayaran boleh dibuat secara tunai / cek  ke pejabat atau dimasukkan ke akaun kami:
                      
ALLIED TRAVEL & TOURS SDN BHD
EON BANK BHD ACC NO: 0018 1000 8975 3
PEGAWAI PENEMPAHAN : ABDUL AZIZ BIN ABDUL HAMID-012-9754916  
Harga pakej boleh berubah dari masa ke semasa tanpa sebarang notis tertakluk kepada pihak penerbangan dan ‘ground arrangement’.

Beijing 2008

Pengalaman Ke Beijing Bersama Juara HKS 16 Mac 2008
 
JAM 8.20 pagi kami berlepas dari lapangan terbang KLIA menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Rombongan bersama Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Tuan Shaik Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Haji Kamaruddin, Pegawai Pelajaran ANGKASA, Mohd. Radif Md. Jali, guru koperasi, Puan Dayang Hamsiah, koperator muda iaitu Aina Insyirah, Muhammad Taufik dan Ruhil. Kapal terbang tiba di Beijing tepat pada jam 2.50 petang. 

Ketibaan kami disambut oleh pemandu pelancong yang mesra dengan panggilan Farah. Perjalanan pertama menuju ke Akrobatik Centre yang mempersembahkan Akrobatik China. Sepanjang perjalanan Farah telah memberi sedikit maklumat tentang bandar raya Beijing dan program lawatan di Akrobatik Centre. Persembahan bermula tepat jam 5.30 petang waktu Malaysia. Sebanyak lima persembahan dijalankan dan ia sangat menghiburkan dan memberi pendedahan yang baik kepada kami. 

Kami menginap di Warwick International Hotel yang selesa.

17 Mac 2008
Jam 8.30 pagi kami memulakan perjalanan ke Langfang bagi melihat aktiviti koperasi yang berasaskan pertanian dan penternakan. Kami bertemu dengan Encik Lu Peng wakil dari China Coop atau lebih dikenali sebagai Chinese Supply into All China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC). Encik Lu Peng juga menjadi pengantara komunikasi bagi kami. Ketibaan kami di lokasi pertama iaitu pusat pengumpulan baja bagi koperasi petani di Langfang disambut oleh beberapa pengurus bagi setiap segmen perniagaan ACFSMC. Kami telah diberi taklimat berkaitan aktiviti pembelian bahan pertanian dari kawasan sekitar terutamanya bagi petani yang menjadi koperasi. 

Gudang penyimpanan ini telah berusia hampir 50 tahun, menjalankan aktiviti membeli dan pengeluaran baja pertanian. Terdapat seramai 97 ahli koperasi keluarga yang menjana sumber pendapatan melalui koperasi ini. Konsep menjadikan ahli koperasi disertai oleh keluarga menarik minat kami untuk mengetahuinya lebih mendalam. Sesi penerangan disini berjalan selama 30 minit. 

Kemudian kami dibawa pula ke sebuah pasar raya milik koperasi yang berada lebih kurang 30 kilometer dari gudang agriculture fertilizer. Setibanya kami di pasaraya koperasi ini kami disambut oleh pengurus kedai. Beliau memberi sedikit penerangan berkaitan sistem pengurusan kedai yang telah wujud sekian lama di kawasan Langfang ini. 

Terdapat lebih kurang 1000 buah kedai seperti ini wujud di seluruh China terutama di kawasan kampung yang menumpukan kepada barangan keperluan harian. Selepas 20 minit, kami dibawa ke lokasi seterusnya iaitu Langfang Cow Milk. Kami disambut meriah oleh Majikan dan pekerja di sini. Pengurus penternakan lembu telah menerangkan kepada kami sejarah, aktiviti perniagaan dan sistem yang digunakan. Kami telah mengadakan sedikit perbincangan di bilik mesyuarat yang disediakan. 

Pengurus di sini sempat menunjukkan kepada kami gambar CCTV yang menunjukkan aktiviti pemprosesan susu dan perbincangan berkaitan dengan pengurusan koperasi yang dijalankan. Perbincangan juga termasuk tentang aktiviti pendidikan yang dijalankan kepada anggota koperasi. Selepas satu jam kami telah meneruskan perjalanan kami ke bandar Beijing dan telah disambut oleh Setiausaha Gabenor Langfang City. Beliau telah memberi ucapan penghargaan atas kehadiran kami dan mengadakan sesi pertukaran hadiah. 

Perjalanan kami diteruskan ke Beijing Dizhen Silk Product bagi melihat pemprosesan sutera. Kurator disini telah memberi sedikit penerangan berkaitan penghasilan sutera. Kami melihat hasil kerja tangan yang dibuat dari sutera. Lokasi seterusnya ke Nujing Mosque. Farah menerangkan tentang usia masjid ini yang wujud sejak 1000 tahun yang lalu. Terdapat lebih kurang empat juta umat Islam di bandar Beijing, namun masjid ini tidak dibenarkan melaungkan azan dengan kuat, hanya sekadar di dalam masjid sahaja.

18 Mac 2008
Jam 8.40 pagi kami bertolak ke pejabat All China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC) di selatan Beijing. Encik Lu Peng membawa kami ke bilik mesyuarat dan bertemu dengan Pengurus Perniagaan Agriculture Fertilizer, Encik Week, Pengurus Perniagaan Antarabangsa, Encik Juan, Pengurus Pendidikan, Encik Chew serta Division Chief ACFSMC, Encik Xu Mingfeng. 

Pertemuan dengan Presiden ACFSMC berbincang tentang peranan setiap pengurus dan kami juga menerangkan peranan ANGKASA di Malaysia. Antara topik penting yang kami bincangkan ialah mengenai Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan pembekalan barangan dari China ke Malaysia. Saya juga tidak ketinggalan menawarkan aktiviti Pelancongan Antarabangsa kepada mereka. Sesi pertemuan tamat dengan sesi bertukar hadiah dan bergambar.

Perjalanan diteruskan ke Summer Palace di mana terdapat tentang sejarah Dragon Lady yang mengawal tiga orang raja di bawah pemerintahannya. Lokasi ini sangat menarik kerana pemandangan sangat indah. Lokasi ini sangat luas dan kami hanya pergi ke beberapa tempat sahaja. Kemudian kami telah menuju ke Freesky Pearl di mana terdapat hasil mutiara yang dijadikan barangan hiasan diri serta kosmetik. 

Ketibaan kami disambut oleh pekerja di tempat tersebut dan beliau menunjukkan demonstrasi bagaimana mutiara diperoleh, kemudian kami dibawa ke pusat jualan dan meneruskan perjalanan ke lokasi berhampiran dengan Stadium Utama Olimpik 2008. Di kedai ini terdapat jualan batu jade, lokasi ini agak unik kerana ia terdapat di bawah tanah. Kami dipertemukan dengan Encik Jhonny seorang bangsa Cina kelahiran Malaysia. 

Beliau sangat gembira dapat bertemu dengan kami kerana beliau sudah lama tidak balik ke Malaysia dan memberi harga yang murah pada barangan jualannya. Kami berbangga kerana dilayan seperti VIP serta dapat bertemu dengan warga Malaysia yang berjaya di Beijing. Perjalanan kami diteruskan ke Flea Market di mana terdapat barangan jualan untuk kami bawa pulang. 

19 Mac 2008
Sesi lawatan bermula pada jam 8.30 pagi menumpukan semua tempat yang masih belum dilawati. Jam 9.30 pagi kami tiba di pusat penjualan dan reka bentuk jade, diberi sedikit penerangan kemudian ke pusat membeli jade yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan. 

Jam 10.20 pagi kami meneruskan lawatan ke Cyrstal Palace of Ming Tomb Beijing. Di sini kami diberi sedikit penerangan tentang kristal, bagaimana kristal dibentuk akhirnya ke pusat jualan kristal. Kami telah meneruskan lawatan ke lokasi pembuatan tembaga iaitu Friend Store. Di sini terdapat beberapa bahagian yang menunjukkan pemprosesan tembaga dilakukan, dari membuat corak sehingga pembakaran. Sementara menunggu masuk waktu Zohor kami sempat melihat barangan yang dijual. 

Kami meneruskan perjalanan ke Great Wall of China yang terkenal di seluruh dunia sebagi salah satu lokasi ajaib dunia. Di sini kami telah menaiki tembok besar ini sehingga ke puncak, dan sempat membeli sijil bukti bahawa kami kami telah berjaya sampai ke puncak. Hakikatnya cabaran untuk sampai ke puncak amat sukar kerana terpaksa mendaki ratusan anak tangga. 

Kami meneruskan perjalanan ke Gue Qiu sebuah kilang yang mengeluarkan ubat-ubatan tradisional. Kami diberi sedikit penerangan oleh petugas dan mempromosikan beberapa produk ubatan yang boleh dibeli. Kami meneruskan perjalanan ke Foot Massage. Lokasi ini dinamakan Beijing Traditional Chinese Medicine Health Preservation Reseach Centre. Di lokasi ini kami telah diberi sedikit penerangan tentang penjagaan kesihatan melalui konsep “yin dan yang”. Selepas dikumpulkan di sebuah bilik yang selesa kami digalakkan untuk mengurut kaki dan bahu. Selepas urutan dilakukan kami diminta untuk membayar tips kepada tukang urut. Semasa urutan dijalankan kami didatangi oleh doktor bertauliah untuk memberi nasihat produk yang boleh dibeli oleh kami. Selepas satu jam, kami meneruskan perjalanan ke pasar raya.

20 Mac 2008
Hari terakhir berada di Beijing, kami bersiap untuk ke Medan Teinenment dan Forbidden City. Kami telah memulakan perjalanan ke Medan Teinenment tepat pada jam 9.00 pagi, 15 minit perjalanan menuju ke lokasi lawatan, setibanya di sana kami telah singgah di sebuah pasar mini untuk membeli sedikit barangan sebelum menuju ke lokasi lawatan. Kami berjalan kaki ke Medan Teinenment dan kami diterangkan berkaitan dengan peristiwa rusuhan yang berlaku kerana bantahan mahasiswa yang menuntut hak mereka, akibatnya banyak kematian berlaku di sini.

Perjalanan seterusnya menuju ke lapangan terbang antarabangsa Beijing. Kapal terbang tiba dan perjalanan balik berjalan dengan lancar. Kami tiba di KLIA tepat jam 10.40 malam.

Guilin Destinasi Pelancongan Menarik di China


Destinasi yang terletak di timur laut China, popular sebagai destinasi wajib pelancongan kerana tarikan keindahan semula jadinya seperti bukit batu kapur, sungainya yang jernih serta deretan pusat membeli-belah.

MENGEMBARA pada usia muda tidak asing di telinga kita tetapi sekiranya ia membabitkan warga emas, pasti kita kehairanan dengan kekuatan mental dan fizikal mereka. Selalunya ramai yang melancong mengikuti rombongan kerana semua penginapan, pengangkutan dan tempat makan di atur untuk mereka.

Namun, berbeza sekali dengan dua warga emas ini kerana menyahut cabaran anak lelaki mereka untuk mengembara ke Guilin, China. Apa yang dilalui Haron Siken, 71, dan isterinya Ramnah Othman, 64, pada 7 hingga 10 Januari 2010 yang lalu memang tidak terfikir oleh mereka sendiri. Pengembaraan mereka yang dibawa anak lelaki, Zulkeflee, pada musim sejuk bukan saja membuka minda malah lebih membuka mata setelah mendapat pengalaman berharga.

Penulis yang turut menyertai rombongan mereka, mengagumi semangat pasangan ini apatah lagi Guilin bukan sembarangan tempat kerana memerlukan kekuatan tenaga untuk meninjau keunikannya, termasuk di kawasan berbukit bukau selain keadaan cuaca yang agak sejuk.
Namun, keistimewaan Guilin yang disifatkan sebagai kota ‘syurga’ China kerana pemandangannya yang amat indah dan dianggap destinasi wajib dikunjungi pelancong asing, boleh menghilangkan rasa penat sekelip mata. Tarikan utamanya adalah bukit batu kapur dan sungai jernih yang sering kali menjadi subjek paparan lukisan dan kerja kaligrafi China.

“Pengembaraan bermula dari Kuala Lumpur lagi apabila kami bertolak seawal 2.30 pagi untuk ke KL Sentral seterusnya ke LCCT bagi mengejar penerbangan 6.40 pagi ke Guilin,” cerita Haron, bekas pesara Telekom berasal dari Kuala Sungai Baru, Melaka. Tidak mahu menyusahkan sesiapa menghantar dan mengambil di lapangan terbang, semua perancangan diatur sebaik mungkin. Jumlah beg yang dibawa juga dicatu untuk memudahkan pergerakan masing-masing.

“Setibanya di Lapangan Terbang Liangjiang, cuaca dengan suhu 5 darjah Celsius menyambut kami. Dari bandar Guilin kami ke Yangshuo pula, sebuah pekan kecil yang sangat indah pemandangannya. Anak kami mahu kami merasai perjalanan menaiki bas bersama-sama rakyat tempatan yang menjalankan urusan seharian mereka. Agak lega di dalam bas kerana ada alat pemanas.”

Di Yangshou, Haron dan Ramnah melihat keindahan pekan kecil yang popular dengan bukit batu kapur yang tidak terkira banyaknya. Mereka juga berpeluang menaiki rakit menyusuri Sungai Luyong bagi perjalanan 45 minit pergi dan balik.

“Paling mengujakan, kami suami isteri menyewa motor elektrik yang kelajuan maksimum 35 kilometer sejam. Sesuatu yang tidak terfikir dilakukan pada usia sebegini tetapi anak kami meyakinkan, sudah sampai ke negara orang mengapa tidak mencuba!”

Di Yangshou, selain bekalan makanan yang dibawa, mereka juga mengunjungi satu-satunya restoran Muslim di pekan itu dan pertama kalinya Haron dan Ramnah merasai masakan orang China. Inilah pertama kali mereka melihat warga Muslim Cina dan dapat merasakan kemesraan mudah terjalin sebaik saling bertukar salam.

“Dua hari di Yangshuo, kami menaiki bas ke Guilin pula. Di Guilin, restoran Muslim lebih banyak kerana penduduk Muslimnya yang ramai. Kami juga melawat beberapa masjid dan sempat bersolat Zuhur di sebuah masjid di Jalan Minzu. Ketika berwuduk saya terkejut kerana di situ ada disediakan air panas untuk kemudahan jemaah di musim sejuk.”

Biasa bergaul dengan masyarakat China di Malaysia, Haron dan Ramnah agak tergamam melihat orang China di negara Tembok Besar itu. Ini kerana sukarnya berkomunikasi dengan mereka kerana rata-ratanya tidak langsung tahu berbahasa Inggeris.

Ramnah, ibu empat anak memuji makanan China Muslim dan tergelak mengingatkan kenangan suaminya belajar makan nasi menggunakan penyepit kayu. Namun Haron cepat belajar dan mula seronok menggunakan penyepit berkenaan.

“Berbelanja di China memang seronok kerana harganya yang murah. Anak saya pula memang handal tawar menawar walaupun tidak tahu berbahasa Mandarin dan sekadar menulis angka di kertas,” kata Ramnah sambil menambah mereka teringin pula ke negara sama di musim panas dan juga ke Beijing untuk melihat tembok China.

Mengembara pada musim sejuk, pakaian berlapis termasuk jaket musim sejuk, penutup kepala, stokin dan juga sarung tangan yang perlu dipakai sepanjang masa. Memang ia merimaskan tetapi tentu saja tidak dapat ke mana tanpa mengenakan semua perlindungan itu.

“Membawa orang tua berjalan perlu banyak kesabaran. Saya mengikut rentak mereka, berhenti ketika penat dan juga memastikan perkara-perkara lain terjaga seperti menjaga makan minum mereka. Setiap kali berjalan saya membawa bekalan air dan biskut, melapik perut sekiranya mereka lapar kerana gerai halal yang terhad.

“Mereka memang akan berbelanja sakan kerana barang-barang yang murah. Barang yang hendak di bawa pulang empat kali ganda dan tenaga yang membawanya pula hanya saya seorang. Namun, demi menggembirakan hati orang tua, saya melakukannya dengan penuh rela,” kata Zulkeflee, 41, anak kedua dari empat beradik.

INFO: Guilin
  • Terletak di timur laut Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China
  • Nama Guilin bermaksud hutan bunga Osmanthus yang harum dan banyak di sini
  • Ada 30 kawasan pemandangan indah, termasuk bukit batu kapur, sungainya yang jernih
  • Tarikan unik seperti Bukit Belalai Gajah yang juga simbol bandar ini kerana menyamai mamalia itu sedang minum di Sungai Lijiang
Sumber : Bharian