iDAN

02 Januari 2000

RAHSIA AYAT PENGASIH NABI YUSUF ( Delima Merkah )

2.1.2000
Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi:

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

"Wa-alqaytu 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"

Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami, bacalah kedua ayat ini. Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.
Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dgn tujuan yg tidak baik.

Suntingan Dari Teratak Anna Abadi

Kenyataan Akhbar oleh Hajjah Marina Yusoff

H-Net* Kenyataan Akhbar oleh Hajjah Marina Yusoff
Concorde
Thu, 14 Oct 1999 12:24:13 -0700

Kenyataan Akhbar oleh Hajjah Marina Yusoff
Sedar dan Besarlah Hishammuddin

Saya merujuk kenyataan di dalam akhbar New Straits Tsimes bertarikh Rabu, 6 Oktober 1999 serta laporan polis yang dibuat ke atas saya oleh Pemangku Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein yang merujuk kepada ucapan yang dibuat oleh saya di Pulau Pinang pada 29 September 1999.

Laporan akhbar New Straits Times pada 6hb Oktober 1999 dan media yang di-kuasai Kerajaan , termasuk Utusan Malaysia bertarikh 11 hb dan 12 hb Oktober 1999, adalah salah, mengelirukan dan juga berniat jahat serta bertujuan untuk menimbulkan hubungan buruk antara kaum. Hakikat bahawa pembohongan buruk ini yang telah menyebabkan Datuk Harun terlantar di hospital adalah suatu perkara yang amat serius dan seandainya berlaku sesuatu kepada Datuk Harun, saya memegang pihak UMNOlah yang bertanggungjawab, terutamanya Datuk Hishammuddin dan pasukan pemuda UMNOnya.

Saya amat memandang berat perkara ini dan tindakan yang tidak bertanggungjawab dalam memutar –belitkan keadaan sehingga menjadikannya suatu pembohongan jahat yang berhasrat untuk menimbulkan hubungan buruk antara saya dan Datuk Harun. Datuk Harun adalah pelanggan saya dalam satu kes undang-undang di mana Kerajaan dan pihak berkuasa telah gagal melaksanakan keadilan. Ini berlaku apabila beliau hampir tamat menjalani hukuman penjara dan hampir dibebaskan, pihak berkuasa dengan sengaja dan secara tidak sah mengubah dokumen penjara dengan memadamkan perkataan “serentak” (concurrent) dan menggantikannya dengan perkataan “berturutan” (consecutive), dengan itu memanjangkan hukuman penjaranya. Ini mengakibatkan ketidakadilan terhadap Datuk Harun.

Seperti yang diketahui umum, Datuk Harun pada pertengahan tujuh-puluhan, begitu berkuasa dan popular dan mungkin menjadi calun untuk Perdana Menteri. Pendakwaan memilih telah dilakukan terhadapnya untuk menjadikannya mangsa dan menghapuskan kareer politiknya, seperti yang berlaku terhdapa Datuk Seri Anwar.

Saya juga berpendapat kenyataan Datuk Seri Dr Mahathir sekiranya Barisan Nasional tidak memenangi Pilihanraya Umum nanti akan berlaku tumpahan darah seperti peristiwa 13 Mei sebagai ugutan terhadap masyarakat Cina dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan serta satu ancaman keselamatan terhadap negara.

Dengan menamakan saya sebagai pembelot kerana berani menyatakan kebenaran terhadap salah laku UMNO adalah amat tidak patut. Pembelot sebenar adalah Datuk Hishammuddin sendiri yang belot kepada perjuangan politik bapa serta datuknya, Datuk Onn bin Jaafar. Bapanya, Tun Hussein Onn telah disalahkan oleh Dr Mahthir yang dalam antara lain skandal Maminco. Ini telah menghancurkan hatinya dan beliau menyesali tindakannya melantik Dr Mahathir sebagai penggantinya dan telah cuba sedaya upayanya untuk membetulkan kesilapannya. Bahkan semasa beliau meninggal dunia beliau tidak menyertai UMNO Baru di bawah kepimpinan Dr Mahathir. Dalam masa perjuangannya yang diteruskan dan dilaksanakan oleh Tengku Razaleigh, Datuk Hishammuddin masih terlalu kecil dan mentah untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, terutamanya rusuhan 13 Mei.

Saya bertugas di Kuala Lumpur sebagai Peguamcara Jabatan, di Jabatan Amanah Raya pada 13 Mei 1969. Pada pagi itu beberapa orang termasuk dari Pemuda UMNO telah datang menemui saya dan menyuruh saya pulang secepat mungkin. Mereka memberitahu saya bahawa rusuhan akan berlaku oleh kerana semua pemuda Melayu telah dipanggil dan berhimpun secara besar-besaran di Kampong Baru. Disebabkan hasutan dari partipembangkang yang menang, pemuda Melayu telah merusuh.

Sungguhpun UMNO mungkin tidak menjangka peristiwa tersebut akan mengakibatkan pembunuhan dan tumpah darah, merekalah yang seharusnya bertanggungjawab terhadap peristiwa ini. Pihak yang berkuasa terutamanya pihak Polis sedar apa yang berlaku oleh kerana mereka telah mengeluarkan permit kepada UMNO untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan di bandar. Dengan yang demikian pihak polis juga adalah sama bertanggungjawab kerana gagal mengawal keadaan.

Sekiranya UMNO Baru dan sayap Pemudanya terus menyalahgunakan undang-undang dan proses Kehakiman untuk kepentingan politik mereka dan menekan sesiapa yang menentang mereka, pada masa yang bersesuaian, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Hishammuddin serta mereka yang bertanggungjawab terhadap pembohongan dan kenyataan palsu serta aduan polis yang palsu terhadap saya serta akibat dan kesan dari tindakan tidak bertanggungjawab mereka terhadap orang lain, seperti Datuk Harun.

Hajjah Marina Yusoff
Naib Presiden,
Parti Keadilan Nasional
11 Oktober 1999