Tips Penjagaan Gear Box
Kali ini saya ingin kongsikan mengenai cara penjagaan gearbox manual dan auto.
Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta.
Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak enjin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam enjin akan dibuang bagi mengelakkan enjin dan gear box terhakis.
Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.
Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan “normal operating temperature” sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta).
Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.
Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clutch. In boleh memendekkan jangka hayat clutch plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN ‘SPIN WHEEL’. Laraskan paras clutch supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik).
Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar enjin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenal pasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.
Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan “overdrive button”. Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5, kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive.
Jangan gunakan "overdrive button" pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button.
Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta).
Bagi kereta semi auto, triptronik dan steptronik. Penggunaan minyak gearbox yang di‘recommend’kan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.
Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah ‘mati’. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup.
Setiap kali kita menukar clutch plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangka hayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangka hayat clutch plate. Akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian.
Dan cuba ‘belai’ dan ‘memandu dengan lemah lembut’, kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON) (kecuali Perdana V6 = RM 22000).
ATF DX3 10w Type 111D
OCOMA DX3 is a premium quality fluid blended to meet DX III specifications, or when GM approval No. F30378 is required.This product is a high viscosity index fluid containing superior additive technology which provides exceptional thermal stability as well as oxidation resistance and sludge control. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
APPLICATION OCOMA DX3 should be used wherever Dexron III is specified and is suitable for all General Motors four-speed automatic transmissions. It may also be used as a power steering fluid and in hydraulic systems particularly where high temperatures are encountered. This product is also approved for use where Allison C-4 fluid is recommended. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
SPECIFICATIONOCOMA DX3 meets or exceeds the following specifications:
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||
PACKAGING200 Litre, 60 Litre, 20 Litre drums | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
TYPICAL CHARACTERISTICSCHARACTERISTICS DX3 ATF | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kinematic viscosity at 40°C, mm 2/s (cSt) | 34.08 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kinematic viscosity at 100°C, mm 2/s (cSt) | 7.19 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pour point, °C | -45 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Viscosity index | 180 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Colour | RED | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
NOTE: Due to continual product research and development, the information contained herein is subject to change without notice.Values stated are average values only, and may vary due to manufacturing tolerances. - take good care of your transmission and it will take good care of you. ATF is cheap to change, I change mine diligently every 20,000km or 1 year, whichever sooner, iDAN: Hanya bertahan sekitar 7 tahun sahaja Gear Box Auto Avanza kami... akhirnya meragam kini... perlu ingat betul-betul jangan lebih dari 20,000km baru tukar minyak gear box auto ini; kes kami: sy tak pasti bila perlu ditukar sbb pihak Toyota tak letak sticker atau ingatkan kami; sedangkan sejak beli kami tak pernah pun buat servis di luar atau tukar minyak gear di luar sentiasa di Pusat Servise Toyota di Balakong Selangor tu.. nak jadi kes, bila nak ianya rosaklah. Kemungkinankah pomen di Pusat Servis Toyota terlepas pandang bab tukar minyak gear ini?. Tak ikut spek di buku panduan yang sentiasa kami kasi tiap kali pergi buat servis. Atau memang ketahanan gear box Toyota Avanza sekitar 7 tahun sahaja. (?) Bila SUDAH meragam sy beli minyak gear keluaran Toyota buatan Japan.. pertama kali tukar dengan pomen sendiri. Pomen di Raja sebelah rumah sy. Mak datok sudah hitam berkeladak giler tak lagi macam minyak gear. Sy guna minyak yang siap tertulis Type T-IV hanya untuk kenderaan Toyota; sy baru pakai sehari tapi masih tak stabil; terpaksa juga berkejar ke Pusat Servis Balakong katanya minyak yang sy guna tak sesuai ... kononnya yang sesuai DX3 (kod spare part sama 08886DX3 di resit Pusat Servis Toyota) Bila hantar servis pihak Toyota pomen Toyota buang minyak yang sy beli yang baru pakai sehari ditukar baru (sekitar RM100 itu habis terbuang).... hahaha Masalah masih tidak berubah. Ada ketika gear auto Avanza kami sangkut... hanya masuk gear satu atau gear dua tak boleh masuk gear tiga... mengaum... Terpaksa sy tukar gear box auto Avanza di luar sebab pihak Pusat Servis Toyota mahukan kos ganti yang baru RM20K tanpa boleh runding. Sy tukar di luar guna gear box recon sekitar RM3K. Ada sesiapa di sini tahu apa ke bendanya minyak gear auto bagi Avanza yang sesuai?. Toyota Type T-IV ini konon katanya hanya sesuai untuk Vios tak sesuai untuk Avanza; sedangkan di tin yang saya beli tiada tertulis pun untuk kereta Toyota jenis apa... Kod Spare Part sama 08886 di tin minyak gear sy beli pun di resit pihak Pusat Servis Toyota yang guna 08886DX3... Toyota ni betoi betoi buat sy poning. Sy tanya Pak Google & ; temui URL di Endon juga pomen di sana kebanyakan mengguna Type T-IV keluaran Toyota untuk Avanza. Jangan terkejut harga Gear Box Auro Avanza yang baru RM20K di Pusat Servis Toyota. Jika buat di luar potong atau recon sekitar RM3K. Sepatuynya kerajaan ambil tahu sikitlah masalah Pusat Servis Toyota yang kenakan cas giler mahal ini.
Ini minyak hitam Avanza yang selalu sy guna... salahkah?
|