iDAN

01 April 2013

BERTANDANG KE JAHANG





"Jika ibu ada agenda lain Azim kena ikut ayah!" sian Azim selalu jadi magsa ikut ayahnya yang sakit kronik berjalan jauh. Sepanjang 9.2.13 aku terpaksa berehat panjang; tidur sepuasnya. Sebab sakitku sebenarnya tak sepulih mana. Telah lebih dari dua minggu badan meragam. Biasalah dah tua begini sekali sakit lambat amat sembuh. Tekanan darahku melambung naik.

"Habis tu kita tidur mana kali ini?"

"Kita tidur tepi jeram dari tingkap chalet boleh terjun ke jeram" untuk memujuk Azim agar dia GUMBIRA menemani ayahnya.

Hotel Bajet yang selalu aku bermalam di Kampar penuh; itu yang terpaksa aku melilau mencari tempat menginap yang asing buatku. satu kembara yang menarik. Raya sakan betul cina kat Malaysia ini. Aku pun silap tak buat tempahan sedari awal. Sekitar dua tinga minggu nak balik kampung baru tempah. Hatta memang payah nak mencari tempat bermalam dengan kos bajet yang murah/rendah.

- bersambung
BERTANDANG KE JAHANG

"Jika ibu ada agenda lain Azim kena ikut ayah!" sian Azim selalu jadi magsa ikut ayahnya yang sakit kronik berjalan jauh. Sepanjang 9.2.13 aku terpaksa berehat panjang; tidur sepuasnya. Sebab sakitku sebenarnya tak sepulih mana. Telah lebih dari dua minggu badan meragam. Biasalah dah tua begini sekali sakit lambat amat sembuh. Tekanan darahku melambung naik.

"Habis tu kita tidur mana kali ini?"

"Kita tidur tepi jeram dari tingkap chaket boleh terjun ke jeram" untuk memujuk Azim agar dia GUMBIRA menemani ayahnya.

Hotel Bajet yang selalu aku bermalam di Kampar penuh; itu yang terpaksa aku melilau mencari tempat menginap yang asing buatku. satu kembara yang menarik.

- bersambung


TIONG KASIH DI SEPI TIOMAN viii

"Ayah tanyalah staf bot tu apakah rombongan kita ni berhenti di jeti ini" Mila terjaga dari tidur & nampak gelisah nak turun

"Sabarlah Mila nanti kalau ahli kumpulan kita turun akan nampak!" aku memang tak menduga kami adalah penumpang paling awal turun. Firasatku pasti akan turun di jeti Kampung Mukut. Jika tenguk peta Kampung Mukut yang paling awal terjenguk jika dari daratan. Tetapi tidak. Bot tak turun di jeti Kampung Mukut.



2. Suara staf  bot melaungkan Kampung Genting. Aku lihat Ketua Rombongan Cikgu Zul bangun memunggah barangan. Sangkaan Mila tepat; kami adalah penumpang pertama singgah di jeti Pulau Tioman. Kampung nelayan yang terpencil.  Ada sekitar 30 orang yang turun. Tak ramai. Tak luak pun penumpang dari bot ini.

3. Sebelum ke Pulau Tioman aku telah pun melayari laman sesawang yang Mila kasi tahu tempat yang kami mahu menginap. Aku lihat gambarnya memang cantik. Rumah kecil atau chelet di tepi pantai. Sekitar 100 meter dari jeti tertera Resort yang kami akan bermalam; Island Reef Resort. Nama orang putih tapi milik orang kita Melayu. Dari jeti ke resort ada banyak gerai jualan cenderahati; gerai makan juga gerai jual pakaian. Sebelah kanan ada surau agak besar bersebelahan bengkel batik.

4. Cuaca cerah tidak panas tidak juga mendung. Tak ramai pengunjung di Kampung Genting ini. Belakang kampung terdapat gunung yang menghijau. Air laut ketika kami sampai sedang pasang. Ikan di jeti nampak amat menarik aneka jenis; Banyak anak ikan todak bermain di permukaan air. Terpampang di papan kenyataan tidak boleh memancing 1 batu nortika dari pantai. Akta Taman Laut kena di patuhi; malahan ada banyak amat prasyarat pengunjung demi menjaga habitat laut untuk berkembang indah.



5. Aku lihat si Azim amat payah nak bawa beg plastik hijau barangan makanan. Agak besar. Aku mencapai beg tersebut dengan dua lagi beg agak besar. Mak Datok tinggi amat rupanya tangga yang perlu aku daki untuk sampai ke puncak Island Reef Resort. Aku tak sempat mengira anak tangganya. Tapi dalam congakanku mahu sekitar 50 anak tangga. Mencungap aku nak smpai ke ruang legar resort ini. Permandangan dari puncak resot memang cantik. Angin basah laut tetap terasa. Damainya Kampung Genting Pulau Tioman.

6. Sedari di rumah lagi aku rasa tak senang hati. Pertama teringatkan Anif yang tak dapat turut serta kedua terfikir bagaimana Cikgu Zul nak agih-agihkan bilik. Yang berpasangan dapat satu bilik; anak bujang sama anak bujang. Azim bersama satu bilik dengan anak Cikgu Zul si Ayang (lelakilah). Si Ayang ni yang duduk denganku kat bangku bas belakang sekali. Aku terus bingkas mendaki bukit mencari kamar kami. Mila mengejarku dari belakang. Ish terkejut beruk; ada 4 tilam untuk tidur berdua. Besar sangat biliknya; aku terus melambai Azim agar tinggal bersama kami. Baru rasa suasana keluarga. Tak suka sangat jika berjalan jauh berpisah kamar dengan anak-anak. Azim pun memang jenis pemalu nak tinggal bersama orang yang dia tak kenal.

- bersambung


TIONG KASIH DI SEPI TIOMAN vii

Teringat aku pernah sekali pergi memancing di laut dalam bersama Pak Wahid & keluarga serta waris Pengail Sejati. Bila tiba di tengah laut tetiba Tekong yang hanya bersendirian tanpa awak-awak bertanyakan tentang beras. Pastinya kami terkejut sebab dalam perjanjian dia yang menyediakan semua barangan makanan untuk bermalam. Sudahlah janji jam 5:00 pagi bertolak ke laut dalam dimungkiri; jam 9:00 pagi botnya masih tersadai di daratan; terpaksa tunggu air pasang baru boleh bergerak. Akhirnya ketua rombongan memancing kami buat keputusan berpatah balik. Sementelah botnya pun tak punya sebarang kelengkapan GPS atau Sona pengesan batu karang atau ikan. Nahas nanti. Memang nampak pada gelagat tekong ini dia agak Lalok. Tekong Lalok.


2. Pulau sekitar perjalanan ke Pulau Tioman nampak seakan sama kami berlindung dari ribut bersama Tekong Lalok ini. Pulau sekadar batu yang tumbuh rumput & banyak burung bersarang. Ada banyak pulau-pulau kecil yang cantik sepanjang perjalanan ke Pulau Tioman. Jika dapat singgah memancing di pulau kecil ini pasti menarik.

3. Di belakang bot cuma ada seorang pelancong luar negara; hampir sebayaku. Dia nampaknya tak merokok & tak kisah kami yang merokok putus berhubung. Ustaz Rashid pun numpang sekaki lepak di belakang bot yang memang sempit. Lebarnya sekadar dua meter. Ada satu pasangan kaum India macam sedang bercinta sibuk dengan galaxynya. Yang lain simamat yang masih remaja dengan sigarnya.

4. Pulau Tioman adalah pulau impianku sejak remaja. Ianya sedari dulu menjadi antara pulau yang ingin aku lawati. Aku membayangkan pulau ini cukup indah dengan ramai pelancong luar negara. Yang nyata dalam bot tak sampai 20% pelancong luar negara; kebanyakannya adalah pelancong tempatan ramai orang kita Melayu; sedikit kaum cina & beberapa orang sahaja kaum india.

5. Abang Rahman nampak penat kena desah angin laut & minta diri kembali ke tempat duduk; aku pun mengikut belakang dia. Duduk kembali ke ruang hadapan bot. Mila masih tidur-tidur ayam; Azim celik mata tapi tak betah berceritera. Telah lebih sejam empat puluh lima minit meninggalkan daratan.

6. Pertama kali nampak dekat dengan Pulau Tioman ianya nampak cantik amat dengan sebuah gunung yang memang unik puncaknya. Dari agakanku pastinya ianya Pantai Kampung Mukut. Mungkin dua puncak gunung yang menujah ke langit itu Gunung Nenek SiMukut. Bot tak berlabuh di jeti Kampung Mukut. Ianya hanya berlabuh di jeti pertama pantai Kampung Genting destinasi rombongan kami bermalam.

- Bersambung
-bersambung