iDAN

26 Mei 2011

Tak Sampai dua minggu sahaja lagi...

Tinggal tak sampai dua minggu sahaja lagi artis lawak kita dikurung di Astro Warna; nampak sangat stesen TV berbayar ini telah memplagiatkan pelawak kita demi laba... biarpun lebih 18ribu peminat Raja Lawak (RL) pun Maharaja Lawak (ML) menolak polisi perniagaan Astro tetapi dipandang ringan oleh pihak Astro. Aku nak melihat perjalanan stesen ini apakah Akademik Fantasia (AF) juga akan dikurung di pakej Astro Mustika kita lihatlah nanti; seharusnya kita sebagai pengguna menggunakan kuasa pengguna kita. Aku telah pun mengadu masalah melobi keuntungan ini ke Biro Pengaduan Awam namun ceriteranya sama. Alasan kukuh pihak Astro tiada paksaan pun ML tidak format yang sama bagai RL. Minggu hadapan adalah minggu ke 10 minggu terakhir, perjuangan kempen 18ribu peminat ML akan terkubur dengan kegagalan menggesa Astro Warna mengembalikan tayangan secara langsung di Astro Prima. Jika kita sebagai peminat RL mahu bergabung kempen jangan mengundi; pasti Astro Warna akan terkedu kena bayar semua hadiah ML. Bukanlah kita nak cabar atau kacau perniagaan Astro tapi caranya memang tak kena. Cukuplah seniman 50an pun 60an kita menjadi mainan pihak plagiat; sebagai contoh Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P Ramlee yang terperangkap oleh mangsa plagiat penerbit filemnya yang gah seantero dunia. P Ramlee pergi meninggalkan kita dengan seorang tak punya apa, hanya karya & bakat seni beliau sahaja menjadi khazanah bangsa. Berhibur ada batasnya, janganlah lantaran mahu berhibur kita terperangkap ke bajet yang tak munasabah!.
Kecik bergabung dengan Idlan menjadi Wai antara pasukan terawal tersingkir di ML.

Ish! 11



Curi makan!

Imuda amat Fantastik


"Puisi ini akan saya rockkan buat kali pertama & terakhir" memang sedap amat bilamana Imuda mendendangkan puisi A Samad Said dengan caranya tersendiri, jika dapat dirakamkan aku percaya ianya akan menjadi koleksi seni yang mahal & indah. Dengan iringan muzik & tiupan harmonika. Tak puas hanya satu puisi.

Ketika Imuda membuat persembahan semua yang hadir amat terkesima & terpukau. Dato' Julie Sudiro aku perhatikan tak tahan rasa menahan gelak tanda terhibur. Memang fantastik.

Di samping itu Sohaimi Mior Hassan pun tak kurang macho suaranya. Lagu Misteri Cinta yang didendangnya amat menggamit kenangan. Lagu ini diciptanya ketika pertama kali dia jumpa isterinya. Sepulangnya dari berjumpa maka tergiang-giang di telinganya akan lagu ini.

Datuk Sarimah pun amat mendayu suaranya ketika mangalunkan puisi, wajahnya rupawan masih amat terserlah biar pun telah bertudung. Siapa sangka orang berusia masih secantik Dato' Sarimah.

Majlis ini memang amat manis buat kukenang, agar saudara Amran Penyair akan sudi mengundangku lagi ke majlis Lima Bintang.


Misteri Cinta
Kau bertanya padaku
Mengapa aku sangat mengasihimu
Dan sentiasa inginkan
Agar kau selalu ada di sini

Bagaimana harus kuhulurkan
Dengan kata misteri cinta
Kerna tuhan saja
Yang tahu jawabannya

1
Andainya aku mampu gambarkan pada mu
Andainya aku mampu bercerita
Akan kulukis sebuah lukisan
Dan ku tulis novel cinta kau dan aku

Kau bisikkan padaku
Bahawa engkau juga rasa begitu
Dan berharap agar
Kufahami cinta suciku

( ulang dari 1 )

Sumbangan m hafiq