Sebut sahaja tidur di Kampar aku memang teruja. Telah dua malam aku tidur & kini aku akan tidur selama dua malam; pastinya aku memilih Regal Hotel, hotel ekonomi yang rasanya mampu untuk aku bermalam.
Tak sangka kali ini aku terkena  dengan nyonya Hotel Regal Kampar Perak; Mungkin sebab hotel penuh. Hari  pertama aku bermalam kira okeylah tapi biliknya tak ada tingkap bergantung dengan kipas sedut  udara dari bilik air; sedikit lemas. Penghawanya tak berapa sejuk. Agak terkurung  nasib ada Astro.
Hari kedua dia letak aku dan Nasuha anak buahku di rumah kedai... huh!  bilik air jauh di belakang. Ada tiga tiga bilik sebaris dari blok yang sama dengan Hotel Regal. Dua bilik lagi hanya sesuai  untuk org merendek. (sewa RM50). TV, alat penghawa dinginnya memang kelas tapi lantai  simen biasa buatkan suasana bukan macam hotel. Paling leceh jika terjaga malam nak buang air terpaksa pergi ke ruang belakang rasa jauh amat. Tapi dua pasangan di sebelah bilik tak keluar-keluar. Hingga aku keluar hotel sekitar jam 11:00 pagi masih tidur nyenyak tidurnya. Ish! begitulah kalau bermusafir!.
Jika nak tidur Hotel  Regal Kampar, aku syorkan pilih bilik No. 8 tingkat dua. Memang cantik cuma RM85 semalam;  macam 5 star hotel... sungguh!. Tingkat satu pilih dua bilik mengadap  jalan raya pun sama kut!.
Sudah  empat malam aku tidur kat sini; minggu lalu paling tak sesuai kamarnya,   hari lain tu memang bagus keadaan biliknya jika tidur sini.  Jangan lupa  pagi  minggu ke Pasar Lambak & gerai Muhibbahnya. Jalan kaki sahaja dari hotel. Banyak ubatan dijual cara lambak sahaja. Makan mee kari di gerai sana memang terasa suasana santai yang amat berbeda.
Biar pun hotel ini tak adalah kolam renang tapi tengah bandar; depannya ada Pasar Raya   meriah amat; biliknya memang bersih; milik org cina tapi  setiap bilik ada  arah kiblat. Semua bilik ada Astro & kebanyakannya  pakai TV LCD  leper tu!. Bilik airnya lengkap dengan air panas biar pun tak sebesar mana. Bilik berdua banyak yang sekitar RM50 sahaja.
Sekitar Kampar ada  banyak tempat menarik  antaranya Latar Salu, Lata Kinjang (aku panggil  Lata Mangeshkar) nampak  dari L/Raya Utara Selatan... Gua Tempurung;  dari Ipoh sekitar 30  minit sahaja.
Nak  gah tidur Grand Kampar; tapi jika tak ada dalam  RM200 semalam jangan  cuba nak nginap di sana. Aku sekadar suka  bermalam di hotel ekonomi lantaran  tak suka ganggu rumah orang dengan  dengkuranku yang kuat amat. Jika  balik kampung sendirian suka tidur di Kampar  ini sementara rumah pusaka tak siap  dibaiki lagi. Jika pulang dengan Mila tak kisah sangat boleh tidur rumah arwah Wan Bi. 
09hb Jun 2011
pukul 11.06 pagi
iDAN
09 Jun 2011
Terkena dengan Nyonya

Langgan:
Ulasan (Atom)