iDAN

15 April 2010

Tagged VIC@Diana

Menjawab Tagged VIC@Diana

Bila di tag oleh Diana, rasanya belum pernah aku di tag begini; rasa teruja & dihormati amat. Terima kasihlah risau akan kesihatan saya ni!. Gundah juga nak nanti 20hb ini. Ujian Terapi jantung lagi!. Harap-harap okey!

1- Anda rasa hot?
Diri okey kut!, cuaca di Jenaris makin sejuk selalu hujan. Hati tu yang bergolak sikit. Macam-macam hal berlaku dalam sebulan dua ini.

2- Upload gambar kesayangan anda:-

Selain dari gambar semasa muda... ianya diambil nun jauh di negara mentari terbit!. Tak silap wajahku di tahun 88!. Macho tak?,

Shibata & emak angkat semasa di Juo Machi Hitachi Jepun. Yang belakang tu macam iras arwah Apak!. Banyak juga gambar kesayangan di Jepun tak ada mesin imbas. Emmm! suram di album sahaja.


3- Kenapa anda suka gambar ni?

- Sebab pertama gambar ni diambil masa aku masih kurus lagi tak boroi.

- Sebab ini merupakan kenangan sendirian di kampung org Jepun, aku sedang cuba menyungkil kenangan silam di sana ada kutulis dalam siri Kahwin Campur (KC). Masih tergantung lagi siri itu.

- Shibata ini aku kenal sekitar sebulan sahaja tetapi bagaikan ikatan dalaman yang menyimpan sesuatu perasaan payah ditafsirkan. Nanti aku ceriterakan.

4- Bila kali terakhir anda makan pizza?

Tak boleh ingat.... sebab saya memang tak suka pizza... sama macam VIC.

5- Lagu terakhir yang anda dengar?

Lagu hindustan Deewana Tera Hai. Sedap lagi ini. Dua hari sudah di AsyikFM pun mereka putarkan lagi ini. lagu agak lama juga. Cuba cari MP3nya di internet.

6- Apa yang anda buat sambil menjawab tag ni?

Tgh berfikir, perut lapar amat, nantilah kejap siapkan tag kejap.

7- Selain dari nama anda sendiri Haridan, anda suka dipanggil dengan nama apa?

Abg iDAN memang itu lebih suka dari org panggil Pakcik!. Kalau anak buah panggil Paksu tu okeylah juga.

8- Tag lagi 6 orang

6 orang yg aku tag ni mungkin sudah ditag oleh orang lain atau pernah menjawab tag yang macam ni. Tapi tujuanku bukan nak mereka jawab tag ni (walaupun kalau mereka nak jawab, sangat dialu2kan) tapi aku just describe orang2 ni seperti mengikut arahan tag ni.

1- Bro Mazidul
2- Zeq
3- Dik AzieAzah
4- Cikgu
5- Combi
6- YB

1- Siapa orang No. 1 kepada anda?

Seorang rakan blogger teringin amat nak jumpa bersemuka; asyik tenguk kat TV sahaja. Melalui Bro Maz maka blog saya makin tersebar laus pengikutnya. Saya amat menghormati penulisan Bro Maz; rasa rugi tak baca setiap tulisannya.

2- Bagaimana pula no. 3?

Dik Azah ni macam dekat di hati, tapi dia ni amatlah ramai peminat, dia penulis macam VIC juga. Cumanya tak banyak rahsianya dapat disingkap. Mungkin usia kami sama atau anak sama besar dewasa.

3- Pendapat anda tentang orang No. 4?

Cikgu disipilin, saya amat menghormati kerjayanya. Teringat Ustazah Zaleha ketika saya di sekolah rendah lalu. Tapi Cikgu ini jarang update blognya. Adoi! masih kisah wang pos dia. Suka mengembalikan zaman sekolah lalu. Nak tahu juga masalah pelajar kini.

4- Kata sesuatu kepada orang No. 2

Zeq!, saya suka cara dia berblog, ringkas tulisannya tapi padat & jujur!. Rajin berkunjung di blog rakan lain biar pun saya tenguk Zeq ini antara manusia tersibuk di dunia. Agar saya tidak kehilangan Zeq.

5- Hubungan anda dengan orang No. 6?

Satu-satunya sahabat yang punyai blog sendiri yang suka berhubung dengan saya biar pun kami terpisah jauh!. Saya selalu telefon YB di ofisnya. Dia pula tak telefon saya ketika berada di sini. Mestilah terkilan. YB ni sekampung Bro Maz, keluarga mertua VIC mesti kenal keluarga YB.

6- Perwatakan Orang No. 5

Sering baca blog Combi. Saya cemburu amat dengan kebahagiaan keluarganya. Cemburu sebab saya tak punya isteri macam Combi. Kak Mila tu nak bergambar dengan saya pun malu; sebab saya ni dah boroi katanya. Jalan dengan Kak Mila pun saya terpaksa kejar-kejar dia. Combi pula asyik bergambar dengan hubbynya. Saya suka harmoninya keluarga Combi!. Jaga hati suami & anak-anak... baik-baik.

-The End-


(mahal t/tangan ni)

Emm! tak boleh tambah 7... 8 org lagi ke?... Dik Ieja, NurulJB, Aisyah, Abuyon, Eelobor, Ibu Aran, ... isk! ramai lagi boleh tag ni!.

Kecurian Mana pergi Komputer Riba Afiz (Singgahsana)

Aku pernah berbalah dengan Afiz anakku yang sulung akan keinginannya mahu membawa komputer riba ke al-Jabbar syarikat dia buat praktikal.

"Payah nak jaga keselamatannya Afiz, jika tak ada kabinet yang berkunci bagaimana Afiz nak keluar masuk tinggalkan komputer itu di meja terdedah!"

"Orang ramailah ayah, takkan siapa berani nak curi!"

"Komputer itu baru amat kita beli, pakai sahaja dulu di rumah, lagipun takkah ianya akan mengganggu praktikal Afiz nanti, takkan tak ada komputer yang boleh diklik di al-Jabbar itu?"

Afiz mengadu dia tak tahu nak buat apa ketika di sana, bukan seharian dia kena buat jualan barangan pengeluaran al-Jabbar; ada ketikanya duduk di meja kosong tak tahu nak buat kerja apa pun. Aku pun mengalah, sering Afiz membawa komputernya ketika praktikal di sana.

Selamat; ianya tak pun hilang atau rosak, cumanya digigit birus itu biasalah. Tempoh praktikal di Poli sekaramg dikurangkan menjadi empat bulan sahaja. Kemudian Afiz bercuti di rumah seperti biasa, Afiz memang rajin buat kerja di ketika senggangnya. Semasa praktikal pun dia berkerja di KFC sebelah malamnya. Masa cuti dia makin rajin kerja siang & malam. Cuma aku perhatikan jiwa remajanya telah mula terganggu bila telah rapat dengan Mie rakan sekuliahnya. Pengaruh jiwa remaja memang amat kontras sampai boleh merubah sikap Afiz. Dari pekerja terajin di dunia menjadi... emmm! malas komen tapi memang aku lemas tenguk dia asyik cuti kecemasan di KFC lantaran si Mie ini.

Tiga bulan Afiz tinggal di Meru rumah Nyaie. Berulang alik dengan kapcainya sejauh 40 minit perjalanan. Aku tentunya risau dengan keselamatan dirinya memandu jauh dengan kesesakan pekan Meru itu memang padat amat. Kebetulan PTPTNnya tak diterima sejak mereka mendaftar di semester Januari lalu. Maka alasan rakan sekuliahnya tak mampu nak bayar duit cagaran pinjaman rumah membuatkan Afiz berulang dari Meru selama itu.

Bila mendapat PTPTN pada bulan lalu maka Afiz mencari rakan yang bukan sekuliahnya, pelajar tahun akhir di Poli Shah Alam.

Belum pun sampai sebulan Afiz tinggal menyewa bersama rakan baru ini; komputer riba Afiz telah hilang. Ianya hilang di rumah sewanya. Risaukan keselamatan anak, terdedah pula dengan keselamatan barangan. Yang misterinya kehilangan ini tiada kesan dipecah masuk, malahan cuma komputer riba Afiz sahaja yang diambil. Komputer riba lain tak pun diambil. Mereka tinggal seramai 10 orang, bayangkan boleh kata semua ada komputer riba.

Hatiku lebih mengesyaki rakan serumah yang tak jujur. Bagaimana orang luar boleh memilih komputer yang terbaru. Jika orang luar, kenapa tak sambar sahaja komputer yang lain yang terdedah sama. Kenapa orang luar pandai pilih almari milik Afiz sahaja. Apakah pencuri ini pun pandai memilih. Menuduh rakan Afiz para pelajar pandai ini rasanya memang tak munasabah. Mereka adalah pemangkin generasi akan datang. Takkan tak dididik diri. Tetapi modus operandinya memang amat licik.

Mie rakan sekuliah Afiz pun katanya rumahnya baru sahaja dimasuki pencuri, bukan satu dua komputer riba dicuri; malahan barangan lain juga lesap. Ini memang sah kerja pencuri. Gila mencuri atau penagih dadah!.

Kes Afiz memang agak berlainan.

Di rumah sewa Afiz ada juga orang yang berkerja sama menyewa, adoi! amat payah menuding siapa pun bila benda telah tiada. Tak kan nak tuduh orang baik-baik. Baru amat kenal rakan sekitar 3 minggu manalah tahu ragam mereka. Sebaiknya Afiz yang perlu berjaga-jaga. Zaman sekarang memang ramai kawan makan kawan. Jangan ikut lagak orang lain.

Rasanya amat sukar orang luar berani masuk jika rumah tersebut seramai 10 penyewa. Sentiasa berpenghuni & pastinya penyewa akan sentiasa keluar masuk. Hilang pula pada hari kuliah bukan waktu cuti. Kejadian berlaku semalam Khamis; aku begitu yakin komputer masih disorokkan jika memang rakan sepenyewa yang mengambilnya, esok Sabtu atau Ahad barulah ianya akan dibawa keluar itu firasatku.

Kalau orang luar memang telah jadi kenangan sahaja komputer riba Afiz, silap-silap tak sampai pun setahun Afiz dapat menggodamnya.

Bukan rezeki kita, kasihan Afiz ada lagi dua semester mahu berkuliah. Mampukah aku beli yang lain. Emmm! rasanya baik guna komputer biasa sahaja. Asalkan dapat buat menaip kertas kerja kuliah cukuplah.


Semasa aku berkerja di UPM, boleh dikatakan setiap minggu ada kejadian pecah kereta lantaran pencuri dapat mengesan komputer riba di dalamnya. Pernah Pengawal Keselamatan UPM cuba memerangkap pencuri ini tetapi terlepas hingga berlaku perlanggaran keretanya dengan kenderaan Pengawal Keselamatan tersebut. Dirempuh laju!. Memang nekad pencuri ini.

Semasa aku kerja di Unit IT Fakulti Kejut; ada terakam pencuri yang mengeledah kabinet barangan pelajar. Nampak seperti staf pun ada bukan semestinya pelajar tetapi kes kecurian di makmal komputer, di perpustakaan memang pelajar yang terlibat. Samalah pernah bilik pensyarah digeledah, nak jadi penyebab tercicir dompet sipenjenayah ini. Sipenjenayah ini orang dalam. Sah memang pelajar UPM pun ada yang mencuri. Siap panjat siling turun pakai tali atau terjun melalui siling bagai CicakMan.

Bagaimana pula pelajar Poli Shah Alam; apakah pendidikan akedamik kini tidak menjamin anak-anak kita menjadi jujur & menghormati hak milik orang lain. Mungkin ada pelajar terbaca blog ini, bagaimana keselamatan barangan mereka di kampus sana.

Para ibu bapa kenalah mengingatkan anak-anak akan langkah keselamatan menjaga barangan berharga begini. Pun kena sedarkan mereka, kita beragama Islam mencuri itu hukumnya potong tangan; itu jelas. Orang Jepun, orang barat sana yang bukan seagama kita pun amat menghormati hak milik orang lain.

Isu yang berbangkit kini; Bagaimana pelajar yang sebegini akan menempuh suasana kerja; apakah golongan bijak pandai ini akan lebih berani melakukan kerosakan moral lain seperti rasuah dan lain-lain.

Aku teringat hari pertama jejak kaki di Poli Shah Alam, melihat contengan di dinding asrama mereka pun aku mula terganggu. Apa lagi pilihan kita, Poli sebenarnya tempat pelajar yang dari keluarga susah. Aku sebagai pesara hanya mampu menghantar anak ke pusat pembelajaran sebegini. Kehilangan komputer riba bagi golongan seperti aku pastinya amat mengesan hati. Bertahun mengumpul duit untuk membeli komputer tersebut. Ianya terbang bagaikan angin!.

Jika memang masyarakat di negara kita makin runtuh moralnya bagaimana kita mahu aman tinggal di negara sendiri. Bena ragut & jenayah di Jenaris pun kian banyak terentang di mana-mana. Apa tindakan kita dalam jenayah ragut, curi, rompak & korupsi ini.

Nota kecil: Awas mereka guna perisian MIRC, malam tadi sampai jam 2:00 pagi aku terpaksa godek komputer ini masuk birus trojan melalui MIRC siapa pula yg muat turun MIRC ini aku pun tak pasti... emmm! sudahlah teringat-ingat komputer riba Afiz, aku pun tak sempat nak godek. Ada sehari tu buang birus sahaja!.

Sedih & Tangis (Delima Merkah)

Foto 1
Nampak sedih!


Foto 2
Jangan biarkan sayang ni!

Foto 3
Monyoknya!.

Foto 4
Sukar lelaki sedih begini

Foto 5
Menangis sungguh-sungguh

Foto 6
Merajuk lagilah ni!.