iDAN

25 September 2012

Kareena Kapoor: Saya Sudah Berkahwin!

Pengakuan aktres Kareena Kapoor benar-benar memeranjatkan pihak media. Katanya dia sudah pun berkahwin dengan aktir Saif Ali Khan. Persoalannya bila? Sebabnya, majlis perkahwinannya bakal diadakan tidak lama lagi. Adakah selama ini mereka telah berkahwin senyap-senyap?

Apabila ditanyakan lebih lanjut tentang persoalan ini, Kareena Kapoor sekali lagi menegaskan, bahawa dia sudah pun berkahwin dengan Saif Ali Khan.

“Bukankah sudah 5 tahun saya dan Saif tinggal bersama? Kami beli rumah sama-sama dan menghias rumah ini bersama-sama. Malah, sudah beberapa kali saya berjumpa dengan keluarganya. Semua orang pun tahu mengenai hal ini.

“Ertinya saya sudah pun berkahwin dengannya. Cuma kami perlu mengesahkan di atas kertas sahaja, dan kami akan melakukanya tidak lama lagi. Menjadi Mrs Saif Ali Khan bukanlah sesuatu yang baru buat saya,” katanya.
Kareena Kapoor juga memberitahu bahawa dia langsung tidak punya masalah dengan anak-anak Saif bersama isterinya yang dulu iaitu Ibrahim dan Sarah.

“Saya sayangkan mereka dan saya juga memperolehi kasih sayang yang sama daripada mereka. Mereka juga sangat menghormati saya. Kedua-dua mereka sedang membesar dan Sarah nampak begitu cantik,” katanya lagi.

Kereta Mewah Artis Malaysia


Siapa kata artis Malaysia tidak boleh pakai kereta semewah Bently? Inilah namanya artis Malaysia yang ada wawasan, bukan sepanjang masa seronok dibuai dengan dunia artis. Kalau nak  hidup lebih senang berniagalah, berniagalah. Sedangkan Nabi Muhammad SWT sendiri berniaga.
Gua suka melihat kejayaan dengan seorang artis Malaysia ini, AC Mizal (anak Buah gua). Tapi dia dah tak kenal gua. Berbekal jualan langsung MLM bagi niaga gelang magnetnya. Kaya-raya sekarang ini, tetapi bukan semudah itu dengar khabarnya orang dah makin tak percaya gelang magnet ini. Inilah kepahitan dalam perniagaan, apa-apa pun dia sudah kaya raya.
Ada beberapa gambar kereta artis Malaysia, yang mewah-mewah pulak tu dan ada juga yang biasa-biasa sahaja sebagai tempelan. Ada pulak artis Malaysia yang kaya -kaya dek kerana talian hayat daripada orang lain. Dunia artis!!
Ini dia kereta artis Malaysia 

AC Mizal
Kereta artis Malaysia Aznil Haji Nawawi
Kereta artis Malaysia Awal Ashaari
Kereta artis Malaysia Vios Ebi AF5
Kereta Kereta artis Malaysia Farah Fauzana
Kereta artis Malaysia Sazzy Fallak
Kereta artis Malaysia Zahid AF
Kereta artis Malaysia Yusry KRU
Kereta artis Malaysia Anuar Zain
Kereta artis Malaysia Datuk Siti Nurhaliza
Kereta artis Malaysia Intan Ladyana dengan BMW 1 series
Rosyam Nor merupakan individu pertama yang memiliki 
Rosyam Nor pemilik pertama kereta Satria Neo R3 Lotus Racing Edition

Datuk K Nombor Pletnya cantik

Shamsul Yusof Haslam

Fasha Sandha

Zizan Raja Lawak WWN 869


Penyair iDANRADZi
ha³ kereta perang ada kulit kerang

Buat baik berpada-pada.

Kata Prof Dr Muhaya:

Tidak apa jika kita tidak tahu memaafkan tapi kita mesti rela memaafkan dan niat untuk memaafkan orang lain. Insya-Allah Allah akan bantu. Jangan sekali kata tak boleh dan payah. Apa kita fikir itu akan jadi. Apa kita dapat hari ini hasil dari fikiran kita sebelum ini. Ubah cara fikir untuk ubah cara hidup.

Kata Penyair iDANRADZi:

Memang ada jenis manusia yang hidupnya dari azali sampai ke liang lahat sentiasa asyik menyakitkan hati orang; bila kita maafkan dia tambah lemak. Kita doakan dia agar jadi baik, dia pula tetap sentiasa berprasangka buruk dengan kita; sebab itu dalam agama ada pahala & dosa. Ada baik ada jahat. Islam sendiri mengingatkan berhati-hati... berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau kau merasakan panasnya." (Hadis Riwayat Muslim). Tak kisahlah jika awak mahu sering terbakar pakaian sentiasalah MAAFKAN si gerladangan ini. Berbaiklah selalu dengan si JAHAT ini.
 
RESPON & Bual di Muka Buku:
 
Penyair Idanradzi
hati pernah SAKIT sebab kita sentiasa nak lihat rakan bahagia tapi rakan kita kerana sayangkan status dia tetap memihak dengan mereka yang lalai lagi menyakitkan hati kita malahan jadikan kita batu loncatan MEREKA;

kita sentiasa rindu rakan kita tapi bila rakan kita telah jadi orang senang dia lupa kita dan sentiasa rapat dengan segerombolan orang senang sekeliling dia; malahan berselisih dengan kita pun dia boleh toleh ke lain

bila kata-kata ini terkadang memang tajam semua manusia akan lari dari kita biar pun niat hati kita ikhlas nak membaiki keadaan nak jadikan ukhuwah itu kembali intim

rakan begini akan gunakan AYAT jika nak tegur seseorang itu kena pandai sesuaikan masa & keadaan

dia masih serupa TAK ingatkan kita

Sa:
biarlah org tak ingat kita...janji kita tetap mengingati dia...

Penyair Idanradzi
JANGAN kata aku tak bahagia dengan kesepian ini; ada ketika lebih bahagia kita BERTAPA sendirian bersama dengan kesepian & tunggulah pasti ada seseorang atau Malaikat akan menjemput kita ke alam lebih bahagia

Sa:
kebahaigaan ada di mana²...kadang²kita yang terlepas pandang

Penyair Idanradzi
kebahagiaan, kekayaan, keriangan, kemeriahan, kemewahan dunia tak pernah kekal lama

Awa bila kita nak ke kaki Gunung Ledang ni; hari tu si Azim leka bermain dengan anak ikan di sana katanya tempat tu berpuaka sebab sering berlaku kemalangan maut tapi kami pergi tenang saja kat sana

Sa:
itulah yang perlu sentiasa kita ingat... di dunia ini hanya sementara

Penyair Idanradzi
alahai dah mula rindu Asahan ni hari tu pergi ketika bulan puasa badan tak larat nak ke jeram sana

Sa:
ada masa....sila la datang lagi

Penyair Idanradzi
bergantung kepada kerja kak mila tu, jika tak ada tugasan bagaimana nak menginap di sana.

Sa:
cari lah masa terluang... Insya-Allah

Penyair Idanradzi
Kat Asahan tak ada hotel bajet lagi jika tidak mmg menarik ke sana, tak suka kat Jasin tu sebab parkir kena pakai kad gores; hari tu minta nyonya goreskan tak RETI nak guna. Jasin yang dekat dengan jeram tu jika nak bermalam.

Sa:
abg carilah homestay...kat Simpang Bekoh tu ada... tak jauh gak nak pergi Asahan

Penyair Idanradzi
tak pernah ada pengalaman tidur di homestay kalau tidur berdengkur tak ke ganggu tuan rumah? tenguk kat tv ada homestay sama dalam satu rumah dengan tuan rumah

Sa:
tak la...kat situ rumah berasingan

Penyair Idanradzi
nantilah bajet ada kena tanya-tanya: sbb 13 Okt nanti kena ke Perak lagi; anak rakan kahwin, dia dapat menantu kedua, Tapah tu jauh dari Asahan.. sih banyak komitmen ni; nak ke Bandung, Medan, Tasik Chini & Pulau Tioman. Banyaknya impian.

Sa:
ada masa ...sampi juga nanti

Penyair Idanradzi emm kes nak tidur di eco resort di jasin pun tak jadi²

Sa: jangan terburu-buru...banyak sangat impian tu...tunaikan satu persatu

Penyair Idanradzi
Pulau Tioman ni kan sejak berzaman terkenang-kenang nak pergi bila dah berkeluarga besar nampaknya kena pakat-pakat dengan keluarga jika pergi sendiri memang tak seronok lambat pergi pasti dah tua tak larat nak jalan jauh-jauh mabuk laut pelbagai isunya macam anak abg tu bukan bergaji besar duit habis begitu saja sbb nak bayar kereta pun belanja keluarga

memang kerajaan kena fikirkan bebanan hutang kenderaan ini; itu pun beli kereta paling murah di pasaran kita

Sa:
kehidupan sekarang semua perlu ada duit

Penyair Idanradzi
semalam masa ke Seremban tenguk keluarga susah bawa kapcai dua anak kecil bersama isteri alahai memang hati terusik, naik bas mmg buang banyak masa lagi pun nak bawa dua anak payah...Lihat Lebih Banyak

Sa:
kita patut bersyukur...awa pun kdg2 kasihan tgk org2 yg naik motor melebihi penumpang nie..pengajar pd ank2 kita

Penyair Idanradzi
kancil sepatutnya dikeluarkan lagi tapi harga kenalah murah; abg suka kancil lampu kotak tu nampak kecil & comel ...orang kata minyaknya mmg jimat kereta perang abg tu minyaknya kuat jual nak laku RM1K pun payah... bila tak ada kalau hujan payah juga nak bergerak... org senang mmg tak pernah fikir masalah kita susah... teringat nak tukar kereta hari ini... esok dah ada kereta baru depan rumah... kita ni Awa tak mampu... pakailah apa yang ada...

oklah nak rehat jap lama tenguk pc mata mula mamai.. pedih eh.

Sa:
ok abg...selamat berehat

Nombor telefon talian tetap.


Ada ketika anak-anak telah menjadi lebih hebat kePakaran ICTnya berbanding kita yang semakin tua & kian ketinggalan. Itu pun komputer di rumah ini hanya komputer dugong talian internet pula talian si kura-kura@bejuku.

2. Sejak siang aku tak dapat akses telefon; rupanya ada gangguan talian telefon setahuku selama ini talian telefon tak pernah ganggu talian internet sebab ianya berasing. Pengakuan

yang memantau talian streamyx.

3. Kemungkinan spliter di rumahku dah mula meragam. Mungkin. Bagaimana pun atas kepakaran Azim talian internet kembali laju dan lancar. Alahai kena ingatlah selalu tips ini. Betulkan talian telefon anda.

(Jika ada rakan FB yang ada talian tetap terasa ingin berbual denganku sila e-mel talian tetap ke e-melku di FB ini, insya-Allah aku akan dail nombor yang die-melkan)

Nampaknya masing-masing mahu privasi. Hatta hanya ada sekitar 3-4 rakan yang rajin berbual dengan ku di telefon.