iDAN

17 Oktober 2016

Kembara Asing 666.



Kasihan Qasrina sampai sahaja di Sungai Jelok dia mula merengek nak ikut opah & atoknya tidur di Jenaris. Qasrina memang lama tinggal bersama opah & atoknya. Masa itu bilik di atas padat dengan barangan. (Sekarang pun rumahku ni macam stor, aku ni gile ngumpil barangan lama). Aku korbankan sekitar RM12K buat stor zink berbumbung lengkung di tingkat atas belakang rumah. Arwah Ulan rakan kerjaku yang tolong buatkan. Jadi mahal sebab aku pasang jubin bertingkap kaca.

Mulanya Qasrina taklah menangis. Bila aku nak bergerak entah bagaimana opahnya pujuk dia menangis bukan main kuat. Aku cakap dengan opahnya kita bergerak sahaja nanti dia senyaplah. Memanglah rasa sayu hati bila bergerak tatkala cucu menangis nak ikut. Esok Qasrina kena sekolah, Mila kena kerja. Atoknya pun udah tak larat nak bergerak bebas. Aku jeling meter Almera udah melintasi lebih 666 km kembara kami.

"Nanti sampai rumah Mila telefonlah Qasrina tu kut dia meragam panjang, ayahnya ada ketika kan garang, sian cucu kita tu! pejuk & pujuk dia baik-baik!" Mila senyap sahaja.

Sampai Jenaris Mila aku lihat Mila godek-godek wsappnya, buka TV & tenguk drama Korea. Biasalah memang udah rutin Mila. Aku punggah barangan mana yang larat terutama jeruk maman; tahu Almera berbau.

Aku telefon nombor hp Afiz@along. 013 along ada dua nombor.

"Afiz udah okey tak Qasrina, kasi ayah cakap dengan dia kejap..."

"Qasrina tak puas nak jalan kan?... nantilah ikut atok kita jalan-jalan lagi... hari ni kita rehat dulu sebab atok pun udah penat, esok opah nak kerja Qasrina pun nak sekolah..." Qasrina senyap sahaja; selalunya banyak dia nak bualkan bila atoknya telefon dia.

Kanak-kanak macam tu, jika kita kecilkan hatinya kena cepat minta maaf kasi tahu kenapa. Biarpun dia tak faham sangat tetapi jiwanya akan lembut memahami. Jangan jadikan keadaan tergantung buat dia rasa ditinggalkan tanpa sebab.

- bersambung