Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

10 Mei 2011

Tips untuk Anak Pintar


Oja sdg mjejaki usaha abg idan mmiliki anak yg cerdik pandaitu..dekat pula dgn ibubapanya, perasan x dgn psoalan2 oja tempohari? Oja hrp kt dpt bkongsi info...wlpun sekadar ttulis dlm puisi..



Idan Radzi
salah satu yg abg perasan perkenankan minat mereka; macam anak abg semua gila main komputer games, abg tak berduit mereka share 4 beradik beli semua jenis permainan; mereka juga suka cari penyelesaian permaian mereka di internet; hasilnya semua anak abg pandai bahas Inggeris. Itu santai mereka... Tiusyen juga penting agar masa belajar mereka terkawal... hantar mereka tiusyen jika mereka tidak tinggal di asrama; jika dibiarkan mereka leka dengan komputer komik & lain-lain mmg pelajaran mereka merosot.

Idan Radzi
pun pemakanan, ramai tak sedar makanan tempe pun beberapa makanan boleh membuat anak-anak kita jadi bijak... salah satu bahan murah & jadi anak pengingat... kismis... rajin belikan anak-anak kismis tak semstinya kismis telah berjampi (mahal harganya) kismis biasa... ulam pegaga jika anak dewasa suka berulam... rumpai laut hijau yang Cosway ada jual tak mahal mana pun... & banyak produk lain yang munasabah menambah daya ingatan kanak-kanak...

Idan Radzi pastika mereka ini tidak leka dengan dunia semata.. solat kena perhatikan, tanpa doa kita & mereka mmg sukar mendapat kejayaan cemerlang.




Idan Radzi ada masa terluang santailah bersama mereka agar mereka rapat dengan kita. Jadikan mereka kawan. Terima rakan mereka jika nampak rakan mereka baik; tegur anak-anak bila nampak rakannya macam ada masalah.



Idan Radzi
Oja abg teringat masalah Afiz, masa SPM dia mmg akui dia silap pilih kawan yang mmg tiada langsung semangat belajar; SPM Afiz mmg tak sebaik mana tapi bila dia masuk Poli; dia menjadi pelajar cemerlang, setiap semester dia dapat Sijil Dekan lantaran kesedaran betapa sukarnya dapat peluang belajar... CGPA si Afiz ni bila-bila masa sahaja dia boleh sambung belajar... tapi dia memilih dunia rumah tangga... abg terfikir ada ketikanya sifat tekun jujur & bertanggung jawab itu akan pasti menjanjikan kejayaan bukan akedamik semata.


Bila dah msk alam pkerjaan, oja mdpti sijil hanya tiket utk dptkan kerja yg baik (baikpun ikut tafsiran sendiri), tp bila dah dpt kerja..tanggungjwb, sikap, kemahiran mbawa diri, mjaga diri, bbudi bhs, mengenang budi..(Segala yg dididik drmh) itulah yg lbh penting. Disitulah erti kejayaan yg sbnr2nya pd oja. Lantas, oja sentiasa pk +ve dlm pilihan org lain, bjaya itu juga subjektif!

Menangis meraban sendiri.


Pernahkah anda menangis sendirian, sampai bengkak mata. Tak siapa sudi memujuk. Jauh sekali bertanya kenapa. Seorang isteri pasti sering melalui ini, salah satu puncanya adalah lantaran tindakan suami. Suami sering menyakitkan hati, jika bukan lantaran terguris hati dengan kata kesat tetapi sering menguji kesetiaan kita lantaran dia gila nak kahwin lagi. Cintanya boleh berubah serta dibahagi dua.

Para remaja pula sering menangis bagaikan meraban akibat putus cinta. Selalunya lelaki suka sangat menabur janji tapi sukar amat menepati janji. Sekadar mungkin janji masih boleh disabarkan tetapi bila kekasih hati berlaku curang sungguh amat sukar kita terima. Jadilah macam cerita Pardes, kemodenan tak kan mungkin dapat mengikis rasa cemburu. Waima ramai yang rela bergelar Ibu Tunggal dari seharian makan hati. Bukan perempuan ini ego tapi semakin kita terdedah dengan kemodenan semakin lelaki ramai tidak bertanggungjawab. Alasan utamanya adalah perempuan semakin ramai. Habis madu sepah akan dibuang.

Perempuan apa kurangnya, ramai yang makin bertuhankan duit; ramai kalangan perempuan berpelajaran atau artis contohnya asyik bercerai; bila jadi janda berhias kejap amat membujang tau-tau telah bernikah dengan jutawan. Alasannya amat ringkas. Masa muda jangan diabaikan. Siapa mahu hidup derita dengan jejaka hanya ada cinta tanpa harta. Cinta tak akan megar dengan taburan bunga cinta semata. Duit adalah segalanya.

Bila telah di ambang Warga Emas ini lagilah hidup kita akan menderita bilamana tidak dihiraukan. Jika zaman muda lagi macho ada yang sudi berbual dengan kita jika kesepian. Jika berjalan-jalan pun ada yang jeling mata untuk kita tumbuh ekornya. Sekarang ini nak bawa perut boroi pun penat; anak-anak & isteri asyik tinggalkan kita. Jauh sekali kekasih yang bergelar isteri mahu berganding tangan. Yang peliknya sesekali jika kita redah saja ke mana tanpa kasi tahu anak isteri lain pula jadinya.

Kita bukan berharta sebenarnya maka kita sekadar dapat membaca berita seorang Datuk boleh kahwin dengan artis popular yang hampir separuh umur mudanya. Kita bukan juga VVIP yang mana punyai isteri yang cantik berseri, muda amat boleh dipanggil anak olehnya.

Sebab itu bukan perempuan sahaja menangis meraban, seorang lelaki juga sering terguris hati bila hidup ini terasa semakin sepi.