Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

30 Mac 2013

Layanan Pejabat Pos

 
 Semalam tunggu sekitar 45 minit tapi terlajak LIMA minit saja; Urusan ASB hanya boleh dilakukan tepat 5:00 petang; Angka giliran saya terbit 5:05 petang urusan tak dapat diteruskan; itulah Pejabat Pos Malaysia... Patutnya asingkan nombor giliran ASB... (semua dilamsam satu nombor: PELBAGAI) jika masa berbaki 45 minit urusan tak boleh diteruskan janganlah kasi nombor giliran untuk ASB (saya sampai sekitar 4:15 petang); Pej Pos tutup jam 6:00 petang. Hentikan keluaran angka giliran sejak 4:00 petang atau lebih awal dari itu sepatutnya... Kan bagus begitu: 45 minit macam-macam boleh dimanfaatkan hidup saya mmg tak lama mana lagi... tapi terbuang sebab sistem manusia buat tak jelas! bertindih, mabuk, & tak adil... menyampah amat.

2. Boleh ke staf tu kata kami tadi panggil pelanggan yang nak berurusan dengan ASB; tadi tu bila sejam tadikah... atau 45 minit tadikah... sy tak dengar pun panggilan tu atau panggilan berbisik-bisik sesama pelanggan?!.

3. Bermakna jika mahu berurusan dengan Pejabat Pos fasal ASB ni kena sejam dua jam awal dari saat terakhir 5:00 petang yang ditentukan; sejam sebelum 5:00 petang mmg tak pasti akan selesai. GILER meraban.. Xsen betul mentang-mentanglah orang ramai awak aniaya saya iyer! (kata hati marahku; hakikatnya aku buat TAK kisah saja)


Respon Menarik di FB:


29 Mac 2013

Gergasi Grbavica dipenjara 45 tahun


SARAJEVO 30 Mac - Sebuah mahkamah Bosnia semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 45 tahun ke atas bekas komander separa tentera Bosnia-Serb yang digelar 'Gergasi Grbavica', Veselin Vlahovic kerana menyebabkan zaman kezaliman ke atas orang awam Sarajevo semasa perang Bosnia 1992 hingga 1995.
"Semasa penindasan sistematik terhadap penduduk bukan Serb, dia terlibat dalam pengusiran mangsa-mangsa dengan melakukan jenayah seperti mendera, merogol dan memenjarakan mangsa," kata hakim, Zoran Bozic semasa menjatuhkan hukuman di mahkamah yang penuh sesak di Sarajevo.
Vlahovic, 43, langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila keputusan itu dibacakan, hukuman yang paling berat dijatuhkan mahkamah Bosnia atas kesalahan jenayah perang setakat ini. - AFP

© Utusan Melayu (M) Bhd

Bintang Harry Potter meninggal dunia

LONDON 30 Mac - Aktor Britain yang terkenal kerana peranannya dalam filem Harry Potter dan Withnail & I, Richard Griffiths meninggal dunia ketika berumur 65 tahun, kata ejen kepada pelakon itu semalam.

Mendiang yang merupakan satu daripada bintang yang wataknya disukai rakyat Britain meninggal dunia kelmarin akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan jantung, kata ejen Griffiths, Simon Beresford.

Griffiths akan terus dikenang peminat filem klasik Withnail & I sebagai Uncle Monty walaupun dia mempunyai penonton terbesar ekoran peranannya sebagai Uncle Vernon Dursley dalam filem Harry Potter.

Sementara itu, Daniel Radcliffe yang merupakan budak ahli sihir dalam siri filem Harry Potter memberi penghormatan terawal kepada mendiang yang menurutnya Griffiths telah banyak memberinya 'dorongan, didikan dan jenaka'. - AFP


© Utusan Melayu (M) Bhd

TIONG KASIH DI SEPI TIOMAN vi



Semasa menunggu Mila beli makanan; aku leka berbual dengan Abg Zul. Tak sangka dia orang Perak adik kepada Tuan Haji Badar rakan sekerja satu fakulti di UPM. Orangnya pendiam tak banyak berbual; sepatah aku tanya sepatahlah jawabnya. Keberangkalian dia hebat ada syarikat sendiri; kondaktor mungkin. Isterinya Kak Zah nampak bagai orang berpangkat besar. Petah berkata-kata. Nampak banyak berbual dengan Mila. Sepadanlah sorang pendiam sorang lagi petah berbual.

2. Azim memang nampak gelisah sebab ibunya tak muncul-muncul tinggal aku; dia Abg Zul sekitar empat atau lima orang ahli rombongan tak bergerak ke jeti. Longgokan beg bawah pokok kami duduk dah susut semua. Sebelum naik bot pesan Cikgu Zul kena beli tiket Taman Laut Tioman; bersebelahan tempat snorkeling. Di sana tidak dijual tiket. Sedari awal Cikgu Zul telah berpesan; makan tengah hari tiada di resort jadi dia kasi setiap seorang RM15 sponsor Persatuan Penduduk Jenaris untuk beli makan tengah hari; banyak tu. Aku tak risau sangat bab makan ini; sebab perangai aku memang biasalah, jika berjalan jauh telah awal-awal ada bekalan biskut, roti, maggi siap bawa cerek elektrik lagi (jangan kasi orang eh. Cili bawang sayur yang tahan lama seperti bendi pun ada; kacang sering jadi bahan rencah jika nak makan maggi.)

3. Agak panik aku sebab ramai sangat pengunjung di Jeti Mersing ini; mataku rabun tak perasan pun waktu bot bertolak ialah 9:30 pagi. Mila digesa Azim agar cepat; Memang aku tak nampak ahli rombongan lain. Kami nyaris tak tertinggal bot; kalau Kak Zah tak pintas barisan orang ramai mungkin kami kena naik bos lain; silap-silap kena beli tiket lain. Pengunjung lain pun satu hal dah feri lambat lagi kenapa bersesak depan pintu pagar ke ruang jeti untuk naik feri. Dengan beg beratnya pun berhimpit dengan pelancong 80% orang tempatan. Berpeluhlah aku masuk bot. Badan tuaku bukan kuat mana nak pikul barangan ni.

4. Air masih belum pasang maka bot tak boleh bergerak laju. Ada sekitar 30 minit bot bergerak bagaikan siput. Bagusnya penghawa dingin bot teramat sejuk. Ada tiga ruang dalam bot. Tingkat atas, pertengahan dan ruang bawah hadapan agak rendah. Hanya kosong ruang bawah hadapan bot. Nombor tempat duduk dah tak laku. Sampai ada yang berdiri. Bunyi bot langgar ombak laut jelas kedengaran diruang hadapan ini Tingkap bot terlalu tinggi. Kebanyakan penumpang layan mengantuk mata. Ke alam mimpin aku tenguk amoi lawa tidur ternganga mimpi enak. Mila biasalah; jika dalam bas pun sentiasa tidur-tidur ayam apatah lagi di dalam bot yang penghawa dinginnya turun salji ini. Azim pun ikut ibunya tidur.

5. Aku jika berjalan jauh memang biasanya sukar tidur; sepanjang malam tadi sekitar setengah jam atau sejam saja aku terlelap. Aku suka suasana santai; bila bot terkurung begini pasti aku gelisah. Dalam aku melayan perasaan dan tengkuk sentiasa panjang bak angsa; jenguk luar bot; aku tak sabar nak sampai ke pulau. Bangku muat berlima tepi tingkap ada pasangan remaja macam orang Filipina. Mila sebelah pasangan ini kemudian Azim aku tepi sekali di sisi lorong tengah. Bayangkan betapa tersepitnya aku; sempit amat rasa fikiranku.

6. Nak jadi ceritera aku perhatikan ada beberapa anak muda naik ruang tengah ke arah pintu kecemasan belakang bot. Aku nampak mereka keluar masuk; aku syak mereka pasti hisap rokok. Ini peluang baik... fikirku. Kenapa tidak aku turut serta mereka di ruang belakang bot. Kebetulan di ruang duduk yang sama ada sekeluarga yang satu rombongan dia pun nampak gelisah macam aku; bila aku pelawa dia ke ruang terbuka belakang bot; Pelawaanku disambut baik; dia teruja macam aku. Gian hisap rkok tentunya. Aku tak cam sangat rakan rombonganku ini sebab baru semalam aku kenal dia dalam gelap. Tak sangka dia adalah ayah rakan sekolah si Azim. Jika tak silap kata Azim namanya Abdul Rahman.

Wah menarik duduk belakang bot tenguk riak ombak yang ditinggalkan bot; bersigar & dapat angin bebas sambil tenguk pulau-pulau dalam perjalanan di samudera luas. Aku dengar suara tiong rimba merebas angin.

- bersambung.

TIONG KASIH DI SEPI TIOMAN v


Perjalanan dari Kuala Pilah ke Bahau lancar dah namanya dinihari; semua orang tidur; Dari Bahau kami menuju ke Serting di mana anak saudara tiri ku AC Mizal selalu berulang alik rumah Opah sebelah emaknya. Aku pernah tidur di Serting Hilir semasa bujang dulu. Sebut Serting memang ianya bukan asing bagiku.

2. Serting akan belok ke kanan untuk ke Jempol enuju ke Pahang. Jalan ini memang aku sering lalu ketika ikut Pengail Sejati memancing di Penyabong. Jika dari Serting menuju ke Kemayan akan jumpalh Triang tempat aku merisik si Husan menantuku yang sorang itu. Perjalanan dari Jempol ke Muadzam Shah memang teramat sepi; hanya banyak kampung orang asal/orang kita (asli) tapi jalan di sini cantik baru berturap cuma tanahnya beralun. Bas yang dipandu oleh Apu sentiasa bergerak di tengah jalan dah tak siapa ada di dinihari sebegini.

3. Penyabong adalah perkampung nelayan yang amat cantik; ada kelong untuk disewa pun ada banyak tekong di sini yang boleh disewa botnya untuk memancing. Ada banyak sejarah di Penyabong yang menjadi kenangan pahit & manis aku memancing di laut dalam. Jangan terkejut... sekitar pengairan Penyabong ada pulau bernama Pulau Aceh. Penyabong terletak sekitar Rompin yang popular dengan ikan layaran. Aku teringin mahu ke Penyabong ini tapi asyik tertipu oleh tekong di Penyabong buat rakan pengailku jeran mahu ke Penyabong lagi.

4. Rombongan Jenaris hanya berhenti sekejap di surau perkampungan nelayan berhampiran Tanjung Gemuk. Solat Subuh. Ketika berhenti imam sedang solat. Semasa melalu jeti Tanjung Gemuk hari telah mula terang-terang tanah. Dari nun jauh daratan kini angin laut mula berhembus. Rombongan kami tiba di di Mersing dalam mentari subuh yang bening. Damai tenang & cantik bandar Mersing ini. maka sarapan di gerai Mersing atas sponsor Persatuan Penduduk Jenaris. Makan percuma memang amat enaknya. Aku makan bihun bersama telur mata kerbau. Doktor pakar pemakananku tidak galakkan aku makan mee.

5. Sekitar terminal bas Mersing ada banyak kedai cenderahati; baju T semua bercopkan Tioman. Murah & banyak fashion terkini. Jangan risau jika tak sempat beli barangan cenderahati di Pulau Tioman beli saja di sini; kualitinya sama. Kami sekitar empat atau lima orang nyaris ditinggal oleh feri/bot Gemilang 1 sebab biasalah Mila suka amat jadi orang terakhir; leka entah ke mana. Kebarangkalian dia beli makanan bungkus untuk tengah hari teramatlah lamanya.  Alahai ramai sangat orang ingatkan mereka naik bot yang sama; rupanya menyebut depan pintu masuk ke bot buat kami sukar nak masuk ke jeti. Feri Gemilang 1 boleh muat sekitar 200 penumpang. Besar, medan, gah & sejuk banget penghawa dinginnya.

- bersambung

Respon FB yang menarik

TIONG KASIH DI SEPI TIOMAN iv

Masih tak siap jalan mendaki gunung ini. Tapi kenderaan nampak lancar bergerak. tak banyak mana pun kenderaan lalu ketika awal pagi begini. Sampai di sini tentunya ketika jin tengah aktif... telah masuk ke jam 2:00 pagi. Aku pun tak pasti nak ke Mersing lalu jalan ini. Aku membayangkan ikut lebuh raya. Tak jauh dari Jeram atau Hutan Lipur Ulu Bendul ini akan nampak Simpang ke Istana Lama Seri Menanti. Aku telah beberapa kali singgah di istana ini. Cantik amat istana ini masih dijaga rapi. Ianya dibuat daripada kayu yang tak guna biarpun sebatang paku. Sekarang ianya menjadi Muzium. Jika lalu jalan ini singgahlah; agak jauh juga dari jalan besar tapi amat berbaloi melawat istana lama ini.

2. Terasa jauh nak sampai ke Kuala Pilah mungkin sebab jalan beralun & bengkang-bengkuk. Aku & Ayang mula rancak berbual; aku pun tak pasti Ayang ni fahamkah bualan aku. Sebab faktor umur yang hampir separuh muda dengan aku. Sembang remaja pasti berbeda dengan sembang orang tua. Lagipun bunyi laungan bas sukar nak berbual secara suara biasa.

3. Semasa di Kuala Pilah bas patah semula; aku ingatkan sesat jalan; rupanya masing-masing mula dahaga nak pekena teh tarik di dinihari. Aku ingat sekadar berhenti nak buang air kecil. Sakit kronik yang aku alami memang waktu maksimun boleh bergumbira ialah 2 atau 3 jam. Selepas itu kena cari markas; panggilan pulau untuk stabilkan perut boroiku. Aku tak bawa beg duit. Sekadar duduk bersama dengan rakan serombongan. Nak berbual pun tak reti sebab aku rasa aku ni macam makhluk asing. Tapi dapat aku cam satu lagi nama Arif; mesti pangkat abang. Abang Arif yang aku kenal lama wajahnya sebab dia kerja sama dengan aku di UPM. Wajah macam Jawa; tak banyak cakap kuat merokok.

4. Tetiba mamak letak kopi depan mejaku; ish duit tak ada dalam poket aku tak buat tempahan pun. Mamak ooo mamak macam mana terima pesanan eh. Terpaksalah aku naik bas sekejap kejutkan Mila kut nak ke bilik air dan ambil dompet nanti terbiar pula kopi mamak itu. Aku kembali ke meja yang ada sekitar lima orang rakan sedang teguk teh tarik panas. Sambil berkepoi asap sigar naik ke langit. Aku numpang sekaki hisap Nusantara (jangan tanya mana aku seludup).

5. Bila dikira bayaran aku tak sempat hulur duit ada orang belanja minum. Emm memang aku rasa segan amat; dahlah tak kenal biasa orang pula bayarkan kopi yang aku minum.

6. Dalam diri Tiong Kasihku masih tak mengantuk perjalanan ke Mersing masih lagi jauh. Aku pun tak pasti naik feri dari Tanjung Gemuk atau Mersing; jadual ada pada Mila; entah bila datangnya jadual ini malam-malam sebelum aku kendong beg tadi aku nampak jadual rombongan di peti surat. Mata tuaku rabun mana boleh baca dalam gelap-gelap. Aku ikutkan saja arah bas yang aku rasa macam naik bot; terhoyong-hayang buat mataku celik bundar.

- bersambung
 Respon Menarik di FB