iDAN

27 Mei 2016

Azim & UPSI iii




iDANRADZi

May 20 at 12:59 PM

​Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Himpunan terima kasih atas balasan e-mel yang terperinci dari Meja Dekan yang amat malas sy ganggu. Semuanya telah terjawab serta amat membantu untuk anakda sy untuk menerima tawaran Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan atau Diploma Game Development and Design (DGDD) di UPSI.

2. Kami sekeluarga pastinya terhutang budi dengan semua penjelasan ini & doa kami UPSI akan segera mendapat pengiktifan untuk mengujudkan Ijazah Saujana Muda (Rekabentuk Permainan). Agar silibus pengajaran DGDD ini dapat diselari/selaraskan untuk anak-anak kita mudah & cermat menempoh dunia pembelajaran. Seperti Syukran Neji di UK yang cuma perlu dua tahun pembelajaran untuk digree Ijazah Saujana Muda (Rekabentuk Permainan); ini satu pencapaian UPSI yang patut dibanggakan.

3. Sebenarnya ada ketika suasana kehidupan seseorang ini amat sukar diramalkan. Tapi sebagai hamba Allah yang hina kita perlukan perancangan masa depan & tak putus berdoa untuk mencapainya. Kerjaya itu bagaikan satu ibadah yang berkaitan dengan dunia & akhirat. Tak salah ada ketika kita menyusap akar, bergadai harta benda demi mengejar ilmu. Yang penting ilmu itu dapat dimanfaatkan untuk milik manusia yang bakal kita tinggalkan.

Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh...

nota: kes talian telefon tetap itu janganlah ambil hati sangat; memang masalah talian tetap sekarang makin sukar untuk didail sebab ramai insan kini sentiasa bergantung dengan hp pintar... pesara macam sy yang kembali ke dunia asal. Dekat dengan talian tetap +603 87371884 sebab pakej percuma bila sewa streamyx.


To: iDANRADZi
Sent: Friday, May 20, 2016 10:02 AM
Subject: Re: Pertanyaan Penyair iDANRADZi

​السلامعليكم dan salam sejahtera,

​Maaf Encik.

Alat kawalan telefon di UPSI (Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif) telah berlaku kerosakan akibat petir baru-baru ini.

​Encik boleh call saya melalui no telefon saya yang disenaraikan di bawah emel ini.

1. Ya, yuran dalam lingkungan itu. Yuran diploma di UPSI adalah rendah berbanding institusi pengajian tinggi di Malaysia yang menawarkan program yang sama. Encik boleh bandingkan dengan LimKokWing, MMU dan mana-mana insitusi yang menawarkan program yang sama Untuk pengetahuan Encik, program Diploma Game Development and Design (DGDD) tidak ditawarkan di mana-mana universiti awam di Malaysia.​ Terdapat juga penawaran program diploma yang setara (permainan digital) yang ditawarkan di beberapa politeknik di Malaysia dan terdapat juga diploma yang sama ditawarkan di Kolej Komuniti Selayang. Kedua-dua menawarkan kadar yuran yang lebih rendah daripada UPSI selaras dengan perbezaan infrastruktur, kelengkapan makmal komputer dan studio permainan, kelayakan tenaga pengajar dan banyak faktor lain yang turut mempengaruhi kadar yuran.

2. Kemudahan penginapan (hostel/kolej kediaman) untuk pelajar diploma disediakan sepanjang pengajian. Terdapat dua keadaan yang menyebabkan pelajar tidak duduk di kolej kediaman pada tahun kedua jika pelajar: (1) tidak aktif di kolej kediaman ATAU (2) pelajar sendiri memilih untuk duduk di luar kolej kediaman ​. Jika pelajar memilih untuk menyewa di luar, terdapat beberapa pilihan rumah sewa. Gugusan rumah sewa terdapat di Taman Bahtera. Boleh hubungi JHEPA (Hal Ehwal Pelajar) untuk tujuan ini.

3. Terdapat dua saluran bagi lepasan diploma di Malaysia (1) sambung pengajian ke peringkat sarjana muda, ATAU (2) bekerja. 


4. Bagi mereka yang memilih sarjana muda, bergantung kepada universiti/program pengajian yang dipohon. Jika pelajar memilih (contohnya) Sarjana Muda Reka Bentuk (Animasi) dengan Kepujian di UPSI, pelajar akan mendapat pengecualian kredit sehingga 30 kredit bagi kursus yang setara. Bermaksud pelajar akan menempuh 2 tahun (diploma) + 3 tahun (sarjana muda) berbanding pelajar STPM/Matrikulasi/STAM yang perlu menyempurnakan 4 tahun (sarjana muda). Namun ada syarat universiti yang perlu dipenuhi iaitu mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi kursus yang ingin dikecualikan.

5, Bagi pelajar yang memilih sarjana muda yang ditawarkan selain dari UPSI, universiti berkenaan turut mempunyai ruang untuk pengecualian kredit bergantung kepada Peraturan Akademik universiti berkenaan. Berikut adalah universiti selain dari UPSI yang terlibat yang mana graduan DGDD meneruskan pengajian mereka: UTeM, UiTM, UTHM, USM, dan UUM. Setakat ini program DGDD telah mengraduatkan 6 kohort dan Syukran merupakan salah seorang dari Kohort pertama dan Alhamdulillah graduan dari program DGDD ini diterima untuk melanjutkan pelajaran di UK.

6. Namun, sebilangan besar dari graduan ini telah bekerja di beberapa syarikat permainan digital di Malaysia dan Singapura. Program DGDD juga telah diiktiraf oleh MDeC dan kebanyakan syarikat permainan mempunyai hubungan rapat dengan MDeC dan UPSI. Salah seorang penasihat program DGDD ini sendiri adalah Presiden International Game Developers Association (Malaysia Chapter) iaitu Encik Bazil Akmal Bidin.

​Generasi Z sekarang ini ​berbeza dari segi keperluan dan kehendak mereka. Cara mereka berfikir juga berbeza. Atas perkembangan teknologi dan perubahan generasi ini lah, berlaku perubahan jawatan, pengucupan dan pertumbuhan syarikat berasaskan teknologi baharu...untuk itu, saya percaya dengan kesungguhan dan minat dalam meningkatkan ilmu, graduan dapat mencapai kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi, dengan doa dan sokongan dari ibubapa dan keluarga.

Saya ucapkan tahniah di atas tawaran yang diterima oleh anak Encik. Semoga maklumbalas saya dapat membantu sedikit sebanyak untuk anak Encik sekeluarga membuat keputusan besar demi masa hadapan anak Encik sendiri.

​Semoga usaha kita diberkati Allah​




2016-05-19 15:35 GMT+08:00 iDANRADZi <idanradzi@yahoo.com>:

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan (Calon Sains dan Sastera)

Anakda sy telah menerima tawaran di atas, pasti sebagai ayah sy teringin amat nak tahu visi juga masa depan anakda sy jika terima tawaran ini; dari maklumat melalui laman web/situs UPSI macam ada beberapa perkara menjadi persoalan tentang maklumat kursus ini. Bila dapat maklumat dari kalangan blogger bekas pelajar kursus ini pastinya jadi tambah kontras. Hala tuju juga arah kerjaya anakda sy nanti.

1. Berapa sebenarnya yuran untuk 6 semester, benarkan sebanyak RM9595.30sen. Pesara seperti sy pastilah rasa terlalu mahal bila dibandingkan dengan Ijazah di IPTA lain.

Selalunya banyak kampus IPTA sediakan penginapan sekadar setahun atau dua semester sahaja. Bagaimana kemudahan penginapan di UPSI ini?.

Bagaimana kemudahan sewa, atau adakah komplek perumahan yang ditawarkan oleh UPSI di sekitar Tanjung Malim sana untuk disewa sepanjang temph pengajian, nak tahu juga sedikit maklumat?.

2. Selepas habis belajar ke mana arah anakda sy ini jika nak sambung ijazahnya, layak ke bidang mana?. Berapa tahun pengajian jika mahu sambung ijazah berkaitan dengan kursus Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan ini?

Melalui situs UPSI andaian sy MACAM sesuai ke Ijazah Rekabentuk Animasi Ijazah atau Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk (Pengiklanan) yang UPSI tawarkan. Bolehkah? Berapa banyak pula kadar yuran sepanjang kursus?.

Apa kelayakan minima seperti CGPA bagi pelajar punyai Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan untuk memiliki segulang ijazah setara?.

(nota: PTPTN sebenarnya tidak mencukupi menampung belanja anak belajar. Sebab jika isteri masih berkerja, selalunya tidak akan dapat pinjaman penuh; setahun dua lagi isteri jadi pesara; memang bajet perlu diperketatkan; ish!!!)

Agar dapatllah sy mendapatkan pencerahan perkara 1 dan perkara 2 sebab ibu ayah pelajar buat masa ini sedang sibuk untuk memantau, memilih & menghantar anak-anak mereka ke kursus yang sesuai untuk anakda mereka seawal bukan Jun ini.

Wassalam


iDAN http://idanradzi.blogspot.com

e-mel sebelumnya...

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sebenarnya anakda sy si Azim ni memang anak yang hebat & pintar. Dia dapat tawaran Matrik Teknikal Pahang kena daftar pada awal Jun ini. Azim juga adalah salah seorang pelajar yang memenangi Anugerah Harta Intelek Negara 2015 baru-baru ini. OKU –D (Orang Kurang Upaya – Detector). Sy telah majukan cadangan ke JPM agar projek si Azim & rakan dia ni dimanfaatkan untuk OKU di Malaysia. Tapi tiada jawaban.

1. Dia amat berminat dengan Kursus ini. Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan. Isu utama adalah bajet yang kena ibu ayah tanggung. Sy adalah pesara & pesakit kronik udah tua. Ibu si Azim memang mampu tanggung semua perbelanjaan pembelajarannya tapi bagi tempoh yang tidak pasti; hanya berkerja sekitar 3 tahun lagi jika mampu. Jika kami memohon PTPTN kami hanya layak terima bantuan separuh sahaja pinjaman PTPTN sebab faktor gaji ibunya melebihan syarat untuk pinjaman penuh. Elaun pesara sy lebih kurang RM1K sahaja tanpa BR1M. Jika khudrat tidak menyebelahi kami; ibu Azim pencen awal atau sy pergi dulu belanja bajet belajar Azim di UPSI sy nampak akan pasti menjadi bebanan Azim sebagai anak bongsu. Minta rayuan sana-sini pastinya satu perkara keliru. Sebab tiada apa juga insuran.

2. Sy sudah berbincang dengan abang-abang Azim agar bantu dia jika ditakdirkan sy & ibunya tiada. Sebab itu sy nak tahu sangat berapa lama sampai Azim ni akan tamatkan ijazahnya. Sy tak mahu anak-anak sy tiada ijazah sebab pengalaman/pengamatan sy menjadi buruh kasar selama 28 tahun di UPM; zaman kini diploma pun orang tak pandang. Perkara ini payah mahu sy kupas panjang-panjang. Banyak sy meraban di blog sy tentang kes sengsara ini.

3. Jika memang UPSI ada link atau kerjasama dengan mana-mana universiti tempatan atau luar negara & ada perhatian dari pihak kerajaan atau MARA untuk memendekkan tempoh belajar seperti Syukran Neji di UK sana. Tempoh tamatkan ijazah selama 2 tahun. Maksudnya 3 tahaun diploma & 2 tahun Ijazah; akan ambil masa sekitar 5 tahun untuk pegang segulung ijazah pastinya ini akan amat cantik dengan faktor ekonomi keluarga kami.

4. Sebab itu sy sarankan kepada Azim terima sahaja matrik. Akan banyak jimatkan kos belajar pun tempoh pegang segulung ijazah. Sebagai contoh abang Azim Anif jangka masa dia memegang ijazah hanya sekitar tak sampai 4 tahun (setahun atau 10 bulan di matrik 3 tahun setengah atau 7 semester UTHM tanpa pinjaman PTPTN masa di matrik)

Ini telah membunuh harapan & impian Azim ke UPSI. Jika masih mencari-cari ijazah yang sesuai seperti ijazah Sarjana Muda (Reka bentuk Permainan) yang masih tidak ujud di negara kita, sy takut Azim hanya belajar setakad diploma sahaja. Kasihan Azim.

5. Jika Azim telah habis Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan. Berapa tahun perlu diambil masa untuk mendapatkan Ijazah Saujana Muda (Animasi). Abangnya si Azim... Aziq kini di UTM Skudai terpaksa ambil masa selama 5 tahun untuk usaikan ijazahnya termasuk setahun buat Asasi di UiTM. (bermaksud kena secara awal pembelajaran silibus pengajian dia di UTM masa Asasi hanya asas untuk Aziq ke UTM Skudai. Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan ini apakah dapat memendekkan tempoh belajar bagai Syukran Neji jika Azim nak ambil Ijazah Saujana Muda (Animasi) di UPSI?.

Bagaimana pun pasti sy juga turut berbangga UPSI telah dapat mengujudkan satu kursus diploma yang setaraf dengan negara luar. Tahniah!. Agar segera KPM atau Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil berat keujudan Ijazah Saujana Muda (Rekabentuk Permainan) di UPSI sebab pelajar diploma Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan telah pun ramai di negara kita. Bukan hanya lepasan UPSI tapi ada beberapa kolej yang telah mengujudkan kursus diploma yang sama.

Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh.

iDAN

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan Malaysia

Wkumslm

Tak ada apa yg perlu digusarkan dengan program ini. Untuk pengetahuan tuan, bidang industri kreatif sedang meningkat naik dan mendapat perhatian umum tidak kira dlm mahupun luar negara.
Suka saya maklumkan permohonan kemasukan baru-baru ini mencecah belasan ribu tetapi anak tuan antara 60 org (sahaja) yg berjaya diterima masuk.

Program ini mendapat akreditasi penuh MQA. Lulusan diploma kami tidak punya masalah untuk menyambung ke peringkat ijazah pertama. Malahan USM sangat berminat dan telah mengambil ramai pelajar lulusan diploma kami ini. Setakat ini UPSI cuma menawarkan Ijazah Sarjana Muda (Animasi) untuk mereka, tapi kami sedang dlm usaha mewujudkan Ijazah Sarjana Muda (Rekabentuk Permainan). Untuk peringkat lebih tinggi, kami sudah pun ada program master dan PhD dalam bidang ini.

Lulusan kami juga mempunyai statistik Graduate Employability yang tinggi. Ia bermakna mereka semua sama ada berjaya mendapat kerja menggunakan diploma mereka, sambung belajar atau membuka perniagaan yang berkaitan games dan grafik.

Setakat ini kejayaan program kami terletak kepada kepakaran pensyarah2 (antaranya, Dr Tan Wee Hoe merupakan consultant games di US, dekan sendiri Dr Maizatul graduan PhD Games dari Jerman dan Dr Amri graduan PhD Serious Games dari Southampton Uni, UK), kemudahan infrastruktur yang kami ada, dan jalinan dgn industri yang kuat bersama Animonsta, Les Copaque dll. Namun, faktor kejayaan paling penting adalah minat anak tuan sendiri. Jika anak tuan juga berbakat dalam seni lukis dan kreatif, ia adalah satu bonus untuk berjaya.

Berkenaan yuran pengajian, sebagai universiti awam ia adalah berpatutan. Rata2 pelajar kami mendapat pinjaman PTPTN. Namun begitu, memang benar baki pinjaman semata2 tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan sepenuhnya setelah ditolak yuran pengajian dan yuran kolej nanti. Ada pelajar ditampung keluarga dan ada pelajar yang membuat kerja sambilan. Untuk makluman, pihak universiti ada menyediakan kemudahan pinjaman kecil dan wang zakat bagi pelajar yang mempunyai masalah kewangan yang serius.

Berkenaan Syukran Neji, memang benar beliau antara 20 anak org asli yang terpilih mendapat tajaan JAKOA. Beliau antara pelajar yang berbakat tinggi, kreatif dan rajin berusaha. Kami bangga dengan beliau dan lulusan kami yang lain. Ia juga menunjukkan diploma kami memang diiktiraf di luar negara.
Sekian.

Terima kasih.

Life is 'Imba'