iDAN

Memaparkan catatan dengan label Skudai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Skudai. Papar semua catatan

30 November 2012

Aziq Kini di UTM Skudai Siri 6



Apakah yang sering kita lakukan jika sendirian; tak dapat tidur. Jika anak bujang tentulah bermain SMS. Jika ada Galaxy Note pasti boleh berinternet. Yang paling penting berjalan jauh begini perlukan ada teman berbual.


2. Tadi Azim ada datang ke bilikku. Katanya ibunya mahu dia temankan. Selalunya begitulah Azim asyik jadi mangsa. Di rumah pun begitu jika ke mana-mana dia yang jadi penemanku yang setia. Afiz tidak lagi; sukat mahu pergi minum bersama ayahnya lagi; malahan nak menonton wayang pun amat payah bersama. Husna isterinya asyik menghalang. Biarpun kami duduk sebumbung; di rumah bukan tinggal sendirian. Aziq &; Anif memang amat sukar rapat dengan ayahnya; kecuali ada tujuan tertentu. Aku tahu dia tak selesa jika atidur sekamar dengan ayahnya; katil pun jenis katil kelamin; dengkur ayahnya pasti akan ganggu tidurnya. Lalu aku sarankan dia tudur bersama ibu &; adik-adiknya. Apatah lagi kamar di atas sana memang cukup tilam segala.


3. Akhirnya aku terlelap jua; sedar-sedar sudah Subuh. Bila aku congak aku cuma tidur-tidur ayam. Sedar pagi aku masih kabur bagaimana mahu menuju ke UTM Skudai. Tak sangka bandar Skudai memang amat asing. Cadangnya mahu membuat rondaan mencari arah ke UTM sebelum pendaftaran terpaksa aku batalkan. Sesat di awal aku sampai di Skudai sudah memenatkan. Bila aku tenguk kesesakan di Taman Nusa Bestari aku memang tak tergamak mempertaruhkan masa senggang yang pasti akan bercelaru.







4. Sementara menunggu Mila & anak-anak bersiap; aku sempat berbual dengan penyewa hotel bajet yang aku bermalam. Dari bualannya dia terpaksa menyewa tiga bilik. Jadi kosnya memang lebih mahal dariku. Anaknya ada lelaki & perempuan takkan nak tidur sekali. Kebetulan anak perempuannya sama mahu mendaftar di UTM tapi bukan kos yang sama. Aku sempat pekena Milo panas di restoran Mamak sebelah hotel. Nampak keluarga ini makan amat menyelerakan. Ayahnya seperti aku jua orang Perak; isterinya pun macam Mila orang Klang. Tapi dari bualanku mereka lama di Sabah; mungkin VVIP sebab dari gaya & kenderaan yang dipakai status keluarga ini kira orang berada.


5. Keluarga ini bergerak awal. Mila &; anak-anak nak sarapan di restoran Mamak yang sama. Setelah sarapan dan daftar keluar hotel aku menuju ke UTM Skudai. Tak sesat tapi jalan masuk ke UTM memang sesak amat. Telah tersedia kain rentang untuk pelajar baru jadi tak sukar mencari pusat pendaftaran. Jumpa kandang kuda tak jauh dari situ Fakulti Kejuruteraan tempat Aziq belajar nanti. Aziq jenis berdikari jadi aku sekadar duduk di khemah menunggu. Memerhati gelagat ibu bapa yang datang; semua muka sukar senyum denganku. Zaman kini manusia semakin kendiri. Bersikap aku adalah aku. Akukunya semakin pengap &; buat jiwa raga ego tak sudah. Jadi aku layan menungan sendiri di bawah pohon tua yang bisu &; kaku. Mila, Azim &; Anif entah apa sembangnya nun jauh duduk di celah manusia asing membiarkan ayahnya mengantuk.


6. Setelah daftar tiada agenda untuk keluarga; bagus juga sebab aku pun terpaksa awal ke STTJ Seremban untuk hantar Anif ke asramanya. Perjalanan dah tentu ambil masa sekitar lebih 5 jam; aku bukan jenis pemandu laju. paling tidak terpaksa berhenti sekali dua kut mengantuk. Jam 12:00 tengah hari paling sesuai untuk bergerak.


7. Aku lihat kemudahan kolej di UTM biasa; agak lama bangunannya. Aziq dapat tingkat bawah rakannya orang Perak. Nampak ayah &; ibu rakan Aziq seorang yang alim. Mereka cuma ada dua orang cahaya mata. Adik rakan Aziq perempuan masih menuntut di KL. Senyap tak banyak bercakap. Ada beberapa barangan seperti kunci kabinet yang Aziq lupa sediakan, koperasi UTM tutup maka kami terpaksa ke bandar Skudai untuk makan tengah hari & membeli beberapa barangan keperluan Aziq. Aku ingat nak makan di hentian rehat sahaja maka kami belikan Aziq McD secara pandu lalu. Tetapi bilamana aku ke Aconsave di Skudai ada gerai yang nampak santai. Kami buat keputusan makan bersama Aziq sebagai jamuan perpisahan yang tentunya agak panjang. Tak pasti bila Aziq boleh balik ke Jenaris.


8. Perjalanan ke Seremban lancar; aku pun rasa segar sahaja mungkin doa dari Aziq keluarga &; rakan-rakan. Aku hanya berhenti sekali untuk solat. Cuma semasa mahu masuk ke Seremban jalan sesak sebab dah sekitar jam 5:00 petang lebih. Biasalah jika hari minggu memang sekitar Senawang sentiasa sesak. Ngam-ngam kami sampai di STTJ dalam masa yang ditetapkan. Tak boleh lebih dari jam 6:00 petang. Terima kasih Allah Azza Wa Jalla yang memudahkan perjalanan kami.


Nampaknya rumahku bertambah sepi. Tiada Aziq tiada Anif tentunya suasana rumah semakin lengang. Bila Mila, Afiz &; Husna bekerja tinggallah aku & Azim berdua. Beginilah hidup berkeluarga. Andainya aku pulang ke kampung halaman menjaga harta pusaka ayahku Md Sesh; aku tak pasti begaimana Azim sendirian di rumah. nak naik bas kena awal menunggu jika menunggang basikal tentunya amat bahaya; Jenaris semakin sesak dengan kenderaan lagipun nak bawa beg sekolah dengan basikal bukannya perkara mudah.


Titik.

13 September 2012

Aziq Kini di UTM Skudai Siri 5

Aku membayangkan di CarreFour ada banyak pilihan makan. Selalunya pasti ada medan selera untuk aku makan mee claypot atau pun juadah panas segera. Andaian aku sekadar kosong, di Taman Sutera ini aku perhatikan hanya ramai kaum cina; Aku berpecah dua sebab parkir penuh. Mila, Aziq & Anif turun di foyer hadapan untuk mencari medan makanan yang selesa. Aku dan Azim mencari parkir nun jauh di tepi gerai durian yang nampak melambai.

2. Di mana-mana CarreFour samalah suasananya ada banyak gerai di dalam kompleksnya. Nampak hanya barangan mewah & ada kedai elit. Ada KFC yang aku kira sesuai jika medan selera tidak menyelerakan. Mila kata memang ada medan selera di tingkat bawah bersebelahan parkir; tapi dia kata tak selera persekitarannya sebab kedudukan gerainya ala Muhibah. Terkenang aku di Kampar Perak; memang medan selera sebegitu. Aku suka dan tak berkira bab persekitaran janji ada hidangan makanan halal.

3. Setelah penat berlegar di gerai sekitar CarreFour akhirnya Mila dan anak-anak buat piihan untuk makan di KFC. Aku mengikut sahaja sebab mentari dah mula nak terbenam; aku biasalah setipa dua ke tiga jam pasti akan lapar. Di KFC aku lihat semua pekerjanya orang kita Melayu. Pelanggannya tak sampai 30% orang kita Melayu. Ada sekitar tiga keluarga Melayu sahaja.



4. Aku kembali ke hotel, aku lihat sekitar Taman Nusa Bestari ini memang ada banyak pusat membeli-belah yang menarik; Sekitar hotel yang kami sewa, semua ada KFC, McD, Pizza, Giant malahan ada kedai makanan siam nampak santai. Aku lepak kejap di tingkat dua bersama anak-anak. Kemudian solat di bilik aku sendirian di tingkat bawah. Mila lepas solat di bilik anak-anak terus lelap ke alam mimpi.

5. Setelah maghrib aku rehatkan badan mandi-manda segala. Aku klik TV ada banyak saluran termasuk siaran dari Singapura. Tak ada filem Hindi cuma filem Tamil. Bola tak putus siaran langsung. Sendirian di kamar macam duduk dalam gua. Nak guna telefon pun nampak baterinya kehabisan, tak bawa caj. Aku ambil kesempatan yang terluang untuk mundur mandir sekitar Taman Nusa Bestari.

6. Jangan tak masuk ke kedai barangan dapur di Bestmart. Memang banyak amat pinggang mangkuk jag teko pelbagai hiasan dapur yang jarang kita jumpa di tempat lain. Aku tak bawa duit banyak tapi sempatlah beli beberapa barang aluminium & tembikar dari cina. Barangan cina biarpun murah tapi seninya halus & berkualiti. Nasiblah aku tak jadi orang kaya jika tidak memang berkendunglah aku membeli-belah di Skudai.

7. Alahai tidur sendirian di bilik bak gua buat aku tidak lena. Biasalah orang sakit kronik; selang dua atau tiga jam pasti terjaga. Akhirnya sekitar jam 3:00 pagi aku nonton filem seram memujuk hati agar tidur lena.

05 September 2012

Aziq Kini di UTM Skudai Siri 4

Dalam bualan Mila dengan nyonya di telefon bimbitnya aku dengar dia kata CarreFour. Bagiku jika kita mencari sesuatu arah mercu tanda lebih penting berbanding nama jalan. Lagi bagus jika mercu tanda itu bangunan tinggi nampak dari jauh. CarreFour selalunya pasti banyak arah tunjuk; akan terdapat banyak papan tanda untuk menuju ke kompleks membeli belah CarreFour.

2. Dari sebelah kiri jalan amat payah kita nampak papan tanda jalan sebelah kanan di Skudai ini. Maknanya jika peta google melabelkan nama jalan sebelah kanan; memang kita kena buat pusingan U untuk ke seberang jalan. Dari petrol pam Petronas memang agak jauh nak kembali ke seberang kanan. Hatta jalan hairan jika jauhnya 5 km akan berganda menjadi10 km; semata-mata mahu bertanya.

3. Aku terlepas simpang ke Taman Sutera & CarreFour, terpaksa buat pusingan U melepasi Sungai Skudai yang aku lihat kaku & keruh. Di Malaysia kita amat jarang jadikan sungai tempat perlancongan; atau dijadikan rumah rakit. Jauh sekali mahu letak bot mewah bersantai di sungai bagai di Eropah sana. Di Kajang pernah ada ura-ura nak majukan Sungai Langat yang merentas bandaraya. Huh satu yang mustahil sebab bila hujan segala air akan masuk ke sungai. Sistem perparitan atau perbentungan kita amat nazak; selagi ada kotoran pun kubahan mahu dialirkan ke sungai. Tanpa rawatan.

4. Sampailah aku ke CarreFour yang peta google tak pun labelkan. Aku sebenarnya seorang yang rajin memberi maklumat ke wikimapia tetapi ada kumpulan Datuk KJ telah sabotaj aku untuk menanda sebarang lokasi. Gaduh besar dengan rakan Datuk KJ ini yang ramai seantero dunia. Dari Rusia, India, Bangla semua seteru aku. Sampai aku tak lagi mahu klik wikimapia. Maka itu sampai Masjid Kajang pun orang tak boleh cari di peta google; aku label saja habis kena padam. Dari wikimapia baru admin google akan ambil maklumat. Ini Datuk KJ aku kira seorang yang pelik giler nama &  giler glamour aku sendiri tak pasti Datuk KJ di wikimapia ini siapa.

5. Jauh juga dari lebuh raya. Taman Nusa Bestari terletaknya hotel yang kami sewa, bandar cina amat sedikit orang Melayu sekitar hotel. Kami sewa dua bilik. Hanya sekitar RM200 lebih. Tapi amat mengejutkan, bilik atas amat besar boleh muat berenam. Mengadap jalan & santai. Satu lagi bilik di aras bawah bagaikan gua tiada tingkap atau pun kipas sedutan udara. Tapi nyaman & sejuk amat.


6. Anif & Mila macam tak setuju sebab bilik di atas amat besar gedabak. Sayang duit sebab terpaksa bayang lebih. Bawah dua katang bujang RM85 ada tv penghawa dingin meja ruang bilik air yang luas. Aku & Mila naik ke tingkat dua melihat bilik keluarga anak-anak yang memang luas; ada satu katil kelamin dua katil bujang mengadap tingkap TV dan penghawa dingin kipas. Agak panas sebab satu penghawa dingin tapi ada kipas sebelah katil kelamin RM135. Betul cakap Anif tapi isunya kami telah bayar. Nak batalkan tempahan memang kurang sopan, sebab kami telah lewat sampai.

7. Sebenarnya dalam congakanku hanya lima katil untuk berlima. Nyonya yang menerima tempahan tak pula berceritera bilik keluarga seluas itu. Bila aku tempah dia bilik kelamin: RM85 + RM85 kan sudah berjumlah RM170 campur tambah tilam hah sekitar RM200 apasalahnya tambah RM20 ada katil ruangnya selesa. Aku telah berbincang bab ini sebab kan dia Menteri Kewangan keluarga. Dia kata tak kisah. Memang dia yang mahu kami berasing tidurnya dengan anak-anak.

8. Bagusnya hotel ini, selepas aku buat tempahan melalui internet aku memang klik gambar-gambar dalaman hotelnya. Aku lihat banyak gambar bilik tanpa tingkap; biasalah rumah kedai dibuat hotel bajet. Aku tulis e-mel mahukan satu bilik mengadap tingkap mahal sikit pun tak apa sebab rasa santai sesekali tidur di tempat orang. Tak sangka e-mel aku diambil perhatian. Bilik keluarga ini kalau aku kelaskan memang bagai hotel tiga atau empat bintang kurangnya cuma tiada peti ais dan besen mandi tapi ada talian internet (WiFi) 24 jam amat laju.



9. Siapa kata hotel bajet tak mewah eh, Taman Nusa Bestari bandar yang santai amat dan persekitaran bak kita duduk di tengah komplek membeli belah. Aku mula lapar. Kami cuma makan biasa di hentian rehat. Aku lebih makan buah nenas sepanjang perjalanan hanya sempat makan mee kari di hentian R & R Paguh. Memang sedap resipinya, biarpun lama menunggu sebab pakcik yang menyediakan hidangan amat sentimental. Rasanya pun sentimentallah juga. Semua kelaparan hatta kami mencari makan sekitar hotel yang memang nampak bagai berada di Hong Kong 95% aku lihat cuma kaum cina di sekitarnya.

- bersambung

Aziq Kini di UTM Skudai Siri 3


Jurutera Jalan Raya sebenarnya memainkan peranan merancang pembangunan jalan raya sesuatu bandar. Bajet juga penting. Apa yang aku perhatikan bila masuk ke Skudai memang fikiran akan berserabut; buntu dan rasa tersepit. Kereta terlalu banyak & orang luar tak biasa ikut susur tepi lorong yang amat sempit bila terlajak jalan nak susur ke pusingan U teramat jauh. (Jalan Skudai).

2. "Betul ke ni ayah...ni macam jalan nak melajak ke lain saja" aku sebenarnya sekadar main lajak saja; ikut firasat; Mila mula panik. Bayangkan Jalan Skudai ni panjang; Bila Aziq telah terlajak ke 30 km patah balik tak jadi 60 km; belum lagi kami tersasar ke jalan mati dah sampai nampak kuala sungai nak ke laut. Takkan nak terjun laut. Aziq tak salah lakaran peta yang aku buat tak dapat menolong. Si Azim dah mula sebut Global Positioning System (GPS). Bukan murah eh GPS ni... kalau malas update meracau jugak GPS ini.
 




Percaya atau tidak jika kita kuat mendekati hati pancaindera keenam kita akan kuat juga berfirasat; sering aku yakin akan dipermudahkan perjalanan apatah lagi ada seseorang mendoakan perjalanan kita. Pernah juga gagal mencari tempat jamuan sampai terlepas jadual. Balik saja. Amat mengecewakan)
3. Nyonya yang terima tempahan mula telefon, iyerlah dah petang ikut syarat penginapan jam 1:00 tengah hari kena bayar deposit. Dia tak minta kalau tak sedari di Jenaris boleh kami masukkan ke akaun. Dia cuba memberikan pertunjuk, Mila yang sambut panggilan lagilah tak reti bab peta memeta ni. Arahan melalui telefon lagilah memeningkan.

4. Aku suruh Mila cakap saja kami akan tanya orang. Mesti sampai punya. Jangan kasi orang lain sewa. Aku tak mahu ambil risiko terlajak jauh; sebab aku pasti sekitar Sungai Skudai simpang untuk ke hotel yang aku tempah. Aku dapat kesan pusingan U untuk petrol pam Petronas sebelah kanan.


5. "Pakcik tanya kat pakcik di sebelang tu; dia orang sini mahir bab jalan ni" makwe putih juruwang cakap orang kita tapai mungkin dia pandai menerangkan bab jalan. Lagi pun bila dia panggil pakcik pastinya aku ni payah faham hampir nyanyuk hi³. Aku memang tak cukur janggut Amitabh Bachchan ku; berserabut macam hero frush. Aku perasan kalau aku kemaskan misai & cukur janggut; makwe muda pasti panggil "Abang". Kan amoi Kajang kata. "Awak masih hensem apa.." Perasanlah tu.


6. Penerangan pakcik yang sebaya aku antara jelas dan tidak; aku kasihan dengar dia buat panduan beria-ia dia sebut Taman Sutera Tampoi pelbagai . Rupanya aku dah terlajak jauh amat; " Nanti sudah buat pusingan U akan sampai bandar Tampoi, sebelum sungai ada susur kiri; kalau terlepas boleh juga tapi jauh nak ke Hotel ini. "


6. Bila sebut Tampoi aku sudah fikir lain; google tak perasan kasi tahu bab Tampoi ini. Aku ambil alih memandu macam yakin saja tahu jalannya tapi memang aku tak nampak mana jalannya... patut sampai jam 3:00 ptg dah pukul 5:00 ptg eh. -bersambung.

 
— bersama Razali Rah dan 5 yang lain.

03 September 2012

Aziq Kini di UTM Skudai Siri 2


Memang banyak hotel bajet di Skudai, aku sendiri tak tahu sangat sebab semuanya aku cari melalui internet; itu yg timbul ada ejen sewaan hotel ambil kesempatan.

2. Jalan Sutera Danga itu yang dicadangkan oleh peta google. Giler aku mencari jalan ini tak jumpa bila aku melalui Jalan Skudai. Jika mengikut peta selepas Sungai Skudai akan jumpalah Jalan Sutera Danga ini. Jalan Skudai ini memang besar; nak patah balik memang payah, jauh amat nak jumpa pusingan U.

3. Jalan Skudai boleh sampai ke Tampoi terus ke JB. Mengikut peta google aku hanya perlu memandu sekitar 15 km sahaja dari lebuh raya PLUS; sian Aziq aku sebenarnya hanya mampu memandu sekitar 200 km; kemudian aku serahkan kepada Aziq untuk mencari Jalan Sutera Danga ini. Sesatlah kami.

4. Kami bertolak dari Jenaris lewat sejam setengah; aku merancang jam 9:00 pagi bertolak. Faham sajalah Mila sering banyak protokol bila nak berjalan. 10:30 baru bertolak. Aku mengandaikan 4 jam perjalanan sebab paling tidak sekali dua kena berhenti berehat; jangkaan 2:30 petang sampailah. Meleset sebab kami sesat larat sampai nampak flat di Singapura; nampak bot mewah pelbagai mungkin dah dekat Pantai Lido. Telah lebih dari 20 km kami dari tol PLUS Skudai.

5. Jika tak silap aku telah sampai ke Dataran Bandaraya Johor Bahru, Ada menara jam lawa. Dah sampai JBlah tu kut. Malahan sebelum sesat ke JB bila aku nampak Danga Bay andaian aku pastilah sekitar itu Jalan Sutera Danga. Idak rupanya... tak jumpa peta lakaran yang aku buat. Terpaksalah aku cari tempat bertanya yang paling mudah bertanya mestilah di petrol pam, jangan pulak Bangla yang berkerja emmm... penat pulak dia ternganga kecuali aku pandai cakap Hindi; aku sering temu ramah bangla di petro pam (anak aku kata ayahnya suka temuduga orang) rata² mereka fasih bahasa Hindi. Cakap Melayu tenguk berapa lama dia tinggal di Msia; ada yang fasih tapi ramai yang masih gagap. Aku nampak petrol pam Petronas tapi nun sebelah kanan dari JB ke Skudai jam telah 5:00 petang lebih. - bersambung

AZIQ KINI DI UTM SEKUDAI.


Bila kita berjalan jauh sememangnya hati terkenang mahu berjumpa kenalan yang berada di sekitar tempat kita singgah. Tapi buat kata orang jodoh pertemuan di tangan Tuhan; tak mungkin kita dapat ketemu rakan kita jika tak diizinkan. Ada saja halangan.

2. Jenaris ke Skudai sekitar 300km. Jika kenderaan mewah pun jalan tak sesak tiga atau empat jam pasti sampai. Lojiknya terpaksa berhenti sekali dua agar tidak penat sangat. Kecualilah usia masih muda kesihatan okey & kenderaan tak merisaukan.

3. Rata-rata orang biasa jika berjalan jauh pastilah mahukan hotel bajet atau rumah penginapan yang biasa, lainlah duit berkepok tak tahu nak guna & jarang berjalan jauh nak hantar anak sambil melancong. Itu ceritera lain. Tapi memang ada kalangan kita nama saja berjalan jauh tidur hotel nak juga paling tidak hotel 3 bintang malahan mahu lebih mahal dari itu. Waduh penat eh...
 
 - bersambung.