iDAN

13 Jun 2015

Jimat air di Dapur


1. Semasa membasuh pinggan mangkuk, gunakan satu sinki untuk mencuci dan sinki yang lain untuk membilas. JANGAN menggunakan air yang mengalir secara berterusan. Cara yang lain adalah dengan menggunakan takungan air atau besen yang menakung air untuk menggantikan sinki.

2. Pinggan mangkuk yang tak dicelup dengan air bertakung sekadar guna air yang mengalir biasanya masih meninggalkan kesan sabun. Setelah dicelup dengan air bertakung barulah ianya benar-benar bersih tak berminyak pun bersabun.

3. Setelah dicelup di air takungan barulah dibasuh dengan air mengalir yang mana ada besen menadah di bawahnya agar tidak membazir. Air yang bertakung di besen ini boleh dimanfaatkan seperti membersihkan sinki, siram tandas atau siram pokok bunga.

4. Jangan sesekali cawan atau gelas dicampur-adukkan dengan pinggang mangkuk yang berminyak. Asingkan cawan juga gelas dengan pinggang mangkuk yang berminyak. Untuk menghilangkan kesan minyak di cawan & gelas memang sukar... perlu dengan sabun yang banyak juga air yang banyak.

4. Ingatlah membazir itu adalah saudara dari syaitan; bumi ini satu hari nanti akan ketandusan air bersih. Takkan sepanjang hayat kita mahu biarkan keluarga kita makan sabun pun membazir air.

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]