iDAN

07 Jun 2011

Pusaka Md Sesh 2

    • YuShafiza Khairudin Knape x bg2 tanah 2 kt ank cucu cicit.
      pada 30hb Mei pukul 5.50 ptg · · Seorang
    • Idan Radzi
      peliknya semua tanah ada hak dia... seolah-olah jika tanah itu ada nama opahnya dia berhak semua... perlu diingat, jika diambil kuasa silap-silap hak setiap orang yg pangkat cucu macam kita ini nak buat padang sepak takraw pun tak lepas... isu utamanya tanah pusaka kita tak pernah diambil kuasa; bayangkan jika tanah pusaka tersebut telah berusia sekitar 100 tahun... tanpa dibayar cukai tanpa diuruskan... mmg dah ghaib... tanah di Mukim Teja 10 tahun tak bayar cukai pun telah separuh hilang!.. tak perlu nak berebut masalah tanah ini...
      pada 30hb Mei pukul 6.01 ptg ·
    • Idan Radzi
      sy berpendirian elok kita jadikan sebagai tanah pusaka milik bersama, apa hal pokok macang pun nak ditebang konon atas sempadan... sayangi tanah pusaka, jangan dijual, jangn direbut; elok kita pakat-pakat manfaatkan bersama... jadikan ia tanam syurgawi; jadikan ianya dusun... buat tasik ternak ikan; kita makan & pancing bersama; kalau ada duit banyak, buat rumah tinggi-tinggi kita jadikan tempat bertemu bersama, jadikan home stay bersama...
      pada 30hb Mei pukul 6.07 ptg ·
    • Idan Radzi paksu tengah berpakat dengan Along Nasuha, nak tukar bumbung rumah kenangan Atuk Radzi, jika ikut wasiat rumah ini milik Kak Nomie, tapi tanahnya adalah milik bersama; maka terpulang pada Kak Nomie, sy sekadar sayang akan kenangan lama kita; tanpa rumah ini tak siapa kenal Atuk Radzi...
      pada 30hb Mei pukul 6.07 ptg · · Seorang
    • Idan Radzi
      Rumah kedai pun hak bersama, sementara ini biarlah Abg Rahman menjaganya; tanah itu masih nama Opah Kamariah biar pun ikut wasiat Atuk Radzi menghadiahkan tanah tersebut pada Opah Bi... perkara ini jelas, jadi jika kita sayang Opah Kamariah sayangilah tanah kedai tersebut; Yeop Zaini ada pemegang amanah tanah tersebut... ini jelas, kita kena pertahankan tanah pusaka kita... kita kena pasang peguam jika ada org lain nak nuntut hak...
      pada 30hb Mei pukul 6.12 ptg ·
    • Idan Radzi Ingat kata Kakak Saudara kita di Bidor Kak Izan, "apakah selama ini kita tak dapat makan, kita tak tidur lena sebab tak dapat tidur di tanah pusaka ini?" dalam maksudnya, kenapa nak hak jika tak pernah pun menjaganya; ada baik kita sekarang berpakat menebus kembali hak kita yang hilang; bukan pula nak berbalah atas hak yang sempat kita selamatkan.
      pada 30hb Mei pukul 6.15 ptg ·
    • Idan Radzi
      Atok kita tak pernah ambil kuasa untuk agih2kan kepada waris. Fza, sebab itu isunya jadi rumit, pulak tu; sejak tahun 20an lagi tak siapa pun ambil peduli, malahan kakak saudara yang sempat paksu temui semua mengatakan itu tanah Atuk Radzi, dia yang menjaganya, dia yang majukan, cuma dia yang bayar hasil... tanam segala... kalau tak mmg dah lama jadi kenangan. Bayangkan 10 tahun setelah Atuk Radzi pergi; lebih separuh telak bukan jadi hak kita... Pakcik kita semua dah tiada.. tinggal abg saudara; semalam paksu ke rumah Abg saudara kita di Bidor pun ceritanya sama; "itu tanah ayah kau iDAN" itu katanya tapi dalam geran mmg penuh nama org lain;
      pada 30hb Mei pukul 6.23 ptg ·
    • Idan Radzi
      Tanah rizab Melayu Fza jika kita ambil kuasa, mana boleh padam nama pemilik asal, kita cuma boleh letak nama dalam geran bila semua setuju... macam kes Opah Kamariah (mak Paksu); bila kami ambil kuasa semua nama adik Opah Kamariah masih ada dalam geran... tapi yang berhak nama teratas; macam paksu cuma berhak satu geran sahaja dalam banyak geran milik Opah Kamariah...itu pun ada nama kak nomie & arwah Abg Din (Ayan Fza)
      pada 30hb Mei pukul 6.27 ptg ·
    • Idan Radzi kes pelik kita ni cucu dari kalangan adik beradik arwah Atok Abd Rahman (ayah Atuk Radzi) nak semua hak atas semua geran... sebabnya Atuk kita Abd Rahman tak buat macam Kulup Mat Saman (ayah Opah Kamariah)
      pada 30hb Mei pukul 6.29 ptg ·
    • Idan Radzi maksudnya bukan cucu Opah Kamariah termasuk Fza yang nuntut tetapi cucu saudara kalangan adik beradik Opah Kamariah tetiba nak nuntut semua... itu isunya
      pada 30hb Mei pukul 6.30 ptg ·
    • Idan Radzi Kes Atuk Radzi jelas, mmg kalau ikutkan pemegang amanah atau kuasa semua adik beradik telah serahkan kepada Atuk Radzi yang berhak; silapnya tiada hitam putih; Pak Saudara-Pak Saudara pun Mak Saudara-Mak Saudara kita tak pernah bergaduh bab tanah ini; cuma ada satu keluarga ini mmg sejak ada Atuk Radzi asyik pertikaikan hak milik ini... sekarang ayahnya tak ada anaknya pula tak faham keadaan...
      pada 30hb Mei pukul 6.35 ptg ·
    • Idan Radzi yang dapat jelaskan cuma Amanah Raya.... tanah pun dah tinggal sebahagian sahaja yg paksu sempat selamatkan!...
      pada 30hb Mei pukul 6.39 ptg ·
  • Shizuka Shan xpyah bg la p.usu..klu gern 2 ats nama atuk md sesh..mmg jd hak p.usu la kan..
    pada 31hb Mei pukul 5.40 pagi · · Seorang
  • Idan Radzi
    kalau org yang faham dia tahu; bila telah ada nama atok radzi atau pun dia kenalah selidik siapa yang ambil kuasa... sebagai contoh tanah di sebelah dewan kg tu; nama semua adik beradik arwah opah kamariah ada; tapi telah masuk nama Makcik Nomie, Nama Paksu & nama Arwah Ayah Nurul, tapi ayah Nurul telah jual bahagiannya pada Kak Umie... sekarang tanah tu jadi pemilik tiga orang sahaja; seorang tak sampai pun seekar; jadi bagi yang tahu kena ingatlah bahagiaanya... kalau nak pecah lot pun anak-anak paksu akan berebut tanah tak sampai seekar pun... (mana ada hak anak-anak saudara atau sepupu yg lain, biar pun nama opah atau atok mereka ada dalam geran tu!)
    pada 31hb Mei pukul 1.29 ptg ·
  • Idan Radzi tanah pusaka tak boleh letak satu nama; semua kena faham siapa yang ambil kuasa; pemilik ini selalunya atas persetujuan ramai... selalunya namanya paling di atas dalam geran tersebut.
    pada 31hb Mei pukul 1.30 ptg ·
  • Idan Radzi Siti patutnya minggu sudah dah okey... tapi org yg nak buat tu ada kursuslah pula... insyaAllah minggu ini bumbungnya akan ditukar, rumah tu paksu anggap tetap Milik Maknya Siti... cuma tanah keliling; masih menjadi hak bersama.. senang cakap rumah pusaka!.
    pada 31hb Mei pukul 1.33 ptg ·
  • Idan Radzi ada duit lebih paksu nak buat binaan konkrik... masukkan api & air semula sebelum kita buat rumah aparment untuk home stay... cer!... besor tu cita-cita paksu...
    pada 31hb Mei pukul 1.35 ptg ·
  • Idan Radzi jika berjaya kita abadikan Home Stay itu milik Md Sesh; semua waris & saudara mara berhak tinggal bersama!...
    pada 31hb Mei pukul 1.36 ptg · · Seorang
  • Idan Radzi buat masa ini siapa nak berkhemah atau berkebun di sana silakan!... jagai harta pusaka bersama!...
    pada 31hb Mei pukul 1.37 ptg ·
  • Siti Zuhairah ooo...ok tu ada tempat kita nk berteduh balik kmpung sana nnti...
    pada 31hb Mei pukul 10.43 ptg ·

Mukim Teja kian dijajah


"Tauke! siapa kasi pagar semua kolam sana?" aku menyapa seorang pengail berbangsa cina.

"Itu tauke cina dari KL!" benarkah seperti apa yang aku sangka.

Orang kita Melayu memang tak mampu nak tanam pagar seluas itu, kecuali orang kenamaan. Orang kaya yang punyai duit terpijak. Lagi pun semua tahu di kampungku ini pantang ada pagar begitu. Pasti akan menjadi mangsa penagih dadah. Dawai pagar pasti akan hilang. Padanlah ada operasi besar-besaran menangkap penagih dadah di kampungku. Rupanya telah ada projek besar sekitar kampungku.

"Kenapa orang luar datang tauke, kenapa tidak orang sekitar sini yang punya?" sengaja aku mahu bertanya soalan bodoh biar pun aku tahu akan jawapannya.

"Kita mana beranilah kawan, lagi pun mana ada cukup wang mahu jaga, hari-hari orang akan jala, akan jaring kalau mahu hidup ikan..." dia tahu jawapan dalam hatiku; jika silap-silap racun cop tengkorak akan dibaling orang.

Aku tak kisah semua itu, isunya Mukim Teja adalah tanah milik kita orang Melayu; bayangkan sebelum ianya dilombong rata-rata milik orang kampung. Kebanyakannya adalah Tanah Rizab Melayu. Kekinian sebahagian tanah arwah apak pun habis kena kebas, bila aku mahu menebusnya tenguk-tenguk telah bertukar nama. Malahan banyak rumah di Changkat Tualang adalah tanah tol. Aku pernah semak sekitar nombor geran tanah arwah apak yang cuma tinggal sekangkang kera habis dimiliki kaum asing, tak cina, India tak India Benggali. Usia mereka pula muda-muda. Geran tetap lagi, sedangkan tanah milik apak ada yang Pajakan Negeri.

Sebut nama Mukim Teja juga semua tahu ini adalah jajahan orang kita Melayu. Tenguk pagar konkrit berdawai ini, siap dengan papan tanda dilarang masuk; ada lambang orang menembak lagi buat aku rasa perjuangan kita orang Melayu kian tewas, secara senyap-senyap bumi Tanah Melayu makin dijajah kaum lain. Tahun lalu aku dapat membaling pancing di sini; sekarang silap-silap peluru penabur dari senapang patah yang akan datang.

Apakah Pejabat Tanah Kampar tak nampak semua aktiviti ini. Nak tahu juga ceritera sebenarnya. Mungkin orang dalam Pejabat Tanah sana boleh menjelaskan. Apa pula kata Ketua Kampung, Tok Penghulu di sana.