iDAN

15 Disember 2009

Lain yang kita Rancang lain pula yang berlaku! (Singgahsana)

Pernah tak terjadi dalam hidup anda, lain yang dirancang lain pula berlaku. Setakat berlaku kemalangan itu sememangnya masing² kita pernah mengalaminya. Ini kes yang melibatkan masa depan anda. Agak berat kesnya.

Seumpamanya anda membeli rumah, dalam pelan asal anda lihat kiri kanan jiran anda orang kita Melayu. Jiran amat penting dalam kehidupan anda. Padahal hal dalam deretan rumah teres yang anda beli ramai lagi bangsa lain; Anda tak pilih India takut dia bela anjing atau tak suka menghidu harum setanggi sembahyangnya. Tak suka pilih Cina takut dia main mercun atau bila musim perayaan dia akan letak daging babi seekor bulat depan rumahnya untuk acara sembahyangnya.

Sementelah anda pindah rumah, kedua² jiran Melayu anda amat pelik, segalanya pelik & memang tak pun hiraukan anda, kaum India & Cina yang lain lagi baik serta amat menghormati anda sebagai jiran.

Samalah juga, anda telah memilih kenderaan yang amat anda idamkan sejak berzaman. Timbangtara sepanjang hari memang bajet anda mencukupi, tak menjadi masalah untuk buat ansuran bulanan membeli kereta idaman anda; Nak jadi sebab tetiba anda punyai masalah kerjaya terpaksa berhenti & cari kerja lain. Bajet lari semua. Baru sangat dapat pegang stering kereta idaman anda. Terpaksa berpisah dengan ia. Tentunya masalah ini selesai dengan menjual semula kereta ini, pakai kapcai jangan fikir soal duit bayaran muka yang hangus!.


Anda bernikah dengan kekasih anda, sebelum kahwin sememangnya anda nampak segala, anda tidak boleh tinggal berdekatan dengan keluarga pasangan anda; masing² pun berjanji terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga sendiri. Faktor utama keluarga mertua punyai masalah besar. Ramai ipar duai anda cerai-berai lantaran campur tangan keluarga. Anda kenal keluarga mertua anda jenis bagaimana. Keluarga anda pun apa kurangnya sikap egoisnya melampau. Anda nampak kalau ada masalah keluarga atau rumah tangga bila keluarga anda atau keluarga mertua campur tangan, bukan jalan damai yang akan ditemui tetapi perang besar!.

Ceritera setelah kahwin sebaliknya, baik anda mahu suami atau isteri anda lupa janji dahulu; sebelum bernikah agar duduk berjauhan dengan keluarga. Hakikatnya rumah tangga anda terusan berkocak sejak azali, puncanya orang ketiga; Kejap dari pihak keluarga anda sendiri tak sefahaman dengan pasangan anda terkadang dari keluarga mertua anda tak sebulu dengan anda. masing² mahu tinggal sepelaung dengan keluarga masing². Melarat sampai anda sakit jantung bila² masa akan strok & faham sajalah.

Anda merancang mahu beraya di kampung anda tahun ini, sebab memang telah dua raya berturut² beraya di kampung mertua anda. Bila tiba sehari dua nak raya pasangan anda mengatakan terpaksa beraya di kampungnya. Alasannya kuat!, emak mertua anda anda sakit, atau nak pergi menunaikan Haji, kut! tak berjumpa lagi tahun depan dengan emak mertua anda.

Anda merancang mahu bercuti dengan keluarga anda, siap tempah rumah rehat. Anak² telah amat ghairah mahu bercuti. Pasangan anda memang sejak tiga bulan lalu telah diberitahu. Pasangan anda ini jenis dia sahaja betul; egonya tinggi sebab dia yang pegang segala urusan ekonomi. Tiba saat terakhir pasangan anda memberi alasan kukuh teramat kukuh tak dapat sertai percutiaan yang dirancang. Dia pentingkan kerjayanya, kena keluar negara hari yang sama; tak ikut kata bosnya; sampai kiamat dia tak akan dinaikkan pangkat!. Pandai²lah anda & anak² nak bercuti!.

Anda punyai tanah luas, maka anda mendapat nasihat dari kerajaan negeri yang mereka galakkan anda menanam pokok Gaharu, katanya masa depan Gaharu ini amat cerah. Anda siap beli benih & anak pokok ini dari Indon. Setelah Gaharu anda membesar & mengikut jangkaan ianya boleh diusahakan untuk mendapat getah atau minyaknya; tak siapa pun boleh membantu anda, tak siapa pun mahir di Malaya ini cara terbaik untuk mengusahakan ladang Gaharu anda!; Usia semakin senja. Memang anda akan putih mata; jika anda difikirkan semula tanam petai & jering pun anda telah menjadi kaya raya. Bukan murah harga jering sekilo di pasaran. Bukan dapat sekupang dua sepapan petai di pasaran.

Lain yang kita Rancang lain pula yang berlaku!, apakah ianya memeningkan jiwaraga anda?.