Pada maklumat awal aku telah tersilap tafsir pakej Unifi ni. Hatta memang aku berminat nak ambil pakej Unifi ni. Angkohnya tafsiran aku tersilap atas penerangan anak buah TMnet yang begitu ghairah nak ramai pelanggang. Mungkin ada komisyen berasingan jika dapat pujuk pelanggang Streamyx ambil pakej Unifi ini. Cara dia promosi produk macamlah semua orang mampu berbelanja bessar nak pakai pakej Unifi ini.
2. Setahu aku Unifi ni adalah pakej 3 dalam satu. Pertama dapat akses internet ada pelbagai kelajuan. 5, 10 dan 20 megabit sesaat (Mbps). Banding. Streamyx jika ikut perjanjian hitam putih aku di rumah cuma 1 Mbps. Siapa tak teruja. Kedua ada TV kabel. Sebenarnya selain Astro memang TMnet dapat lesen untuk buat sewa rancangan TV. Ada beberapa syarikat lagi kerajaan telah luluskan lesen tapi senyap sepi tak dapat menyaingi Astro. Ketiga pakej Unifi ni dapat talian telefon percuma. Jika dail talian tetap ke talian tetap ianya berbuallah 24 jam tanpa kadar bayaran. Jika talian tu dail ke hp seminit kena cas 9 sen.
3. Terkini
 pihak Unifi telah mengembangkan perkhidmatan dengan talian internet di 
luar rumah atau wireless. Tapi hanya di tempat yang ada pelekat atau 
sticker Unifi TMnet. Seperti di KFC hentian rehat R & R restoran 
tersohor. Perkara baru ini yang aku tertarik asalnya. Ingatkan TMnet 
kasi  Wireless Internet Modem. Silap tafsiran. Jika memang kasi  
Wireless Internet Modem mahu tutup Broadband Maxis. Aku setuju pada 
asalnya ingatkan  Wireless Internet Modem ini ujud. Di mana-mana jua 
boleh akses internet melalui Unifi. Sebab masa anak buah TMnet promot 
aku katanya boleh guna di mana-mana luar rumah. Mungkin aku tak perasan 
dia sebut di tempat yang ada pelekat TMnet ni. Isk kanjai.
3i. Patutnya aku dah guna Unifi esok. Tapi minta maaflah tidak lagi; terpaksa aku batalkan sebab memang Mila ada melanggan Maxis Broadband. Dia dah rapat dengan wsapp di luar rumah. Ingatkan boleh hentikan melanggan Maxis jika memang Wireless Internet Modem ini ujud dalam pakej Unifi. Berapa banyak nak guna duit semata-mata nak rapat dengan ICT ini. Patutnya TMnet dapat fikirkan ini untuk satu keluarga hanya cukup menyewa satu pakej seperti Unifi sahaja. Huh.