iDAN

26 Januari 2000

Kelahiran (Singgahsana)

26.1.2000

Masih ingat sekitar 1978 dalam keredupan & nyamannya Desa Tuallang, Rancangan Bunga Bangsa telah menyiarkan karya puisi pertamaku bertajuk Sampai Bilakah. Setelah itu aku menghantar alamat dan peribadi diri dalam rancangan Destinasi. Ramai kalangan Radio menghantar surat untuk berkenalan dengan aku.

Sejak kecil memang aku meminati nama Jamilah (Mila) dalam ramai kenalan nan aku kenali, terdapat Jamilah nan menetap di Meru Klang. Tak sangka dari sahabat pena lama kelamaan menerbit sinar kasih nan bertaut hingga ke jinjang pelamin. 8 Jun adalah tarikh kelahiran Mila nan kini adalah isteriku. Pernikahan kami pada tahun 1982 kini telah melahirkan empat cahayamata. Afiz, Aziq, Anif & Azim. Semuanya lelaki.

Rasanya usia rumahtangga yang telahpun melebihi dua puluh tahun seharusnya akan kekal selamanya. Benih cinta nan telah lama dipupuk sesungguhnya memang amat aku harapkan ianya megar dan terusan tumbuh dalam suasana megar permai. Memang aku impikan rasa saling hormat & saling menjaga hati sesama kami.

Kekurangan dalam peribadi seharusnya bukanlah jadi titik permulaan untuk memandang rendah pada pasangan. Kelebihan dalam peribadi atau limpah rezeki seharusnya tidaklah membawa diri kepada sikap ego & jadi salah seorang diperlekehkan. Status kemewahan dunia sebenarnya adalah pinjaman.

Keimanan dalam diri seharusnya adalah suatu nan tidak nyata dengan mata, ketulusan dalam menjalinkan hubungan batini dan akrab dengan Ilahi sesungguhnya bukan dapat kita pandang dari banyaknya amal tapi adalah bercerminkan tutur kata & perbuatan serta jalinan nan melingkari kehidupan.

Seharusnya kita saling puas dan akur dengan apa nan ada pada pasangan kita, kerana memang dunia ini sementara dan mana ada segalanya sempurna. Kelahiran manusia juga adalah lantaran dari kecacatan tingkah laku Adam & Hawa. Cumanya kita jangan tunduk dengan kelemahan kita, kita perlu terusan membaiki diri, mengawal kesabaran dan saling mahukan kesederhanaan dalam mencorak kehidupan.

Kelahiran dunia yang serba serba sepi ini sesungguhnya memerlukan teman berceritera. Saling menghormati selalunya akan membuah sikap paling akrab antara pasangan. Sikap tidak jujur apatah curang dalam rumahtangga adalah racun yang akan mematikan cinta. Kepayahan atau kekurangan pasangan janganlah dijadikan penyebab untuk mengatakan diri kita terbiar & sepi. Orang luar atau orang ketiga selalunya adalah perosak jalinan rumahtangga. Bukan langkah yang baik jika bermasalah kita mengadu pada orang ketiga tanpa berbincang cara baik, mencari jalan tengah & damai. Sikap menyepi diri & sering membelakangi perintah agama seperti keizinan nan perlu ada bagi seorang isteri untuk melakukan apa sahaja.

Jangan tertipu dengan dunia siber yang banyak menghancurkan rumah tangga, seperti e-mel, SMS, telefon yang dengan mudah akan lebih meretakkan rumahtangga. Pasangan rumahtangga kena tahu mana yang lebih hak seperti keperluan rumahtangga sendiri atau keperluan keluarga. Isteri kena melebihkan suami segalanya berbanding ibu bapa, itu memang tuntutan Ilahi. Orang hindu sekalipun mengganggap suami itu bagaikan Tuhan. Kenapa pasangan kini bila kematian suami atau berpisah langsung tiada rasa cinta lagi, apatah lagi ketika terpisah dililit pergolakan. Begitu juga kena ramai kalangan suami teramat ego, sering lupakan tanggungjawab & semudahnya memadukan cinta. Apakah cinta di zaman kini hanya tamakkan kebahagiaan akan pudar bila diuji & dihimpit kegusaran.

Jalan rumahtangga atau jodoh yang kita miliki bukan milik dunia semata. Tapi hingga ke akhirat. Ingatlah alam akhirat nan kekal, moga jalinan ini janganlah kita gadaikan dengan dunia nan melalaikan.