iDAN

08 Disember 2009

MMms 23 Sendirian di Hospital Serdang (Singgahsana)

Hari ini entah kali ke berapa aku akan sendirian di Klinik Kardio Hospital Serdang. Sekitar jam 9:00 pagi aku pasti sampai ke sana. Parkir semakin payah di sana. Masa terluang ini aku teringat mahu buka blogku, ada khabar dari Eris di Australia hari ini. Memang bila aku semak² pengunjung yang datang melalui kaunter di blog ini aku perasan pasti tiap minggu ada pengunjung dari negara kanggaru itu klik²@ketikblog ini tapi tak pernah kasi respon.

Semalam pun entah apa mimpi aku ketik Facebook@FB, sungguh aku tak mahir dengan menu² di FB. Sekadar teringat pesanan Eris, dia akan aktifkan FBnya, bila sampai di Australia. Diam tak diam, telah ada sekitar 40 orang rakan di FB sana tapi tak kenal pun siapa. Aku teruja sebab nampak nama Sri Diah dalam kelompok rakan sasteraku itu, apakah Sri Diah penulis yang aku kenal sejak 80an lagi. Entahlah!. Aku menggunakan penama idanradzi di FB. Aku perasan Eris ada klik² FB tapi masih belum pun jadi rakanku.

Aku dengar Mila & anak-anak berminat nak melancong ke Australia sekitar dua tahun lagi. Itu impian mereka jika punyai bajet yang okey!. Dua tahun lagi insya-Allah semua anakku telah lebih kukuh dalam pembelajarannya. Afiz akan habis belajar dari Poli, Aziq telah tahu SPMnya & pasti tahu maha arah tujuannnya, Anif pun akan selesai PMRnya, Azim pun akan lepas UPSRnya. Memang masa terbaik sekitar tahun 2011 jika umurku panjang adalah masa terbaik untuk melancong jauh. Keluar Malaya. Paling jauh anak-anakku naik kapal terbang Afiz pernah ke Phuket Thailand, masa dia umur sekitar 4 tahun. Yang lain sekadar naik kapal terbang ke Sarawak. Baguslah kalau mereka ada impian berjalan jauh.


Hujung bulan aku akan melancong sekitar semenanjung; tak pasti mahu ke mana, Mila berminat ke Cherating, aku rasa sekarang musim tak menentu, asyik² banjir di sana; laut pula bergelora, aku lebih minat ke sekitar pantai barat ini. Selat Melaka mungkin kurang gelombang lautnya. Boleh berendam di laut. Aku telah menelefon beberapa tempat penginapan di sekitar Lumut; Teluk Batik yang lama tak ke sana. Siapa pernah pergi ke sini?. Marina Cove Resort dalam gambar melalui laman sesawangnya nampak macam okey! sahaja. Semalam aku telefon bahagian informasinya; katanya masih banyak apartmentnya kosong!. Nak sewa apartmentnya dua bilik terlampaulah mahal, rasanya kalau apartment sebilik muatkah!.

Inilah masalah kita orang Malaya, tempat peranginan begini terlampau mahal bagi orang biasa, memang kena banyak bajetnya. Jika semalam sampai sekadar RM300 sekadar sewa penginapan, apa lagi bajet perjalanan, makanan pun kena ingat awal tahun nanti duit pendaftaran sekolah!. Ini antara faktor memang kita Melayu Malaya kurang melancong. Bila aku telefon chalet yang sederhana sekitar RM150 sewanya; seperti chalet Kenangan Resort. Penuh. Sampai 2hb Januari 2010 penuh. Penyambut telefonya pun amat egois (Xsen bahasa pasarnya) jawab telefon lebih kurang warden penjara sahaja.

Jika kerajaan kita bijak kena banyakkan chalet begini, untuk sebuah keluarga tempatan melancong. Bantu usahawan begini; biar banyak saingan, maka tidaklah panas telinga terima jawapan penyambut telefon yang egois tadio. Hotel empat lima bintang belum tentu orang biasa mampu ke sana. Bagi Mat Saleh yang matawangnya tinggi rasanya memang tak jadi masalah.

Semua itu kena kesihatan yang okey!, kalau aku asyik sakit bagaimana mahu ke mana jua. Kalau kesihatanku tidak okey! bagaimana mahu menikmati hidup ini. Jika melancong perlukan aku sebagai pemandu kelurgaku ini. Bila sakit begini bagaimana iyer! aku perlu tabah & sendirian menghadapi sebarang kemungkinan. Bergumbira lain hal, sakit pula bab lain. Aku terbayang bagaimana si Fairus gelisah ketika lama bangat@banget menunggu di Klinik Kardio Hospital Serdang minggu lalu. (bangat Indon, banget Jawa dua-dua bahasa ini DBP luluskan bagi penggunaan BM baku) Rasanya keluargaku pun sama pasti gelisah banget jika terusan menunggu sekitar tiga ke empat jam di ruang menunggu, bersama mereka yang rawan belaka. Isk! dah lewat ni!.

Respon Eris