iDAN

12 Disember 2013

Kembara ke Kampung Belukar Pulai Chondong

Kembara ke Kampung Belukar Pulai Chondong

Subuh hening hari Isnin tahun 1959 aku mula dapat bernafas puas setelah 9 bulan di dalam rahim ibuku. Aku dengar apak & emak mereka namaku Haridan. Satu nama yang unik agak kurang orang suka nama Haridan. Yang sering orang akan guna nama Hamdan atau Shahidan.

Bila emak saudaraku datang di usiaku dah boleh ditimang ujudlah nama timangan Idan. Idan nama timangan yang emak saudaraku Wan Chor kasi tapi jarang disebut orang luar; kecuali saudara terdekat. Ramai panggil anak bungsu Opah Kamariah ini dengan gelaran Dan sebab abang kandungku bernama Din. Dan & Din dua nama mirip sama tapi perwatakan kami tak sama.

Aku jauh lebih pendiam tak lincah mana tapi abang kandungku Din ini memang ligat segala.Sekitar tahun 1964 berlakulah satu rombakan hidup dalam dunia kehidupan apakku yang dikenal MD Sesh. Ribut melanda; emak aku Opah Kamariah lari rumah bersama Chek Peah. Setelah apak kahwin 3. Ketika itu juga tentunya filem Madu Tiga mula popular (terbit 12 Feb 1964). Filem Madu Tiga ini tak ubah ikut skrip kehidupan ayahku.

Aku telah sering menceriterakan pengalaman sedih kehilangan emak di usia lima tahun ini dalam blog & FB. Sampai sekarang ianya masih berbekam di hatiku. Bagaimana emak boleh terikut pujukan Chek Peah untuk lari tinggalkan aku setelah tahu apak kahwin menjadi misteri sampai kini. Isteri muda apak Opah Bi (Opah si AC Mizal) adalah janda beranak sorang; Yeop Zaini (Dato' Zaini bin Hashim). Setahu aku apak telah lama bercinta dengan Opah Bi Sejak Yeop Zaini berusia sekitar 3 bulan lagi. Bapa sebenar Yeop Zaini (Hashim) telah lama hilang sejak perang Jepun. Tak tahu di mana kuburnya.

Sekitar tahun 1964 atau 1965lah aku mula menjejak kaki ke Kelantan. Masih aku ingat ketika itu Pantai Cinta Berahi pokok runya masih kecil pantainya memang cantik & landai. Yeop Zaini ketika itu telah menjadi Inspektor Polis sedang sarat bercinta dengan emak AC MIzal yang menjadi jururawat di Hospital Kota Bharu Kelantan.

Pastinya itulah perjalanan pertama aku paling jauh sejak aku dilahirkan; demi kasih sayang apak kepada Yeop Zaini & Opah Bi (aku panggil Wan Bi) aku mula kembara jauh ke Kelantan; Zaman dulu mana ada lebuh raya; aku masih ingat kami terpaksa bermalam di sebuah hotel. Terpaksa sewa kereta (mungkin juga kereta apak) ada pemandu... apak duduk di depan aku & Wan Bi duduk di belakang. Aku rasa perjalanan ini jauh amat & penat amat siap meniti lereng gunung pelbagai.

-bersambung