iDAN

Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

12 Oktober 2015

Kerja Penyair silap gaya jadi SONGSANG


Manuskrip sy ditolak oleh ahli panel penilai PENA antara sebabnya dikatakan: puisi berbau politik tak sesuai dibukukan... ayat atau suku kata x sesuai... hipokrit... tak jujur... caca marba... sy dituduh penulis curang... ingkar... asyik bercinta... asal tulis... puisi bersepah di dunia maya; tiada nilai sastera... adoi banyaknya tuduhan juga tohmahan padahal itu tema puisi sy. Bukan penolakan sahaja macam-macam kecaman terpaksa diterima; sakit amat mahu ditelan... begininya rupanya kehidupan mereka di dunia sastera... tak tahu apa motifnya (mungkin juga sy yang memang tak betul dalam penulisan? hahaha) terima sajalah seadanya.

Puisi ini antara puisi yang ada dalam manuskrip sy. Tapi ada beberapa ayat seperti baris ada perkataan GST itu sy tak tulis dalam manuskrip sebab sensitif.

Ada banyak lagi dikatakan puisi sy itu puisi songsang... antaranya memang dah terbit di Dewan Sastera juga majalah lain, akhbar tabloid juga media arus perdana.

http://www.harakahdaily.net/.../lain-lain/37820-kota-asing

- cukai pintu di jenaris dulu hanya separuh dari rm120 untuk 6 bulan... bil Indah Water x pernah ada... tetiba saja ujud tanpa bincang pun... lambat bayar keluar surat saman lawyer... insuran moto atau kereta... terus naik x pernah pun diuar-uarkan di berita... top-top nak baharukan cukai jalan jalan... siaplah terkejut beruk dengar insuran ni naik mendadak...

- isu elaun pesara atau pencen seperti sy... naiknya berapa iyer?

- terbaru anakda sy hanya layak pinjaman RM165K... cuba cari rumah sekitar Kajang juga Lembah Klang... siap ke karnibal@karnival harta tanah... wadoh! cer tenguk rumah di pinggiran kota pun amat mahalnya. Tak jumpa pun rumah selayaknya anakda sy nak beli... Sime Darby ada buat rumah rakyat kononnya di Shah Alam tapi cer tenguk harganya...

16 Disember 2014

NEUTRAL


Jangan sebab berbeda fahaman politik hubungan jadi hambar. Apa bedanya jika seseorang itu orang BN atau orang PR atau parti bebas sekali pun. Itu adalah hak masing-masing dalam memilih pemimpin. Dalam pilihan raya dalam politik demokrasi.

2. Jangan sebab rakan kita orang kuat PAS dibenci oleh rakan kita orang kuat UMNO. Takkan tak boleh berbual mesra duduk makan semeja. Apakah jika sudah jadi VVIP duduk di parlimen mahu baling-baling bangku. Penumbuk penampar berbalah bermasam muka. Giler ke apa hah?.

3. Jangan sebab bukan satu parti mahu kita jadi seorang hilang jati diri. Nak benci DS Anwar apa kena mengena dengan rakan kita yang memihak dia. Nak benci PM Najib kenapa pula nak benci pengikutnya.

3a. Jika sudah benci sangat rakan tak sealiran parti. Jom kita buat macam zaman koboi sewa pistol kat samseng kita beradu tembak. Siapa cepat cekap tembak dia selamat; bunuh saja rakan kita yang tak sealiran parti. Jangan lagi intai rakan kita yang lain parti. Atau tangkap semua pemimpin parti pembangkang sumbat semua dalam penjara sampai mati supaya tak siapa tentang akta awak yang songsang itu. Berpeluk-peluklah dengan rakan sealiran parti sahaja.

5. Amat bodoh & amat naif sebab parti kita nak bermasam muka tak mesra tak bersapa. Apa jika awak tu jadi PM nak duduk seorang di parlimen tu cakap seorang-seorang diri ; habiskan semua harta negara sampai pecah perut boroi awak tu makan duit rakyat jelata.

Atau awak jadi Ketua Pembangkang cakap pang-pang seorang-orang semua orang salah tapi semua orang gelakkan awak sampai kering air liur awak tu tak siapa endah cakap awak. Tak dapat nak pinda apa akta sekali pun. Padan Muka.

Cis!.

27 November 2012

Sifar Pengaruh ii



 WARKAH buat TEMAN Sastera.
 Ada ketika bila telah bertahun-tahun karya sy tak lekat di BH terasa apakah salah sy. Apakah ada kalangan editor ini mahu membunuh tunas sastera di jiwa sy. Apakah hak kita sebagai insan seni yang ingin bersuara di wadah yang lebih bebas TERBUKA. Di mana sy dapat mengadu eh.

Sebab itu sy amat hormati Dewan Sastera tidak pernah ada kekangan. Asalkan karya itu sesuai. Pasti terbit. Sy cuba mencari nilai yang tidak berbaur politik ketika menghantar karya di BH; tak tahu bagaimana mahu mencerna puisi di sana. Asyik dibakulsampahkan karya sy.

Editor BH yang lalu amat prihatin dengan karya sy; kenapa editor yang kini tidak. Bila sy amati karya yang terbit asyik penulis nan sama. Helmi amat beruntung jika antara penulis pilihan di BH kini. Bayangkan sejak sy berpencen telah lebih tiga tahun mahu telah cecah empat tahun lebih; tak pernah sy tidak menghantar karya di BH setiap bulan. Harapan sy jangan sy MATI celik jika tiada puisi sy terbit di BH hingga ke titik akhir hayat sy. Sy sempat berkarya pun cuma beberapa tahun sahaja sebab sakit kronik ini. Bayangkan terkadang tiap minggu sy menghantar karya ke BH. Bila belik BH/dulu Berita Minggu di pagi Ahad. Hampa terus hampa.

Rasanya karya puisi/sajak rakan baik sy Ustaz Adid pun sama telah bertahun tidak terbit di BH. Apa salah penyair sebaik Ustaz Adid ini. Itu memang hak editor kita tak boleh memaksa tapi penulis picisan seperti sy memang terkilan. Kenapa MAHU dibunuh suara penyair ini. Sy lagi rindu mana karya Sasterawan Negara di BH; apakah setelah dinobatkan jadi sasterawan tersohor karya mereka juga senasib dengan penulis picisan seperti sy. HANCUR.

Malahan sy pernah terbaca editor tu kata (seolah-olah berbangga) dalam artikelnya dia menolak penulis yang ada PhD dalam sastera sebab puisinya kabur TIDAK mudah. Bila sy semak puisi yang terbit banyak juga yang kabur bukan mudah. Suruh anak sy baca mereka pun tak faham. Puisi apa iyer?. Mudah itu budak tadika pun faham; seperti ayat Itik sedang berenang; pasti minda anak kita akan nampak itik berenang bukan terbang; apakah puisi di BH mahu begitu.

Tak mahu Helmi terpengaruh dengan keluhan sy agar Helmi terus menulis; mana tahu Helmi atau waris Helmi satu ketika nanti ditakdirkan menjadi editor sastera tanah air; pesan jangan tiru sikap editor sebegini. Dunia sastera Melayu pasti akan hancur. Editor ini berhutang masa tenaga & daya kreatif terhadap penyair seantero dunia sastera Melayu. Memang bergegar minda sy memikirkan masalah ini. Ish.
iDAN
http://idanradzi.blogspot.com/
 
TAKRIF
sy = saya
Ish = keluhan resah org hindi
eh = bahasa pasar ICT


08 Jun 2012

Komputer 1Malaysia



  • Penyair Idanradzi
    Yeop terkilan tak dapat komputer 1Malaysia; sbb cikgu anak-anak tak kasi borang; rakan yeop pencen lagi banyak dah dapat... (Duit KWSP duit gaji isteri Majlis Fatwa dah sahkan hak isteri jadi PUSAKA buat isteri; bila bab nak kasi komputer 1...Lihat seterusnya..


  • Mahyan Mohd Hassim tu la.. kat sek saya bila sy tgk pelajar yg dapat komputer tu mcm xlayak jer.. xtau kelayakan mcm mn.. sbb ada pelajar yg dapat tu bukanla dr pelajar yg rajin..kaki ponteng pun blh dapat gak.. biasiswapun mcm tu.. bukan gn duit tu utk beli buku tp beli hp atau topup

  • Penyair Idanradzi kan banyak aduan di internet org yg kaya dan banyak komputer BOLEH dapat, malahan ramai yang dapat jual semula sbb dah banyak komputerl yeop bergadai bergolok belikan komputer/laptop untuk anak guna duit papapasn PENCEN; sedih amat rakan serumah sewa AFIZ kasi curi pulak; rakan ini anak orang kaya sbb kami yakin dia ada kereta sbb masa hilang mmg mamat yg ada kereta yg balik kampung. (Memang bab agihan Komputer 1Malaysia ini ada tak kena cara agihannya)

  • Penyair Idanradzi ‎... berjalan ke Beijing ni bukan duit yeop, atas sponsor Kak Mila; tak semua isteri kaya raya mahu bantu keluarga dalam bab keperluan rumah seperti komputer; org perempuan bab berjalan mmg suka... seantero dunia dia nak pergi... sbb itu yeop masih tak mampu nak repair kereta perang; jauh sekali nak beli laptop sbb teringat rumah kampung dan tanah pusaka masih perlukan banyak duit untuk ditebus semula...

  • Penyair Idanradzi ‎... bagi yeop ketua keluarga yang seperti yeop perlu dibantu sbb isteri bergaji besar ada egonya; suami tak ada hak nak paksa isteri bantu dalam ekonomi keluarga, ianya terpulang kepada ihsan isteri, sbb itu adat PEPATIH suami akan keluar sehelai sepinggang jika berlaku perpisahan; nampaknya majlis FATWA kebangsaan kita pun telah menuju ke adat pepatih ini (hak KWSP telah jelas bukan lagi harta sepencarian); apa hak suami nak pertikaikan hukum hakam... bermakna jika duit KWSP ini diperhabiskan oleh isteri sebelum dia meninggal dunia suami jangan persoalkan... isteri tidak lagi fikirkan bab keizinan suami untuk dia keluar berkerja lagi.

16 Januari 2012

BR1M


Salam Satu Malaysia,

Umum dah mengetahui yang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia [BR1M] yang berupa bantuan tunai RM500 telah pun di lanjutkan ke 10hb Februari 2012.

BANTUAN RAKYAT RM500 (BR1M) DIBAYAR MULAI 15 JANUARI 2012 | Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Bagi mereka yang telah pun membuat permohonan sebelum ini , semakan status permohonan anda sama ada diterima atau ditolak boleh dibuat.

Cara semak :

Hubungi talian Hotline 1-800-22-2500 atau 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012. Talian hotline akan dibuka bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00petang .

Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan untuk permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang khas yang boleh diperolehi di Pejabat LHDN dan agensi agensi berkaitan. Borang tersebut juga boleh diakses secara dalam talian. DISINI

Pembayaran BR1M bermula 15 Januari - Ahmad Husni

12/01/2012 7:26pm

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini di dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahmad Husni berkata, majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara.

"Ini bagi mempastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan,” katanya.

Ahmad Husni berkata, semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos.

"Dalam tempoh itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat, dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan,” katanya.

Pemohon juga, katanya boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari.

Talian ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai menunaikan baucar BR1M dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis-majlis penyerahan itu, katanya, sambil menyatakan baucar juga boleh ditunaikan di mana-mana cawangan bank tersebut diseluruh negara.

Tempoh sah laku baucar adalah sehingga 15 April 2012. — BERNAMA

22 September 2011

Masalah Tanah Pusaka Md Sesh & warisnya.

Ini aku ambil ketika mancing dengan Azim sekitar tahun 2000, Opah Bi meninggal tahaun 2003; Yeop Zaini yang ingat tarikhnya; sekarang tapak lombong ini masuk kena TEMBAK! orang asing jajah kampung kami.
Siapa itu Gopeng Berhad?. Orang Melayu kita hanya boleh mengintai dari celah lalang keindahan di KAMPONG sendiri.


Semalam aku sempat menerangi pusara Apak (Md Sesh). Dari bisikan dedaun keringnya; sah ianya tidak pun dikutip sejak Aidilfitri lalu. Pusara apak bersebelahan dengan pusara emak, dipagar dengan gerigi besi; pintu pagarnya semakin berkarat. Dua pusara apak & emak ini satu pagar... di depan pusara apak adalah pusara Wan Bi (isteri ketiga apak ; opah kepada AC Mizal). Pusara Wan Bi (kak Nomie panggil Mak Bi); kadang-kadang aku panggil Opah Bi; nampak amat bersih. Binaannya nampak baru dibuat; di atas pusara penuh batu kerikil tajam putih bersih.

"Mie dah agak dah tenguk kubur Mak Bi ni bersih dijaga tapi tenguk kubur emak ayah kita.." Kak Nomie bersungut di Kubur Pedas yang makin lapang & bercahaya. Mengenang zaman dulu amat menyeramkan kubur ini; orang kampung kata ada harimau jadian panjang sembilan menjaga kubur ini. Pusara Wan Bi tidak berpagar. Bersih amat nampaknya.

"Tak apa Kak Nomie moh! kita bersihkan; kejap aku masuk dalam pagar... tenguk Kak Nomie ni cantik kan pokok ini...? kubur mak apak kita;macam tanam... pokok renik ni siap berbuah lagi!" aku kekok bersaya; rasanya bila beraku itu aku rasa lebih mesra & santai. Rasa berbual itu benar-benar lahir dari dalam diri. Masalah cakap beraku ini jadi gabra bila berbual dengan orang tua.

"Haa ahh! siap berbuah pokok bunga ini, Mie pun tak perasan; pokok pudin ini pula si Kasim yang kasi suruh Mie tanam..." pokok bunga yang berbuah ini seiras pokok bunga yang ditanam di pusara Yai & Nyaie di Meru. Pokok pudin & pokok bunga berbuah ini tumbuh subur meredupkan pusara apak.

Aku membuang sampah & dedaun kering di pusara emak & apak; sambil sedekahkan al-Fatihah.

"Kalau ada Mila & anak-anak boleh baca Yasin bersama di kubur ni, mereka tu lancar bacaannya; aku ni Kak Nomie sekadar boleh ikut orang baca sahaja...!" aku bercakap sendirian, Kak Nomie dengar tak dengar sahaja.

Teringat ketika usiaku di sekolah rendah, aku adalah yang tercepat dapat baca al-Quran setelah habis Jahama; masa tu kami mengaji dengan Wan Bidah seramai bertiga; aku, Kak Nomie & Tahiah; Tahiah jika tak silapku sekarang dah jadi ustazah.

"iDAN ni terang hatinya! cepat lancar bacaannya!" aku dengar Wan Bidah berbual dengan orang kampung. Tapi sayang tak habis katam al-Quran aku sekolah orang putih di Ipoh; tak pegang al-Quran bertahun; Top-top boleh hilang terang hati; boleh merangkak bacaannya.

Memang ini adalah nur dari Allah SWT; hanya berhak kepada siapa yang Dia mahu kasi rahmat. Cuma aku masih kenal huruf alat ba ta; jika mengikut majlis tahlil aku boleh membaca bersama jemaah. Kena giat belajar semula. Di internet banyak situs (laman sesawang) secara beraudio untuk kita melancarkan bacaan al-Quran kita. Mahu tak mahu sahaja belajar!.

Anak-anakku beruntung amat dapat Mak Guru ibunya Mila. Mila yang mengajar bacaan al-Quran kepada semua empat orang terunanya sampai pandai. Hasilnya semua cahayamata ku memang lancar baca al-Quran siap sentiasa bertadarus di bulan Ramadan.

Jika ke Kubur Pedas; memang dua kelaziman aku ke sana; pertama bersihkan pusara arwah apak, emak & Wan Bi; kedua membersih pusara kakak & dua abang kandungku yang meninggal ketika kecil. Dua kelompok pusara ini berjauhan. Selebihnya jika sempat aku akan bersihkan kubur atuk arwah Abd Rahman.

"Kak Nomie ingat tak mana kubur atuk Abd Rahman!? seingat aku batu nisannya tajam & tinggi begini!"

"Ish! kubur ini berlubanglah iDAN, kubur siapa ni iyer iDAN?" aku nampak memang dalam lubang kuburnya, aku diam sahaja tak jawab pertanyaan Kak Nomie. Orang tua kata kalau kubur tu berlubang petanda warisnya ada yang bakal meninggal dunia. Cuma kepercayaan.

Aku lihat Abg Ali sudah gelisah nak balik; kakinya memang tak kuat untuk berdiri atau duduk lama. Dua lututnya ada masalah. Nhadia, Nurul & Art ada dalam Avanza; sengaja aku parkir jauh dari kawasan kubur mengadap jalan raya. Keliling kawasan Tanah Perkuburan Pedas, Kg Changkat Tualang adalah tapak lombong. Telah jadi padang jarak padang tekukur; tak hutan banat bagai dulu. Aku pernah berbual dengan si Desa orang Kg Redang Sawa; dia yang memotong (menoreh) getah di atas tanah perkuburan ini memang sering diganggu pelbagai makhluk halus; pelbagai hantu langsuir atau pelbagai bunyi ratib & sebagainya. Itu ceritera dedulu. Kenapa namanya Kubur Pedas? ini kena buka sejarah lama; mungkin orang tetua Kg ChangkatTualang tahu kut!.

"Kita lupa bawa bunga atau hirisan daun pandan untuk harumkan kubur emak apak kitalah Kak Nomie!"

"Mie pun terlupa!... ini siapa yang susun batu bata ini iDAN" dia lihat keliling kubur abang-abangku & kakak ada aku susun batu bata.

"Aku yang susun, kalau jumpa orang buang batu bata di kubur selalunya aku kutip; semak sangat kubur ni; kalau kita ada modal boleh kita buat binaan!" aku mencabut pokok yang berduri & nampak semak amat pusara tiga ini, abang-abang & kakakku. Kalau mereka ini ada pastinya meriah keluarga Md Sesh. Silap-silap abangku yang ini otak fikirannya macam aku; sayang amat akan harta pusaka. Bukan asyik fikir duit; nak jual sahaja.

"Benarkah agaknya Kak Nomie; bayi yang meninggal sewaktu kecil akan menjadi Pelayan di Syurga?" aku bertanya tanpa mendapat jawapan. Kami terpaksa beredar cepat sebab dah hampir nak Maghrib. Nurul puasa enam hari ini; dia nak berbuka apa?. Kasihan Nurul.

"Kubur Opah Bi ni Kak Nomie patutnya jangan bina macam ni; agak tinggi ni!; batu kerikil tajam ini sekadar mengelakkan rumput tumbuh; lebih baik ditaburi batu sungai!.."

"Entahlah iDAN, tapi Mie memang sedih amat tenguk kubur apak tu; dia yang banyak berkorban untuk keluarga; malahan rumahnya pun orang luar yang tinggal. Apalah salahnya kalau datang ziarah kubur Mak Bi tu bersihkan sikit kubur apak tu!; nampak sangat mereka ni..." aku tahu apak dengar sugutan Kak Nomie; aku tahu emak pun tahu siapa mereka ini; kaum kerabat & semua ahli kubur pun dengar!. Tak baik bersungut di atas kubur kan?.

"Biarlah Kak Nomie; kalau nanti kita ada tempat bertanggak di kampung perkara ini takkan berlaku!"

"Habis tu rumah kedai tu macam mana, Mie ingat Pakcik Nan pernah jumpa Mie masa hari raya; berselisih dia nak ke Simpang (Kota Bharu) sempat berbual kejap; dia menangis tenguk kami sekeluarga tak ada tempat bertanggak; dia sibuk ajak ke rumah!" alahai waris Md Sesh merempat di kampung sendiri; kami ada dua buah rumah pusaka di kampung kami; satu di tanah pusaka emak tinggal; satu lagi di rumah pusaka Wan Bi (rumah kedai). Rumah Pusaka kami yang arwah emak tinggal habis dibedal anak Taharin; selagi si Bai ni jadi penagih memang tak akan selamat rumah kami.

"Selalunya kalau Mie balik ke kampung jika nak rehat hanya di masjid; kalau Yong Yah (bekas isteri Yot abang yang sulung) ada di kampung sempatlah kami singgah kejap!" kak Nomie tak rapat dengan Rahman yang menjaga rumah Wan Bi@rumah kedai. Salah satu masalah mungkin berkait dengan Peti Besi Gajah Hijau. Lagipun sering hari minggu atau cuti rumah kedai ini tutup; isterinya Rahman sering balik rumah keluarga pada hari minggu. Rahman pula memang sibuk dengan agenda politiknya pun dia sering kerja ketika cuti; kerjanya memang tak menentu masa.

Aku & keluarga Rahman tak ada masalah. Aku malas persoalkan masalah peti besi & semua bil yang tak sampai ke tangan kami. Tak boleh nak menuding siapa sebab tak tahu kisah sebenarnya; mungkin sejak dari Wan Bi masih hidup lagi perkara ini tak diambil serius. Hilang barang kemas, geran, kitab lama, duit & sebagainya memang terjadi ketika pemergian Wan Bi tak tahu siapa yang punya angkara. Siapa dalangnya. Siapa yang pakar bukan kunci kebal ini?. Kalau pasang perisik pun, dapat tahu siapa; sanggupkah nak penjarakan orang kampung.

Ini kerja Tuhan!. Yang pasti geran Lot 6336 cuba google di situs; satu alam dah tahu masalahnya. Aku dapat bayangkan tak lama lagi aku akan ke Ipoh akan mencari status sebenarnya 6336 ini. Aku ujud apa yang aku uar-uarkan. Hamidah Saad telah pun melihat putik kelapa sawit pun berputik di Tanah Pusaka Md Sesh ini. Roh Md Sesh memang gelisah melihat undang-undang manusia ini. Semalam hampir dua jam kami mengadap Penolong Pegawai Daerah di Pej. Daerah & Tanah Galian. Mereka dengan akta mereka. Dia kata kalau memang kena lelong; apa ada hak kami lagi. Biar pun masa itu nilai cukai tertunggak tak sampai pun RM5,000 kami hilang tanah lebih dari 5 ekar; itu akta & hak mereka. Persetan masalah kami (buruk bunyi ayatnya).

"Kenapa tak bayar cukai; kenapa tak faham apa itu akta tanah yang dipinda pada tahun 1960an; kenapa tak ambil tahu tanah tu terbiar!; kami ada akta kami ada kerajaan kami ada undang-undang... kami buat kerja kami ikut undang-undang & akta kami..." (ini ayat akulah) bukan ayat Penolong Pegawai Daerah Kampar.

Itu mungkin ayat yang lahir dari telahan orang kampung terhadap Pejabat Tanah. Aku pula lebih kepada isu akta tanah tadi; adilkah; mana waran lelongnya kami waris terdekat tak pun tahu; susahkan nak cari alamat atau Perawis Sesh yang terdekat!... susah ke bertanya orang kampung. Nak buat apa dilambakkan surat atau bil ke waris TIRI kami yang sah nampak dot dot dot . Cubalah kena pada hidung sendiri tetiba tanah pusaka nenek moyang yang diberikan sejak tahun 190oan lagi tetiba nak dijejak DIHAMBAT anjing-anjing garang hampit sepuluh ekor; telah dipagar & diteroka orang!. Masalahnya maklumat atau segala isu kami waris terdekat tak tahu apa pun!.

Memang Pej. Tanah tak buat kerja itu; tapi cer fikirkan siapa yang diamanahkan menjaga tanah tapi tidak amanah!. Mungkin; tak dinafikan ada kalangan waris Md Sesh terlibat sama; kami anak darah dari darah daging Md Sesh tak tahu; yang meninggal cuma Abg Din (diakah yang diam-diam jual tanah) kalau lelong mana dokumen lelongannya?. Atau senyap-senyap arwah Md Sesh yang jual tanah; emm! pawang mana nak kita upah suruh arwah apa bercakap di Kubur Pedas.

"Abg Ali cuba fikirkan; masalah ini remeh amat, bila kita dah kasi Nombor Lot & sah memang Nombor Lot & tanah milik kita telah si Hamidah Saad yang empunya terkini; pejabat tanah tahu sejarah tanah tu... kenapa kita pula yang terhegeh-hegeh nak ke Ipoh pula; semua itu bukannya percuma Abg Ali."

"Masalah duitlah iDAN!"

"Memanglah masalah duit, takkan nak buat kerja secara percuma; habis tu kita ni banyak duitkah?, tiga tahun lalu nak tahu status tanah persendirian tu RM20 (sekarang mungkin naik).. bayangkan kita kini berhadapan dengan tak kurang 5 atau 6 geran@lot yang samar-samar statusnya; tak tahu lagi cukai tertunggaknya!" aku terbayang akan jalur lebar yang makin berkembang; aku terbayang tanah di Negeri Sembilan yang boleh diklik secara langsung; setiap Lot Tanah tahu siapa pemiliknya. Setiap Lot satu Negeri Sembilan.

Dulu pun aku rajin tembak nombor Lot Terkini tanah di Mukim Teja yang amat kalut ini; dulu tahu nama pemilik setiap Lot. Bila aku tembak Nombor Lot atau Geran Baru; mak datuk ramai amat bangsa asing umur muda-muda dapat Tanah berstatus Tanah Geran! bukan Pajakan Negeri. Luas-luas belaka. Sekarang semua itu jadi rahsia Pejabat Tanah. Nak tahu status kena bayar duit!. Orang kampungku yang miskin & naif ada ke duit!. Baru semalam aku jumpa Wan Meah orang lama kampungku; dia pun berceritera sama apa yang keluarga Md Sesh alami. Ini isu yang amat rumit.

Tangkapan kita terhadap Pejabat Tanah Negeri ini kena dibetulkan. Tak baik menuduh ada sikap tak amanah kalangan staf di sana. Keujudan Pejabat Tanah adalah untuk membantu agar tanah di bumi kita ini tidak dijajah sewenang-wenangnya. Apa yang kita risau tentang tanah Rizab Melayu ini; mereka juga seperti kita risau akan berlaku penyelewengan.

Kena ada ukhuwah & kesepakatan antara pemilik tanah juga Pejabat Tanah; perlulah diingat kita datang Pejabat Tanah untuk meminta bantuan bukan datang untuk bergaduh. Sebaiknya antara pelanggan & jabatan yang bertanggungjawab ada nilai hormat serta berindak cara beretika. Tak dinafikan ada kalangan staf di Pejabat Tanah ada ketikanya silap cara menterjemah akta atau peraturan sedia ada terhadap pelanggan. Begitu juga pemilik tanah yang haknya tergugat amat payah mengawal diri. Perkara ini perlu dibaiki.

Maka macam kes semalam tidaklah sampai kami sekeluarga melilau mencari air minuman bilamana bermesyurat sampai hampir 2 jam tak barang segelas air kosong untuk berhujah. Sedangkan di ruang legar sana dah terbangun tenda untuk menanti Pak Menteri; jauh amat bedanya menyambut orang awam kampungan dengan Pak Menteri.Kena ada ukhuwah & kesepakatan antara pemilik tanah juga Pejabat Tanah; perlulah diingat kita datang Pejabat Tanah untuk meminta bantuan bukan datang untuk bergaduh. Sebaiknya antara pelanggan & jabatan yang bertanggungjawab ada nilai hormat serta berindak cara beretika. Tak dinafikan ada kalangan staf di Pejabat Tanah ada ketikanya silap cara menterjemah akta atau peraturan sedia ada terhadap pelanggan. Begitu juga pemilik tanah yang haknya tergugat amat payah mengawal diri. Perkara ini perlu dibaiki.
Maka macam kes semalam tidaklah sampai kami sekeluarga melilau mencari air minuman sebaik mesyuarat habis; bayangkanlah bilamana bermesyurat sampai hampir 2 jam tak ada barang segelas air kosong untuk berhujah. Sedangkan di ruang legar sana dah terbangun tenda untuk menanti Pak Menteri; jauh amat bedanya menyambut orang awam kampungan hadir ke bilik mesyuarat dengan Pak Menteri.
-bersambung!.

10 Julai 2011

Anak Muda tak minat Politik


"Dah daftar untuk mengundi Afiz"

"Kat mana nak daftar tu ayah!"

"Dalam internet pun ada kut!" aku baru menyemaknya, huh! satu kelemahan kena pergi ke pejabatnya di Shah Alam; dalam dunia yang canggih masih ada ketidaktelusannya SPR ini.

http://www.spr.gov.my/index_files/hubungi_kami/hubungi.asp

Selalunya jika ada majlis ceramah atau apa jua himpunan politik ada meja daftar pengundi ini.

Maka itu anak muda tak ramai minat berpolitik, jiwa mereka masih terumbang ambing dalam mencari suasana mencari kerja. Apatah lagi penyata hutang PTPTN telah datang ke rumah. Belum pun dapat kerja hutang telah keliling pinggang. Apatah lagi jika ditanya fahaman politik mereka sungguh tak semua ambil tahu. Malahan ketika mengundi pun jiwa mereka entah ada entah tidak kesedaran.

Media arus perdana terusan menjaja dasar kerajaan yang indah bunyinya. Namun hakikat kehidupan belum tentu golongan muda ini akan dapat hdup sendiri; secara keseluruhannya mereka masih bergantung kepada ibu bapa. Mereka bukan anak jati kerajaan apatah lagi jika belajar di IPTS atau kolej swasta. PTPTN tidak sama dengan biasiswa apatah lagi dalam masa terdekat ini mereka yang gagal mendapat CGPA yang baik PTPTN akan ditarik balik.

Hidup terkaparlah mereka, tanpa keluarga entah ke manalah arah pembelajaran mereka. Sebab itu negara maju membolehkan rakyatnya belajar secara percuma. Ini amat perlu difikirkan oleh kerajaan. Tanpa warganegara yang bijak apalah yang ada sebagai aset buat negara.

30 Mac 2011

MB: Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco



Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

- Bernama

Pemuda PAS dakwa Zambry teruskan amalan syirik Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kecewa dengan tindakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang didakwanya masih meneruskan amalan perbuatan khurafat dan syirik ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong dua minggu lalu.

Dalam majlis perasmian itu, Dr Zamri didakwa telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya. DUN Manong terletak dalam kawasan parlimen Kuala Kangsar.

Ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan mendakwa upacara tersebut adalah amalan yang diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".

"Upacara meletakkan tiang seri – tiang tengah rumah – dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu adalah amalan karut seperti mahu menjadi rumah itu aman… Kita (orang Islam) hanya diminta untuk bergantung kepada Allah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini

Zawawi memberitahu demikian ketika ditanya mengenai langkah dewan itu menghantar memorandum bantahan mereka kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pada 22 Oktober lalu berhubung perkara itu.

Katanya, dewan itu hari ini turut menghantar bantahan yang sama kepada kesemua mufti di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, meminta penjelasan mengikut hukum Islam berhubung perkara ini.

Zawawi berharap para mufti dapat mengeluarkan ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam tidak terkeliru.

Menurutnya, gambar dan rakaman video ucapara tersebut boleh dilayari dalam lamanweb mereka dan Youtube.

Zawawi berkata, rombongan 15 orang anggota Pemuda PAS Perak menemui Harussani pada 22 Oktober lalu untuk menyampaikan memorandum bantahan tersebut.

Dalam pertemuan di pejabat tokoh agama itu, katanya, Pemuda PAS meminta Harussani menegur atau mengeluarkan fatwa terhadap tindakan Zambry itu.

Zawawi mendakwa Mufti Perak itu menyatakan rasa kecewanya terhadap tindakan Zambry itu dan berjanji akan menegurnya.

iDAN: Tak dapat dinafikan sejak berzaman kita masih terikat dengan adat resam turun temurun tanpa kita sedari amalan yang kita lakukan adalah salah di sisi agama & boleh membawa kita berlaku syirik atau menyekutukan Allah SWT.

Ada beberapa kemungkinan antaranya sekadar mengikut adat resam lama terkadang nak jaga hati orang tua umpamanya pun sementelah tiada yang menegur akan kesalahan ini.

Isunya sama, kenapa kita pasang lilin di kek hari jadi; siap menyanyi lagi, pun kenapa kita berinai pun bersanding semata-mata nak rasa kemeriahan. Kemeriahan ini pula akan menjadi ianya menunjuk-nunjuk & boleh jatuh riak dan pelbagai tanggapan.

Ish! kita buat juga!.

Tarian poco-poco haram?

Sinar Harian

Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib.

Barangkali ramai peminat tarian poco-poco di negara ini terkejut apabila mengetahui tarian yang berasal dari negara seberang ini adalah haram. Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian. Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus.

Namun dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2011 lalu memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan. Surat berkenaan ditandatangani Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan.

Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib. Sinar Harian cuba mendapatkan komen atau pendapat daripada tokoh agama berkenaan pengharaman tarian poco-poco ini.