iDAN

02 April 2010

300

Sedar tak sedar Pengikut blog ini telah pun ke 300 lebih pengunjungnya.
Terima Kasih atas sokongan anda, agar kita menjadi rakan pemblog & saudara seagama pun serumpun yang erat ukhuwahnya!.


Mimpi Ngeri (Singgahsana)

Pernahkah anda tidak boleh tidur, asyik diganggu igauan semalam atau mimpi buruk. Punca kita diganggu mimpi buruk sering berlaku lantaran gangguan fikiran ketika siang hari.

Ada juga kalangan kita tidak boleh terlalu kenyang ketika mahu tidur. Tidur dalam keadaan kekenyangan juga boleh membawa mimpi buruk.

Ada juga asyik diganggu mimpi buruk lantaran tertidur tanpa solat Isyak. Maka itu orang tua sering berpesan; basuh kaki dulu sebelum tidur. Yang lebih baik adalah ambil air sembahyang. Berwuduk sebenarnya akan menyucikan diri. Lahiriah & batiniah.

Minda atau fikiran yang tenang sebenarnya salah satu keutamaan untuk kita mudah mendapat tidur yang nyenyak. Jika punyai fikiran yang tenang bilamana terjaga dari tidur pun tidak akan menjadi penyebab kita terkebil-kebil sukar lena kembali. Fikiran yang terlampau berkecamuk akan membuatkan mata kita segar bugar. Seperkara lagi cubalah menyelesaikan masalah yang ada dengan cara semampunya.

Jelas dalam agama kita juga menyebut banyak hutang juga boleh membuatkan kita suka tidur. Keadaan seharian tidak stabil, tuntutan ekonomi yang semakin tinggi & sukar kita menjalani hidup yang tenang. Zaman sekarang mana ada kita yang tidak berhutang, sedangkan anak-anak kita belum berkerja pun hutang PTPTN telah membuatkan langkahan mereka terhalang. Maksudnya jika tidak dilunaskan nak ke luar negara pun tak boleh.

Ada juga yang berpendapat, banyakkan ibadah untuk ketenangan jiwa, buat aktiviti lasak, baca bahan membosankan, makan bahan yang tidak merangsangkan minda, tukarkan keselesaan tempat tidur, jika punyai pasangan pasti pasangan membantu masalah anda, buat kerja rumah yang membosankan & bermacam lagi petua serta cadangan hingga ke arah telan ubat tidur. Selesaikah?.

Ada beberapa lagi masalah dalaman, dalam diri ini sebenarnya membuatkan aku semakin sukar untuk tidur & asyik mimpi buruk atau igauan ngeri.

Ini yang berlaku dalam seminggu dua ini, bila kurang tidur mana mungkin fikiran jadi tenang & ilham lancar mengalir. Aku banyak lari ke FaceBook berleka dengan menu di sana. Maka aku berharap sangat ada yang boleh membantu agar aku kembali tenang!.