Setengah alim ulama berkata:
Syurga itu ada lapan;
Pertama daripada mutiara putih bagi hamba-Nya yang bertaubat.
Kedua, syurga Asalam daripada yakut merah untuk para hamba-Nya yang sabar.
Ketiga, syurga Al-Ma’wa daripada zabarjad hijau bagi para hamba-Nya yang takut kepada Allah.
Keempat,
syurga Al-Kuldi daripada pualam merah. Ada riwayat lain menyatakan
bahawa syurga itu daripada emas merah untuk para hambanya yang bertakwa.
Kelima syurga An-Naim daripada perak putih untuk para hamba yang kasih sayang ke pada-Nya.
Keenam syurga Firdaus daripada emas merah untuk hamba-Nya yang redha pada takdir.
Ketujuh pula ialah syurga darul Qarar daripada Kasturi yang sangat harum untuk para hambanya yang kasih pada Tuhan-Nya.
Kelapan,
syurga Aden daripada mutiara putih untuk hamba-Nya yang kasih sayang. Ia
merupakan syurga yang tertinggi di bawah Arasy yang Maha Penyayang.
Rasa nikmat belum pernah di rasai oleh pancaindera manusia.

Allah swt menjadikan tujuh lapis neraka pada hari Ahad yang di beri nama ;
Pertama, Jahanam untuk dimasukkan umat Nabi Muhammad saw yang berdosa,
Kedua, bernama Sair untuk orang-orang Yahudi dan Nasrani,
Ketiga, bernama Saqar untuk orang-orang Yahudi,
Keempat bernama Muhim untuk orang-orang yang sombong,
Kelima bernama Huthamah bagi orang-orang yang jahat, pemarah dan ganas, zalim dan khianat.
Keenam bernama Lazha untuk dimasukkan orang-orang yang mengaku dirinya sebagai Tuhan.
Ketujuh
bernama Hawiah untuk orang-orang pemuja berhala. Neraka ini tempatnya
paling bawah di dasar neraka dan merupakan tempat siksaan yang paling
pedih.