Sahabatku:
Ala berbahas ni bagus untuk muka minda; hari tu bukankah kerajaan dah setuju minima pencen penjawat awam RM2000 ke RM3000 (telah dimansuhkan) nahaslah rakanku yang pencennya sekitar RM1000 naik RM20 sahaja bagaimana mereka nak hidup di kota mencabar di desa terpencil. Jika dinaikkan bermakna ada yang akan bersara sekitar sebulan dua lagi dapat pencen RM2000. baguslah memang itu hak pekerja demi mengenang jasa mereka. Yang sedih adalah jirannya yang bersara tak dapat skim baru tu. Skim lama SSB/SSM memang nazak. Sedih satu hal jika harga barangan tak dikawal harganya; nahas dia sahabatku; dengan pencen RM500 bayangkan betapa sukar mereka nak hidup di usia tua ini. Kita kena beri hak orang ini sebab dia memang telah tua belaka. Jika ada anak-anaknya yang mengenang jasa itu tak kisah. Memang bolah kita abaikan. Tapi sahabatku kena faham zaman sekarang anak-anak kita belum kerja dah bertempek hutangnya. Sudah dasar kerajaan kita menuntut ilmu itu perlukan pinjaman yang banyak. Berbeda dengan negara maji di Jerman atau Jepun atau di Arab saudi.
Dalam e-mel JPM kepadaku perkara ini dalam perhatian mereka; tadi pun masa aku berbual dengan rakan kerja; masih ada pesara penjawat awam yang bergaji rendah pencen bawah RM1000; kasihan mereka ini katanya menerima pencen RM500. Kemungkinan mereka ini lambat masuk kerja ke sektor awam. Mungkin sebelum itu buruh di swasta atau pekerja kilang.
Tak silapku bukan staf sektor awam saja; ramai staf swasta sebagai contoh Pos Malaysia; Posmen contohnya masih amat sedikit KWSPnya menjelang bersara. Posmen yang lama mungkin ada pencen sedikit Poemen yang baru memang tiada. Seperti abgku si Yot dia dapat pencen memang sekitar RM500 sahaja. Bila beralih kepada swasta Pos Malaysia bukan banyak mana pun KWSP mereka. Yot tu tolak hutang rumah itu ini tak sampai setengah tahun habis semua. Jika pencen yang ada sekadar RM500 KWSP pula habis belaka. Bayangkan bagaimana nak hidup; itu lisah pencen seorang kerani Pos.
Bila rakan kita kata kena kerja sendiri; berdikari. Kena ingat kerja sendiri pun zakat kena kasi; jika berniaga cukai pendapatan kena lunaskan. Habis tu duit tu ke mana?. Semua berlonggok di Baitulmal atau kerajaan kita. Siapa lagi nak bantu orang susah ini jika tidak kerajaan atau pihak berwajib Baitulmal. Kita yang berada ada hak bagi orang miskin. Zakat tentunya. Kerajaan tu kutip cukai semua; baitulmal pula kutip zakat.
Sahabatku tenguk mereka betapa muncah ini berbelanja. Aku pernah tegur tak baik beli bas mewah untuk apa? Jika masih ramai orang miskin tegar di Malaysia yang tersiar di saluran TV3 Bersamamu. Baitulmal jangan bermewah. Baitulmal hanya lojik beli pajero untuk ke perdalaman nak kasi bantuan beras atau duit zakat. Ini beli bas mewah macam nak melancong buat apa. Nak bawa anak yatim makan-makan mungkin itu alasannya: terpulanglah.
Baik staf swasta atau pesara penjawat awam mana yang masih di taraf miskin tegar kita kena bantu. Sebab mereka semua pembayar cukai. Tak ada siapa boleh lari membayar cukai di Malaysia ini. Itulah peranan kerajaan.
samalah dalam fasal ubat-ubatan di hospital kena diperbetulkan dipertinggikan mutunya. Kenapa ada pula kelas satu dan dua. Golongan elite lain layanannya orang susah tambah sukar mendapat layanan istimewa di hospital awam. Aku pernah menderita sakit buah pinggang setahun setengah berulang ke hospital itu cuma nak dapat Ultrasound tempat orang mengandung tu. Rakan sekerja sakit yang sama dua minggu sahaja selesai urusannya... siap dibuang batu karang atau apa jua dalam buah pinggangnya; sebab layanannya adalah Kelas Pertama (Pensyarah). Perkara begini memang aku tak setuju. Kebajikan rakyat jangan dikelaskan. Agong menteri itu bab lain.