iDAN

02 Disember 2011

Hati Penyair iDANRADZi membengkak

Jarang orang tua sepertiku kena marah. Baru kejap tadi Dr Suhyna marah tanpa memandang wajah machoku. Sungguh marah. Sungguh beradang. Kamarnya No. 4 bagaikan bergegar. Aku jadi manusia panik. Jarang kena marah maka tergamam amat.

"Dah lama tak makan ubat ni, berapa hari ni?" dia menyergahku sambil membelik-belik data di komputer.

"Ubat lama masih banyak berbaki! saya makan ubat lama sahaja" jawaban aku mesti tambah meradangkan dia.

"Ini nampak ni dua tahun lalu hati awak membengkak, sakit kronik awak bukannya boleh dipandang mudah. Ini kolestrol ini tinggi; glukos sampai bacaan 11, yang ini bulan 3 ujian terapi darah awak; masih tak jauh bedanya kurang sedikit sahaja!"

Muka aku berubah, doktor yang lain tak katakan pun demikian. Marah & meradang Dr Suhyna tanda dia doktor yang amat prihatin. Amat risau akan perkembangan kesihatanku.

"Nampak ni kolestrol masih tinggi...!" memang benar aku perasan masalah itu, tapi fikirku kes lama.

Dalam hatiku berkata, siapa tak mahu sakit ini pulih segera, siapa tak mahu jadi orang normal semula.

"Ubat yang awak makan sekadar dapat menghalang implikasi sakit awak tu tak merebah, jika bacaan ujian darah sebegini; jantung awak akan menjadi kesan. buah pinggang awak boleh rosak!"

"Saya boleh kasi awak ubat untuk sebulan sahaja, bulan hadapan awak kena datang buat ujian darah"

Bila aku lihat dia mula reda marahnya. Aku mula beranikan diri untuk mengulas segala. Bukan aku sengaja datang hari Sabtu. Salah satu sebab remeh adalah kenderaan. Kapcai meragam tapi masalah ini boleh jika minta tolong Mila hantar atau dia menumpang kawan. Aku boleh guna Avanza; atau pun boleh suruh Afiz hantarkan ke klinik. Rasanya lebih kepada rasa bagaikan terpinggir setelah tiada perhatian serius doktor. Ada ketikanya ketemu untuk buat ujian terapi darah tapi doktornya asyik sibuk & terpaksa bertukar lain.

Sejak kebelakang ini telah pelbagai doktor yang merawat aku. Buku rawatan pun tak diconteng untuk menetapkan temujanjiku. Bab temujanji aku tak kisah sangat; aku sendiri boleh tetapkan agar te[at waktunya aku boleh mengadap doktor. Tapi ubat yang aku makan, tak menyelesaikan masalah. Lagi ku makan lagi sakitku melanda sampaikan aku tak cergasa bangun pagi. Sampai segala sendiku ditariknya. Sebab itu aku beralih kepada ubatan herba; lebih ringan rasa badanku.

Buktinya aku kurangkan makan ubatan yang diberikan aku lebih makan pelbagai ramuan herba; nah tenguk tekanan darahku masih bagai setahun dua dulu. Bermakna ubatan yang diberikan sekadar menahan sakit tidak meredakan sakit. Ramuan herba pun dapat mengimbangi sakit ini.

"Kenapa ubat ini kena makan sampai dua kali; sekali makan sampai 3 biji" tetiba doktor terkejut tenguk rekod ubatan yang aku makan. Aku diam saja.

"Saya hentikan makan ubat ini; makan 4 jenis ubat sahaja" pesakit seperti aku menurut sahaja.

Sebenarnya aku memang perasan lagi aku makan ubat yang doktor persoalkan memang aku rasa tak kena. Rasa haus & rasa tambah berat nak bangun pagi. Rasanya telah lebih dari 3 bulan aku makan ubat itu. Cumanya hatiku memang waswas & kekadang aku tak makan nak tenguk kesannya. Memang terbukti aku telah diberikan ubat yang salah dosnya.

Beginilah nasib pesakit kronik; aku masih berhutang budi kepada Dr Imah; dialah doktor paling bagus & sentiasa prihatin.

"Tak apalah lain kali awak pilih doktor mana satu yanag awak suka; saya atau Dr Dr. Faridah atau Dr Dr. Aditya Adawiah" ada beberapa kata-kata Dr Suhyna yang terpaksa aku rahsiakan demi menjaga reputasi PKupm.

Kini telah masuk tahun ke lima aku menjadi pesakit kronik; Sejak tahun 2006 lagi aku keluar masuk Wad Kecemasan. Aku tak pernah putus asa dalam mengharungi kesakitan ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa derita seorang pesakit sepertiku. Banyak aku terpaksa rahsiakan dari keluarga yang tidak pernah pun tahu erti sokongan serta memberikan kekuatan semangat; malahan aku yang cuba melarikan diri dari stres nampaknya terusan berhadapan dengan stres yang berpanjangan. Aku terpaksa memujuk hati sendiri agar berjiwa cekal & tabah. Ajal & maut aku yakin di tangan tuhan, aku telah berusaha sebaiknya agar diri ini tidak cepat tewas. Esok bagiku tak pernah menjanjikan apa-apa sementelah usia aku pun semakin senja.

Buaya Liar mencari mangsa di Kajang

Apakah gambar disunting atau memang buaya 50% 50%
Gempak!
Anak buaya sesat ditemui dalam longkang
KAJANG: Menggemparkan apabila sekumpulan murid yang menghadiri kelas tuisyen di Sekolah Kebangsaan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, dekat sini terkejut selepas menemui seekor anak buaya sepanjang kira-kira satu meter di dalam longkang sekolah itu, petang semalam. Menyedari kehadiran reptilia itu, pengawal keselamatan berusia 25 tahun yang bertugas ketika itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Putrajaya kerana bimbang keselamatan murid yang masih berada di sekolah itu. Ketua Operasi JPAM Putrajaya, Koperal Hafizan Azmi berkata, anak buaya itu dipercayai tersesat dari Sungai Kuala Langat yang terletak berhampiran sekolah itu. Menurutnya, sepasukan anggota jabatan itu yang bergegas ke tempat kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang menghadapi kesukaran mengeluarkan reptilia itu dari dalam longkang.
Deretan pokok itu adalah longkang besar bak sungai yang bersatu dengan Sungai Langat.
“Kami mengambil masa hampir empat jam untuk menjerut leher anak buaya itu berikutan keadaan longkang yang agak sempit,” katanya. Hafizan berkata, salah seorang daripada anggotanya yang berbadan kecil terpaksa masuk ke dalam longkang itu untuk menjerut leher buaya berkenaan. iDAN: Jika nun jauh dari Sungai Langat sah ada buaya; apatah lagi Kajang yang ada longkang besar sebelah Pasar Besar Kajang itu bertemu airnya yang hanyir sebelah Aked Mara Kajang; bagaimana nak sekat buaya ini mencari mangsa di bandar Kajang. Alahai boleh buat filem seram ni!.
Longkang besar ini akan bertemu Sungai Langat yang memang banyak buaya.
Bayangkan semasa ini dia sempat memerangkap mangsanya. Mak Datok di darat pun tak selamat kini. Jika ada anak buaya mesti ada emak & apak bauaya. Ini sejarah memancing di Sungai Langat.. Idan Radzi dulu paksu rajin menjala ikan pun memancing udang di Sungai Langat; mmg kalau sungai banyak udang selalunya ada buaya. Pernah sekali tu rakan abg lari lingtang pukang naik ke tebing sebab bolehkan terpijak buaya timbul, ingatkan ianya batang kayu hanyut... Idan Radzi ( gambar atas sekali) ...yg ini mmg tak pasti buaya tapi bukan mustahil buaya ini akan sesat di bandar... dia datang sebab ada bau busuk dari pasar tu tentunya... gambar ini diambil jarak dari Pasar Besar Kajang tak sampai 100 meter...
Kalau banyak ini buaya menyerang Kajang; moh! kita perangkap boleh makan Sate Buayalah kita. he3
Hai awak! Tgk berita tak td? Metro Kajang masuk berita wooo. Kenapa? Sbb banjir. Kajang mmg selalu la gak banjir, tp tkdela teruk mcm hari ni, sampai masuk ke dlm Metro Kajang semua. Tu yg ada sesetengah warga muda kat Kajang ni yg were like "o em ji kajang banjir! tak penah2 pun banjir" etc.
Kat Facebook mmg semua dok buat berita terkini sendiri la. Lepas sorang update pasal banjir, dtg lg yg lain update pasal banjir jugak. *cough* Aku pun tak terkecuali ye. Hmm, ada la bbrp kenalan aku yg terperangkap kat dlm Metro Kajang la, kat Pasar Kajang la. Dgr cerita ada buaya, tp tktau la betul ke tak.
Alhamdulillah, Saujana Impian tak banjir. Mama kata kalau SI banjir, habislah satu Kajang banjir. Sg. Kantan confirm tenggelam kalau mcm tu. Then kena tidur kat SMKSI LOL! Okay enough.
Nnt bila banjir dah surut, jom gi jalan2 gi Kajang. Barang2 mesti murah kan kan. Ooooh Cziplee bg diskaun tak?
Hahaha okay, anak2 muda Kajang ni mmg kecoh ye. Almaklumlah, bukan selalu boleh tgk kereta tenggelam. Siap ada yg naik sampan lg tu. Oh, excuse my excitement sbb bangga jd penduduk Kajang yg tiba2 famous hari ni. Siap duduk siap2 kat dpn tv nak tgk berita *tak penah2 ok* That's all for now, babai awak! ps : doa banjir cepat surut :) Dari Blog: http://directorayesha.blogspot.com/ Saja nak puaskan hati selepas aku balik berjumpa Amid di Sungai Chua aku pusing-pusing Kajang... tenguk kawasan yang kena banjir staf McD maih mengemas testoran mereka; mesti air masuk ke restoran mereka; banyak kedai dah tutup dah jam 12:30 malam. Staf KFC pun sama sedang membersihkan restoran mereka. Aku nak pastikan ada tak pengadang jalan tempat gambar diambil. Sah tak ada pengadang jalan dikatakan mungkin pengadang tu yang dianggap buaya; setahuku kawasan tu mana ada hutan yang menyimpan batang kayu sepanjang itu. Ku ianya hanyut takkan ianya boleh menentang arus. Yang mengambil gambar ini mungkinkah tak sempat ambil dua tiga keping gambar, air keruh & buaya tu menyelam mungkin. Jika sempat ambil dua tiga gambar boleh juga kita sahkan ianya benar-benar buaya. Dalam siasatan aku melalui Adobe nampak macam gambar asli tak ada tanda contengan atau gambar bertindih.