iDAN

22 Julai 2009

Mana nak jumpa sejernih ini (Santai)

Di mana sungai ini iyer!
Nampak airnya jernih amat, apa nak jadi air di Sungai Langat.
Seharian merentas bandar Kajang nampak amat sungainya semakin tenat... sakit mata.
Sungai kita di Malaysia banyak yang makin tercemar.
Samalah sungai di kampungku Sungai Kinta, tercemar teruk.

Sungai Bil (Santai)


Deruan air Terjun Sungai Bil mendamaikan, pernahkah anda sampai di sini?

Aku dua tiga kali kot! sampai di sini.

Siapa yang sering ke utara ikut jalan lama pasti perasan Sungai Bil ini di mana.













Jeram ini masih tidak tercemar, kejernihan airnya masih terserlah. Agar sungai ini tetap dipelihara.











Jika aku punyai kesempatan
pasti akan santai di sini lagi!

Usia semakin Senja (Singgahsana)

Bila usia telah menjangkau ke 40an ramai berkata payah lagi mahu dilentur akan sikap & peribadi seseorang. Kira sudah sempadan. Tak juga ada yang sekitar umur di senjakala tetiba berubah. Malahan mendapat nur lagi seperti Allahyarham Michael Jackson. Di hujung usia dia memeluk agama Islam. Dia dikebumikan sebagai seorang Islam. Kita yang lahir secara azali pun belum tentu matinya bagaimana. Bukan mustahil tetiba dalam usia setua kini, ada yang pujuk-pujuk kita pergi dangdut tatkala@tetiba Inul datang, maunya tak nak tenguk Inul berdangdut gerudi. Maka terminum arak sampai mabuk, tetiba ketika itu kena strok terus hilang nyawa. Apa akan jadi iman kita dalam keadaan mabuk rohnya terbang meninggalkan badan. Bab mabuk ini mungkin bagi kita yang tidak pernah minum payah akan terpengaruh. Bagaimana pula masalah zina, orang alim pun boleh terjerumus ke lembah zina ini, payah amat menolak pujukan syaitan ini. Tak kiralah dalam usia kita berapa tahun. Maka itu Islam melarang amat kita mendekati zina. Bolehkah kita mengekangi zina ini?. Aku bercerita ini bukannya apa, terkenang kisah lalu. Aku dikejutkan oleh emak kandungku, katanya. "Apak kau iDAN dah gila bercinta dengan anak dara orang!" Aku gelak besar & mati-matian tak percaya khabar dari emakku. "Tak mungkinlah emak... apak sayangkan si Senah itu macam anaknya sendiri, sebab si Senah itu baik budaknya, lagi pun dia banyak menolong apak berkedai." Aku menafikan. Emak dengar tak dengar sahaja. (Senah bukan nama sebenar) Rupanya satu kampung sudah heboh! Md Sesh nak kawin lagi. Md Sesh sedang bercinta dengan anak dara. Md Sesh ingin cukupkan kuotanya. Empat isteri. Macam-macam. Masa itu umur arwah apak telah pun 60an. Biar bebetul nak kawin dengan anak dara dalam usia sebegitu. Ceritera si Senah ini panjang, pernah arwah Apak memujuk aku agar menerima Senah sebagai teman hidupku. Masa itu aku tengah cinta membara dengan si Mila. Nak buat macam mana. Kes arwah apak ingin menjodohkan aku dengan si Senah ini sejak sekitar tahun 1977, 78 lagi. Masa itu aku selalu ikut arwah Apak ke Gopeng jual getah keping, sekerap atau beli barangan kedai runcitnya. Masa dalam kereta itulah kami banyak berbual. Kota Bharu ke Gopeng jalannya berliku-liku memang mengambil masa jadi banyak perkara kami kongsi berbual. Aku merantau ke KL tahun awal 1979. Sepeninggalanku tak sangka si Senah ini berkerja di kedai arwah Apak. Sampaikan melarat gosip yang meruntun hati arwah emak. Gosip itu berlalu begitu sahaja, apabila si Senah bernikah dengan orang luar kampungku. Telahan aku benar memang arwah apak sayangkan si Senah macam anaknya sendiri. Tohmahan orang sahaja yang lebih. Lagi pun ketika itu arwah apak bukan sihat sangat. Sakit diabetesnya kronik terkadang sampai ditahan di wad. Maka itu bila aku pun kena serang sakit yang sama dalam penghujung usia ini, teringat segala kenangan bersama arwah apak & emak. Apatah lagi bila isteriku Mila masih terasakan usianya panjang lagi, dia masih mahu terusan mencari rezeki. Alasannya memang kukuh sebab anak-anak masih kecil lagi, perlukan banyak wang menyara mereka. Berbeda dengan congakkanku jika dia mahu berpakat... telah tiba masanya kami kembali ke kampung membina kehidupan sederhana. Duit yang ada laburkan ke saham yang lebih terjamin. Atau masukkan ke Tabung Haji. Jelaskan semua hutang piutang, jika wang lebih bina lagi rumah sewa. Jadikan lima pintu. Sebab aku lihat tapak tanah rumah sewa Mila itu memang cukup lagi satu pintu. Bersederhana dengan kehidupan kampung. Rasanya dengan ada wang simpanan tetap, rumah sewa & sedikit duit elaun pencenku tentunya dapat menampung kehidupan di kampung. Tidaklah kaya tapi cukuplah menampung sara hidup hingga di penghujung usia. Mila tak mahu jadi orang kampung di Perak. Mila masih nak berkerja di bandar. - bersambung