iDAN

03 September 2021

SEPI

tiada kata-kata
untuk kubentuk madah setia
lantaran awak bagaikan kekasih bisu
tak petah berkata biarpun kita lekat sembilu
berendam dengan air mata kian kaku

aku kian sesat
meredah geliisah di hutan sekam
penuh duri dan sunyi kusam
tiada bisik awak meniti tenteram
cinta kian terbuang bungkam

awak entah di mana
hilang lenyap melaram
senyap sepi bagaikan diam
kelam dan tak nampak bayang
mudahnya awak berlaku curang!

petualang!!!




Selagi Mahu

Ada segalanya
di sini
aku masih aku dulu
di sisi sepi
aku mencarimu
di mana mana
biarpun awak tiada
di impian murni.

Aku masih mahumu
di mana kamu!!!