iDAN

25 Ogos 2011

Aidilfitri Pandangan Islam


Islam telah menetapkan bagi kita untuk berhari raya dua kali dalam setahun hijrah, iaitu hari raya puasa dan hari raya kurban atau haji, dalam erti kata lain Aidilfitri dan Aidiladha, kedua-dua hari raya ini ada kaitannya dengan syariah Islam.

Sejarah Islam mencatatkan setelah baginda Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda dapati orang-orang Islam Madinah merayakan dua hari raya yang mereka warisi turun temurun dari nenek moyang mereka. Maka baginda Rasulullah bersabda kepada mereka yang bermaksud : ‘ Allah subhanahua ta’ala telah menggantikan kedua-dua hari raya kamu itu dengan dua hari raya yang lebih baik dari apa yang kamu rayakan itu, iaitu hari raya puasa dan hari raya kurban.’

Semenjak itu kedua-dua hari raya itu dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia dari setahun ke setahun sehinggalah sekarang dan seterusnya. Hakikat ini juga boleh difahami bahawa Islam melayani kehendak dan tabiat semulajadi manusia selaras dengan kenyataan di mana setiap kaum dan bangsa di dunia mempunyai hari tertentu sebagai hari besar yang dirayakan oleh mereka.

Umat Islam merayakan Aidilfitri pada setiap 1 Syawal sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan. Mereka bersyukur kepada Allah atas kejayaan mereka dalam ibadah puasa sepanjang Ramadhan, kerana ibadah puasa itu merupakan suatu ibadah yang bukan mudah untuk dikerjakan oleh semua orang, melainkan kepada orang yang benar-benar beriman dan bertakwa.

Aidiladha pula sekali lagi umat Islam merayakan kemenangan tanda kesyukuran kehadrat illahi di mana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji itu sahaja, tetapi lebih dari itu ialah mempunyai hubungan dengan suatu peristiwa yang berlaku pada tahun yang kesembilan hijrah.

Sebagai umat Islam sebenar, Rasulullah menganjurkan kepada kita untuk berhari raya seperti sabda baginda dari At-Tabrani yang bermaksud ‘ hiasilah hari raya kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan takdis (yakni mengingati dan mengagungkan Allah subhanahua ta’ala’

Takbir dan tahlil adalah tanda syukur dan tanda kemenangan sebagai umat Islam. Sebab itulah dalam apa juga acara kesyukuran atau kemenangan, maka umat Islam dikehendaki bertakbir.

Ada dua perkara utama untuk dipenuhi oleh umat Islam semasa sambutan hari raya atau bersempena dengan hari raya :

Pertama – untuk memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan seorang dalam hidup bermasyarakat atau lebih dikenali dengan tanggungjawab terhadap masyarakat.

Kedua – untuk membolehkan hubungan dan mempertingkatkan tanggungjawab mengawal dan memelihara kedaulatan Islam dari dicemari atau dikotori oleh fahaman dan pegangan yang di luar batas Islam atau mengikut nafsu, dan bertentangan dengan cara al-Quran dan hadis Rasulullah . Islam jangan hanya diterima mengikut pilihan yang dirasa sesuai dengan kemahuan dan nafsu semata-mata . Islam menyuruh umatnya supaya rajin bekerja dan sentiasa menjaga kebersihan, dan ini diterima oleh masyarakat. Tetapi bila Islam mengharamkan riba’ , arak dan judi, perkara ini tidak diterima. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 85;

Maksudnya :

‘ sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian dari isi kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain ? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup didunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka kedalam azab siksa yang amat berat. Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan ‘

Sementara tanggungjawab dengan Allah, iaitu kita perlu melakukan hubungan tauhid kepada Allah subhanua ta’ala menurut Ibnu Al-Qayyim Al-Jauriah. Hubungan tauhid ini dilakukan dengan kita mengesakan Allah dan jangan sekali kita melakukan syirik kepadanya. Dengan berbuat demikian maka Allah akan memberikan petunjuk kepada mereka untuk memahami agama Islam begitu juga sebaliknya.

Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 125 yang bermaksud :

‘ maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hati) untuk menerima Islam, dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik kelangit (dengan susah payah) Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. ‘


Kekayaan, Kejayaan atau Kasih Sayang...


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk di halaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya,

" Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada di rumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan:

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk ke arah kawan yang seorang lagi, "Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah." Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!" Isterinya tidak bersetuju.

"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya: "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita." Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan: "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan,yang lain akan tunggu di luar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Termakan Babi

Babi dan bahagian-bahagian babi memang terkandung di dalam makanan dan produk-produk di pasaraya di luar sana. Sama ada anda menyedarinya atau tidak, anda bakal didedahkan dengan penemuan yang mengejutkan ini.

Dari laptop Abdul Halim Bin Esa

Assalamualaikum saudara saudari seagamaku, sebagai seorang yang beramal dengan ajaran Al-Quran dan hadith, sudah tentu anda tidak suka adanya elemen tidak halal dalam kandungan makanan anda. Sudah tentu anda juga tidak mahu adanya bahagian babi dalam makanan anda. Juga sudah tentu anda mahu makanan anda sentiasa dalam keadaan suci dan bersih , lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang yang selalu makan di luar. Adakah anda seorang yang

Ingin tahu makanan yang anda makan halal, syubhah atau haram?
Suka akan makanan yang halal lagi baik?
Tidak suka dipermainkan dengan status halal oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab?

Jika jawapan anda ya kepada salah satu soalan di atas, teruskan pembacaan anda.

Jangan betulkan skrin monitor anda! Apa yang bakal anda lihat ini memang benar-benar berlaku di dalam negara Malaysia tercinta ini. Musibah yang menimpa umat muslim di bumi bertuah Malaysia ini adalah realiti yang tidak boleh disangkal lagi.


Kerisauan yang nyata pada masyarakat muslim adalah kepada anak-anak kecil yang belum mengerti sepenuhnya halal dan haram. Sangat mengejutkan kerana jeli seperti ini mudah dibeli di kedai-kedai yang menjual makanan dan minuman ringan.

haram2

Peniaga-peniaga kecil sendiri pun tidak menyangka daging yang mereka panggang itu bukannya daging ayam saja tetapi sudah pun bercampur dengan daging babi. Lebih mengejutkan logo halal tertera jelas pada plastik bungkusan daging tersebut. Logo pula betul-betul sama dengan logo yang dikeluarkan pihak JAKIM.

Sungguh merisaukan kerana bagaimana kita boleh memilih makanan jika logo JAKIM pun boleh. Tambahan pula, bagaimana nak tahu bahan makanan yang dijual oleh peniaga-peniaga kecil beragama Islam itu benar-benar halal sedangkan peniaga itu sendiri tidak tahu bahan mentah yang dibeli itu ialah babi.

Sungguh biadap, restoran yang memiliki sijil halal JAKIM
sanggup menggunakan ayam yang tidak disembelih dengan sempurna sebagai hidangan kepada orang-orang muslim. Atau apa yang mereka faham, sembelih sama sahaja dengan cucuk leher ayam. Kalau betul mereka faham bagaimana cara sembelihan yang betul, belum tentu mereka tahu membaca bismillah.

Kalau macam tu, tak payahlah makan di luar. Kita beli saja bahan mentah di pasaraya. Kan keluarga kita boleh memasak sendiri di rumah, lebih selamat dan lebih bersih.

>haram3

Sebelum bahan mentah yang kita beli sampai ke pasaraya-pasaraya, adakah kita betul-betul pasti bahan mentah yang berlogo halal langsung tidak mempunyai unsur-unsur haram? Kilang-kilang penyembelihan bukannya menghormati hak pengguna muslim, ayam yang disembelih pun dicampur sekali dengan babi. Adakah dengan bergantung dengan logo halal semata-mata kita boleh menyelesaikan masalah ini

mijijik2 mijijik3 mijijik4

Bahan-bahan kering juga tak terlepas dari isu halal dan haram. Mi kering, yang mempunyai berbagai-bagai jenama seperti CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini tidak pernah mendapat pengiktirafan logo halal dan pada masa yang sama mencetak sendiri logo halal pada pek bungkusan-bungkusan ini. Kilang mi yang dihasilkan pula terletak betul-betul bersebelahan dengan kandang babi.

Sangkaan kita kicap yang kita makan mempunyai logo halal ini sudah memang sah halal, masih ramai pemilk-pemilik kilang yang bukan Islam dengan berani memalsukan logo halal kerana memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam. Nasib baik pihak yang bertanggungjawab menyerbu kilang-kilang ini, kalau dibiarkan alamatnya jadi syubhahlah makanan dan minuman kita.

Loya? Jijik? Bukan dengan makanan dan minuman sahaja. Produk-produk lain seperti kosmetik, ubat gigi, biskut dan sebagainya dikhuatiri mempunyai bahan yang meragukan terutamanya bahan gelatin, sejenis bahan yang diekstrak dari haiwan.

ubatgigi

Pelbagai ubat gigi yang mengandungi bahan beracun sama ada kita menyedarinya atau tidak. Menurut laman PPIM, pelbagai jenama ubat gigi mengandungi bahan beracun florida yang berperanan sebagai racun tikus, racun serangga dan racun lipas. Selain itu, Diethylene Glycol(DEG) adalah bahan kimia bertoksik yang terdapat dalam Colgate boleh membawa maut jika diambil dalam tempoh yang berpanjangan.

Keresahan untuk muslimah sudah pasti terletak pada alat-alat solek mereka. Perlunya muslimah berwaspada kerana takut-takut alat-alat solek mereka mengandungi gelatin yang diekstrak dari babi. Paling menakutkan, kadang-kadang pengeluar produk-produk ini tidak menyenaraikan gelatin di dalam keterangan kandungan produk mereka.

Tak mengapalah, kosmetik yang saya gunakan banyak dikilangkan oleh pengilang-pengilang bumiputera. Sudah tentu menyakinkan saya.

kosmetik-babi2


Jika diperhatikan di sini, kebanyakan jenama yang disangka milik syarikat bumiputera sebenarnya adalah milik kepada orang bukan Islam. Jenama Shurah, Tracia, Irise, Syahirah, Abadi, Persona bukanlah jenama keluaran orang Islam sebaliknya orang bukan Islam!