iDAN
18 September 2010
Bateri ooo Bateri (Singgahsana)
Kita sekadar merancang, segala ketentuan bukan lagi hak kita.
Aku terpaksa mengetepikan majlis alumni di SMI Ipoh lantaran mahu menghadiri majlis anak saudaraku Siti di Taman Seri Gombak.
Nak jadi aral; dah bersiap sekeluarga termasuk Afiz & Mie menantu baruku; enjin kereta tak boleh dihidupkan. Aku bergegas ke kedai menjual alat ganti kereta dan membeli bateri jenama Yokohama NS40 dengan harga RM120. Selain Yokohama ada beberapa jenama lain yang aku yakini kualitinya, seperti Bosch dan Century
1. Bateri NS40 Avanza sama saiznya dengan Kancil di kedai alat ganti sekitar RM100 ke RM150 tetapi di pusat Servis Toyota harga mati RM180. Bukan bateri kering. Jaminan samalah setahun.
Tak boleh dihidupkan enjin bagaikan ada sesuatu pendawaian tak kena.
Tak masuk akal bateri baru boleh lupus kuasanya; sejak aku pakai kereta 22 tahun lalu ini kali pertama menghadapi masalah begini. Di sekitar rumahku ada banyak bengkel kereta maka aku kontak seorang mekanik yang selalu baiki kenderaan mewah kerabat Di Raya Sultan Selangor; Mekanik Di Raja.
"Saya yakin ada masalah pendawaian; saya tak pakar masalah pendawaian nanti Senin rakan saya baru habis beraya jika abg mahu baiki"
Baru seminggu lalu Mila hantar ke Pusat Servis Toyota di Balakong & habis sekitar RM700 sekadar servis biasa. Maka mereka ada jaminan kalau sangkut sahaja ada lori tarik kereta untuk tarik kenderaan bermasalah. Maka Mila pun telefonlah untuk bantuan tarik ke bengkel mereka di Balakong. 30 minit lori tarik kereta sudah sampai rumah.
Masa pemandu lori datang; dia pun cuba hidupkan Avanza; bateri memang penuh tapi tak juga boleh dihidupkan; maka sedih amat melihat Avanza ditarik dengan keadaan mengundur ke bengkel.
2. Setelah kami beraya di rumah rakan Mila dengan menaiki dua kapcai satu basikal di Prima Saujana; soalan pelik darin pihak Servis Toyota Balakong bertalu datang. Mereka menyalahkan bateri yang kami beli. Enjin telah hidup katanya guna bateri yang sama yang mereka cas sebentar; mungkin guna kabel pintas kut!. Akan baik jika ditinggalkan 24 di bengkel mereka untuk dicas bateri baru tersebut; (Bermakna bukanlah salah bateri) setahu akulah kalau dah hidup dikeretanya ada alternator untuk mengecas bateri. Usia bateri yang tak sampai 24 jam mungkinkah boleh lupus kuasanya?. Mungkin terjadi tapi ks terpinggir.
24 jam kena tunggu, Ahad nanti jadual kami memang penuh;
3. Bila Mila & Afiz ke Pusat Servis Toyota Balakong sana; pihak bengkel telah pun menukarkan dengan bateri mereka. Biasalah Cap Ayam RM180. Mungkin Mila yang setuju aku pun malas campur tangan lagi.
4. Aku suruh Mila tukar dengan bateri kereta perangku; bilamana aku tahu Mila beli bateri lagi satu. Tak kisahlah tambah duit lebih di kedai yang aku beli; sebab aku telah berbincang dengan tauke kedai masalah bateri yang aku beli ketika Mila dalam perjalanan ke Balakong.
5. Bila balik dari Mila kata dia kata tauke kedai itu tak cakap apa pun dia minta resit & kasi duit semula.
Moralnya;
Bateri mana yang rosak; siapa yang jujur, siapa yang terkena; amat sukar aku tentukan.
Dalam hati aku tetap terkilan; sebabnya dua hari sudah selepas Mila buat servis yang kosnya sampai RM700; bila aku periksa air bateri hamoir kering. Setahu aku asas servis, air bateri, air radiator pun minyak hitam, brek segala memanglah kena diperiksa.
Setahu aku pihak penjual bateri ada alat untuk ukur kekuatan bateri, kerosakan & sebagainya.
Soalan pelik pihak bengkel Toyota masih tergenang di kotak fikiranku.
"Setelah pasang bateri ada tak apa-apa cahaya (menu) di skrin meter kereta?" ish!... bateri baru abg oii...merah menyala segala menu.
Takkan Pusat Servis Kereta se"gah" Toyota yang bertaraf dunia pakarnya tak ada alat untuk tentukan bateri baru beli baik ke tidak?.
Emmm! sekitar maghrib baru selesai; Siti pun dah selamat bernikah & bergelar isteri orang. Pun Alumni SMI Ipoh entah bagaimana jadinya.
Bila aku telefon Kak Nomie dia gelak besar; kereta tu macam nak balas dendam katanya; sebab masa Afiz nikah kereta mereka sangkut di perjalanan.
Langgan:
Catatan (Atom)