iDAN

05 September 2012

Aziq Kini di UTM Skudai Siri 4

Dalam bualan Mila dengan nyonya di telefon bimbitnya aku dengar dia kata CarreFour. Bagiku jika kita mencari sesuatu arah mercu tanda lebih penting berbanding nama jalan. Lagi bagus jika mercu tanda itu bangunan tinggi nampak dari jauh. CarreFour selalunya pasti banyak arah tunjuk; akan terdapat banyak papan tanda untuk menuju ke kompleks membeli belah CarreFour.

2. Dari sebelah kiri jalan amat payah kita nampak papan tanda jalan sebelah kanan di Skudai ini. Maknanya jika peta google melabelkan nama jalan sebelah kanan; memang kita kena buat pusingan U untuk ke seberang jalan. Dari petrol pam Petronas memang agak jauh nak kembali ke seberang kanan. Hatta jalan hairan jika jauhnya 5 km akan berganda menjadi10 km; semata-mata mahu bertanya.

3. Aku terlepas simpang ke Taman Sutera & CarreFour, terpaksa buat pusingan U melepasi Sungai Skudai yang aku lihat kaku & keruh. Di Malaysia kita amat jarang jadikan sungai tempat perlancongan; atau dijadikan rumah rakit. Jauh sekali mahu letak bot mewah bersantai di sungai bagai di Eropah sana. Di Kajang pernah ada ura-ura nak majukan Sungai Langat yang merentas bandaraya. Huh satu yang mustahil sebab bila hujan segala air akan masuk ke sungai. Sistem perparitan atau perbentungan kita amat nazak; selagi ada kotoran pun kubahan mahu dialirkan ke sungai. Tanpa rawatan.

4. Sampailah aku ke CarreFour yang peta google tak pun labelkan. Aku sebenarnya seorang yang rajin memberi maklumat ke wikimapia tetapi ada kumpulan Datuk KJ telah sabotaj aku untuk menanda sebarang lokasi. Gaduh besar dengan rakan Datuk KJ ini yang ramai seantero dunia. Dari Rusia, India, Bangla semua seteru aku. Sampai aku tak lagi mahu klik wikimapia. Maka itu sampai Masjid Kajang pun orang tak boleh cari di peta google; aku label saja habis kena padam. Dari wikimapia baru admin google akan ambil maklumat. Ini Datuk KJ aku kira seorang yang pelik giler nama &  giler glamour aku sendiri tak pasti Datuk KJ di wikimapia ini siapa.

5. Jauh juga dari lebuh raya. Taman Nusa Bestari terletaknya hotel yang kami sewa, bandar cina amat sedikit orang Melayu sekitar hotel. Kami sewa dua bilik. Hanya sekitar RM200 lebih. Tapi amat mengejutkan, bilik atas amat besar boleh muat berenam. Mengadap jalan & santai. Satu lagi bilik di aras bawah bagaikan gua tiada tingkap atau pun kipas sedutan udara. Tapi nyaman & sejuk amat.


6. Anif & Mila macam tak setuju sebab bilik di atas amat besar gedabak. Sayang duit sebab terpaksa bayang lebih. Bawah dua katang bujang RM85 ada tv penghawa dingin meja ruang bilik air yang luas. Aku & Mila naik ke tingkat dua melihat bilik keluarga anak-anak yang memang luas; ada satu katil kelamin dua katil bujang mengadap tingkap TV dan penghawa dingin kipas. Agak panas sebab satu penghawa dingin tapi ada kipas sebelah katil kelamin RM135. Betul cakap Anif tapi isunya kami telah bayar. Nak batalkan tempahan memang kurang sopan, sebab kami telah lewat sampai.

7. Sebenarnya dalam congakanku hanya lima katil untuk berlima. Nyonya yang menerima tempahan tak pula berceritera bilik keluarga seluas itu. Bila aku tempah dia bilik kelamin: RM85 + RM85 kan sudah berjumlah RM170 campur tambah tilam hah sekitar RM200 apasalahnya tambah RM20 ada katil ruangnya selesa. Aku telah berbincang bab ini sebab kan dia Menteri Kewangan keluarga. Dia kata tak kisah. Memang dia yang mahu kami berasing tidurnya dengan anak-anak.

8. Bagusnya hotel ini, selepas aku buat tempahan melalui internet aku memang klik gambar-gambar dalaman hotelnya. Aku lihat banyak gambar bilik tanpa tingkap; biasalah rumah kedai dibuat hotel bajet. Aku tulis e-mel mahukan satu bilik mengadap tingkap mahal sikit pun tak apa sebab rasa santai sesekali tidur di tempat orang. Tak sangka e-mel aku diambil perhatian. Bilik keluarga ini kalau aku kelaskan memang bagai hotel tiga atau empat bintang kurangnya cuma tiada peti ais dan besen mandi tapi ada talian internet (WiFi) 24 jam amat laju.



9. Siapa kata hotel bajet tak mewah eh, Taman Nusa Bestari bandar yang santai amat dan persekitaran bak kita duduk di tengah komplek membeli belah. Aku mula lapar. Kami cuma makan biasa di hentian rehat. Aku lebih makan buah nenas sepanjang perjalanan hanya sempat makan mee kari di hentian R & R Paguh. Memang sedap resipinya, biarpun lama menunggu sebab pakcik yang menyediakan hidangan amat sentimental. Rasanya pun sentimentallah juga. Semua kelaparan hatta kami mencari makan sekitar hotel yang memang nampak bagai berada di Hong Kong 95% aku lihat cuma kaum cina di sekitarnya.

- bersambung

Aziq Kini di UTM Skudai Siri 3


Jurutera Jalan Raya sebenarnya memainkan peranan merancang pembangunan jalan raya sesuatu bandar. Bajet juga penting. Apa yang aku perhatikan bila masuk ke Skudai memang fikiran akan berserabut; buntu dan rasa tersepit. Kereta terlalu banyak & orang luar tak biasa ikut susur tepi lorong yang amat sempit bila terlajak jalan nak susur ke pusingan U teramat jauh. (Jalan Skudai).

2. "Betul ke ni ayah...ni macam jalan nak melajak ke lain saja" aku sebenarnya sekadar main lajak saja; ikut firasat; Mila mula panik. Bayangkan Jalan Skudai ni panjang; Bila Aziq telah terlajak ke 30 km patah balik tak jadi 60 km; belum lagi kami tersasar ke jalan mati dah sampai nampak kuala sungai nak ke laut. Takkan nak terjun laut. Aziq tak salah lakaran peta yang aku buat tak dapat menolong. Si Azim dah mula sebut Global Positioning System (GPS). Bukan murah eh GPS ni... kalau malas update meracau jugak GPS ini.
 




Percaya atau tidak jika kita kuat mendekati hati pancaindera keenam kita akan kuat juga berfirasat; sering aku yakin akan dipermudahkan perjalanan apatah lagi ada seseorang mendoakan perjalanan kita. Pernah juga gagal mencari tempat jamuan sampai terlepas jadual. Balik saja. Amat mengecewakan)
3. Nyonya yang terima tempahan mula telefon, iyerlah dah petang ikut syarat penginapan jam 1:00 tengah hari kena bayar deposit. Dia tak minta kalau tak sedari di Jenaris boleh kami masukkan ke akaun. Dia cuba memberikan pertunjuk, Mila yang sambut panggilan lagilah tak reti bab peta memeta ni. Arahan melalui telefon lagilah memeningkan.

4. Aku suruh Mila cakap saja kami akan tanya orang. Mesti sampai punya. Jangan kasi orang lain sewa. Aku tak mahu ambil risiko terlajak jauh; sebab aku pasti sekitar Sungai Skudai simpang untuk ke hotel yang aku tempah. Aku dapat kesan pusingan U untuk petrol pam Petronas sebelah kanan.


5. "Pakcik tanya kat pakcik di sebelang tu; dia orang sini mahir bab jalan ni" makwe putih juruwang cakap orang kita tapai mungkin dia pandai menerangkan bab jalan. Lagi pun bila dia panggil pakcik pastinya aku ni payah faham hampir nyanyuk hi³. Aku memang tak cukur janggut Amitabh Bachchan ku; berserabut macam hero frush. Aku perasan kalau aku kemaskan misai & cukur janggut; makwe muda pasti panggil "Abang". Kan amoi Kajang kata. "Awak masih hensem apa.." Perasanlah tu.


6. Penerangan pakcik yang sebaya aku antara jelas dan tidak; aku kasihan dengar dia buat panduan beria-ia dia sebut Taman Sutera Tampoi pelbagai . Rupanya aku dah terlajak jauh amat; " Nanti sudah buat pusingan U akan sampai bandar Tampoi, sebelum sungai ada susur kiri; kalau terlepas boleh juga tapi jauh nak ke Hotel ini. "


6. Bila sebut Tampoi aku sudah fikir lain; google tak perasan kasi tahu bab Tampoi ini. Aku ambil alih memandu macam yakin saja tahu jalannya tapi memang aku tak nampak mana jalannya... patut sampai jam 3:00 ptg dah pukul 5:00 ptg eh. -bersambung.

 
— bersama Razali Rah dan 5 yang lain.