iDAN

03 November 2014

MATA Hati ii


3b. Dzuan sebenarnya mungkin ini malam ketiga atau entah berapa malam ntah aku tak boleh tidur. Ada masalah melanda aku yang aku dah cuba minta pandangan dari pakar motivasi rakan kita. Tapi nampaknya masalah ini tak pecah. Aku dah cuba dalam kusut masai ini minta bantuan dengan Tuhan... kita. Allah Azza Wa Jalla. Tapi faham sajalah dengan martabat aku yang dzuan kenal dah lebih dari 30 tahun. Sedangkan Aku baru sebut semalam Nabi Lut as yang kita kenal pun... memang amat rapat dengan Allah SWT doanya tetap tak makbul. Kata adikku Nani ada ramai lagi Nabi-Nabi kita senasib Nabi Lut as, seperti Nabi Yunus as terkurung dalam perut ikan. Cabaran untuk mengajak kebenaran ini amat sukar sebenarnya dzuan. Tak semua kita berdaya nak meredahnya tapi kena rentas semua. Kuat tak kuat kita kena bernafas juga. Biarpun bak bernafas dalam lumpur.

5. Masalah kita memanglah beginilah jika tak rasa sakit atau susah kita payah nak serik. Bila kita dah terlepas dari susah kita ramai jadi insan lupa diri atau riak. Dzuan antara insan yang terpilih. Aku sebenarnya amat risau dzuan kehilangan mata kanan dzuan. Kehilangan kaki sebelah dzuan pun bagiku adalah derita yang pedih nak aku rasai bersama. Tapi aku nampak dzuan amat beruntung sebab dzuan ada isteri yang sentiasa di sisi. Ini satu anugerah atau satu rahmat yang tak ternilai. Dalam segala hal dzuan dan isteri aku perhatikan tetap terus bercinta tetap sepakat. Tetap tidak abai mengabaikan. Ini juga satu rahmat.

6. Amat syahdulah jika ada antara kita tatkala isteri atau kekasih perlu bersama. Tapi diri tetap terpinggir. Bayangkan Dzuan dibawa ambulan sebab sakit kronik. Dzuan ketakutan dalam wad kecemasan. Tatap siling pun dzuan dah nampak orang junjung keranda. Sebelah dzuan mayat senyap. Kiri kanan dzuan sesekali ada waris intai pesakit sebelah dah nazak. Dzuan masa tu nak mengucap pun belum tentu ingat atau lupa. Dzuan keseorangan; hamba Allah sebelah ada beberapa orang tapi semua nazak amat. Hamba Allah ini sekadar muka pelik tenguk dzuan. Dzuan mana boleh cakap pun mulut dah tersumbat ngeri; bercampur dengan kemalangan hati dah bengkak isteri tak ambil kisah pun. Ada hp tapi nak sms kredit tak ada. Isteri dzuan bukan macam rakan motivasi kita. Tiap sekitar setengah jam pasti isteri sms atau dail no hp. Aduhai Dzuan.

7. Bersyukurlah dalam kita sakit ada isteri bersama kita. Anak-anak sentiasa sapukan ubat sebaik Azim. Mila kekasih aku tu tetap setia berkorban. Anak buah kita sentiasa tanya khabar untuk memberi kita sokongan meredah sakit kronik kita ini. Ini memang satu rahmat besar buat kita. Ujian kesakitan sebenar adalah natijah kita ni yang banyak dosa tentunya. Agar dosa dosa ini akan terampun. Bayangkan jika kita 40 hari di perut ikan paus. Bolehkah kita bernafas... derita ini memang perlukan kesabaran juga ketabahan... Dzuan bersabarlah...

8. Dzuan mungkin tahu kenapa mata kita sama saja malam tadi tak boleh tidur. P Ramlee nanyi lahi pukul tiga pagi... aku masih terkebel kebel risau resah takut sakit yang orang lain mungkin tak dapat rasakan. Aku tak rapat mana dengan wsapp jika aku buka tab dugong ini malam tadi mungkin perasan dzuan masih berjaga malam

http://infounikmenarikterbaru.blogspot.com/2013/05/7-hewan-unik-berkaitan-dengan-kisah-nabi.html

Dzuan masih menanti matanya pulih. Buat masa ini doktor kata kena tunggu sekitar dua minggu baru tahu akan kesan sampingan pembedah mata kanannya. Mata kiri dzuan juga tak seterang mana.
Aku pula terus ditimpa malang kemalangan kecil terpaksa aku tambah ubat untuk dimakan. dari 6 jenis kini 9 jenis ubat terpaksa ditelan.

Memang ujian ini amat getir tapi aku harapkan baik dzuan juga diri ini tetap bersabar. Ujian kesakitan sememang semua orang terpaksa hadapi. Selagi nyawa dikandung badan.

(Catatan dari kumpulan Desah Sang Pesara(dsp) kumpulan wsapp peribadi sy hahaha bukan desah sang pusara... ish kelakar nya semua orang masuk dsp ni lariii tak larat nak baca gua punya meraban.)

- bersambung

MATA Hati.


Aku berharap saat & ketika ini dzuan sahabatku lena tidurnya. Risau mata dzuan akan melarat sakit jika teruskan berjaga malam. Aku harapkan dzuan dapat tidur 15 jam amat lena seperti yang doktor pakar sarankan. Mata adalah anugerah yang tak ternilai. Allah amat baik berikan kita mata secara percuma. Seperti kes duit semalam aku amat kontras. Allah tak pernah minta duit dalam bab pemberian. Jika Allah kenakan kita duit untuk kita menyewanya siap dengan faedah atau jual cara MLM ish kita akan jadi korban tak berduit muflis belaka...pasti ramai kita akan membenci TUHAN.

2. Begitulah juga dengan perkara lain... mata hati jiwa raga jantung segala adalah rahmat dari Ilahi yang tak ternilai. Ianya diberikan secara percuma tanpa cagaran. Hanya ingatlah semua ini hanya pinjaman. Kita menjadi pemilik yang amat beruntung memiliki pancaindera yang sempurna. Ramai kalangan waris juga sahabat kita tidak punyai semua yang kita miliki. Bab cagaran sebenarnya ada... bab kena bayar dengan duit sebenarnya ada. Fikirkan sendiri kenapa aku kata begitu. Sakitlah macam aku baru tahu apa cagaran itu. Rasalah apa maksud atau nilai duit bila dah bersara nanti. Fikirkan jika memang kita kaya secara manakah kita dapat pun belanja duit itu. Tanpa duit bagaimana nak tutup aurat. Lebih duit pula ramai pula jadi riak malahan langkah panjang sampaikan lari dari cagaran Allah ia itu zakat.

3. Asas duit sebenarnya hanya buatan manusia. Asalnya hanyalah tukaran. Zaman seawal anak-anak Nabi Adam as semuanya urusan niaga pertukaran sahaja. Hatta zaman kini kita yang asalnya dari satu rahim ibu kita Hawa nan lawa... kian belot. Lari dari cagaran Allah tadi agar taat dengan ajaran Islam agama-Nya. Hatta kini timbullah pelbagai masalah duit yang kini bagaikan jadi Tuhan kedua manusia. Kita ujudkan sempadan. Kita ujudkan tukar wang asing. Paling naifkan macam cerpen dzuan uar-uarkan kita biarkan waris kita jadi kafir. Perangi kita macam peristiwa pertama pembunuhan di dunia. Semua tahu sebab nak berebut cantik.

Cer google akan apa itu pembunuhan pertama di dunia
http://tigosotigo.blogspot.com/2010/03/kisah-habil-qabil-pembunuhan-pertama.html


- bersambung