iDAN

06 September 2009

Blog Penyair iDANRADZi (Singgahsana)

"Abg iDAN tak kemaskini pun blog abg iDAN..." Desah Zulkhairi rakanku di UPM; bekas tempat aku berkerja.

"Tak sangka pula ada juga orang ikut perkembangan blog abg kau ini..." Sahutku.

"Kebelakangan ini abg iDAN asyik salin dari blog Mazidul sahaja!"

Aku seyum sahaja. Rasanya blog Sdr Mazidul banyak memberikan aku maklumat terkini. Lagi pun saban hari pasti ada isu yang ditulisnya menarik minat pembaca. Melihat respon pembacanya pun memang amat menarik, banyak mengembang minda & kesedaran diri. Boleh katakan setiap hari aku pasti akan klik Blog Sdr Mazidul.

Malahan dari blog Sdr Mazidul aku nampaknya makin intim dengan pengikut setianya. Terbaru aku tak sangka dapat respon dari saudara Alid yang tentunya bagiku satu penghormati yang mana tambah membuat aku teringin giat lagi menulis.

Buat kata sahabatku Abuyon,

Seorang penulis, sangatlah bahagia jika tulisannya dibaca orang. Tanyalah mana-mana penulis atau pengarang, bagaimana jiwa mereka bila tulisan atau karangan dibaca dan ditilik-tilik orang. Lebih-lebih lagi diberi komentar atau ulasan. Seolah-olah beroleh satu kepuasan, yang tiada tara dan tak usah balasan atau ganjaran. Ya, dibaca orang pun sudah cukup dan padan.
Rasanya jika kita terusan menulis blog pastinya kita akan dapat bertambah kawan, sementelah ramai kawan pastinya akan bertambah lagi pengalaman. Dunia maya yang amat terbuka luas & global ini tentunya akan dapat menjalinkan hubungan sesama ummah sebaiknya. Pun sepantasnya.

Blogku belum pun sampai sepuluh orang pengikut yang pastinya masih perlu diperkembangkan lagi bahan isian & topik yang menarik. Agar satu hari nanti makin ramai pengunjung blogku ini makin banyak aku mendapat respon pembacanya. InshaAllah. Kurangnya apatah lagi tanpa respon pembaca terkadang membuatkan kita rasa berbicara sendirian & akan pasti lambat laun akan mematikan minat kita terus menulis blog.

Harap-harap aku tidak begitu. Biar pun cuma hanya seorang pengikut tetapku. Aku pasti terus menulis.

Allahyarham Kamaruddin Ismail kembali ke Rahmatullah (Singgahsana)

Sekitar jam 11:30 malam tadi aku mendapat berita yang Abg Din yang duduk setanam dengan aku telah kembali ke Rahmatullah. Allahyarham meninggal setelah strok kerana serangan jantung ketika berbuka puasa magrib tadi.

Anaknya sempat membawa Allahyarham ke Hospital Kajang tetapi katanya beliau meninggal dalam perjalanan. Allahyarham meninggalkan empat orang cahayamata. Allahyarham akan dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan Sungai Kantan.

Arwah abg Din seorang yang aktif dalam sukan & sering menjadi Pengurus Pasukan Bolasepak Fakulti Kejut. UPM. Sebelum ini Arwah Abg Din pernah membuat pembedahan jantung di IJN. Beberapa hari sebelum arwah meninggal dia sering mengadu sesak nafas & sering lelah ketika sejam dua menanti waktu berbuka puasa.

Agar Allahyarham Kamaruddin Ismail (53 tahun) akan damai di sana. Agar rohnya dicucuri rahmat di samping mereka yang beriman. Al-Fatihah.

Frico munasabahkah (Singgahsana)


Jika andapergi mebeli belah, pasti anda akan terjumpa jurujual yang selalunya menempel dengan gerai kecil untuk menjual barangan bernama Frico.

Semalam Mila balik dari Giant Kajang sarat dengan barangan Frico MicroWave Oven, Vacum & dua berangan lain. Perniagaan syarikat ini guna hampir-hampir menyamai Gores & Menang. Menggunakan konsep beli satu barang & ada cabutan bertuah menawarkan barangan lain. Cuba anda ke situs ini. http://www.frico.com.my Memang syarikat ini ujud di Taman Perindustrian Balakong Jaya 2, malahan anda boleh membeli barangannya melalui online. Cumanya cuba anda bandingkan harganya dengan barangan berjenama seperti Panasonic, Sharp, Toshiba, Nasional atau sebagainya yang menjual produk yang sama.

Harganya di internet rata-rata lebih dari tiga kali ganda berbanding barangan lain. Mengikut akta jual beli sememangnya kita tidak boleh membandingkan harga antara lain jenama. Namun tidakkah kita rasakan tertipu dengan harga yang begitu tinggi yang ditawarkan dengan kuantiti yang kurang lebih.

Kelebihan barangan Frico adalah gerentinya selama dua tahun. Mungkinkah lantaran tempoh gerenti yang panjang maka mereka berhak meletakkan harga yang mahal.

Vacumnya berharga RM 2,699.00 bersama MicroWave Oven RM 2,999.00 bernilai RM5,698.00. Jurujualnya akan mengatakan betapa untungnya pembeli hanya perlu membayar RM2,500.00 dengan dua lagi hadiah bernilai lebih dari RM500.00. Anda akan untung lebih dari RM3,000.00. Mana tidaknya kita tertarik. Tidakkah ini sekadar mengelirukan pelanggan.

Jika kita membeli Jenama lain MicroWave Oven & Vacum yang sama sekitar RM1,000 Panasonic MicroWave Oven cuma sekitar RM600 & Vacum yang menggunakan fungsi asasnya air sekitar RM400 sahaja.

Yang harus diingat barangan elektrik kini apakah tahan lama. Selalunya sekitar setahun habis sahaja gerenti ianya akan rosak. Itu yang terjadi jika kita membeli Pemain DVD contohnya. Ada yang yang hanya gerenti 6 bulan sahaja.

Tak pasti lagi bagaimana khidmat senggara atau servisnya setelah membeli. Bagi mereka yang telah membeli jenama ini bolehlah berkongsi pengalaman.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) elok juga sesekali memantau syarikat jualan seperti Frico ini. Rasanya harga jualan melalui online di dunia maya memang amat tinggi. Meletakkan harga asal yang tinggi kemudian membuat potongan atau tawaran harga murah pastinya satu kesalahan. Takutnya ini sekadar mengaburkan mata pengguna.

Kuasa membeli di tangan anda, terpulanglah atas minat kita terhadap sesuatu barangan. Seperti yang kita tahu amat jauh berbedanya harga Penapis Air antara satu jenama dengan jenama yang lain. Ada perbagai cara syarikat memujuk pelanggan membeli Penapis Air ada yang sampai membuat pinjaman bank semat-mata mahu menjual Penapis Air melalui Perniagaan Jualan Langsung (MLM). Ada perbagai ragam fungsinya pun jumpalah penapisnya. Cumanya adalah lebih murah jika kita membeli di pasaran terbuka berbanding barangan jualan langsung.

Apakah syarikat perniagaan secara MLM ini tidak semua dipantau oleh FOMCA?. Apakah apabila ada aduan sahaja barulah FOMCA akan bertindak. Entahlah.

PUSAT KHIDMAT ADUAN MALAYSIA (NCCC)


Address:
No. 1D, Bangunan SKPPK,
Jalan SS9A/17
47300, Petaling Jaya
Selangor, Malaysia

E-mail: nccc@nccc.org.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Telephone: +(603) - 7877 9000 / 7874 8096
Fax: +(603) - 7874 8097

http://nccc.org.my

Ini adalah nombor alamat, telefon & e-mel untuk aduan.