iDAN

06 Disember 2012

MMms 30: Sakit Kronik.




Terima kasih rakan nan mendoakan kesihatan sy... Insya-Allah sy begitu yakin dengan doa; sebab ada satu ketika memang tersa diri putus harapan; apatah lagi ketika dinihari sesak nafas. Nak tarik nafas pun sakit nak lepas nafas pun sakit; terpaksa bernafas antara kesakitan bilamana ada injap kecil jantung tersumbat. Ketika itu doktor mengatakan cuma gangguan angin atau gastrik; sedangkan kita telah
berpeluh sejuk.

2. Terkadang doktor pakar jantung ni pun satu hal suka beranggapan tanpa bukti sedangkan dia tak periksa SEJARAH sakit sy. Yang sy ketika itu sedang makan 7 (TUJUH) jenis ubat ujian terapi darah telah jelas membuktikan kolestrol, gula, buah pinggang telah semakin nazak... Syukur sy tak hanya bergantung dengan ubatan doktor sy ambil beberapa jenis herba cina pun ubat kampung... Natijahnya sy dapat pintas kesakitan itu dengan RAHMAT Ilahi.

3. Doktor tak boleh menambah umur kita; itu adalah ketentuan Allah SWT; ini yang berlaku kepada arwah rakan baikku Ana & Ulan. Sakit Ana sentiasa dalam perhatian doktor sakit Ulan lain yang sakit yang menyerang mendadak; Itu yang dikatakan ajal maut di tangan Tuhan. Kita yang sentiasa perlu merapatkan diri dengan Tuhan agar kita sedar & akur. Agar kita bersedia untuk berangkat ke dunia sana.

4. Cer kita perhatikan, ada orang akan nampak uzur & amat kontras dengan kesakitan. Hatta kita lihat dari wajah & perwatakannya tidak normal pun tidak ceria. Stres & terus putus asa. Ada orang menerimanya dengan tenang reda serta tabah. Kita tak nampak pun dia sakit. Hakikatnya kesakitan itu bersarang dalam dada. Paling ketara ketika subuh atau mahu bangun tidur; di saat itu khudrat tubuh pesakit ini akan teruji. Bagi pesakit kronik pasti mengakui masalah ini. Kontras, risau atau stres itu yang sering membawa MAUT. Namun bukan mustahil mereka yang tabah & hebat menahan sakit tak dijangka boleh pergi secara mengejut. Cumanya pesakit kronik begini tak mahu menyusahkan kita. Itu saja.
Respon menarik dari MukaBuku:

  • Rosliza Amira 100% setuju dengan statement tu...itu juga lah yang sering saya fikir dan bicarakan pada rakan-rakan...apatah lagi adik ku kini terlantar di hospital..baru di kesan kanser peti suara tahap 4 setelah 2 bulan terlantar dek sintom sakit yang lain-tapi lain yang datang..makin lama makin banyak sakitnya yang timbul..jantung,buah pinggang dan sesak nafas..pun begitu ikhtiar kami tidak sampai di sini,ubatan cina dan homoepaty diteruskan..berpantang ajal sebelum maut..biarpun hanya terlantar tanpa boleh bersuara dan tidak lepas dari bantuan oksigen..Namun,kami dikejutkan dengan berita yang tidak diduga,makcik yang sihat walafiat..meninggalkan kami tanpa sebarang syarat dan sakit..Akur dengan kuasa yang Maha Esa..tiap kejadian ada hikmahnya..ada alamat yang perlu diikhtibarkan buat kita semua..Ajal datang tidak mengenal usia dan masa..tanpa kira yang terlantar atau yang sihat..perlu sentiasa bersedia dan redho dengan KehendakNya..kita sebagai hamba,jangan lupa padaNya..dekatkan diri menghimpun amalan agar bekalan cukup apabila saat kita dipanggil PULANG ke pangkuanNya..

  • Penyair Idanradzi Semua kita akan menghadapi ajal & maut; cuma tak pasti awal atau masih lewat; agar adiknya sentiasa tabah. Kita semua akan kembali berkumpul di sana insya-Allah. Asal jangan murtad & berulang kali lakukan dosa besar. Syirik kepada Allah.

    Tak salah kita ingin mengejar dunia, mahu tersohor, mahu menjadi artis popular, mahu jadi jutawan, mahu kuasa yang gah. Tak siapa nak halang. Memang ada kalangan rakan di FB ni tak suka baca bab kematian; catatan tentang takut akan kematian. Cumanya fikirkanlah dunia akhirat itu kekal selamanya. Kita risau kita tak hensem/cantik; org sering kata kecantikan itu tak kekal. Hakikatnya kita akan tua juga. Boroi tak hensem lagi. Tak boroi pun mana mungkin kulit tak berkedut. Lizamnya kita takut cepat tua tak cantik tapi tak takut buat dosa, langgar perintah Allah SWT; sombong, dendam, riak & pelbagai lagi penyakit hati. Kenapa kita TIDAK bersangka baik sayang menyayangi & menghormati orang tua.

  • Penyair Idanradzi Sedangkan akhirat itu kekal selamanya usia kita tak kenal lama; semua rahmat itu berpandu amalan kita di dunia. Kenapa tidak kita perlu lebihkan bekalan di sana nanti. Kenapa nak ego/megah/bangga bila kita diuji dengan kemewahan/harta/kuasa/keagongan.

    Sy tak pernah nak menagih simpati tetapi amat terkilan bilamana ada waris/rakan/orang tersayang tak pernah sedar yang orang sakit kronik ni ibarat meniti titian ajal yang semakin RAPUH. Memang itu hakikatnya. Hei doktor di Klinik Kardio... Kenapa nak paksa orang TUA ini berlari jika memang LUTUTnya dah lemah. Hei orang kelilingku... Kenapa nak dihalang segala nafsu makan ini... SUDAH memang peluang untuk makan amat tinggal sedikit. Berpantang memang digalakkan tapi bukan dihalang merasai. Hei editor sombong... Kenapa mesti disekat daya kreatif ini sementelah memang peluang berkarya ini telah di penghujungnya. Kenapa tak dilepaskan aku bebas sementara denyut saat yang semakin mahu berhenti ini?.

  • Penyair Idanradzi ish monitor PC aku ini pun semakin kronik/nazak.... dah nak hilang cahaya/nyawanya. (emm makan ubat doktor ini tambah berpusing semua siling & langit; apasal eh)

RUKUN HIDUP


Aku mencari-cari nilai persahabatan sejati sehingga ke usia separuh abad tapi nampaknya oleh kerana aku di status yang paling rendah; amat payah untuk aku mengekalkan tali persahabatan.

1. Satu yang amat ketara adalah faktor usia. Bila telah berumur begini & telah bersara amat payah untuk punya waktu senggang agar jalinan persahabatan ini dapat dieratkan dengan rakan sebaya. Masing-masing ada komitmen sendiri. Waima telah tua kalangan manusia yang tinggal di Malaya masih mengejar dunia. Mana tidaknya kaki tangan awam pun mahu bersara 60an tahun. Kerja kerja kerja tak bekerja katanya tak berduit biarpun ramai berkerja di usia dah TUA bangka.

2. Status: aku orang biasa jadi bukan tempat untuk mengadu atau merujuk. Jika aku ini kalangan VVIP pasti ramai sahabat yang minta pertolongan; paling tidak minta cop pengesahan sijil anak atau berkait dengan kehidupan. Aku juga bukan Tok Guru semua orang kenal. Maka abg hanya bersahabat dengan orang keliling yang mahu senyum & bersapa dengan aku saja.

3. Pengaruh: aku juga tak punya pengaruh untuk dibanggakan. Tanpa pengaruh cakap aku pun tak siapa mahu dengar. Jika aku kerabat di raja tinggal pula di istana pastu mudah nak cari sahabat sebab ada benda banyak perkara boleh dibincangkan. Jika aku ahli politik lagilah hebat. Sana-sana sini nak dengar ceramahku.

4. Sakit: aku telah lebih 5 tahun berjuang meneruskan hidup setelah diserang sakit KRONIK yang memerlukan aku banyak berehat tak boleh stres. Kemuncak sakit kronikku sekitar 3 tahun lalu; di mana aku perlu telan 7 (Tujuh) jenis ubat & dijagai dua hospital doktor pakar. Jantung & buah pinggang. Asyik ditahan di wad kecemasan memaksa aku buat keputusan berehat di rumah. Tak mahu ambil risiko. Rakan karib yang lebih muda dariku tahun ini sahaja dua orang pergi meninggalkan aku sebab terus giat berkerja tanpa berpesan dengan aku top-top telah tak dapat aku temui lagi.

5. MATI: Berpandu dari jangka hayat ibu mertuaku yang diserang sakit kronik sepertiku; buah pinggang & pelbagai sakit hanya mampu bertahan sekitar 7 (Tujuh) tahun. Hatta jangkaan usiaku (Bukan uruasan kita) hanya sekitar 2 (Dua) tahun sahaja lagi. Alahai aku akan meninggalkan dunia dijangka pada tahun 2014. Aku berharap aku panjang umur seperti apakku. Apakku meninggal di usia 69 tahun. Doakan aku aku sampai ke titik akhir usia 69 itu.