"Kita rehatlah dulu mandi makan atau tidur kejap" ajakanku bagaikan tak termakan oleh Azim.
"Kalau Azim nak makan Maggi ayah boleh tolong masakkan air!" desakku.
"Azim tak sabar nak mandi laut, ayah nak makan maggi atau nak rehat tak apalah ayah boleh rehat dengan ibu!"
"Ibu pun nak makan di pantai" Mila pun nampaknya segar bugar nak ke pantai.
2. Tinggallah aku sendirian. Pengap & sepi. Kamar ni memang besar amat; aku pasang penghawa dingin. Sejuk & baik berfungsi, kejap lagi pasti akan turun salji. Keluar ke varenda tenguk Cikgu Zul cikgu Zul baru bimbit begnya untuk masuk ke resortnya. Dia pun terkejut beruk tenguk kamarnya besar amat. Dia ajak anaknya si Sayang agar tinggal bersama dengan dia & isteri. Anaknya kata mengantuk nak tidur sendirian yang Azim kosongkan untuk dia. Hahaha aku yang kacau dia bercakap sepanjang perjalanan.
3. Terbayang aku muka Anif yang tentunya bosan di asrama. Aku tahu Anif tak selesa di STTJ sejak tahun lalu lagi. Terasa terkilan sangat dia tak dapat ikut; bas kosong tempat tinggal juga lapang; Mungin Cikgu Zul kuatir tempat penginapan jadi masalah. Ah tak baik difikir-fikirkan. Nak buat macam mana. Semua dah berlalu. Apa yang aku rancangkan tidak jadi kenyataan. Aku ke bilik air yang cuma ada paip mandi jenis hujan turun. Senki untuk berus gigi & cermin. Baldi besar pun gayung yang pecah hampir terkulai tangkainya. Aku telah susun barangan dari bakul plastik hijau sebaik sampi; telah tersedia beberapa besin keluli untuk aku masak maggi. Terpaksa korban satu besin untuk jadikan gayung untuk aku mandi. Plastik hijau telah dibawa Azim dengan pelbagai barangan makanan ringan termasuk nasi bungkus ke pantai bersama ibunya.
4. Malas nak buka air panas; lebih selesa mandi air sejuk; air yang keluar dari paip teramatlah sejuk. Mengalahkan air dari jeram di gunung. Mulanya air agak keladak. Bagai lama kamar kembar dua tidak diguna. Setelah hilang keladak & jernih airnya aku membersihkan bilik air yang agak usang. Memang beginilah resort orang kita Melayu. Mana nak sama resort 3 bintang atau resort yang sentiasa padat pengunjungnya. Tapi air paipnya laju bagai air terjun. Nak penuhkan sebaldi air besar kejap sahaja. Mandilah aku sepuasnya; maklumlah semalaman di dalam bas. Penat satu hal mengantuk juga satu hal.
5. Tak ada rancangan TV yang menarik; lalu aku sekadar makan maggi; buat air Mila. Nasi bungkus yang Mila beli telah dibawa ke pantai. Mata aku mengantuk tapi tak mahu tidur. Aku buat keputusan lebih afdal pergi menjejaki Azim & di ibunya di pantai. Lagi pun bukan selalu ke Pulau Tioman ni. Pulai impian sejak aku remaja. Nak tidur di mana-mana pun bila-bila boleh tidur. Tak kisah biar semalam tadi aku hanya tiur sekitar sejam dua (tak sampai pun dua jam).
6. Tak kelihatan siapa pun di luar resort malahan jiranku jua tak dengar bunyi. Masing-masing pasti lena sedangkan hari masih siang. Belumpun tengah hari. Aku menatap anak tangga untuk turun ke pantai. Huh aku hitung 52 anak tangga dari ruang makan terentak ke tanah tepian pantai. Memang tinggi. Ada beberapa gerai yang jual cenderahati. Aku pastinya tertarik dengan kulit kerang gergasi. Tapi bila tenguk harganya semua sekitar RM20 aku jadi tawar hati nak beli. Aku terus ke jeti untuk mengesan Azim & ibunya. Dari jeti mengadap pantai sebelah kanan aku nampak Azim tengah berendam... ibunya tidur di buaian. Tak ada orang lain mandi sekitar Azim; agak jauh ke penjuru pantai kanan ada beberap orang Mat Salleh & pasangan pakai cawat baring berjemur di tepi pantai. Sebelah kiri pantai ada resort nampak mewah agak ramai sedang belajar scuba di tengah laut. Memang pandangan yang damai Kg Genting ini. Kampung nelayan yang agak terpencil tak ramai penghuninya.
Laut ini santai privasi tak siapa nak ganggu...
8. Mila tidur lena di buaian yang tergantung di bawah pokok macam pokok ketapang. Berdaun lebar redup; angin basah sentiasa berhembus perlahan.Aku cecah kaki ke laut. Ish sejuknya air jernih amat bagaikan air di Phuket. Jika kaki memijak pasir nampak jelas kaki. Aku ingin menjejak Azim di laut luas. Aku pakai google yang aku beli sebelum kami pergi rombongan lagi. Memang cantik pandangan di dasar laut. Memang laut di Pulau Tioman amat jernih. Amat rugi jika tak berenang atau berendam sepuasnya. Ombak tak terlalu ganas. Azim tentunya telah dua jam lebih berendam. Air masih pasang; pantai di Kg Genting ini agak landai. Cuma bila jauh ke tengah laut ada banyak batu-batu tajam. Jadi aku sekadar berenang di tepian pantai; tak teringat nak makan nasi bungkus lagi. Dari jauh aku perhatikan Mat Salleh ini kejap masuk ke air kejap berjemur semula. Pantai yang luas & panjang pengunjung tak ramai memang amat privasi & melekakan.
pokok ketapang
- bersambung