iDAN

11 April 2012

Gempa di Aceh: Amaran tsunami ditarik balik

11/04/2012 9:13pm

WASHINGTON 11 April - Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS membatalkan amaran tsunami di Lautan Hindi yang dikeluarkan ekoran gempa bumi dengan kekuatan 8.6 skala Richter yang menggegarkan Aceh petang ini. - REUTERS

HAKIKAT.


Tak mungkin kita boleh hidup sendirian; kita amat perlukan rakan pembantu atau waris mendekati serta jiran yang baik. Tak mungkin kita boleh mendidik anak sendiri tanpa guru yang membimbing tanpa pengawas yang mengawas. Di jalan raya atau kancah masyarakat kita perlukan polis yang jujur menegak undang-undang. Peguam yang amanah pun pengadil yang saksama.

Kita sering dikelirukan maklumat bila semua media arus perdana berselindung dengan kepuraan dan mereka-reka ceritera yang mengelirukan kita.

Kita kena banyak bergaul dan mendapat maklumat yang sahih lagi benar. Bila membuat keputusan bagi apa juga pergolakan hendaklah kita jujur mendengar dari kedua-dua pihak.

Hati akan aman jika kita sentiasa mendambakan keamanan.

iDAN

Dilema Anif 4

Rogol di asrama

iDAN: Diah (bukan nama sebenar) hari tu ada cerita masalah di asrama; apakah benar ada pelajar perempuan kena rogol atau dia yang membawa masuk pelajar lelaki ke kamarnya.

Diah: Iyer..berlaku pencerobohan dalam asrama... tapi orang tersebut dah dapat ditangkap.

Diah: Kes yang berlaku di sekolah anak diah tu agak pelik sikit. Diorang tak sedar masa kejadian tu berlaku seolah2-olah dipukau. Bila sedar masa bangun pagi 3 orang pelajar pompuan tadi merasa sakit dibahagian sulit, didapati dirogol. Kejadian berlaku sekitar jam 2 ke 3 pagi. Penceroboh tersebut orang luar yang bekerja di dewan makan asrama tersebut. Mungkin faktor keselamatan yang kurang diambil berat.

Lagi pun abang Idan sistem kesalamatan kat aspuri sekolah tu agak terlalai sikit. Pintu dorm terbiar tanpa ada kunci. Pintu senang-senang jer terbuka. Adakala ditiup angin pun boleh terbuka dengan sendiri. Kesian bebudak-budak yang teraniaya.

(Bayangkan jika ibu ayah menghantar anak ke asrama tiba-tiba jadi mangsa perogol. Di mana tempat kita nak mengadu. Bagiku masalah perogol masuk ke asrama adalah masalah keselamatan. Kelalaian pengurusan asrama memantau atau menyekat kemasukan penceroboh. Selalunya orang dalam akan mengambil kesempatan lantaran dia telah mengkaji ada kelemahan langkah keselamatan. Pasti ada sesuatu yang tak kena terhadap benteng keselamatan asrama tersebut.

Jika ada kelalaian pihak asrama sebaiknya ibu bapa boleh membawa perkara ini ke mahkamah. Kita tak boleh berlembut dalam menjaga martabat dan maruah keluarga. Islam memandang berat masalah rogol ini. Pukau memanglah satu perkara yang sukar kita bendung tetapi kalau kita mendedahkan anak-anak dengan perkara kalut begini seperti pintu tanpa kunci yang tidak selamat memang menguji kesabaran kita.)

iDAN: Tak larat nak fikirkan masalah ni sebab saya pun antara mangsa di mana asrama menjadikan pelajar terbiar dan hancur masa depannya. Bila kita persoalkan ada pihak yang menuding jari kepada kita pula. Kononnya kita mencari salah orang sahaja.

Ini pernah menjadi isu di kolej IPTA di mana pagar antara kolej lelaki & perempuan yang telah lama dibena tetiba diberi arahan dirobohkan. Arahan ini dari orang atasan tak pasti apa motifnya. Hatta bukan perkara dongengan amat mudah mereka yang rosak moral menyelinap masuk ke kolej pelajar perempuan.

Mungkin ada yang sependapat dengan arahan orang atasan ini. Jika nak berlaku perkara sumbang ada pagar besi siap bertabur kaca pun akan ada penjenayah atau perogol masuk. Pendapat inilah yang memudahkan berlakunya keruntuhan moral di kalangan kita. Ibarat berjudi itu haram hatta tiada siapa menghalang orang Islam mahu berjudi. Siapa pun bebas mahu membeli Empat Nombor Ekor atau Toto lantaran ianya memang berlesen dan terbuka buat siapa pun.

Penyair Idanradzi: Nak ke Seremban kejap; ibunya macam nak bawa balik si Anif ni ke jenaris saja; abg mmg tak suka cara tu. Mungkin ibunya tak rasa susah atau rugi dapat peluang anak belajar di asrama penuh begitu. Masalah remeh patutnya boleh diselesaikan; bukan lama pun hanya sekitar setahun setengah saja lagi Anif akan menghadapi SPMnya.

Penyair Idanradzi: Sian juga Anif ni, semua cikgu tak suka dia keluar; lagi pun kemasukan Anif ini adalah atas sokongan KPM; alangkah ruginya seorang pelajar harapan bolehkan kandas perjuangannya di tengah jalan. Peluang 1 dari 1,000.

Penyair Idanradzi: Dulu saya pernah berbalah masalah anak tinggal di asrama jika boleh hanya akan lepaskan anak saya jika telah SPM; tetapi melihat dari pengaruh rakan pun keadaan pelbagai yang ada di persekitaran rumah yang boleh melekakan anak, saya suka anak berkorban dalam sekitar 2 tahun sahaja di asrama. Selepas SPM mereka telah bebas buat keputusan sendiri.

Penyair Idanradzi: Saya berharap rakan FB dapat mendoakan agar Anif berlembut hati dan dapat menyesuaikan diri di asrama; Hari ini Anif saya bawa bercuti balik ke rumah; Di Masjid Negeri Seremban dia menangis & masih mendesak ibunya bawa dia pulang ke rumah. Nampaknya boleh saya pujuk. Siap dia gunting kat kedai Amoi Kajang kesukaannya. Dia kata guru HEPnya masih tak puas hati rambutnya masih panjang. Aku tenguk okey saja. Arahan KPM ini memang mahu pendik lagi tentunya.

Senin nanti cikgu berjanji mahu kaunseling dia; jika mmg dia memilih mahu tinggal bersama keluarga sy reda saja; Allah SWT maha mengetahui akan perjalanan hidup hambanya. Tapi sungguh jauh di sudut hati saya. Saya suka dia di STTJ.

Jumaat 5.4.12

Guru Mungkir Janji

Tadi aku baru melawat Anif di STTJ Seremban; janji cikgunya tinggal janji. Apa lagi kata-kata cikgu yang boleh aku pakai & percayai. Sian Anif dia menunggu cikgunya untuk kaunseling dia. Bila aku tanya adatak Guru kaunseling panggil dia untuk diberi kata nasihat?. Tiada.

"Guru STTJ Seremban suka menipu dan mungkir janji." itu yang terbisik di hatinya. Aku sekadar dapat menyabarkan dia. Aku mengatakan mungkin cikgu sibuk sangat Anif kena bertahan dan kuatkan pun tabah diri. jauh di sudut hatiku aku merasakan: Aku dan isteriku juga ditipu bulat-bulat orang guru-guru ini. Apa lagi martabat seorang manusia jika berjanji tapi tidak ditepati.

Setidak-tidaknya berilah tahu kami mereka terlalu sibuk, apa guna aku kasi nombor telefon rumah pun nombor telefon bimbit Mila. Jika satu hari nanti terjadi kepada anak mereka sendiri bagaimana?. Takkan aku nak biarkan anakku stres sampai hilang daya tumpuan. Sebaiknya bantulah kami untuk menyakinkan hati anak kami yang pilihan kami menghantar dia ke sana adalah tepat.

Cuti Umum. 11.4.12

(Aku terfikir jika memang pihak sekolah ambil mudah dalam masalah Anif yang stres sebab persekitaran yang tidak selamat pun disiplin yang melampau ini: malahan e-mel atau aduan ibu bapa pun di anggap remeh. Nak buat apa kami sebagai ibu bapa mahu mempertaruhkan masa depan anak-anak kepada sekolah asrama penuh sebegini. Janji Pengetua mahu menjaga anak kami sebagai keluarganya perlulan disalurkan kepada guru-guru di STTJ. Aku kuatir e-mel aduan aku pun tidak sampai ke komputer Pengetua. Jika ini berlaku memang pengurusan STTJ berlaku kepincangan.

Semalaman tadi aku tak dapat tidur yang pastinya membuatkan sakit kronikku akan bertambah serius jika pihak STTJ terbaca catatan ini aku mengalu-alukan maklum balas. Talian rumahku boleh didail 03 8737 1884. aku juga telah kasi talian telefon Mila di e-melku tempoh hari. Tak dapat aku bayangkan bagaimana wajah stres anakku Anif pun matanya yang semakin cengkung terkurung di sana. Ini bukan masalah manja tapi ada sesuatu yang kena berlaku di asrama sana.)

(Sila klik Label: Anif di bawah untuk memdapat maklumat penuh Dilema Anif)

Dilema Anif 3

KUALA LUMPUR 10 April - Kementerian Pelajaran mempertimbangkan kemungkinan setiap guru selepas ini perlu melalui penilaian integriti secara berkala dari semasa ke semasa bagi membolehkan sebarang penambahbaikkan dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberi bayangan itu berkata, ia perlu bagi membolehkan aspek kefahaman serta kesedaran mengenai integriti dapat disebar luas kepada warga pendidik.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, proses untuk memantapkan nilai integriti di kalangan warga pendidik termasuk penilaian secara berkala, memerlukan penglibatan serta usaha bersungguh-sungguh dari semua peringkat pengurusan pendidikan.

"Justeru strategi serta pelan tindakan secara berfokus diharap dapat dilaksanakan secara kolektif untuk memastikan tahap integriti setiap warga pendidik bukan sahaja sentiasa tinggi tetapi dapat dipertingkatkan lagi.

"Ini kerana sebagai pendidik, guru-guru mempunyai tanggungjawab besar untuk membentuk sahsiah pelajar. Ia menjadi prasyarat utama kepada kejayaan kita melahirkan generasi yang berintegriti.

"Bagi menjayakan hasrat itu, kepimpinan organisasi pendidikan harus mempunyai kefahaman jelas mengenai aspek berkait integriti supaya pembudayaan itu dapat disuburkan dalam organisasi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penutup Pertandingan Pidato Integriti Piala Menteri Pelajaran 2012, di Institut Integriti Malaysia, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud dan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.

Pada pertandingan pidato tersebut, penuntut Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik, Mohd. Rafee Mohamad muncul juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM3,000, sijil, piala iringan serta piala pusingan.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, setiap bakal pendidik juga perlu mendalami falsafah dan budaya integriti sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru yang berwibawa.

''Guru yang berwibawa tidak hanya dinilai dengan kebolehan melahirkan pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran tetapi turut dinilai dari segi keupayaan mendidik murid menjadi insan mulia,'' ujarnya.

Beliau berkata, tugas seorang guru tidak hanya terhenti setakat mengasah kecerdasan minda murid tetapi juga mendidik jiwa serta sanubari mereka agar menjadi insan mulia dengan sentiasa mengamal nilai-nilai murni dalam kehidupan.

iDAN:

Aku benci mendengar masalah pelajar asrama yang masih mencuri; buli pun tidak menghormati insan lain. Sampaikan tiada rasa keselesaan pelajar tinggal di asrama yang terpaksa berjauhan dengan keluarga. Minggu lalu aku masih mendengar ibu mengeluh anaknya kehilangan wang RM200 di STTJ.

Aku pernah menyuarakan agar pihak sekolah mengada ceramah atau bengkel modal insan; kesedaran sivik agar pelajar/murid sentiasa bersikap jujur lagi amanah. Tak guna berpelajaran tinggi tetapi masih mencuri, menjadi samseng atau rosak moralnya.

(Masalah ini bukan berlaku di STTJ tapi menyeluruh di seantero negara; melalui FB aku mendapat khabar; ada pelajar asrama perempuan kena rogol, ada pelajar senior menggunting rambut pelajar junior gondol; ada yang kalangan pelajar buli dengan memaksa memberi buah tangan setiap kali balik kampung)

Semua kalangan kita mahukan anak-anak mendapat keputusan cemerlang tapi akan jadi satu musibah jika moral anak-anak tidak terdidik dengan baik. Nak buat apa seperti hari ini Cuti Umum pelajar tak dibenarkan balik kampung tapi dikurung di asrama tanpa satu pun aktiviti pendidik moral dijalankan. Hanya ada aktiviti sukan atau koko yang tidak melibatkan semua pelajar. Malahan semasa aku melawat ke STTJ secara mengejut; hampir dua jam aku mencari Warden asrama pun tidak ditemui. Sementelah ada kerani yang datang buat kerja lebih masa sambil membawa anak memberi maklumat salah dan mengunci diri di pejabat tanpa ada sikap mesra pelanggan.

Angin rasanya seluruh badan lantaran terpaksa bersalai lebih dari dua jam. Sudahlah anakku dalam bermasalah; ditimbulkan lagi masalah pelik lagi benar ini. Payah amatkah nak mendapat pelepasan untuk membawa anak sendiri makan di luar. Lainlah di asrama ada aktiviti wajib atau koko. Jika pegawai di pentadbiran tidak dapat maklumat sebenar kenapa mesti mengarahkan kami berjumpa warden. Tiga kali anakanda saya panjat tangga ke rumah Warden tapi tiada kenapa tidak ditinggalkan sebarang nota atau talian yang boleh dihubungi untuk ibu ayah mendapat kebenaran atau larangan membawa anak keluar asrama barang seketika.

Janji cikgu kaunseling juga tidak ditepati; nak tunggu anak saya itu meraban teruskah atau apakah memang cikgu di STTJ ini endah tak endah sahaja terhadap aduan ibu ayah pelajar. E-mel saya telah dua buah tidak dilayan; telah bersemuka tetapi apa sebenarnya masalah STTJ ini. Dalam kad kebenaran pelajar tercatat hanya sekali sahaja sebulan pelajar dibenarkan balik kampung; dia awal bulan atau di hujung bulan. Munasabahkan peraturan begini sedangkan tak semua ibu ayah tinggal berdekatan untuk datang melawat.

Sedih amat rasanya jika setelah mendapat tempat dari kalangan ribuan yang memohon tetapi ianya menjadikan anak-anak tidak selesa atau bagaikan satu bebanan batin mereka dengan kongkongan aktiviti yang ketat. Saya lihat anak saya makin cengkung matanya; Bila ditanya dia hanya dapat tidur sekitar 4 ke 5 jam sehari. Mampukah mereka?. Dalam peraturan asrama 11:15 malam lampu kena dipadam. Tetapi kenapa masih ada aktiviti yang dibenarkan sampai jam 11:45 mlm dan 5:45 pagi memang rutin harian kena dibangunkan.